Jadi tidak perlulah Adik Cik iena berjalan jauh untuk mencari kedai makan untuk membeli makanan tengah hari. Kebiasaannya kami akan menggunakan tupperware biasa. Berbeza pada kali ini kami menggunakan Bekas Makanan Pintar Vaya. Ianya mampu mengekalkan kepanasan makanan dalam masa 6 jam.
Vaya Tyffyn - Bekas Makanan Pintar Vaya
Vaya Tyffyn direka untuk fleksibiliti . Didatangkan dalam dalam tiga saiz iaitu 1300 ml, 1000ml, dan 600 ml. Cik iena menggunakan 1000 ml Vaya Tyffn. Tyfyn ini mampu menahan kepanasan makanan sehingga 6 jam. Ianya sangat sesuai untuk anda yang gemar membawa bekal ke pejabat. Anda tidak perlu lagi memanaskan makanan di dalam microwave yang adakalanya memakan masa kerana anda perlu menunggu giliran untuk memanaskan makanan terutama buat anda yang mempunyai rakan yang membawa bekal ke pejabat seperti Cik iena.
Makanan Kekal Panas Dengan Vaya Tyffyn |
Vaya Tyffyn |
Selain untuk menyimpan makanan panas ianya juga boleh digunakan untuk menyimpan makanan sejuk seperti kek atau salad. Makanan akan kekal sejuk selama 6 jam. Walaubagaimanapun anda perlu mengasinkan makanan panas dan sejuk, bermaksud anda tidak boleh mencampurkan makanan panas dan sejuk dalam satu Vaya Tyffyn.
Makanan Kekal Panas Dengan Vaya Tyffyn |
Kotak Bekal Penuh Inovasi Vaya Tyffyn
- Pemegang boleh lipat mudah
- Penebat VacuTherm memastikan makanan anda hangat atau sejuk selama 5 - 6 Jam*
- Bentuk yang kecil, keluli tahan karat mudah muat dalam beg anda
- Penutup Tahan Tiris dengan gasket bersepadu untuk pembersihan yang mudah
- Petak - Memuatkan lebih daripada satu hidangan dalam setiap bekas
- Genggaman jari dilindungi haba
- Bekas keluli tahan karat bersalut tembaga
- Penyelak bertekanan keluli tahan karat
Vaya BagMat
Vaya BagMat |
Vaya BagMat |
Selain dari Vaya Tyffyn terdapat juga Bekas air (Vaya Drynk) dan Bekas tupperware (Vaya Preserve). Vaya Drynk mampu menyimpan minuman panas seperti kopi selama lebih kurang 12 jam dan minuman sejuk seperti ice blended selama lebih kurang 18 jam.
Manakala Vaya Preserve, berfungsi sama seperti Tyffyn yang mana ianya boleh menyimpan makananan agar kekal panas atau sejuk selama lebih kurang 6 jam.
Vaya Tyffyn for kids |
Anda juga boleh dapatkan Vaya Tyffyn untuk kanak-kanak. Kecomelan Vaya Tyffyn tersebut pasti menambahkan lagi selera makan anak anda. Ianya bersaiz 600ml dengan dua mengandungi dua tingkat bekas didalamnya.
Review Vaya Tyffyn
Secara keseluruhannya Tyffyn ini mambantu mengekalkan makanan dalam keadaan suam yang tidak begitu panas. Jadi anda tidak usah khuatir anda tidak akan lagi makan makanan sejuk. Sekiranya anda memakan bekal makanan anda pada waktu tengah hari, tyffyn ini mampu mengekalkan kepanasan makanan. Panas yang cik iena rasakan tidak lah seperti panas baru selesai masak tetapi panas yang sesuai untuk dimakan. Tidak terlalu panas dan tidak sejuk.
Walaubagaimanapun untuk mendapatkan kesan panas yang lebih lama anda boleh merendam bekas tyffyn tersebut dengan air panas terlebih dahulu sebelum meletakkan makanan di dalamnya. Cara ini boleh membuatkan makanan panas lebih lama. Tetapi sekiranya dalam tempoh masa untuk makan tengah hari anda telah membuka bekas ini terlebih dahulu untuk melihat makanan dan sebagainya, makanan tidak akan panas kerana udara sejuk aircond dipejabat boleh menyejukkan makanan tersebut.
Penggunaan Tyffyn ini bergantung kepada cara penggunaan individu juga untuk kepanasannya bertahan. Jika ingin makanan sejuk seperti salad. Anda juga boleh menyejukkan dulu bekas tersebut didalam peti ais dan kemudian letakkan salad untuk mengekalkan lagi kesejukan makanan tersebut.
Untuk pengetahuan tyffyn ini tidak boleh dipanaskan di dalam oven mahupun ketuhar kerana ianya akan merosakkan bekas tersebut. Memanaskan tyffyn ini secara terus diatas dapur juga akan menyebabkan kerosakan kekal pada tyffyn ini. Jadi jangan sesekali melakukannya. Anda cuma perlu merendam tyffyn dengan air panas jika ingin tambahkan ketahanan kepanasan makanan tersebut.
New Update 16/05/2019
Okay selepas Cik iena kongsikan tyffyn ini di instagram memang ramai yang suka akan fungsi tyffyn ini yang mampu mengekalkan kepanasan makanan. Terutama buat mereka yang sememangnya bawa bekal ke tempat kerja. Tapi-rata-rata mereka memberi feedback ianya mahal untuk dimiliki.
Untuk pengetahuan harga Tyffyn ini adalah RM210 beserta dengan bagmat. Buat masa ini ianya dijual pada harga promosi RM 189.. Jika tyffyn sahaja tanpa bagmat ianya dijual pada harga RM194 dan untuk tempoh promosi ini ianya dijual pada harga RM 175.
Memang tidak dinafikan ianya agak mahal untuk pasaran Malaysia. Ianya mahal disebabkan kualiti produk tersebut. Sekiranya ia tidak berfungsi seperti yang dinyatakan anda boleh tukar dalam tempoh 1 tahun. Terdapat 1 Year Warranty.
Cik iena cuma kongsikan bekas makanan yang diberi oleh rakan. bukanlah Cik iena menunjuk-nunjuk beli bekas makanan mahal. Harap jangan salah sangka. Cik iena cuma TOLONG rakan sahaja untuk kongsi produk beliau. Ianya BUKANLAH REVIEW BERBAYAR . Jadi terpulanglah kepada anda nak beli atau tidak. Memang tidak dinafikan ianya agak mahal juga bagi Cik iena.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Vaya sila layari atau hubungi
Website : https://vayalife.com
Email : info@vaya.in
0 comments:
Post a Comment