Old School Steakhouse TTDI |
Old School Steakhouse TTDI |
Terdapat pelbagai jenis hidangan steak disini untuk anda nikmati, baru-baru ini Cik iena telah cuba sendiri makan tengah hari di Old School Steakhouse TTDI. Cik iena dan adik serta rakan memilih untuk menikmati hidangan Sizzling Steak, Surf & Turf Delight, Seafood Au Gratin dan Bombe Alaska .
Cik iena, deqnor dan zai |
Old School Steakhouse TTDI
Old School Steakhouse merupakan Sebuah restoran yang menyajikan steak berkualiti dengan teknik memanggang tradisional dengan menggunakan arang .Restoran ini menawarkan rangkaian makanan berkualiti dan pengalaman menikmati hidangan makanan yang menyenangkan dengan perkhidmatan terbaik dari dari pekerja-pekerja disini.
Sebelum Cik iena kongsikan review tentang menu yang Cik iena pilih, Cik iena kongsikan dulu beberapa gambar di restoran ini untuk tatapan anda. Restoran ini sangat sesuai untuk anda membawa insan istimewa tidak kira lah keluarga, suami, isteri, kekasih mahupun sahabat-sahabat anda.
Old School Steakhouse TTDI |
Old School Steakhouse TTDI |
Old School Steakhouse TTDI |
Old School Steakhouse TTDI |
Keadaan restoran yang sangat tenang dengan cahaya malap yeng membuatkan anda berasa seperti sedang menikmati hdangan candle light dinner. Ditambah lagi dengan pekerja-pekerja mereka yang sangat peramah dan mesra pelanggan.
Review Old School Steakhouse TTDI
Old School Steakhouse TTDI |
Ini merupakan pertama kali Cik iena makan di restoran ini. Untuk pengetahuan Cik iena sebenarnya tidak makan daging lembu mahupun kambing. Cik iena baru sahaja belajar untuk makan daging. Daging lembu Cik iena boleh makan sikit-sikit tapi daging kambing jika Cik iena makan , bbir akan bengkak dan gatal. Mungkin Cik iena alahan pada daging kambing. Jadi Cik iena tak berani nak cuba daging kambing. Cik iena hanya akan cuba daging lembu.
Old School Steakhouse TTDI |
Untuk review Sizzling Steak yang dikatakan sedap disnini, Cik iena bawa rakan pejabat untuk makan bersama iaitu Zai untuk makan Sizzling Steak manakala Cik iena dan adik memilih untuk cuba Surf & Turf Delight dan Seafood Au Gratin . Seperti biasa Cik iena dan adik memang akan bertukar makanan supaya dua-dua dapat rasa rasa masakan yang dipesan. Cik iena juga Cuba Sizzling Steak untuk sekadar merasa .
Menu dipilih oleh mereka berdua kecuali sizzling steak memang menu pertama nk cuba sebab orang cakap sizzling steak dekat sini sedap |
Sizzling Steak
Sizzling Steak |
Ini menu yang Zai makan. Tender fillet steak yang dihidang bersama kentang goreng dan tomato bakar dalam Sizzling hotplate yang sangat menarik . Hotplate ini berbentuk lembu. Jarang didapati di restoran lain. Ini merupakan pertama kali Cik iena jumpa sizzling hotplate berbentuk lembu yang menarik perhatian Cik iena.
Sizzling Steak dhidangkan didalam sizzling hotplate berbentuk Lembu |
Roti dan mixed salad yang dihidangkan dalam menu Sizzling Steak |
Sizzling Steak di hidangkan bersama mixed salad dengan pilihan tiga sos iaitu thousand island, tartar sauce & olive oil. Daging steak lembut, juicy diperap dengan resepi istimewa yang sememangnya sedap dan bakal membuat penggemar steak jatuh cinta pada restoran ini. Memandangkan Zai memilih medium rare. Jadi iena kurang makan sikit keranaCik iena baru nak belajar makan daging. Sebelum ni cik iena lansung tak makan daging lembu.
Sizzling Steak |
Bila makan sizzling steak disini memang rasa lembut sangat daging tu, terasa juicy daging Menurut kata rakan Cik iena, zai sedap, daging lembut, sos sedap dan highly recommend katanya. .
Salad yang dihidangkan dalam set ini menjadi kesukaan Cik iena keranaianya lain daripada yang lain . Terdapat buah buah nenas dalam salad ini dan juga terdapat pelbagai pilhihan dressing sauce untuk kita nikmati. Antara pilihan sos yang anda boleh pilih adalah thousand island, tartar sauce & olive oil
Sizzling Steak |
Rating Sizzling Steak
10/10 By ZaiRepeat Order : Yes
Surf & Turf Delight
Menu istimewa yang menghidangkan kombinasi grilled fillet steak bersama lobster serta jagung, lobak merah, brokoli ,bunga kobis dan baked potato. .Di hidangkan juga bersama roti dan mixed salad dengan pilihan tiga sos iaitu thousand island, tartar sauce & olive oil.
Surf & Turf Delight |
Roti dan mixed salad yang dihidangkan dalam set Surf & Turf Delight |
Grilled fillet steak memang lembut dan sedap. Cik iena paling menggemari lobster yang di bakar dengan cheese dan mushroom.. Kombinasi ramuan yang enak.Untuk pengetahuan lobster yang dimasak adalah lobster yang di import dari Norwegian dan daging pula adalah daging yang di import dari Australia manakala sayuran adalah sayuran tempatan.
Surf & Turf Delight |
dihidangkan bersama baked potato yang boleh dimakan dengan sauce khas bersama daging kisar dan daun sup |
Di hidangkan juga bersama roti dan mixed salad dengan pilihan tiga sos iaitu thousand island, tartar sauce & olive oil. |
.
Surf & Turf Delight merupakan antara menu yang cik iena suka dan highly recommended by Cik iena. Kuantiti hidangan set ini juga agak banyak untuk Cik iena. Kerana terdapat lobster, daging , salad, jagung, sayuran lain dan kentang . Sangat puas hati dan terlebih kenyang. Walaupun banyak Cik iena berjaya juga habiskan sebab sedap.
Surf & Turf Delight |
Rating Surf & Turf Delight
10/10Repeat Order : Yes
Seafood Au Gratin
Seafood Au Gratin merupakan Menu yang sangat sesuai untuk anda yang tak makan daging lansung terutama seperti adik Cik iena.Beliau memang lansung tidak makan daging. Seafood Au Gratin merupakan kombinasi hidangan makanan laut yang mengandungi grilled tiger prawn, sotong, isi ketam, scallop dan deep fried fillet fish yang di bakar bersama cheese dan mushroom.
Seafood Au Gratin |
Sangat sesuai juga untuk penggemar cheese . Rasa cheese yang tidak muak. Kebiaasanya jika makan makanan bercheese , kita akan berasa cepat muak dan cepat kenyang. Berbeza dengan menu ni cheese baked yang dihidangkan tidak akan membuatkan anda berasa muak. Anda pasti mampu menghabiskan hidangan ini walaupun ianya cheese.
.
Seafood Au Gratin |
Seafood Au Gratin juga dihidangkan bersama mixed salad dengan pilihan tiga sos iaitu thousand island, tartar sauce & olive oil dan juga dihidangkan dengan Baked potato yang boleh dimakan dengan sauce khas bersama daging kisar dan daun sup. Seafood Au Gratin juga merupakan antara menu yang menjadi kesukaan Cik iena.
dihidangkan bersama baked potato yang boleh dimakan dengan sauce khas bersama daging kisar dan daun sup |
Di hidangkan juga bersama roti dan mixed salad dengan pilihan tiga sos iaitu thousand island, tartar sauce & olive oil. |
Seafood Au Gratin |
Rating Seafood Au Gratin
9/10Repeat Order : Yes
Bombe Alaska
Bombe Alaska merupakan hidangan pencuci mulut yang menjadi pilihan kami. Jika diikut pada menu, ini merupakan hidangan untuk dua orang akan tetapi pada Cik iena hidangan ini boleh dimakan untuk 4 ke 6 orang kerana portion yang sangat besar.
Bombe Alaska |
Bombe Alaska adalah pencuci mulut yang agak unik bagi Cik iena. Ketika pertama kali Cik iena mamasukkan ia didalam mulut, Bombe Alaska seolah-olah seperti mengembang atau membesar didalam muulut. Ia merupakan pengalaman yang unik untuk Cik iena.
Walaubagaimanapun untuk rasa efek seperti ini, sesudah sampainya Bombe Alaska, anda harus terus makan. kerana Cik iena dapati setelah kami berborak dan sambung makan, kesan seperti itu tidak terasa lagi.
Lihat pada rupa nampak biasa sahaja Bombe Alaska ni. Tapi didalamnya ada lapisan buah koktail. Memang sedap tapi makan masa yang lama untuk kami habiskan kerana portion yang agak besar.
Rating Bombe Alaska
9/10Repeat Order : Yes
Kepada anda diluar sana peminat tegar steak mahupun makanan laut terutamanya lobster jangan lupa untuk cuba nikmati menu-menu yang terdapat disini.
Untuk Maklumat lanjut.
Facebook : https://web.facebook.com/oldschoolsteakhouse/
Instagram : https://www.instagram.com/old_school_steakhouse/
No tel : 03-7732 0336
Waktu operasi : 11:00 AM - 11:30 PM
Alamat : 14 Jln Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. .
Waze : Old School Steakhouse
0 comments:
Post a Comment