Antara platform beli belah dalam talian yang tidak asing lagi adalah Shopee dan Lazada. Cik iena yakin semua tau akan kedua-dua platform ini dan juga pasti ada diantara anda juga pernah membeli belah disini.
Shopping dan terima cashback serta komisyen dengan Aplikasi Fingo
Tahukah anda kini anda boleh membeli-belah dan mendapat pulangan balik atau cashback dan juga mendapat komisyen sekiranya anda membeli belah di Aplikasi Fingo. Selain membeli-belah di Aplikasi finggo anda juga boleh menjana pendapatan. Hanya dengan berkongsi link pautan aplikasi finggo dan mengajak rakan-rakan anda membeli belah di Aplikasi Fingo, anda dapat menjana pendapatan secara online.
Fingo dan Kelab Usahawan Selebriti Malaysia Jalin Kerjasama
Yujiao Kong selaku Ketua Wakil Fingo |
Menurut beliau lagi, ketika ini Fingo telah merekodkan transaksi jualan sebanyak RM200,000 sehari.
“Fingo kini menjadi dunia membeli belah atas talian yang popular kerana lebih mudah dan jimat kerana semuanya di hujung jari pengguna.
“Ketika ini, terdapat lebih kurang 12,000 produk baru ditawarkan dalam usaha memenuhi keperluan ahli membeli-belah dan Pada masa sama, syarikat menyasarkan sebanyak 30,000 produk akan dipasarkan di Fingo pada 2020,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Fingo Star di sini baru-baru ini selain perasmian logo baharu Kelab Usahawan Selebriti Malaysia (KUSM) dan Komuniti Usahawan Selebriti E-Dagang.
Berikutan itu, Fingo akan menyokong aktiviti KUSM dalam usaha mempromosikan aplikasi itu di kalangan selebriti bagi menambah pendapatan golongan tersebut.
Mengulas lanjut mengenai perancangan syarikat, Yujiao Kong memberitahu, Fingo menyasarkan transaksi jualan sebanyak RM3 bilion pada tahun 2020 meliputi pasaran di negara ini, Singapura, Thailand dan Indonesia.
Beliau berkata, sasaran itu akan dipacu oleh penawaran lebih banyak produk tempatan berbanding daripada luar negara.
Ketika ini katanya, produk yang ditawarkan Fingo adalah 80 peratus kebanyakan daripada China dan bakinya adalah jenama tempatan.
“Kami meletakkan sasaran untuk menawarkan lebih banyak produk tempatan dengan nisbah 50:50 pada tahun depan.
“Ini bagi membolehkan proses penghantaran barangan lebih cepat kepada pengguna,” katanya.
Menurut Yujiao Kong lagi, syarikat mensasarkan untuk terus meneroka pasaran e-dagang secara agresif yang semakin berkembang di negara ini selain meraih peluang perniagaan besar di rantau ASEAN.
Apatah lagi katanya, platform Fingo yang menghubungkan rangkaian sosial utama iaitu Whatsapp, Facebook dan Instragram turut menjadikan kami berbeza dengan pesaingnya di pasaran, sekali gus meluaskan capaian perniagaan dan pengguna.
“Kami juga kini memiliki gudang di Sabah dan Sarawak dalam usaha memberi perkhidmatan pantas kepada pengguna di sana.
“Pada masa sama, Fingo akan memasuki pasaran Indonesia pada Mac tahun depan dalam usaha memperluaskan pasaran di negara Asia Tenggara,” katanya.
Sementara itu, Fingo yang merupakan platform e-commerce terbaharu di pasaran negara ini adalah persaing terkini untuk Lazada dan Shopee. Untuk pengetahuan, Keunikan Fingo apabila membolehkan pengguna mendapat faedah daripada sistem pulangan tunai apabila berbelanja di platform itu.
Pendaftaran pengguna adalah percuma dan akan mendapat baucer percuma bernilai RM5 dan menikmati diskaun hebat yang ditawarkan dari masa ke semasa. Manakala cara pembayaran di Fingo pula melibatkan tiga kaedah iaitu kredit kad, talian perbankan dan kedai serbaneka 7 Eleven.
Pengguna Fingo boleh menjana pendapatan sampingan dengan menaiktaraf menjadi pembeli pilihan dengan membeli salah satu barang yang tersenarai dengan jumlah minimum RM199
Selepas itu, pengguna Fingo akan mendapat laluan untuk tujuan promosi dan layak menjemput siapa sahaja menyertai Fingo di bawah mereka dan membina rangkaian perniagaan anda.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 0169191877 atau layari aplikasi Fingo dengan Kod Jemputan: KKXZAG atau layari fingostar di Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube.
Sempena pelancaran Fingo Star itu, orang akan mendapat potongan diskaun RM50 selepas berbelanja RM199.
Sementara itu, majlis pelancaran Fingo disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu Dr Ong Kian Ming pada akhir Julai lalu.
Majlis perasmian Fingo Star di Concorde Hotel Kuala Lumpur
Cik iena juga berkesempatan menghadiri majlis perasmian Fingo Star tersebut di Concorde Hotel, Kuala Lumpur. Berikut Cik iena kongsikan vlog semasa majlis tersebut yang dihadiri oleh rakan media, blogger dan artis serta tetamu jemputan yang lain.
Untuk pengetahuan Cik iena juga telah menyertai Fingo Star selepas Cik iena menghadiri majlis perasmian Fingo Star ini. Daripada apa yang pihak Fingo Star kongsikan pada majlis tersebut Cik iena yakin Fingo mampu menjana pendapatan sekiranya kita betul-betul fokus untuk lakukannya.
Buat masa ni Cik iena masih belum start promoe sebab Cik iena masih sibuk dengan kerja-kerja hakiki sebagai seorang programmer dan juga seperti yang anda tau Cik iena juga sibuk hadiri jemputan2 khas untuk blogger. Jadi Insya Allah bila Cik iena kurang sibuk Cik iena akan kongsikan pengalaman Cik iena dekat semua :)
0 comments:
Post a Comment