Tasik Cermin merupakan tempat yang sangat menarik dan wajib dilawati jika anda ke Ipoh,Perak .
Ia
merupakan sebuah tasik yang sangat cantik dan tersorok disebalik gunung
atau bukit yang tinggi. Lokasinya agak tersembunyi dan anda perlu
melalui terowong untuk sampai ke Tasik Cermin.
|
Terowong atau tunnel yang perlu anda lalui sebelum sampai ke Tasik Cermin. Adalah dinasihatkan untuk membawa lampu suluh. |
Disebabkan
lokasi yang agak tersembunyi maka tidak hairan penduduk Perak sendiri
tidak mengetahui akan tempat yang cantik ini. Cik iena pula tau akan
kewujudan Tasik Cermin setelah menonton FIlem Pinjamkan Hatiku yang
dilakonkan oleh Ayda Jebat dan Shaheizy Sam.
Entrance Fee Tasik Cermin
Untuk penetahuan buat masa ini tiada yuran kemasukan untuk Tasik Cermin. Anda hanya perlu parking kereta ditempat yang tidak menghalang lalu lintas dan menuju kearah tasik cermin dengan sendiri . Tiada trek disediakan hanya satu terowong sebagai landmark untuk anda sampai ke tasik cermin.
|
Cik iena bersama adik rasa gembira dapat jumpa terowong untuk ke tasik Cermin. Alhamdulillah kami pilih jalan yang betul |
Berikut
Cik iena akan kongsikan sepanjang perjalanan Cik iena ke Tasik Cermin
untuk rujukan pembaca. Pada awalnya kami agak ragu-ragu kerana tiada
trek untuk ke Tasik Cermin. Terdapat kawasan Kuari disini dan kami
hanya berjalan mengikut naluri hati pada ketika itu.
Kami hanya ingat untuk sampai ke Tasik cermin perlu melalui terowong. Jadi kami jalan menuju kearah bukit berbatu seperti gua.
|
Misi menjejak Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh |
Setelah tiba di lokasi yang kami Waze iaitu Tasik Cermin, Gunung Rapat. Kami mula mencari parking. Lokasi yang dibawa sebenarnya adalah kawasan persendirian yang mana juga ianya adalah kawasan larangan. Terdapat papan tanda kawasan persendirian dan penceroboh dilarang masuk.
|
Misi menjejak Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh |
Jadi kami berpatah balik dan berhenti di jalan berdekatan rumah kosong yang terdapat disitu kerana kelihatan sekumpulan orang sedang bergambar disitu. Sangkaan awal kami mungkin lokasi Tasik Cermin berhampiran rumah tersebut.
|
Misi menjejak Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh |
|
Misi menjejak Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh |
Kami parking di tepi jalan dan masuk melalui tepi rumah tersebut dan menuju kearah gua. Cik iena pun tak pasti ianya gua atau apa. tapi rupa bentuk seakan gua. Menurut apa yang kami baca untuk sampai ke tasik cermin perlu melalui terowong jadi kami mencari jalan kearah terowong yang pastinya sudah tentu terowong berada dikawasan seakan gua tersebut.
|
Misi menjejak Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh |
|
Misi menjejak Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh |
|
Misi menjejak Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh |
Masa yang diambil dari rumah kosong tadi untuk ke kawasan lapang ini lebih kurang 5 minit berjalan kaki dan kemudian Dihadapan kelihatan seperti sebuah Lorong. Jadi kami teruskan perjalanan untuk menjejak Tasik Cermin.
|
Misi menjejak Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh |
Sampai sahaja di hadapan . Alhamdulillah ya inilah terowong yang kami cari. Kami perlu melalui terowong ini untuk sampai ke Tasik Cermin. Cik iena tak pasti jauh mana terowong ini tapi tidak la panjang sangat kerana boleh nampak cahaya .
|
Alhamdulillah akhirnya jumpa terowong untuk ke Tasik Cermin |
|
Misi menjejak Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh |
Untuk merentasi terowong ini masa yang diambil tidak sampai 5
minit. Cik iena jalan laju-laju sebab takut gelap. Jalan laju menuju
kearah cahaya. Kepada anda yang ingik ke Tasik Cermin dinasihatkan untuk
membawa lampu suluh untuk kesenangan anda.
|
Misi menjejak Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh |
Selepas sampai hujung , Alhamdulillah bersyukur Cik iena dapat nikmatik eindahan Tasik Cermin di Gunung rapat Ipoh ini. Suasana yang sangat tenang lagi nyaman. Tambahan lagi dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang turut meniup permukaan tasik membuatkan tasik beralun cantik.
|
Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh |
|
Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh |
Agak lama juga kami disini menikmati anugerah ciptaan Allah yang terindah. Berikut Cik iena kongsikan gambar sepanjang berada di tasik Cermin.
|
Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh |
|
Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh |
|
Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh |
|
Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh |
|
Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh |
|
Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh |
|
Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh |
|
Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh |
|
Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh |
|
Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh |
|
Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh |
Selesai bergambar kami pun pulang melalui jalan yang sama. Perjalanan pulang lebih cepat kerana sudah tahu jalan dan kurang bergambar.
|
Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh |
|
Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh |
|
Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh |
Untuk lebih banyak gambar lihat di https://web.facebook.com/pg/ienaelienadotcom/photos/?tab=album&album_id=898644527152010&__tn__=-UC-R
Jadi kepada anda diluar sana yang ke Ipoh anda boleh masukkan Tasik Cermin kedalam lokasi tempat menarik yang perlu anda kunjungi sepanjang berada di Ipoh. Ianya merupakan lokasi yang sangat menarik cuma ianya tidak diketahui umum dan anda perlu cari jalan sendiri untuk ke Tasik tersubut. Cik iena harap artikel ini dapat membantu anda untuk menjejak Tasik Cermin, Gunung Rapat di Ipoh.
Artikel berkaitan http://www.ienaeliena.com/search/label/misi%20menjejak%20bukit%20berekeh
Top things to do in Ipoh
- Lost World of Tambun Ticket in Ipoh
- Kampar White Water Rafting Adventure
- Tempurung Cave Exploration
- The
Haven Resort with Full Board (Quality Breakfast, Lunch & Dinner) or
Spa Packages Staycation Experience in Ipoh (Exclusive)
- Lost World of Tambun 2D1N Glamping/Floating Chalet with Theme Park Access (2 Days) Experience in Ipoh
- The Banjaran Hotsprings Retreat Day Pass in Ipoh
- Exclusive Staycation 2D1N Full Board Glamping Experience with Gopeng Glamping Park
- River Tubing and Waterfall Abseiling Experience in Gopeng, Perak
- White Water Rafting with Caving Experience in Gopeng
- White Water Rafting Experience in Sungkai River
- Frenzy Hippo Water Park
- Fishing Experience at Temenggor Lake in Perak
- Rafflesia Trekking Experience in Ipoh
- Kandu Cave Exploration
- Taiping and Orang Utan Island Day Tour from Ipoh
- Explore Royal Belum State Park Day Tour
wah..bukan senang jugak nak masuk ye..cantik.
ReplyDeleteyups :)
Delete