Grab The Promo
Grab The Promo

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan


Berkunjung ke mana-mana negara pastinya kita tidak lepas dari mencuba masakan-masakan tradisi dan masakan-masakan istimewa sesebuah negara itu. Yogyakarta, Indonesia terkenal dengan menu Nasi Gudeg, Nasi Kucing dan Sate Klathak .Namun begitu terdapat juga restoran atau rumah makan yang menawarkan makanan lain yang menarik untuk di cuba. Restoran Yang Cik iena maksudkan adalah Jejamuran.

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan




Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan


Hari pertama Cik iena menjejakkan kaki di Jogja, Cik iena singgah makan tengah hari di Jejamuran.
Jejamuran merupakan Restoran yang terkenal di Yogyakarta. Ianya juga merupakan salah satu tarikan pelancong di Jogja. Jejamuran menawarkan aneka masakan menu tradisional berasaskan Jamur iaitu cendawan dengan aneka bumbu. Jejamuran terletak di Niron, Pandowowahrjo, Sleman, Yogyakarta.

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan




Kali pertama menjejakkan kaki ke dalam restoran ini,Cik iena tercari-cari dimanakah ruang makan restoran ini.Pada bahagian pintu utama restoran ini, satu sudut utama yang mempamerkan lebih 15 jenis cendawan segar berbeza spesies. Cendawan di susun atur menarik dengan blok cendawan digantung dan disusun rapi membolehkan sudut itu dijadikan ruang khas untuk bergambar bagi pengunjung yang datang.

Lebih menarik adalah apabila spesies cendawan yang dipamer terdiri daripada pelbagai warna menghidupkan suasana seperti di kebun cendawan. Ada warna hitam, putih, kuning bahkan jenis tiram bewarna merah jambu paling dilihat istimewa.

Selepas melepasi sudut pameran,  barulah Cik iena nampak ruang belakang restoran yang luas dikhaskan untuk pelanggan menjamu selera. Ruang makan di sini sangat luas dan kelihatan sangat ramai pelanggan masuk ke dalam restoran tersebut.


Keadaaan di sini sangat selesa dan tenang walaupun pelanggan yang datang tidak putus-putus bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Selain dari ruang makan, di satu sudut lain, restoran ini lengkap dengan fasiliti lain seperti  ruang main kanak-kanak, tandas , ruang solat dan spa ikan.
 Di sini anda boleh merendamkan kaki anda di dalam kolam spa ikan untuk membuang toksik-toksik dalam badan.



Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Blogger in Action :)



Belum habis Cik iena rasa teruja melihat hiasan dalam restoran, Cik iena dihidangkan dengan beberapa menu popular di situ yang kesemuanya dimasak menggunakan jenis cendawan berbeza. Memandangkan ini merupakan FAM trip oleh Tourism Indonesia jadi pastinya menu-menu adalah yang  dicadangkan oleh pihak meraka.Cik iena dan rakan-rakan tidak perlu pening kepala untuk memilih menu yang hendak dicuba. Kesemua menu yang dipesan memang sangat sedap dan sesuai di sajikan buat pelancong khususnya bagi memperkenalkan kulinari di Jogja.

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Khusyuk betul ya Cik iena ambil gambar makanan :)



Antara menu yang Cik iena dan rakan-rakan cuba adalah


Jamur Sweet and sour, Tumis kankung jamur, Goreng tepung merang, Tumis jamur, KaredokPaket, tahu dan tempe, Tongseng Jamur, Ayam Bakar, Satay Jamur dan Sup Jamur


Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan






Tumis kankung jamur



Masakan Tumis kankung jamur ini kelihatan biasa namun ianya tetap istimewa. Gabungan sayur kankung dan juga cendawan butang yang sedap. Belum pernah lagi Cik iena masak cendawan bersama kankung. Lepasni boleh lah cuba kerana kombinasi keduanya menghasilkan rasa yang enak untuk dimakan.

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Tumis kankung jamur

Goreng tepung merang


Masakan Goreng tepung merang ini juga unik dan sedap. Sesuai dimakan dengan nasi panas dan juga sesau dimakan begitu sahaja seperti snek. Cendawan merang atau di Malaysia di panggil Cendawan Jerami padi yang juga lebih dikenali dengan nama Straw Mushroom di salut dengan tepung istimewa resepi jejamuran dan di goreng . Kebiasaannya di Malaysia kita menggunakan cendawan tiram. Berbeza di Jejamuran mereka menggunakan Cendawan Jerami Padi.


Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Goreng tepung merang


Tumis jamur


Tumis jamur disini juga enak rasanya. Anda boleh memesan jamur pilihan anda untuk di tumis.Antara menu wajib anda cuba di sini.

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Tumis jamur

Karedok


Menu istimewa Karedok, campuran lima sayuran mentah termasuk kobis, kacang panjang, timun dan tauge disiram dengan kuah kacang  . Rasa yang unik dan lazat. Anda harus mencuba menu ini jika ke Jejamuran :)

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Karedok

Paket tahu dan tempe


Paket tahu dan tempe menu simple namun sedap digandingkan bumbu yang enak. Sambal bumbu yang disediakan walaupun pedas tapi sangat lazat dan bakal membuatkan anda makan bertambah nasi.

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Paket tahu dan tempe



Tongseng Jamur


Tongseng Jamur antara menu istimewa disini juga dan anda patut cuba.  Jika di Malaysia tongseng ini dipanggil Kari. Namun kari atau tongseng di Jogja adalah berbeza dengan di Malaysia. Jika di Malaysia ianya lebih pekat dengan rasa rempah ratus berbeza disini kurang rasa rempah ratus dan ianya agak manis.


Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Tongseng Jamur

Ayam Bakar


Menu yang bakal buat anda rasa ingin datang lagi disini. Ayam Bakar disini sedap, ayamnya terasa di marinated dan ianya lembut. Bubmu nya juga enak namun agak pedas buat Cik iena. walaupun pedas ianya sangat sedap membuatkan Cik iena lupa akan kepedasannya dan terus mamakannya walaupun Cik iena berpeluh kepedasan :)


Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Ayam Bakar

Satay Jamur


Satay Jamur antara menu paling Cik iena gemari dan Cik iena sangat mencadangkan anda untuk mencubanya kerana rasanya yang unik dan sangat enak. Tak seperti rasa cendawan. Rasa macam daging pun ada. Ianya menggunakan dua jenis cendawan iaitu cendawan tiram dan cendawan butang yang di marinated bersama rempah dan di padat-padatkan sehingga menyerupai daging. Pada awalnya Cik iena ingat kan daging. Cik iena sangat terkejut bila diberitahu ianya adalah cendawan. Anda wajib cua menu satay cendawan yang pasti membuat anda rasa ingin datang kesini kembali :)


Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Satay Jamur

Sup Jamur


Sup Jamur menu biasa yang kita boleh dapati namun cara masaknya bagus kerana sayurannyatidak terlalu lembik. Adakalanya sup sayur yang dimasak , sayurnya lembik. Berbeza disini ianya rangup dan enak di makan.

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Sup Jamur





Yang ini Cik iena lupa nama masakannya :) Dan rasanya Cik iena agak ianya sedap. Cik iena tak sempat makan kerana portionnya agak sedikit dan cik iena terlewat untuk ambil jadi mungkin kerana ianya sedap. ianya habis. Kesimpulannya dapat Cik iena katakan mungkin ianya sedap :)

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan




Berikut Cik iena kongsikan vlog cik iena di Rumah Makan Jejamuran.






Menarik bukan makanan disini? Jadi, sekiranya anda ke Jogja, ini merupakan Restoran yang wajib anda kunjungi. Cik iena amat mencadangkan restoran ini untuk anda cuba masakannya kerana masakannya enak-enak belaka. Anda pasti jatuh hati dengan masakan disini.


Untuk pengetahuan anda,istimewanya lagi rumah makan ini adalah kesemua cendawan yang dimasak disini mahupun sayuran yang digunakan dalam masakan di rumah makan ini diambil dari kebun mereka sendiri. Untuk memenuhi permintaan pelanggan mereka telah membuka kebun sendiri untuk menanam cendawan terutamanya disamping sayuran lain seperti tomato, kankung , cili dan sayuran lain.

Nanti Cik iena akan kongsikan juga video kebun cendawan mereka yang cik iena lawati selepas menikmati masakan enak di Rumah Makan JEjamuran.


Menu Rumah Makan Jejamuran


Menu Rumah Makan Jejamuran

Menu Rumah Makan Jejamuran

Menu Rumah Makan Jejamuran

Menu Rumah Makan Jejamuran

Menu Rumah Makan Jejamuran

Menu Rumah Makan Jejamuran

Menu Rumah Makan Jejamuran

Menu Rumah Makan Jejamuran



Waktu Operasi Rumah Makan Jejamuran


Sabtu    9am–9pm
Ahad 9am–9pm
Isnin    9am–9pm
Selasa    9am–9pm
Rabu    9am–9pm
Khamis    9am–9pm
Jumaat    9am–9pm


Alamat : Jl. Pendowoharjo No.RT.01, RW.20, Niron, Pandowoharjo, Kec. Sleman, Kabupaten Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta 55512, Indonesia






FAM TRIP PASAR MALAYSIA KE BOROBODUR


Untuk update di instagram boleh lihat di #ienaelienajogja
Playlist di Youtube : IENAELIENA X TOURISM INDONESIA

Artikel Berkaitan

Day 1 : 
  1. Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
  2.  Balkondes Ngadiharjo Guesthouse di Borobodur, Magelang, Central Java Indonesia
  3. Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta 

DAY 2 :

  1. Makan tengah hari di Balkondes Ngadiharjo

Video Summary sepanjang FAM TRIP

Menjejak Keunikan dan Keenakan Kulinari diJogja




 #jogjaistimewa #jogjaculinary #ftmyborobudur #wonderfulborobudur #wonderfulindonesia #ienaeliena #malaysianblogger #bloggermalaysia #bloggermy #lifestyleblogger #foodblogger #foodie #foodporn #ienaelienatravel #ienaelienajogja







1 comments:

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve