Majlis Pembukaan LuLu Hypermarket 1 Shamelin Mall Cheras
Lulu Group yang merupakan salah satu pengendali runcit terbesar di Timur Tengah & Afrika Utara (MENA) rantau telah membuka pasar raya besar kedua di Malaysia iaitu di 1 Shamelin Mall, Cheras , Kuala Lumpur.
YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysi telah merasmikan pembukaan ini bersama dengan kehadiran Duta Besar dari pelbagai negara, peniaga tempatan yang terkenal dan ahli kenamaan lain.
Hypermarket baru ini juga merupakan cawangan yang ke 174 Lulu secara global berada di kedudukan strategik di 1 Shamelin Mall di Cheras daerah ibu kota Kuala Lumpur. Hypermarket yang luasnya 80,000 kaki persegi ini direka menggunakan konsep ruang runcit terkini dan teknologi paling moden untuk kemudahan membeli-belah
Selepas perasmian, Menteri Perdagangan dan para tetamu kenamaan lain juga dibawa melawat disekitar LuLu Hypermarket untuk memperkenalkan Hypermarket baru ini.Hypermarket ini mempunyai bahagian khusus untuk runcit, produk tenusu, ikan dan makanan laut, buah dan
sayur-sayuran, daging dan ayam, barang-barang kering, pakaian fesyen, elektronik, alat tulis, alat tulis, sukan, kasut,bagasi dan banyak lagi produk.
Menurut Pengerusi Lulu Group, Yusuff Ali MA, berkata "seperti yang diumumkan semasa perasmian Hypermarket pertama mereka di Malaysia, mereka teguh pada rancangan utuk mengembangkan LuLu Hypermarket di Malaysia dan komited untuk melancarkan empat cawangan baru di beberapa bahagian di Malaysia sebelum dan pada tahun 2020. Ini termasuk projek di Setia City Mall, Bangi Gateway, Bachang (Melaka) & Johor Bahru.
Selepas Majlis perasmian cawangan baru ini. Cik iena juga berkesempatan untuk melihat barangan-barangan yang terdapat di sini. Berikut Cik iena kongsikan gambar sepanjang Cik iena berada disana dan cik iena kongsikan promosi-promosi menarik yang boleh anda dapatkan.
Pengalaman Hari Pertama Pembukaan LuLu Hypermarket 1Shamelin Mall Cheras.
Pada hari pertama pembukaan rasmi memang sangat ramai pelanggan sampai berlanggar-langgar tapi rata-rata kesemua pelanggan kelihatan seronok memilih barangan yang mereka mahukan terutama barangan promosi.
Barangan basah dan makanan laut disini kelihatan segar-segar. Cik iena sendiri geram lihat ikan-ikan yang segar disini dengan susunan ikan serta sayuran hiasan yang cantik dan menarik.
Sayuran disini juga sangat segar dan terdapat pelbagai pilihan. Cik iena tak dapat nak ambil semua gambar sebab sangat ramai pelanggan. Dari pemerhatian Cik iena, Sayuran dan barangan yang telah habis akan di refill secepat mungkin oleh pekerja-pekerja disini.
Disebabkan harga yang murah, semasa pekerja refill barangan lagi pelanggan terus ambil. Jadi anda semua perlu pantas untuk merebut barang pada harga promosi. Sebagai contoh, Cik iena sendiri berebut maggie tau. Tak sempat pekerja susun di tempat promsi tu dah ramai pelanggan yang terus ambil dari pekerja semasa mereka mengeluarkan maggie untuk disusun.
HArga Maggie pada ketika ini, Maggie Kari dan Ayam (5 + 1) RM 2.49 dimana harga asal adalah RM 4.80. Sangat murah dan sangat ramai pelanggan berebut maggie ;)
Barangan kelengkapan rumah juga ada dijual disini seperti pinggan manguk, kuali dan banyak lagi barangan keperluan rumah pada harga yang berpatutan.
Terdapat juga barangan travel seperti lugage ini yang menjadi tumpuan ramai. Cik iena perhatikan ramau juga pelanggan yang membeli lugage ini.
Barangan Elektrik juga ada dijual disini. Terdapat banyak promosi barangan elektik semasa promosi pembukaan baru-baru ini. Di penghujung artikel Cik iena akan kongsikan promosi-promosi menarik LuLu untuk rujukan anda.
Selain dari barangan groceries, kelengkapan rumah, barang basah, daging, ayam, makanan laut , barangan bayi,, gadget. Terdapat juga barangan penjagaan diri dan juga kosmetik. Pendek kata banyak barangan yang di jual di LuLu dibawah satu bumbung. Berbeza dengan LuLu di Capsquare ianya mempunyai 3 level tetapi di 1Shamelin Mall, Cheras hanya terdapat satu level sahaja di Ground floor..
Setelah penat membeli-belah anda juga boleh menikmati hidangan Hot Food di LuLu . Harga makanan disini lebih murah dari harga makanan diluar. Terdapat ruang makan juga disediakan di sini.
Disebabkan pada hari perasmian terlalu ramai pelanggan, jadi Cik iena datang pada hari lain dan sempat menikmati harga promosi pembukaan yang ditawarkan. Pada hari tersebut juga masih ramai pelanggan yang mengunjungi LuLu 1Shamelin.
Membeli Belah di LuLu Hypermarket 1Shamelin Mall Bersama Puan Ibunda
Kali ini Cik iena membeli belah membawa puan ibunda. Seronok puan ibunda memilih barang. Walaubagaimanapun kami tak boleh shopping lama bila melihat barisan yang panjang untuk bayar kerana kami perlu ke tempat lain , ada urusan lain perlu diselesaikan.
Cik iena rasa kalau lama lagi di LuLu memang dua troli agaknya puan ibunda shopping. Untuk pengetahuan Cik iena ke LuLu pada hari kedua selepas perasmian pembukaan LuLu 1Shamelin Mall.
Beras sunflower ni memang jadi pilihan puan ibunda. Puan ibunda terkejut sebab harga sangat murah ditawarkan. |
Penuh troli Cik iena. Container beroda tu harga asalRM50++ dan harga promosi RM29 |
penat beratur, masih ramai orang didepan sedang beratur untuk bayar |
Shopping sakan tiga beranak ni (mak tukang ambil gambar) |
ngantuk betul puan ibunda tu, beratur panjang nak bayar |
Lega rasa da sampai giliran bayar |
Cik iena kongsi sekadar untuk peringatan tau jangan jadi macam cik iena cuai. Ini cik iena mengaku memang silap Cik iena juga tak cek kad kredit dah ambil ke belum. ye la dalam keadaan sesak dan kebosanan menuggu turn nak bayar tu memang rasa nak balik cepat. Lupa pula kad kredit.
Selesai membeli belah jangan lupa ke kaunter khidmat pelanggan untuk dapatkan borang peraduan Lulu Dream Drive - Shop & Win Contest.. Mana lah tau menang kan. Selagi ada peluang jangan lepaskan :)
Lulu Dream Drive - Shop & Win Contest. |
Lulu Dream Drive - Shop & Win Contest.
Lulu Dream Drive - Shop & Win Contest. |
Berikut merupakan antara promosi LuLu yang sangat menakjubkan dan sememangnya sangat murah semasa promosi pembukaan rasmi LuLu Hypermarket di 1shamelin Mall, Cheras
Kesemua promosi pembukaan diatas hanya sah dari 1 hingga 4 julai 2019. Tepai anda tidak perlu bersedih kerana terdapat lagi promosi hebat lain selepas pembukaan rasmi . Dibawah Cik iena akan sertakan promosi baru yang boleh anda dapatkan.
Promosi ‘Big Savers’ LuLu Hypermarket & Department Store
Promosi ini berlangsung di LuLu Hypermarket & Department Store 1Shamelin Mall, Cheras dan Capsquare Kuala Lumpur. Jadi jangan lupa rebut peluang keemasan ini sebelum ianya terlepas. Tawaran sah dari 5 - 15 Julai 2019.
Menarik kan? Untuk pengetahuan LuLu sentiasa mengadakan pelbagai jenis promosi. Jadi untuk mengetahui tentang promosi-promosi terkini sila ikuti laman sosial mereka dibawah.
Untuk Maklumat Lanjut Layari
Website : www.luluhypermarket.com
Facebook : LuLu Hypermarket Kuala Lumpur
Instagram : luluhypermarketkl
Telefon : 017-644 4200.
Alamat : Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
0 comments:
Post a Comment