Grab The Promo
Grab The Promo

Hairy Mary di Publika Usahasama Dr.Por dan Ardell Aryana


Hairy Mary merupakan pusat rawatan yang menawarkan perkhidmatan membuang dan menyingkirkan bulu-bulu roma/rambut halus di badan dengan mengunakan teknologi terkini oleh parunding kecantikan yang terlatih. Untuk pengetahuan semua Hairy Mary bermula sebagai cawangan  kepada klinik estetik Dr Por, YS Clinic, yang cukup popular dalam perkhidmatan memberi rawatan anti penuaan, pigmentasi dan parut.

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
Dr.Por,Nadzmi Adhwa,Ardell Aryana, dan Cik iena


Hairy Mary diasaskan pada tahun 2018 dan kini telah mempunyai 3 cawangan yang berjaya dibuka dalam tempoh setahun. Cawangan yang pertama Hairy Mary adalah di Mid Valley, manakala yang kedua di Subang Jaya dan yang ketiga pula adalah di Publika yang mana secara rasminya dibuka untuk orang ramai pada 14 Disember 2019.


Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
Dr.Por dan Ardell Aryana


Untuk pengetahuan, Dr Por Yang Sheng merupakan seorang doktor perubatan berlesen dan ahli Akademi Perubatan Estetik Amerika, beliau.merupakan pengasas kepada Hairy Mary. Namun istimewanya outlet Hairy Mary di Publika adalah pengurusannya secara kerjasama dengan selebriti dan usahawan Ardell Aryana yang begitu pengalaman luas dalam industri kecantikan.

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah faktor yang menyebabkan Dr.Por ingin bekerjasama bersama Ardell Aryana dan siapakah Dr.Por dan Ardell Aryana. Untuk pengetahuan mereka berdua merupakan saudara dimana Dr.Por merupakan pakcik kepada Ardell Aryana.  Untuk mengetahui lebih lanjut tentang mengapa mereka bekerjasama anda boleh rujuk video sidang media yang telah cik iena lampirkan di penghujung artikel.

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
Ardell Aryana bersama suami tercinta Nadzmi Adhwa


Menurut Ardell ini merupakan perniagaan yang ketiga beliau ceburi. Ardell yang banyak berkongsi minat dalam bidang perniagaan bersama suaminya iaitu Nadzmi Adhwa sememangnya seorang yang sangat optimis dan kreatif secara tidak langsung boleh meningkatkan lagi perkembangan Hairy Mary di Malaysia. Dengan usahsama ini mereka menganggarkan akan membuka 6 cawangan Hairy Mary pada tahun 2020  di negeri  lain yang terpilih.

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
Bilik consultation


Menurut Dr Por Yang Sheng, semua perunding kecantikan di Hairy Mary adalah pakar dalam bidang ini yang mana mereka telah diberi kursus dan latihan dari mereka yang bertauliah. Kecekapan penggunaan teknologi mesin dan perundingan terbaik menjadikan kita tidak akan rasa was-was ketika mendapat rawatan di sini.

Terdapat beberapa bilik konsultansi dan rawatan di outlet Hairy Mary ini, jadi tidak akan ada masalah sekiranya terdapat lebih daripada seorang pelanggan yang datang untuk mendapatkan rawatan pada satu-satu masa yang sama.


Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
Bilik rawatan

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
THOR Light Laser


Rawatan di Hairy Mary adalah menggunakan teknologi Korea yang menggunakan THOR Light Laser iaitu rawatan laser yang terkini dan tidak menyakitkan langsung. Apa yang lebih menarik teknologi mensasarkan kawasan rawatan  dengan ketepatan yang lebih tinggi bagi mencapai kecekapan maksimum.

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
THOR Light Laser


 “This laser emits a more concentrated burst in single wavelengths which means that individual hair follicles can be targeted and destroyed. Energy distribution is also more even. It’s quicker, so clients enjoy shorter treatment sessions,”

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por

Kemajuan inovatif dalam teknologi laser THOR menggabungkan sistem penyejukan yang dapat meminimumkan kerosakan kepada tisu sekeliling sekaligus mengurangkan kesakitan. Dan teknologi THOR sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan rambut. Ianya tidak seperti IPL yang kurang berkesan pada rambut kasar dan boleh menyebabkan kawasan yang dilakukan rawatan menjadi lebih gelap.


Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por


Bersempena dengan pembukaan outlet yang ketiga di Publika, Hairy Mary menawarkan promosi menarik kepada pelanggannya. Dengan hanya RM118, untuk rawatan selama 1 tahun (12 kali rawatan) untuk bahagian di badan yang terpilih. Namun tawaran ini hanyalah dibuka pada 14 dan 15 Disember 2019.


Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por


Tawaran ini sememang murah dan berbaloi.Jika dilihat pada harga asal, untuk satu rawatan bahagian tertentu sahaja caj yang dikenakan dalam RM150. Dan terdapat juga promosi rawatan lain yang diberikan sehingga  70% diskaun daripada harga biasa.



Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
Cik iena bersama Ardell Aryana



 Majlis Perasmian Hairy Mary Publika





Sidang Media Hairy Mary Publika bersama Dr.Por dan Ardell Aryana




Untuk Maklumat Lanjut


Instagram : https://www.instagram.com/hairymary.co/
FAcebook : https://www.facebook.com/hairymary.co/
WhatsApp : https://wa.me/60182845887

Alamat
Hairy Mary Publika
A4-1-6 Solaris Dutamas
No 1 Jalan Dutamas
50480 Kuala Lumpur












0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve