Kesibukan kerja adakalanya membuatkan kita terlupa untuk makan lagi-lagi jika pejabat tempat kita bekerja terletak jauh dari restoran atau food court. Kini ianya tidak lagi menjadi masalah kerana anda boleh mendapatkan Kart's Quick Meal To Go di semua cawangan 7-Eleven berdekatan anda.
|
7Eleven
‘Jom Makan & Minum’ campaign featuring Kart’s RTE + 12oz Slurpee @ RM7.30 |
Penyediaan makanan yang cukup mudah, jimat masa dan juga harga yang berbaloi. Ianya boleh di dapati di Semua Cawangan 7-Eleven. Seperti yang anda sedia maklum 7-Eleven mempunyai banyak cawangan di Malaysia.
Kart's Quick Meal to Go at 7-Eleven Malaysia
|
Kart's Quick Meal to Go at 7-Eleven Malaysia |
Kart's Quick Meal To Go merupakan makanan yang cepat untuk disediakan dan sedia untuk dimakan. Khusus buat anda yang mempunyai kekangan masa untuk masak mahupun untuk ke restoran menikmati hidangan makan malam atau tengah hari. Selain itu pembungkusannya juga agak praktikal dan boleh di makan dimana-mana disamping ianya dijual pada harga yang murah.
Terdapat pelbagai menu
Kart's Quick Meal To Go yang ditawarkan di 7-Eleven Malaysia. Cik iena juga berkesempatan mencuba beberapa menu. Bahkan sebelum ini juga Cik iena pernah makan menu Kart's Quick Meal To Go ketika bercuti di Pulau Pinang.
|
Kart's Quick Meal to Go at 7-Eleven Malaysia |
Ianya juga amat sesuai untuk traveller. Semasa percutian Cik iena di Pulau Pinang, Cik iena mempunyai jadual yang sangat padat . Jadi Cik iena dan rakan-rakan memilih makanan Kart's Quick Meal To Go untuk di makan. Ianya sememangnya amat mudah disediakan walaupun untuk traveller kerana terdapat Microwave yang disediakan di setiap cawangan 7-Eleven untuk anda memanaskan makanan anda.
Selain daripada itu ianya juga selamat dimakan kerana pembungkusannya menggunakan
Retort Technology.
Apa itu Retort Technology?
Retort Technology merupakan inovasi pembungkusan makanan yang berkualiti dan tahan lama serta selamat. Pembungkusan retort ini mempunyai ketahanan suhu 130 Celsius, dibuat daripada lapisan filem laminat fleksibel yang membolehkan pembungkusan steril sekali dan mempunyai jangka hayat 18 bulan hingga 24 bulan.
|
Kart's Quick Meal to Go at 7-Eleven Malaysia |
Teknologi pembungkusan retort lebih fleksibel berbanding dengan jenis pembungkusan lain dan ia telah dikomersialkan secara meluas oleh Jepun. Kebaikan teknologi retort ini adalah:
- Pemindahan haba yang cepat dan seterusnya pengurangan masa pemprosesan.
- Kekurangan nutrien yang lebih sedikit.
- Tiada penyejukan atau pembekuan diperlukan
|
Kart's Quick Meal to Go at 7-Eleven Malaysia |
Antara menu yang Cik iena cuba adalah
- Nasi Lemak with ‘Non-Meat’ Squid
- ‘Non-Meat’ Mutton Curry with Rice
- Asam Tumis Beef with Rice
- Nyonya Chicken Curry with Rice
- Red Bean with Wheat Dessert
- Green Bean with Wheat Dessert
Cara Penyediaan Kart's Quick Meal to Go.
Kebiasaannya pembeli Kart's Quick Meal akan menggunakan microwave dimana mereka boleh memanaskannya sendiri di 7-Eleven sepertimana yang Cik iena dan Zainurin lakukan seperti gambar di bawah.
|
Cik iena sedang menyediakan Kart's Quick Meal to Go |
|
Cik iena sedang membaca cara penyediaan |
|
Setiap meal mempunyai masa untuk memanaskan yang berbeza, sila rujuk pembungkusan |
Bagi memanaskan nasi, ianya mengambil masa Cuma 90 saat sahaja manakala untuk memanaskan dessert ianya mengambil masa selama 60 saat. Ianya amat cepat untuk disediakan.
|
Ok, hampir siap! |
Selain menggunakan microwave, anda juga boleh menggunakan kaedah Boil dan Steam bagi yang tidak mempunyai microwave di rumah. Tapi kebiasaannya di cawangan 7-Eleven memang dah ada microwave untuk anda panaskan. Tapi microwave itu digunakan jika anda ingin makan dalam masa terdekat. Tambahan lagi sekarang di 7-Eleven terpilih terdapat juga ruangan untuk anda makan.
1. Nasi Lemak with ‘Non-Meat’ Squid
|
Nasi Lemak with ‘Non-Meat’ Squid |
Nasi Lemak with ‘Non-Meat’ Squid
Nasi lemak ni merupakan menu kegemaran Cik iena sejak Cik iena bercuti di Penang bersama rakan-rakan semasa Trip untuk Review Escape Penang. Jadual yang sangat sibuk membuatkan Cik iena dan rakan-rakan mengalami masalah kekangan masa untuk makan. Jadi Kart's Quick Meal merupakan pilihan terbaik tambahan pula ianya ditawarkan di 7-Eleven yang mempunyai banyak cawangan di Malaysia.
Rasa pedas untuk level kepedasan Cik iena yang tak makan pedas dan juga ada rasa sedikit masam manis. Warna sambal nasi lemak juga cantik dan kelihatan amat menyelerakan. Disamping itu “sotong” juga lembut. Kacang tanah dan ikan bilis yang rangup membuatkan lagi nasi lemak ini sedap di makan bila-bila masa.
|
Nasi Lemak with ‘Non-Meat’ Squid |
Rating Nasi Lemak with ‘Non-Meat’ Squid (RM6.50) : 10/10
2. ‘Non-Meat’ Mutton Curry with Rice
|
‘Non-Meat’ Mutton Curry with Rice |
|
‘Non-Meat’ Mutton Curry with Rice |
Menurut kata Zai 'non-meat' mutton dia sedap dan lembut. Kuah kari yang berlemak cukup rasa rempah ratus. Ditambah dengan sayuran lobak merah yang empuk.
|
Nasi Lemak with ‘Non-Meat’ Squid |
Rating ‘Non-Meat’ Mutton Curry with Rice(RM6.50): Rate dari kawan Cik iena 10/10 .
3. Asam Tumis Beef with Rice
|
Asam Tumis Beef with Rice |
|
Asam Tumis Beef with Rice |
Rasa unik Asam Tumis Beef with Rice. Jika sebelum ini Cik iena tidak pernah mencuba daging lembu masak asam tumis. Ini kali pertama. Sebelum ini Cik iena hanya pernah makan Ayam masak asam tumis. Dengan mencuba menu ini cik iena dapati masakan asam tumis daging lembu juga sedap. Mungkin Cik iena boleh cuba masak di rumah nanti. Dagingnya juga lembut dan tidak liat. Kuah asam tumis yang cukup rasa pedas, masam . Untuk level kepedasan Cik iena ianya pedas tapi mungkin bagi anda yang kuat makan pedas ianya tak berapa pedas.
|
Asam Tumis Beef with Rice |
Rating Asam Tumis Beef with Rice (RM6.50): 9/10
4. Nyonya Chicken Curry with Rice
|
Nyonya Chicken Curry with Rice |
|
Nyonya Chicken Curry with Rice |
Nyonya Chicken Curry mempunyai rasa kari yang lemak. Kuah yang pekat terasa rempah yang digunakan . Daging ayam yang juga lembut serta terasa kuah kari yang terperap dalam isi ayam. Pendek kata jika anda makan ayam sahaja tanpa kuah pun dah dapat rasa nyonya curry ni.
Rating Nyonya Chicken Curry with Rice(RM6.50) : 7/10
5. Red Bean with Wheat Dessert
|
Red Bean with Wheat Dessert |
|
Red Bean with Wheat Dessert |
Red Bean with Wheat Dessert merupakan menu baru yang Cik iena cuba yang menepati citarasa Cik iena. Boleh dijadikan menu minuman petang ataupun sarapan pagi. Sesuai buat anda yang suka makan bubur tapi yang ni versi sihat tiada lemak/santan. Gandum dan kacang merah juga lembut serta kuah yang tidak terlalu manis.
|
Red Bean with Wheat Dessert |
RAting Red Bean with Wheat Dessert(RM5.90) : 8/10
6. Green Bean with Wheat Dessert
|
Green Bean with Wheat Dessert |
|
Green Bean with Wheat Dessert |
Cara masakan Green Bean with Wheat Dessert sama seperti Red Bean with
Wheat Dessert. Yang membezakan nya kacang hijau dan kacang merah. Gandum
dan kacang hijau yang lembut serta kuah yang tidak terlalu manis .Ianya
juga boleh dimakan pada waktu tengah malam jika anda lapar.
|
Green Bean with Wheat Dessert |
Rating Green Bean with Wheat Dessert (RM5.90): 8/10
Menu apa menjadi Kesukaan Cik iena ?
Antara keenam menu ini menu yang menjadi kegemaran Cik iena semestinya
Nasi Lemak with ‘Non-Meat’ Squid. Semasa percutian di Penang lagi Cik iena dah jatuh hati dengan Nasi Lemak with ‘Non-Meat’ Squid ni. Kacang goreng dan ikan bilis goreng sudah cukup membuatkan anda berasa seperti makan nasi lemak yang di beli di gerai-gerai.
|
Kart's Quick Meal to Go at 7-Eleven Malaysia |
Selain itu antara yang Cik iena suka adalah Green Bean with Wheat Dessert. Satu menu baru yang Cik iena cuba yang agak menarik. Sangat sesuai untuk anda penggemar dessert yang menjaga badan terutamanya kerana ianya tidak mengandungi santan dan ianya juga tidak terlalu manis, ditambah dengan tekstur kacang hijau serta gandum yang lembut ia pasti membuat anda rindukan rasa dessert ini. Jika tiba-tiba tengah malam anda craving nak makan dessert, ini adalah dessert yang sedap dan mudah didapati di 7-Eleven.
Special promotion with 7-Eleven
|
7Eleven ‘Jom Makan & Minum’ campaign featuring Kart’s RTE + 12oz Slurpee @ RM7.30 |
7Eleven ‘Jom Makan & Minum’ campaign featuring Kart’s RTE + 12oz Slurpee @ RM7.30
Istimewa buat anda diluar sana kini anda boleh dapatkan promosi istimewa iaitu Jom Makan & Minum. Anda boleh mendapatkan Kart's Quick Meal To Go dan Slurpee 12oz pada harga RM7.30 sahaja bermula pada 5 November 2019 sehingga 30 Disember 2019.
|
Cik iena sedang meminum Slurpee berperisa Tutti Frutti. |
Untuk Maklumat Lanjut mengenai Kart's Quick Meal to Go Layari laman sesawang mereka di
https://www.facebook.com/KartFoodMalaysia/
0 comments:
Post a Comment