Grab The Promo
Grab The Promo

Pengalaman Daftar dan Pemasangan RFID Percuma Sesi April 2019

Sebelum ini Cik iena selalu nampak lorong RFID  dekat tol. Teringin nak pasang tapi tak tau caranya. Perlu bayar ke tidak. Beberapa bulan lepas Cik iena ada  install aplikasi Touch n Go eWallet untuk kegunaan pembayaran tol . Bila guna aplikasi Touch n Go eWallet rasa  mudah pula sebab Cik iena tak perlu topup kad touch n go . Tapi Cik iena still topup untuk kegunaan kecemasan sekiranya Touch n Go eWallet Cik iena kekurangan baki.

 RFID Percuma
Pemasangan RFID Berjaya Times Square di lot parking B1 14



Semasa Cik iena  diawal pengunaan  aplikasi Touch n Go eWallet hanya  boleh digunakan di lebuhraya DUKE sahaja.Kini  banyak lebuhraya yang boleh menggunakan Touch n Go eWallet.  Bila Cik iena lihat dalam aplikasi Touch n Go eWallet ada bahagian RFID. Cik iena pernah cuba mendaftar disitu tapi tak boleh.

Sehinggalah Cik iena ternampak kawan berkongsi mengenai RFID percuma pada bulan April untuk lokasi terpilih. Maka Cik iena ajak adik pergi daftar dan pasang RFID bagi memudahkan lagi perjalanan menggunakal lebuhraya. Tambahan lagi ketika Cik iena menggunakan lebuhraya Cik iena sering lihat lorong RFID selalu tiada kereta kalau adapun dua tiga. Manakala lorong touch n go yang lain penuh beratur panjang terutama ketika peak hour waktu pergi dan balik kerja.





 RFID Percuma
Pendaftaran RFID  di Main Entrance Berjaya Times Square




Pendaftaran dan Pemasangan RFID Secara Percuma Pada Bulan April Untuk Lokasi Terpilih


 RFID Percuma


Seperti yang dimaklumkan Cik iena dapat info ini dari perkongsian rakan facebook. Kemudian Cik iena bertekad untuk daftar dan pasang RFID. Cik iena memilih untuk daftar di Berjaya TIme Square pertama sekali sebab ianya lebih dekat dengan kawasan tempat kerja adik berbanding lokasi lain dan ianya ditengah kota. Kebarangkalian untuk ramai orang datang mendaftar adalah sikit kerana kebiasaannya orang tak suka pergi tempat sesak.

Ternyata tepat sekali tekaan Cik iena. Hanya dua orang sahaja di depan Cik iena semasa beratur untuk mendaftar berbeza dengan di lokasi lain seperti Tesco Cheras. Sebelum itu Cik iena kongsikan lokasi terpilih untuk pendaftaran dan pemasangan RFID percuma ini.

Lokasi RFID Percuma


  1. AEON Big Bukit Rimau (GF Carpark)
  2. AEON Big Kepong (Carpark Entrance - 1 floor)
  3. Berjaya Times Square KL (Main Entrance - next to u mobile)
  4. EMpire Shopping GAllery, Subang JAya ( DTOX - Lot P2-01 Level B2)
  5. Sunway Velocity Mall, CHeras (Level B1-Green Zone)
  6. Tesco Pusat Bandar Puchong (GF Carpark)
  7. Tesco Extra Cheras ( GF - Opposite Cravings Cafe)
  8. Tesco Setia Alam (GF -Opposite Food court )
  9. Tesco Bukit Tinggi Klang (Indoor parking, next to medan selera)





Dokumen Yang Di Perlukan Untuk Pendaftaran RFID


  1. Kad Pengenalan Asli dan salinan Kad Pengenalan atau Lesen Memandu atau Paspot (jika bukan warganegara Malaysia).
  2. Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan (Geran) atau Nota Perlindungan Insurans yang sah.
  3. Surat kebenaran daripada pemilik kenderaan dan salinan kad pengenalan (ini adalah jika pemilik akaun Touch and Go eWallet dan pemilik kenderaan berbeza)
  4. kenderaan anda! (Jangan bawak masuk mall pula, parking dulu, selesai daftar baru bawa kereta ke tempat yang di tetapkan)

Semasa pendaftaran Cik iena tak menggunakan geran tapi cover note insurans. Memang mudah . Kalau nak tunggu geran memang pening nak cari. Mungkin di rumah KL, mungkin di kampung. Cik iena gunakan cover note insurans sebab Cik iena memang uruskan sendiri beli insurans . So memang ada simpan .Lagipun beli insurans secara online. Memang Cik iena simpan di email. Mudah je. Klik klik dunia di hujung jari.

Dokumen ke 4,  Surat kebenaran daripada pemilik kenderaan jika pemilik akaun  Touch and Go eWallet. Pada yang tak tau boleh rujuk contoh Cik iena di penghujung artikel.




Pengalaman Daftar dan Pemasangan RFID Percuma di Berjaya Times Square


Setibaya di Main Entrance berdekatan U mobile . Kelihatan Booth Pendaftaran RFID lengang. Hanya terdapat dua orang yang sedang duduk dan mendaftar serta seorang sedang menunggu sambil riba  budak di sebelah kiri. Jadi tak lama lah masa yang cik iena ambil untuk menunggu dan mendaftar.  Kesemua dokumemn yang diperlukan cik iena bawa tapi ada satu lagi dokumen tak lengkap yang tidak dinyatakan dalam  senarai dokumen yang perlu dibawa iaitu salinan kad pengenalan pemilik kereta.



 RFID Percuma
Pendaftaran RFID  di Main Entrance Berjaya Times Square

Cik iena punya kerata atas nama adek sebab ini merupakan kereta kedua. Masa beli kereta ni nama Cik iena kene CITOS , jadi terpaksa guna nama adik. Alhamdulillah sekarang dah selesai  clear kan CITOS dan baru sahaja beli rumah yang kedua SKYAWANI3 .  Kereta Cik iena murah je Sebab Cik iena lebih pentingkan aset seperti rumah. Alhamdulillah di usia 34 dah ada dua buah rumah. Haa mesti pelik kenapa CITOS , yang kenal Cik iena pasti tau kenapa.  Bekas tunang Cik iena kikis mengikis mengblacklistkan nama Cik iena haha , Okay tutup buku dan bukak buku baru.

Jadi hanya satu dokumen ni cik iena tak lengkap tapi jangan risau. Ada mesin photostat disediakan cuma perlu bayar sahaja. Memandangkan Cik iena dan adik ibarat belangkas. Memang dia sentiasa ada dengan Cik iena. jadi terus photostat. Untuk anda di luar sana . Perlu bawak salinan kad pengenalan pemilik kereta tau.


Pemasangan RFID Berjaya Times Square di lot parking B1 14


Selesai mendaftar, staff akan berikan salinan maklumat yang diperlukan untuk proses pemasangan RFID  dan staff akan memaklumkan lokasi pemasangan RFID. Di berjaya times square , lokasi pemasangan RFID adalah di bahagian parking B1 14. Kedudukan parking ini di bahagian tengah. Jika anda turun escalator main entrance  ke LG, turun lagi satu escalator bahagian tengah. Keluar pintu kanan. Disitu lah lokasi pemasangan RFID.


 RFID Percuma
Pemasangan RFID Berjaya Times Square di lot parking B1 14




Untuk pemasangan RFID adalah sehingga jam 9 malam . Memandangkan masih lama menjelang jam 9 malam. Cik iena dan adik pergi makan terlebih dahulu. Selesai makan, Cik iena ambil kereta dan bawa ke kawasan parking B1 14 . Kebetulan Cik iena memang parking berdekatan, jadi amat mudah dan lagi senang urusan. Masa yang diambil untuk memasang RFID juga tidak lama.



Cuma staff dibahagian pemasangan RFID agak kurang info mengenai RFID. Mereka tak boleh menjawab soalan umum mengenari RFID dan hanya suruh call Touch n Go. Disitu agak kecewa sedikit. Sepatutnya staff perlu di ajar terlebih dahulu mengenai RFID agar dapat menjawab pertanyaan pelanggan.



 RFID Percuma
Pemasangan RFID Berjaya Times Square di lot parking B1 14






Pekara Yang Di Larang Selepas Pemasangan RFID 


Menurut staff pemasangan, kita Tidak boleh Cuci kereta dalam masa 24 jam . Apabila Cik iena bertanya bagai mana jika hujan ketika Cik iena pulang nanti. Beliau cuma menjawab saya tak tau call Touch n Go. Nak gelak atau nak marah pun tak tau. Tapi sakit hati juga lah. Risau lah sebab banyak juga orang komplen RFID tak boleh guna , mungkin sebab terkena air semasa selepas install. Jadi Cik iena ajukan soalan tersebut. Alhamdulillah cuaca baik-baik sahaja dan RFID cik iena sudah pun berfungsi.



 RFID Percuma
Pemasangan RFID Berjaya Times Square di lot parking B1 14

Bila RFID boleh digunakan selepas pemasangan?


Semasa selepas pemasangan menurut staff ianya boleh digunakan selepas 2 hari dipasang. Tapi Cik iena telah pun terima sms RFID telah diaktifkan dan boleh digunakan sehari selepas pemasangan. Jadi berkemungkinan ianya akan diaktifkan dalam masa 24 jam.



 RFID Percuma
RFID dipasang pada lampu kereta



Selepas pemasangan RFID ni Cik iena rasa seronok masuk lorong RFID yang kosong, bila tengok lorong touch n go banyak kereta beratur. Memang ianya memudahkan Cik iena. Tak perlu lagi keluarkan tangan nak touch kad . Takde lah sakit-sakit ketiak. Kadang-kadang Cik iena berangan bawa kereta, so bila nak touch dah jauh. Sakit ketiak tau.



Kepada anda yang masih belum daftar dan pasang RFID, sempat lagi nak dapatkan secara percuma bulan April ni . Tapi sebelum tu jangan lupa download aplikasi Touch n Go eWallet dan masukkan kod referral di bawah untuk nikmati 5X Rebate. Rebate ni macam cash back lah.



Referral Code : zgj5ws 







Pengalaman Daftar dan Pemasangan RFID Percuma Sesi April 2019














Contoh Surat kebenaran daripada pemilik kenderaan RFID




Siti Nur Hidayah binti Abd Wahab
No. bla bla bla ,
Bandar BAru XXXX,
XXXXX Kuala Lumpur
20/04/2019

Kepada:

Touch ‘n Go eWallet

Tuan/Puan

Pemberitahu Kebenaran Menggunakan Kereta Saya Untuk Pendaftaran RFID Touch 'n Go Ewallet.

Disini saya Siti Nur Hidayah Binti Abd Wahab (xxxxxxxx-10-xxxx) ingin memaklumkan bahawa saya sebagai pemilik kenderaan seperti tertera dibawah, memberi kebenaran keatas nama yang dinyatakan dibawah untuk mendaftarkan kereta saya  untuk penggunaan RFID dalam akaun Touch ‘n Go eWallet beliau.



 NAMA                                :  SITI FAZLINA BINTI ABD WAHAB
 NO. KAD PENGENALAN   : xxxxxxxx-10-xxxx
 NO.PLATE KENDERAAN   : WXXXXX
 MODEL                              : PROTON SAGA
 ENJIN                                 : S4XXXXX
 CHASIS NO                        :  PL1XXXXXXXXX


Sekian, Terima Kasih.



…………………………………………………
(Siti Nur Hidayah Binti Abd Wahab)
xxxxxxxx-10-xxxx


4 comments:

  1. Terima kasih sangat2 atas perkongsian.. Ada juga yang baik dan sanggup share contoh surat.. Yayy! 😊

    ReplyDelete
  2. This close mapping allows them to better determine how to lay out their planting operations based on soil conditions and irrigation properties.
    https://www.farmpally.com/crop-modeling/

    ReplyDelete
  3. salinan ic owner kene ada gak ke or just surat kebenaran?

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve