Kaki merupakan antara anggota tubuh yang terpenting dalam kehidupan
seharian kita, namun ianya kurang diberi perhatian yang serius kerana
kebanyakan kita lebih memberi keutamaan kesihatan kepada anggota tubuh
badan yang lain.
|
Footlink Seksyen 13 Shah Alam : Kasut Kesihatan Untuk Kesihatan Kaki Optimum |
Kaki juga merupakan tunjang utama yang
mengerakkan badan seseorang terutama untuk berjalan dan berlari.
Walaupun anda rasa anda berada didalam keadaan kesihatan yang baik,
namun jika kaki anda tidak kuat untuk menyokong beban badan , anda akan
berasa tidak selesa ketika berjalan mahupun berlari dan seterusnya ia
akan membuatkan anda tidak bebas untuk bergerak.
|
Cik iena menggayakan Kasut FIDU |
Jadi,
untuk memastikan keselesaan kaki anda untuk bergerak anda seharusnya
membuat pilihan yang betul untuk penggunaan kasut. Adalah lebih baik
jika anda memilih kasut yang berfungsi untuk menjaga kesihatan kaki anda
supaya anda lebih selesa menggunakan kasut tersebut dalam jangka masa
yang panjang terutamanya jika anda seorang yang kerap berjalan atau
berdiri lama.
|
Cik iena sedang mencuba kasut dari Koleksi FIDU (kasut di bawah jenama Footlink) |
Pilihlah kasut kesihatan yang mempunyai ciri-ciri pemeliharaan
kesihatan kaki yang maksimum.
Berikut adalah antara ciri kasut kesihatan yang baik untuk kesihatan kaki anda
- Tidak memakai kasut bertumit tinggi atau tidak melebihi 1 inci
- Memilih kasut kesihatan yang sesuai mengikut aktiviti fizikal,
- Badan kasut kesihatan yang lembut dan fleksibel supaya dapat serasi dengan saiz kaki,
- Bunga atau tapak kasut kesihatan yang mempunyai grip yang baik untuk elak dariapada tergelincir,
- Penyokong yang elastik di bahagian lengkungan dalam (arc) dan
- Pelapik dalam kasut kesihatan atau insole yang mempunyai ciri-ciri sokongan tapak kaki dan mengurangkan hentakan
- Badan kasut kesihatan yang mempunyai pengudaraan yang baik untuk elak kaki berpeluh dan berbau.
|
Tapak kasut yang grip |
Antara kasut yang berfungsi untuk menjaga
kesihatan kaki anda yang boleh anda jadikan pilihan adalah
Footlink.
Jenama ini sememangnya dikenali dikalangan rakyat Malaysia khususnya
buat anda yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan kaki kerana
kebiasaannya doktor atau jururawat akan mencadangkan pesakit untuk
mendapatkan kasut
Footlink bagi menjaga kesihatan kaki mereka dan bagi
mendapatkan keselesaan yang optimum buat kaki mereka.
|
Apabila
anda menggunakan kasut footlink, anda akan melangkah dengan
menyelaraskan rantai kinetik anda. Ini bermakna prestasi dipertingkatkan
dengan kurang kesakitan dan keletihan pada kaki anda. |
|
Kasut
Footlink memberikan sokongan kepada pergelangan kaki, menyokong kaki
melalui pergerakan semula jadi sambil menghalang lebih banyak pronasi
atau lebih banyak supination. |
|
Kaki
adalah asas badan. Kasut footlink memberikan asas sokongan yang
diperlukan untuk memberikan keseimbangan dan kawalan dari bawah ke atas. |
ANTARA KELEBIHAN KASUT KESIHATAN FOOTLINK
1. Mengurangkan & melindungi sakit sendi.
2. Mengurangkan sakit belakang.
3. Mengurangkan sakit tumit.
4. Mengurangkan Kelesuan kaki.
5. Mengurangkan sakit lutut.
|
Footlink Seksyen 13 Shah Alam : Kasut Kesihatan Untuk Kesihatan Kaki Optimum |
CIRI-CIRI KASUT KESIHATAN FOOTLINK
1. Mempunyai "Arch Support" untuk menyokong arch kaki & bebanan berat badan.
2.
Menggunakan 'Footlink Cushioning Technology' sebagai absorber pada
tapak kaki untuk menyeram gegaran (Maximum Shock Absorption).
3.
Menggunakan material 'MicroFibre' pada bahagian luar yang membuatkan
kasut menjadi lembut,tidak mengeras apabila dimamah usia, kalis air,
kalis kotoran dan hama.
4. Rekabentuk kasut yang tidak menyakitkan pemakainya. Tidak melecet.
5. Lapisan dalam kasut adalah lembut dan memberi keselesaan maksima pada pemakai.
6. Kasut kesihatan footlink adalah Ringan.
7. Anti Fungal.
|
Footlink Seksyen 13 Shah Alam : Kasut Kesihatan Untuk Kesihatan Kaki Optimum |
SIAPA YANG SESUAI UNTUK MEMAKAI KASUT FOOTLINK?
1. Ibu mengandung.
2. Pesakit Osteoartritis (Sendi lutut).
3. Pesakit Bunion.
4. Pesakit alahan atau Alergi tapak kaki.
5. Warga emas.
6. Pekerja yang memerlukan berdiri lama seperti jururawat, guru, pensyarah, pegawai dan sebagainya.
|
Footlink Seksyen 13 Shah Alam : Kasut Kesihatan Untuk Kesihatan Kaki Optimum |
Hasil
daripada kepakaran teknologi tempatan yang digabungkan dengan inovasi
teknologi luar, maka terciptalah kasut kesihatan yang mampu memelihara
kesihatan kaki yang maksimum dari
Footlink.
Bahan pembuatan kasut kesihatan Footlink terdiri daripada
- Poron – menyerap hentakan terbaik
- Latex – mempunyai fungsi grip yang terbaik dan mengurangkan hentakan pada kaki
- Kulit mikro fiber – sangat elastik dan boleh melaraskan saiz kaki anda
- Arc latex – memberi sokongan tapak kaki yang baik dan mudah dilenturkan dan tidak mudah patah
- Fabrik Coolmax – memberi pengudaraan yang terbaik kepada permukaan dalam kasut supaya kaki anda selesa
|
Footlink Seksyen 13 Shah Alam : Kasut Kesihatan Untuk Kesihatan Kaki Optimum |
Hadiah Kasut Kesihatan Buat Yang Tersayang
Selain
untuk kegunaan sendiri, anda juga boleh menghadiahkan kasut kesihatan
ini buat yang tersayang. Cik iena juga menghadiahkan buat Puan Ibunda.
Seronok Puan Ibunda bila Cik iena menyuruh beliau untuk memilih kasut
Footlink yang beliau gemari.
|
Puan Ibunda Sibuk memilih kasut Footlink |
|
Suka puan ibunda dapat kasut footlink |
Sebelum
ini Doktor yang merawat Puan Ibunda pernah memberitahu puan ibunda
untuk dapatkan kasut Footlink untuk kesihatan kaki beliau yang
terseliuh . Namun Puan ibunda Cik iena ni memang susah nak suarakan
sesuatu dekat anak dia. Semasa hari Cik iena bawa Puan Ibunda ke Majlis
Perasmian Footlink Seksyen 13 Shah Alam baru beliau bercerita. Jadi Cik
iena menyuruh beliau untuk memilih kasut Footlink yang beliau gemari.
Anda
juga boleh hadiahkan kasut Footlink kepada kedua ibu bapa anda. Insya
Allah lepasni Cik iena nak bawa ayah pula beli Kasut Footlink.
FIDU Collection : Koleksi Kasut Kesihatan Buat Wanita Bekerjaya
|
Footlink Seksyen 13 Shah Alam : Kasut Kesihatan Untuk Kesihatan Kaki Optimum |
FIDU
Collection merupakan koleksi Kasut bertumit dari Footlink dengan ciri
yang berbeza. Ianya direka khusus buat kaum wanita yang gemar memakai
kasut bertumit terutamanya buat wanita bekerjaya yang pentingkan gaya
dalam menjaga personaliti mereka supaya kelihatan cantik dan elegan.
Koleksi
Fidu tidak sama seperti kasut kesihatan Footlink yang lain kerana
ketinggian tumitnya adalah 2 inci ke atas namun rekabentuknya dan
kualiti materialnya tetap memberikan keselesaan kepada anda.
|
Footlink Seksyen 13 Shah Alam : Kasut Kesihatan Untuk Kesihatan Kaki Optimum |
Dalam
banyak-banyak rekaan di Footlink ini sudah pastinya Koleksi Fidu
berjaya menambat hati Cik iena. Cik iena sememangya gemar memakai kasut
yang bertumit. Kebiasaannya Cik iena akan memakai kasut bertumit dan Cik
iena akan berasa janggal atau tidak selesa ketika berjalan jika memakai
kasut yang tidak bertumit.
|
Footlink Seksyen 13 Shah Alam : Kasut Kesihatan Untuk Kesihatan Kaki Optimum |
Jadi
sememangya koleksi FIDU ini sesuai buat Cik iena dan juga buat anda
yang gemar memakai kasut bertumit. Dalam mementingkan gaya ianya juga
memenuhi aspek penjagaan kesihatan kaki.
Perbezaan Kotak kasut Footlink dan Fidu
|
Perbezaan Kotak kasut Footlink dan Fidu |
|
Footlink Seksyen 13 Shah Alam : Kasut Kesihatan Untuk Kesihatan Kaki Optimum |
Selain daripada mengeluarkan produk kasut kesihatan,
Footlink juga mempunyai produk lain seperti stokin, krim pelembab, heel guard, off-loading insole dan buku-buku ilmiah.
Majlis Perasmian Footlink Seksyen 13 Shah Alam
Baru-baru
ini Cik iena menghadiri Majlis Pembukaan outlet Footlink ke 31 di
Seksyen 13 Shah Alam yang dikendalikan oleh Deqsha Biz Network (DBN)
yang dimiliki oleh Ir. Noor Shafawati, seorang Jurutera Profesional yang
mempunyai minat mendalam dengan dunia perniagaan. Selain itu beliau
juga merupakan seorang blogger.
|
Pemilik Footlink Seksyen 13 Shah Alam, Ir. Noor Shafawati |
Beliau
merupakan seorang yang obses terhadap kasut. Beliau juga gemar
mengumpul pelbagai koleksi kasut dan kedai kasut merupakan tempat yang
sering beliau kunjungi jika beliau ke mana-mana pusat membeli belah.
|
Bergambar bersama pemilik Pemilik Footlink Seksyen 13 Shah Alam dan juga rakan blogger Ir. Noor Shafawati |
Kini,
beliau telah membuka kedai kasut sendiri dengan memilih jenama Footlink
untuk dipasarkan. Beliau memilih Footlink disebabkan oleh kualiti
produknya yang menitikberatkan rekabentuk bersesuaian dengan pelbagai
jenis masalah kaki disamping mempunyai pilihan yang pelbagai untuk
memenuhi citarasa masa kini pelanggan.
|
Penerangan produk dari wakil Footlink HQ |
|
Antara rakan blogger yang hadir |
Setiap pelanggan yang membuat pembelian akan ditawarkan untuk mejadi ahli.
Untuk
pengetahuan, sekiranya anda membuat pembelian, anda akan ditawarkan
menjadi ahli dan kelebihan menjadi ahli di Footlink 13 Shah Alam adalah
mereka akan mendapat manfaat seperti kad ganjaran, layak mengikuti Hari
Ahli di bulan-bulan tertentu, diskaun bagi kasut-kasut tertentu,
ganjaran pada bulan kelahiran, mendapat maklumat terkini rekabentuk
terbaru dan pembelian atas talian tanpa cas penghantaran.
|
Footlink Seksyen 13 Shah Alam : Kasut Kesihatan Untuk Kesihatan Kaki Optimum |
|
Antara kasut yang Cik iena berkenan |
Semasa
majlis ini Puan ibunda dan juga adik Cik iena telah memenangi hadiah
Cabutan bertuah dari Footlink seksyen 13 Shah Alam. Terima kasih
Footlink Seksyen 13 Shah Alam.
|
Puan ibunda menang cabutan bertuah :) |
|
Adik menang cabutan bertuah :) |
Hadiah Misteri Buat Pembaca Blog ienaeliena Dari Footlink Seksyen 13, Shah Alam
Sempena pembukaan cawangan
Footlink Seksyen 13, Shah Alam. Anda boleh menikmati beberapa jenis kasut kesihatan pada harga istimewa.
Anda hanya perlu memberitahu anda mengetahui promosi ini dari
“BLOG IENA ELIENA”
untuk mendapatkan hadiah misteri sewaktu membuat pembelian mana-mana
kasut di Footlink @ Seksyen 13, Shah Alam (Sah sehingga hujung tahun
2019).
Tawaran ini hanya sah di Footlink Seksyen 13 Shah Alam sahaja tau :)
Alamat Footlink Seksyen 13 Shah Alam
Footlink 13 Shah Alam
No. 86, Jalan Badminton 13/29,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi :- 10pagi – 7petang (Isnin – Ahad)
Facebook Page :
Footlink 13 Shah Alam
Instagram :
@footlink13shahalam