Bagi Cik iena yang masih belum berkahwin semestinya Cik iena amat mementingkan kecantikan kulit tambahan lagi Cik iena merupakan wanita bekerjaya dan juga seorang fashion dan beauty blogger. Jadi amatlah penting bagi Cik iena untuk memastikan kondisi kulit yang sihat dan cantik.
Pada bulan lepas Cik iena telah membuat satu rawatan pada kulit wajah Cik iena di Lovina Clinic. Memandangkan beberapa bulan yang lepas Cik iena kerap berjalan dan terdedah kepada sinaran matahari jadi kulit agak sedikit kering. Jadi Cik iena telah membuat Rawatan Diamond Silk Peel di Lovina Clinic.
Berikut Cik iena kongsikan serba sedikit mengenai rawatan ini dan juga vlog semasa cik iena menjalani rawatan ini untuk perkongsian bersama pembaca dan juga untuk rujukan pembaca. Manalah tau jika ada yang ingin membuat rawatan ini namun kurang pasti dan tertanya-tanya apakah prosuder rawatan dan bagaimana ianya dijalankan.
Untuk pengetahuan Rawatan Diamond Silk Peel - Aquamarine ini juga dikenali sebagai Silkpeel Diamond Dermalinfusion.
Apa itu Silkpeel Diamond Dermalinfusion ?
Silkpeel Diamond Dermalinfusion merupakan gabungan rawatan microdermabrasion dengan kuasa penjagaan kesihatan gred perubatan anda. Dermalinfusion SilkPeel mampu merawat masalah jerawat, ku;it kekering, masalah liang pori besar, masalah garis halus dan kedut pada wajah, dan masalah kulit kusam agar kkelihatan lebih segar dan bersinar.
APAKAH ITU FACIAL MICRODERMABRASION?
Microdermabrasion adalah salah satu kaedah bebas kimia dan bebas invasi yang dilakukan menggunakan microcrystals yang disapu lembut ke permukaan kulit. Prosedurnya akan melalui proses lelasan/sedutan bahagian kulit paling luar untuk membuang sel-sel kulit mati, white head, black head, jerawat sekaligus menjadikan kulit bersih licin, serta cerah berseri. Microdermabrasion juga merupakan salah satu rawatan untuk skin rejuvenation yang bermaksud proses peremajaan kulit. Ia bertujuan untuk mendapatkan kulit sihat, segar dan nampak cantik.
BAGAIMANAKAH MICRODERMABRASION BERTINDAK SELEPAS RAWATAN?
Lapisan kulit epidermis (lapisan kulit paling luar) dan dermis menjadi lebih tebal.
Proses pengelupasan kulit epidermis pada akhirnya akan mencetus pertumbuhan kulit baru lebih optimum sehingga menjadi lebih tebal secara keseluruhan.
Kulit akan menjadi lebih cerah oleh sebab pembentukkan baru kolagen dan elastin.
Penggunaan rutin dapat memperbaiki tekstur kerut halus, melicinkan dan mengecilkan liang roma.
Kulit akan menjadi lebih cerah oleh kerana kemerosotan zat melanin (pigmen) pada lapisan kulit.
Peningkatan kadar ceramid (moisturizer alami kulit) walaupun pada 1-2 hari pertama kulit terasa kering, tapi hasil akhir yang diperolehi adalah kulit yang lebih lembap pada tindakan 1-2 tindakan pertama.
KEBAIKAN MIKRODERMABRASION ?
- Mengurangkan pigmentasi.
- Mengurangkan kesan kedutan.
- Mengurangkan garis-garis halus.
- Mengurangkan liang-liang roma yang besar.
- Merawat parut jerawat.
JENIS-JENIS ALATAN YANG DIGUNAKAN
Terdapat 3 jenis alat untuk rawatan mikrodermabrasi. Perbezaan terletak pada bahan / alat yang digunakan untuk menyedut lapisan sel kulit mati pada bahagian luar kulit
1) Kristal aluminium
2) Diamond tip (Diamond Silk Peel)
3) Geometric matrix point (GMP)
Apa itu Diamond Silk Peel ?
SilkPeel adalah satu-satunya prosedur perubatan dengan teknologi technology Dermalinfusion yang dipatenkan untuk merawat pelbagai jenis keadaan kulit yang kelihatan, di muka dan badan. Ia adalah rawatan yang tidak dinasihatkan (tidak ada cengkeraman atau pemotongan sama sekali) yang dilakukan oleh ahli dermatologi yang disahkan oleh lembaga, Dr Desjarlais. Teknologi di belakang SilkPeel menggabungkan rawatan microdermabrasion berkualiti tinggi (berlian dibantu) dengan penyerahan serum topikal yang mendalam ke permukaan kulit dan ke pangkal pori-pori. Itulah Dermalinfusion. Tiada peranti lain yang menggunakan teknologi Dermalinfusion yang benar. Ia adalah paten SilkPeel eksklusif!
SIAPAKAH YANG SESUAI MENDAPATKAN RAWATAN INI?
- Mereka yang mempunyai masalah garis atau kedut muka yang halus
- Mereka yang mengalami masalah bintik-bintik penuaan, masalah sunburn, pigmentasi dan tona tidak sekata
- Mereka yang mengalami masalah kulit kusam
- Mereka yang mempunyai masalah pori-pori terbuka, pori tersumbat
- Mereka yang mempunyai jerawat , white head dan black head.
Vlog Pengalaman Rawatan Diamond Silk Peel di Lovina Clinic
Review Rawatan Diamond Silk Peel - Aquamarine di Lovina Clinic Wangsa Melawati
Ini merupakan pertama kali Cik iena melakukan rawatan Diamond Silkpeel. Apa yang cik iena suka adalah ianga tidak mempunyai tempoh downtime. Bermaksud tiada kesan sampingan selepas rawatan dan Cik iena boleh terus mengenakan solekan.
Selepas rawatan ini kulit lebih berseri dan licin. Kulit bertambah cantik bila cik iena pakai rangkaian penjagaan kulit harian cik iena beserta supplement. Ianya membantu mempercepatkan proses penambah baikan pada kulit.
hasil kotoran yang telah di sedut semasa rawatan |
Semasa rawatan , kulit yang tersumbat dengan minyak telah disedut jadi apabila aplikasikan krim muka ianya mudah meresap kedalam kulit dengan cepat. Jadi ianya membantu lagi mempercepaktan kesan skincare yang Cik iena gunakaan.
Kulit wjah lebih halus dan kulit akan kelihatan glowing bila mengenakan solekan walaupun hanya solekan tipis.
Bergambar bersama Dr.Hamidah yang membuat rawatan untuk Cik iena. |
Untuk Maklumat Lanjut
Instagram : https://www.instagram.com/lovinaclinic/Facebook : https://web.facebook.com/lovinaclinic/
Website : https://lovinaclinic.com/
Whatsapp : 601156739627
Alamat : No. 6, Lorong Dataran Wangsa, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur