Grab The Promo
Grab The Promo

Kekasih by The Melvins Kombo lipmatte RM39


Kekasih by The Melvins Kombo lipmatte


BELUM setahun di pasaran, jenama kosmetik Kekasih by The Melvins telah mencuri perhatian ramai masyarakat Malaysia khususnya. Kekasih by The Melvins diasaskan oleh  empat adik beradik yang cantik jelita iaitu Syatilla Melvin, Syida Melvin, Syafiqa Melvin dan Syifa Melvin sejak 1 Mei 2019.

Kekasih by The Melvins Kombo lipmatte
Dari kanan SYIFA MELVIN,SYIDA MELVIN (duduk) SYAFIQA MELVIN(atas) dan SYATILLA MELVIN (kiri)

Jenama ini hadir  menerusi rangkaian lip matte dan krim foundation  dengan harga yang dikatakan mampu milik. Oleh kerana itu Kekasih by The Melvins telah mencipta fenomena tersendiri.

Sejak awal ianya dikeluarkan  lip matte di bawah nama kombo Zahir Batin dan Jiwa Raga telah terjual sebanyak 180,000 unit seperti pisang panas yang laris di pasaran. 

Kini Kekasih by The Melvin telah menjadi perhatian semula menerusi promosi terbaharu kombo lip matte Tulus Suci  yang dilancarkan sejak 17 November lalu. 

“Kali ini kombo lip matte Tulus Suci kami hadirkan pilihan warna menarik dengan bau strawberi pula. Sebelum ini menerusi kombo terdahulu, kita tampil dengan bau pisang dan coklat.

Kekasih by The Melvins Kombo lipmatte
Kekasih by The Melvins Kombo lipmatte 

Kekasih by The Melvins Kombo lipmatte
Kekasih by The Melvins Kombo lipmatte 

“Kami hadirkan juga ia dalam edisi bermusim yang cukup terhad. Jadi kena dapatkan segera di pasaran sebelum kehabisan,” kata Syatilla.

Bercerita lanjut mengenai lip matte rangkaian Kekasih by The Melvins, ia mempunyai empat warna pilihan lagi menawan.

“Kandungan utama lip matte ini terdiri daripada minyak Argan, Shea Butter dan Vitamin E. Ia bersifat lightweight dan kalis air. Ia juga dalam bentuk cecair ringan namun kesan selepas pakai akan bertukar menjadi matte. 

“Teksturnya sangat ringan seperti tidak langsung dicalit apa-apa. Ia tidak melekit dan melekat. Fungsinya mampu merawat garis halus pada permukaan bibir. Malah ia juga bertindak sebagai perawat dan pelembap bibir kering. Pada masa sama, ia juga tidak memberikan kesan hitam kepada bibir.

“Lebih utama,  tiada bahan kimia dan bebas Paraben. Baunya juga wangi,” kata Syatilla lagi.


Kekasih by The Melvins Kombo lipmatte
SYATILLA MELVIN

Syatilla yang mewakili adik beradiknya yang lain berkata,  sekalipun sedar persaingan sengit menjual rangkaian produk sama, mereka tetap optimis dan bangga dengan jenama sendiri.

“Bagi kami produk Lip matte contohnya  memang  tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Memang ia menjadi satu keperluan buat golongan wanita khususnya.  Malah kami sepakat menggunakan nama Kekasih ini kerana kita dilahirkan di dunia ini untuk sentiasa berpasangan. Begitu juga seperti lipmatte Kekasih sendiri yang dipasarkan secara kombo (dua lipmatte) dengan harga RM39. Memang berbaloi baloi dengan harga itu dapat dua.

“Tak dinafikan memang banyak jenama lipmatte lain di pasaran. Tapi Kekasih kami lain macam sedikit. ‘Kekasih’ kerana ‘kekasih’ yang satu ini tiada tandingan.  Malah  berkenaan juga terus menjadi pembakar semangat kepada kami empat adik beradik, pasukan kerja Kekasih by The Melvins serta lebih 1000 agen dan stokis berdaftar di seluruh Malaysia

“Kami turut menggunakan tagline dan  tanda pagar Satukekasihcukupke? juga sebagai simbolik mempromosikan kombo lipmatte yang dijual dengan dua unit. Tapi di alam realiti cukup setia dengan seorang kekasih dan suami saja. Jangan main kayu tiga dalam hubungan sesama manusia. Tapi kalau nak beli produk Kekasih tak apa nak beli lebih pun. Kalau beli banyak buat stok lagi kami suka ,” kata isteri kepada Shaheizy Sam itu.

Kekasih by The Melvins Kombo lipmatte
SYATILLA MELVIN( kanan) dan SYAFIQA MELVIN (kiri)

Kekasih by The Melvins Kombo lipmatte
SYIDA MELVIN (kiri)dan SYIFA MELVIN(kanan)

Kekasih by The Melvins juga mengamalkan konsep membuka ruang kepada suri rumah atau mereka yang mahu mencari wang tambahan dengan menjadi agen dan stokis.

“Di Kekasih by The Melvins, kita kongsi sama rata dengan mereka yang di luar yang mahu menjana pendapatan sampingan. Alhamdulillah beberapa bulan di pasaran jenama kami sudah mampu membantu mereka di luar sana mendapat wang lebih dengan bergelar agen dan stokis.

“Berkat berniaga, kami bangga dapat membantu ramai pihak untuk meningkatkan ekonomi hidup. Ada yang mampu membeli emas, motosikal, perabot, kereta, mengubah suai rumah, melancong ke luar negara. 

“Dalam beberapa tahun lagi, kami juga mahu jenama ini melahirkan jutawan yang dermawan. Berniaga ini kena bersungguh sungguh. Tak boleh hangat hangat tahi ayam.  Insya-Allah setiap usaha pasti berbayar,” 

kata ibu kepada dua orang cahaya mata, Syeriv Samheizy, hampir tiga tahun dan Sarima Samheizy, 7 bulan.





Kekasih by The Melvins Kombo lipmatte
SYIFA MELVIN

Kekasih by The Melvins Kombo lipmatte
SYAFIQA MELVIN


Kekasih by The Melvins Kombo lipmatte
SYIDA MELVIN




Harga Kekasih by The Melvins

Kombo lipmatte dijual pada harga RM39
Krim asas pula pada harga RM49


Untuk Maklumat lanjut ikuti laman sosial mereka dibawah atau  Talian hotline: 010-9000001

 Instagram: @kekasih_hq
Facebook: @kekasihhq


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve