Baca Artikel kisah misi ke MenjejakBukit Berekeh sebelum menemukan Kedai Laksa sedap ni di
http://www.ienaeliena.com/2019/07/perak-day-trip-dan-bukit-berekeh-perak.html
Pada awalnya, dari jauh kedai makan tersebut kelihatan seperti kedai
makan makanan berlauk mahupun ala carte akan tetapi setibanya disana
hanya terdapat laksa, mee kari , mee rebus dan nasi ayam. Jadi kami
berlima membuat keputusan untuk memakan Laksa.
|
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab |
|
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab |
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Laksa disini di panggil laksa buyung. Terdapat tiga jenis pilihan laksa iaitu
- Laksa telur
- Laksa fucuk
- Laksa Fishcat
|
Laksa Telur |
|
Laksa Fucuk |
|
Laksa Fishcat |
Ketiga-tiga laksa sememangnya sedap tapi untuk Cik iena yang pertama kali makan laksa dengan fishcat dan sayur fucuk. Cik iena lebih menggemari Laksa Buyung Fucuk dan juga laksa buyung fishcat.
Pada hari Pertama Cik iena cuba
Laksa Buyung Fucuk , manakala pada hari berikutnya Cik iena cuba Laksa Buyung fucuk dan Laksa Buyung Fishcat. Memang licin Cik iena makan sebab tersangat sedap. Di Kuala Lumpur Cik iena tak jumpa lagi laksa sesedap ini.
Harga pula amat berbaloi. Mengikut perkiraan Cik iena berdasarkan pengiraan pakcik kedai seperti dalam gambar di bawah . Harga nya adalah
|
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab |
- Laksa Telur RM3.50 semangkok
- Laksa fucuk RM4.00 Semangkok
- Laksa Fishcat RM4.00 Semangkok
- ABC RM 3 semangkok
- Air Bandung Ais RM1.70 Segelas
- Limau Ais RM1.70 Segelas
- Limau suam RM1.20 Segelas
Jumlah keseluruhan untuk 5 orang makan RM 28.30 .
Purata seorang makan RM 5.66 . Tersangat murah dan berbaloi. Puas hati dengan kuantiti dan harga yang murah.
Ini merupakan kali kedua Cik iena makan laksa buyung kalau tak silap.
Sebelum ni Cik iena pernah makan di area Taiping tapi dah lama sangat.
Kali ni makan di Sungai Siput , Perak. Alhamdulillah
laksa disini sememangnya sangat sedap dan memenuhi citarasa kami
berlima sampaikan sebelum pulang ke kuala lumpur juga kami singgah dsini
untuk makan.
Gambar hari pertama di Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
|
Khusyuk makan laksa sedap |
|
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab terbaik |
|
Sedap tak terkata Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab |
|
Sedap giler Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab |
|
Khusyuk menikmati laksa sedap dan abc sedap sampai tak perasan kene candit |
|
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab |
|
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab |
Gambar hari kedua di Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
|
ABC juga antara menu yang sedap di Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab. Anda juga boleh cuba ABC ni. Highly recommended |
|
Cendol di Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab kurang sedapbagi Cik iena. Tapi bolehlah ada rasa juga. |
|
Menu sedap di Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab, cendol terkeluar carta sebab tak menepati citarasa tun empunya blog :) |
|
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab |
|
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab |
|
Inilah pengalas perut kami untuk pulang ke Kuala Lumpur. Balik straight takde berhenti makan mana-mana. Mujur portion laksa ni memang banyak. Kenyang sampai malam. |
|
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab |
|
Sedap yang teramat Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab |
|
Takde orang nak ambilkan gambar, nak suruh orang lain kang kene bahan. Budak jakun mana lah dari tadi asyik bergambar haha.. jadi kita selfie je |
Kepada anda diluar sana yang nak makan Laksa Buyung yang sedap boleh lah ke sini ya. Cik iena jamin sedap. Tiada seorang pun antara kami berlima yang cakap tak sedap. Semuanya cakap laksa ni sedap sampaikan sebelum pulang ke Kuala Lumpur kami singgah makan laksa sekali lagi ke sini.
Untuk pengetahuan kedai ini buka jam 2 petang hingga 7 malam. Kalau hujung minggu kedai ni memang ramai orang. Harga yang ditawarkan juga murah dan sangat berbaloi.
Lokasi kedai adalah di Taman Orkid, Sungai Siput(U). Terletak ditepi jalan besar.
Artikel berkaitan http://www.ienaeliena.com/search/label/misi%20menjejak%20bukit%20berekeh
Top things to do in Ipoh
- Lost World of Tambun Ticket in Ipoh
- Kampar White Water Rafting Adventure
- Tempurung Cave Exploration
- The
Haven Resort with Full Board (Quality Breakfast, Lunch & Dinner) or
Spa Packages Staycation Experience in Ipoh (Exclusive)
- Lost World of Tambun 2D1N Glamping/Floating Chalet with Theme Park Access (2 Days) Experience in Ipoh
- The Banjaran Hotsprings Retreat Day Pass in Ipoh
- Exclusive Staycation 2D1N Full Board Glamping Experience with Gopeng Glamping Park
- River Tubing and Waterfall Abseiling Experience in Gopeng, Perak
- White Water Rafting with Caving Experience in Gopeng
- White Water Rafting Experience in Sungkai River
- Frenzy Hippo Water Park
- Fishing Experience at Temenggor Lake in Perak
- Rafflesia Trekking Experience in Ipoh
- Kandu Cave Exploration
- Taiping and Orang Utan Island Day Tour from Ipoh
- Explore Royal Belum State Park Day Tour
0 comments:
Post a Comment