Menggunakan konsep Travel More, Pay Less , Zen Rooms semakin mendapat
tempat di hati pelancong dan juga penduduk Malaysia yang menginginkan
percutian budget pada keadaan bilik yang sempurna. Walaupun bayaran
bilik murah tetapi perkhidmatan dan kelengkapa penginapan sangat bagus
dan sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Malahan boleh
dikatakan harga yang ditawarkan juga sangat murah untuk kelengkapa yang
disediakan.
|
Hotel Budget Cantik Selesa : ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral |
Hotel Budget Cantik Selesa : ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral
Terletak
berdekatan KL Sentral dan Nu Sentral yang beralamat di 22, Jalan Tun
Sambanthan 3, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur . Harga semasa Cik Iena Check in pada 4 ogos 2019 adalah RM78
satu malam. Harga akan berubah bergantung pada tarikh pilihan anda.
Harga asal atau harga paling mahal yang mungkin dikenakan adalah
RM144.32.
Pada pandangan Cik iena RM144.32 harga ini
masih murah dan berbaloi dengan keluasan serta kelengkapan didalam bilik
yang disediakan. Dibawah Cik iena akan sertakan gambar yang Cik iena
ambil semasa check ini disini. Gambar selebihnya anda boleh lihat di
Website zen room yang cik iena lampirkan dibawah. Secara keseluruhannya
gambar yang ditunjukkan didalam gambar adalah sama seperti keadaan di
dalam bilik tersebut.
|
Hotel Budget Cantik Selesa : ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral |
ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
Cik
iena stay di bilik berjenis Suite . Katil jenis King. Luas dan sangat
selesa untuk berdua. Boleh juga muat tidur bertiga. Bantal , cadar serta selimut yang disediakan juga sangat bersih dan tidak berbau berbeza dengan sebahagian hotel budget yang lain. Antara kelengkapan
yang terdapat di dalam bilik ini semasa penginapan Cik iena adalah
seperti.
- Iron dan papan iron
- Safe Deposit Box
- Syampoo/shower cream
- Flat Screen TV
- Free Wifi
- Jakuzi
- dua shower (shower besar bahagian atas dan attachable shower) - ada air panas dan sejuk.
- penghawa dingin yang sejuk
- kettle dan cawan
- 1 Universal Plug dan 1 standard plug
|
Hotel Budget Cantik Selesa : ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral |
Lokasi hotel ini berdekatan Nu Sentral. Cik iena jalan kaki ke
Nu Sentral hanya memakan masa 10 minit sahaja. Hotel ini sesuai untuk backpackers atau anda yang tidak membawa kenderaan kerana tiada ruangan parking hotel disediakan. Namun terdapat parking
DBKL disekitar hotel.
Parking ini anda pelu bayar jika anda menginap pada hari isnin hingga sabtu. Memandangkan Cik iena menginap pada hari ahad jadi Cik iena tidak perlu membayar parking DBKL.
Jika ada malas jalan atau mahu berjimat, anda boleh makan di gerai tepi jalan berdekatan hotel. Tapi perlu diingat disini adalah akwasan india jadi gerai makan di hadapan jalan hotel cik iena dapati semuanya India. Jika anda ingin ke gerai melayu anda perlu jalan lebih kurang 5 minit. Keluar daripada hotel berjalan kearah kiri kemudian dihadapan terdapat lorong sebelah kanan diamna lorong tersebut lorong jalan sehala. Masuk laluan itu , kiranya anda akan melawan arus. Di pertengahan dan hujung jalan terdapat gerai melayu dan indonesia di tepi jalan. Jika anda ingin berjimat boleh lah makan disini.
|
Hotel Budget Cantik Selesa : ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral |
Harus di ingati
ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral merupakan
Hotel Budget jadi tiada kolam renang untuk hotel ini. Keistimewwan hotel ini adalah harga murah dengan keadaan bilik yang cantik serta kelengkapan yang memuaskan. Jika anda berhajat untuk mandi kolam renang hotel ini tidak sesuai. Tapi nak mandi jakuzi, dalam bilik berjenis Suite ada jakuzi. Bilik air juga sangat cantik dan luas.
Bilik Yang Cantik untuk Bachelor Party atau Anniversary.
Untuk pengetahuan suasana bilik ini juga sesuai untuk anda yang merancang "bachelor party" untuk rakan anda jika anda mempunyai budget yang kecil akan tetapi inginkan bilik yang kelihatan mewah dengan ruangan yang luas serta bilik mandi luas dan jakuzi.
Cik iena juga pernah terjumpa instagram post tetamu hotel menyambut majlis anniversarry. Bilik ini dihiasai agar nampak lebih romantik. Kelihatan sangat cantik dan istimewa.
Gambar Semasa Cik iena di ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral
|
Ruangan Lobi |
|
Ruangan lorong depan pintu bilik |
|
|
Sila pastikan bilikanda ada notis zen room ini. kalau tiada bermaksud pihak hotel memberikan bilik yang salah. |
|
Insider's guide to kuala lumpur |
|
ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room |
|
Jakuzi yang terdapat di dalam ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room |
|
Tandas di ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room |
|
terdapat dua shower di ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room |
|
terdapat dua shower di ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room |
|
Jakuzi ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room |
|
Ruangan TV di ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room |
|
ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room |
|
ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room |
|
gambar wide -ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room |
Mengenai ZEN Rooms
Untuk
pengetahuan anda, ZEN Rooms merupakan rangkaian hotel bajet no 1 di
Asia yang mengendalikan lebih daripada 5,000 bilik di 35 bandar di 7
negara (PH, TH, SG, HK, MY, ID, SL). Menawarkn semua keperluan penting
(Fast free wi-fi, Cool AC, Hot shower, 24/7 Customer Service, Bed
spotless) dan banyak lagi. Harga pula bermula dr RM 25 / malam.
Kadar harga juga dinamik dan berubah bergantung pada permintaan dan tarikh.
Untuk Booking
ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room klik pautan dibawah
https://www.zenrooms.com/hotel/react/27/zen-rooms-royce-hotel-kuala-lumpur-9602
Peringatan, untuk mendapatkan bilik yang cantik haruslah booking bilik Zen Room kerana bilik dari Zen Room di jaga sendiri dan dikawal oleh pihak zen rooms sendiri bagi memastikan pelanggan selesa dan berpuas hati dengan bilik tersebut. Sekiranya anda mengambil bilik dari hotel itu sendiri yang bukan bilik zen room, keadaan dan kelengkapan bilik mungkin berlainan dan mungkin tidak seperti yang dijangka.
Sekiranya anda booking melalui
zen rooms dan dapat bilik yang buakn bilik
zen rooms yang mana biasanya bilik zen rooms akan terdapat sign board zen rooms serta bantal
zen rooms anda boleh minta tukar bilik kerana bilik yang anda booking adalah bilik
zen rooms.
|
ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room |
Cik iena kongsi sebab pernah terjadi. Pihak hotel memberi bilik lain dan bilik sama sekali tidak sama seperti didalam gambar website zen room. Jadi anda berhak untuk mendapat bilik yang sebetulnya. Mungkin pihak hotel mengambilkesempatan dan telah memberikan bilik tersebut pada walk in customer mereka. Bilik tersebut Cik iena masih belum kongsikan di Blog. Memandangkan Cik iena tak suka keadaan bilik jadi Cik iena tak kongsi lagi sekarang. Insya Allah jika ada masa Cik iena akan kongsikan juga untuk rujukan.
Semoga ianya tidak terjadi kepada anda yang lain :)
DISKAUN 20 % ZEN Rooms Dengan Menggunakan code : IENAELIENA
Istimewa untuk anda pembaca blog cik iena dan juga follower instagram cik iena. Anda boleh dapatkan diskaun sebanyak 20% untuk semua lokasi di zen rooms. Hanya masukkan code
IENAELIENA semasa checkout.
NEW UPDATE DEC 2023
iena remove link sebab zenroom website dah tak wujud. iena tak sure samada zenroom dan zenhotel sama atau tidak sebab iena cari website baru zeenroom tak jumpa, cumajumpa zenhotel . Bila chat dengan website zen hotel tanya adakah zenroom dan zen hotel dibawah syarikat yang sama. Jawapan dia tak membanti dia cuma jawab zenhotel is our company. So maybe tiada kaitan lah. Tapi iena tengok Hotel ni ade je tersenarai dekat zenhotel. Memandangkan tiada kerjasama yang baik jadi iena letak link yang iena jumpa di booking.com.
Cik iena share link sebab cik iena pun ada rancangan nak bermalam disini lagi sebab bilik dia murah dan cantik dan paling penting Suite room ade jakuzi tab tu. Cik iena nak itu je hehe.
okay ini link dari booking.com tapi make sure pilih Suite room . Suite room je ade jakuzi ni. Harga semasa Cik iena cek utk weekend RM159
https://www.booking.com/Share-1iFOAI