Kokol Farmstay terletak di Menggatal dan kerana lokasinya yang strategik, Kokol Farmstay menawarkan pemandangan Sunrise Mount Kinabalu dan Sunset yang menghadap ke bandar. Ia hanya mengambil masa 45 minit perjalanan dari pusat bandar Kota Kinabalu dan anda akan dikelilingi oleh alam semula jadi dan udara sejuk segar.
Entrance Fee Kokol Farmstay
Untuk pengetahuan,bayaran masuk yang dikenekan untuk kokol farmstay adalah RM10 untuk sahaja untuk dewasa Berbeza dengan Kokol Elf sebanyak RM40 untuk dewasa. Walaubagaimanapun bayaran RM10 hanya terhad kepada kawasan-kawasan tertentu. Untuk memasuki kawasan yang lebih banyak lokasi bergambar anda perlu menambah RM15 menjadikannya keseluruhan RM25 untuk dewasa.
Maaf untuk bayaran kanak-kanak Cik iena lupa nak tanya, kebetulan tiada kanak-kanak dalam kumpulan kami dan tiada papan tanda harga untuk Cik iena ambil gambar. Cik iena cuma tau RM10 untuk dewasa dan tambahan RM15.
Ianya masih murah berbanding Kokol Elf. Jika dilihat dalam sosial media gambar-gambar yang diambil oleh pengunjung semestinya Kokol Elf lebih menarik namun bagi Cik iena Kokol farmstay juga cantik dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri disamping ianya lebih murah.
Ouh ya lupa, entrance fee RM10 ni termasuk free drink. Anda boleh pilih minuman yang ada dalam menu. Memandangkan ini kawasan Cina , jadi Cik iena memilih minuman di dalam tin iaitu air 100 plus.
Vlog di kokol farmstay kota kinabalu sabah
Review kokol farmstay kota kinabalu sabah
Review Cik iena kokol farmstay kota kinabalu sabah merupakan antara salah satu lokasi yang boleh dikatakan menarik untuk anda kunjungi. Walaupun Cik iena tak sempat nak ambil gambar cantik-cantik di semua tempat dalam kokol farmstay kerana faktor cuaca namun Cik iena tetap suka puas hati ditambah lagi dengan uncle yang jaga kokol farmstay ni sangat peramah.
Uncle ni pun tidak berkira sangat. Untuk bahagian additional Rm15 tu uncle tu benarkan je kawan lagi seorang masuk walaupun tak bayar RM15. Uncle tu cakap takpe. Awak ambil gambar cantik-cantik ya. Ya Allah bagusnya uncle ni. Tak kedekut. Dia tau orang ambil gambar cantik-cantik bagus untuk tempat dia juga.
Walaubagaimanapun anda harus berhati-hati ketika di buaian kerana tiada tali keselamatan disediakan. Jika anda jatuh ia adalah tanggungan sendiri. Tambahan lagi Cik iena dapati tiada jaring disediakan di bahagian bawah. Jadi agak bahaya. Jika ingin mengambil gambar pastikan tidak menghayunkan buaian terlalu tinggi kerana risiko untuk jatuh itu ada.
Gambar di kokol farmstay kota kinabalu sabah
Untuk maklumat lanjut
Facebook : https://web.facebook.com/kokolfarmstay
Wowwww Sis tak pernah lagi ke Sabah...
ReplyDeleteTengok gambar Iena berOOTD peghhhh semua lawa-lawa laaa, baju pun cantikkk..
Boleh masuk wishlist nnati ke sana..
Wah cantik ye nampak tempat Kokol Farmstay tu. Dulu pernah pergi Sabah tapi rasanya masa tu belum ada lagi kot tempat ni. Best nampak boleh ambil gambar cantik2, instaworthy betul tempat dia hehe.
ReplyDeleteIngatkan Farm Koko ni di Indonesia. Rupanya di Sabah jela. Landskap lebih kurang je. Baik pergi melawat dalam Malaysia. Boleh menjana income orang tempatan. Terima kasih atas perkongsian yang saya memang tak tahu akan kewujudan tempat ni
ReplyDeleteCantiknya gambar kat kerusi tu best lah kalau dapat pergi sini ingat luar negara rupanya kat Sabah jer hehehe boleh lah next year trip ok tunggu kita sampai hehehehe bestnya...
ReplyDeleteMak ai banyaknya gambar iena! Hahaha. Akak hari tu plan nak ke KK utk ke Kundasang. Pastu terfikir ada tak tempat lain bleh pi bergambar ke. So tempat Iena masuk dalam list akak! Maceh Iena!!!
ReplyDeleteehh cantik nya tempat dia.. mmg instagramable tempat dia... dah macam bali pulak tgk siap ada kerusi rotan tu semua...nnt nak pergi sana la plak... tak jejak lg..
ReplyDeleteMasyaAllah cantiknya view dekat sana. Teringinnya nak pergi. Boleh letak ni dalam list nanti
ReplyDeleteDid't know Sabah has such a nice place! It looks so beautiful there. wish I have chance to visit after MCO in MY
ReplyDeleteteringin nak pergi sabah. in shaa Allah bila ada rezeki ke sana nanti boleh masukkan tempat ni dalam list.
ReplyDeleteOk..boleh masukkan tempat ni dalam list. Cantik tempar dia dan leh tangkap gambor bebanyak..:)
ReplyDeleteHow much I miss traveling! Didn't go to Sabah before but worth trying though~ thanks for sharing!
ReplyDeleteBaca entri iena buat kita rindu Sabah. Entah bila lah dapat ke sana lagi. Banyak lg tempat x teroka kat sabah tu rupanya
ReplyDelete