Artikel ini ditulis untuk peringatan Cik iena supaya tidak lagi membeli tiket di redbus.my . Jika sebelum ini cik iena suka beli tiket disini jika cik iena naik flight airasia. Sama juga kali ini cik iena beli disini tapi disebabkan sistem mereka sangat slow , confirmation email dia hantar email lain tapi selepas beli bila cek profail tu email lain.
Lepas tu nak jadi cerita selepas beli baru perasan tarikh sepatutnya 8 february tapi jadi 7 februari. Cik iena pun jadi sangat pelik. Cik iena salah ke, takkan Cik iena salah sebab Cik iena bukak Calender hp nak tengok tarikh flight. Anggaplah iena yang salah .
Bila iena sedar tarikh salah iena nak contact customer service nak tukar tarikh . Tapi bila bukak email takde email confirmation. Iena email support dia tapi takde feedback. Nasib baik lah iena tergerak hati tengok email iena yang lain.
Rupanya dia hantar email lain. Yang menjadi kemusykilan selepas beli tiket tu iena perasan tarikh salah tu iena cek email, nak email confirmation and cek akaun redbus profile iena tu guna email apa. Dekat situ tulis iena@ienaeliena.com.
iena buka email tu takda pula. Memang Customer service tak reply. Bila dah lama iena tengok masih tak reply iena cari dekat facebook. iena komen dekat posting dia. Dia reply DM dia untuk bantuan bla bla. tapi dia tak reply DM. iena spam banyak-banyak dan bagi tau da DM tapi tak reply dan dah email juga takde feedback.
Lepastu baru dia reply DM, dia ada call tapi iena tak angkat sebab dalam meeting room. Dia cakap tak boleh reschedula atau refund . Teruk betul servis dia tak boleh reschedule tu ok lagi. Tak boleh refund tu. Huh fefelling dia tu syarikat penerbangan.
Memang ini kali terakhir iena beli tiket dekat redbus.my. Sudahlah sistem slow nak mampus. Klik tarikh lain bila proceed payment tarikh lain. RUgi betul tak screenshoot masa beli tu. Memang ada rasa tak sedap hati sebab website dia tak user friendly sebab susah nk beli.
terima kasih sheen Chong, ya iena pun rasa robot yg reply tu sebab semua ayat sama..sebab tu iena spam dekat banyak post. |
Bila baca facebook dia memang ada jugak yang drop komen pasal servis dorang. Huh no wonder tak reply email iena. Bila iena dah serang facebook baru dia nak reply. Kalau company tempat kerja iena CS tak reply email memang cari pasal lah nak kene hentam dengan boss.
cik iena perasan ade komplen dari orang lain juga |
Selepas iena spam di facebook baru masalah iena ni ada jawapan. Tapi iena still tak puas hati sebab nak tukar tarikh anjakkan sehari je. Bukannya tiket bas balik kampung. Tiket bas pergi KLIA2 je. Biasanya iena beli tiket dekat redbus ni beli pukul 4 petang tapi naik yang selepas 4 petang tu pun boleh. Sebab bas dia sentiasa ada setiap 15 minit. Masa beli online pilih seat, sampai dalam bas tak ikut seat pun. Sebab bas ni sentiasa ada orang sentiasa ramai.
Andaikata time kita datang penuh, kita kene tunggu bas seterusnya. So pada iena bas jenis macamni sepatutnya tak jadi masalah kalau setakat nak tukar tarikh sehari je. Bukan sengaja pun nak salah tarikh. Memang iena dah pilih 8 feb, tapi jadi 7 feb. Ya salah iena sebab tak recheck sebelum bayar. Itu iena mengaku salah iena. Tapi sistem dorang serius lembab, masa nak beli tu banyak kali klik klik. tak user friendly betul.
MASA UNTUK SAY GOOD BYE PADA REDBUS.MY
So artikel ini Cik iena update untuk rujukan Cik iena supaya tidak lagi membeli tiket di redbus.my .
Baik iena beli di kaunter je. Sebab beli dekat sini tak boleh refund kalau tersalah.Lansung takde toleransi. Mungkin dia kaut untung dekat sini. Sistem bengong2 orang klim tak kuar, susah nak booking, bila orang fedap oranng nak cepat klik je proceed rupanya tarikh dah bertukar. Dan bila nak reschedule and refund tak boleh. Buat sakit hati je ade function reschedule and refund tu. Kasi buang je function tu kalau tak bagi orang reschedule atau refund.
Terima kasih customer service redbus.my
Apa-apapun terima kasih customer service sebab reply jugak akhirnya email iena selepas iena spam dekat facebook. Sekurang-kurangnya reply kan. Cuma sangat tak puas hati sebab tak boleh tukar tarikh sehari je pun. Menyampah pulah syarikat bas macam ni. KESIMPULANNYA IENA TAKKAN BELI ONLINE DEKAT REDBUS.MY LAGI
Maaf sebab Cik iena marah-marah hahaha. Semua orang pun akan marah kalau jadi macam ni. Harap REDBUS BOLEH PERTIMBANGKAN UNTUK REFUND DUIT KALAU TERSALAH BELI TIKET. DI SEBABKAN TAKDE KELEBIHAN BOLEH REFUND TIKET NI LAH CUSTOMER AKAN LARI. YA SAYA SALAH SEORANGNYA. SEBAB TAKDE KELEBIHAN KAT SINI. BYE BYE
0 comments:
Post a Comment