Nasi Kuning Banjar
Nasi Kuning Banjar terletak di Inanam Capital, Kota Kinabalu, Sabah. Bagaimana Cik iena jumpa restoran ni bukanlah dari google tapi dari kawan Cik iena. Semasa percutian kami di sabah, Cik iena pergi bersama rakan baik yang tinggal di Tawau, Sabah manakala Abang kepada rakan baik Cik iena tinggal di Kota Kinabalu. Jadi Lokasi Restoran Nasi Kuning Banjar ini adalah cadangan Abang Ben iaitu abang kepada Riana (Best Friend Cik iena).
Cik iena, mak, deqnor bersama bff Riana |
Ternyata masakan di Restoran Nasi Kuning Banjar ini enak dan menepati Citarasa Cik iena. Masakan yang dimasak memang berasa dan enak di makan. Sesuai sangat buat pelancong yang ingin mencuba masakan tradisi sabah.
Nasi Kuning Banjar Ayam |
Nasi Kuning Banjar Ikan |
Antara menu Yang Cik iena cuba adalah Nasi Kuning lauk ayam, Mee Tauhu dan Mee Banjar. Ketiga-tiga menu yang Cik iena cuba sedap. Antara tiga menu yang Cik iena cuba Cik iena lebih suka Mee Tauhu. Mee seakan maggie yang kelihatan digoreng bersama kicap dan mempunyai kuah khas yang istimewa. Kuah ni rasa taucu dan ada tauhu.
Mee Tauhu |
Pada awalnya adik Cik iena makan seperti makan mee kicap dan sup. Mujurlah ada orang sabah sendiri yang perbetulkan. Mee Tauhu ni cara makannya campurkan kuah tersebut dengan mee. Bukan makan seperti makan mee kicap dan sup. Bila dah digabungkan mee tersebut dan kuah , memang rasa nikmat sangat makan Mee Tauhu. Super duper Sedap.
Mee Tauhu |
Mee Tauhu |
Cik eina cadangkan anda Cuba Mee Tauhu di Restoran Nasi Kuning Banjar. Untuk Nasi Kuning Banjar terdapat dua pilihan lauk iaitu ayam sambal dan ikan sambal. Dihidangkan bersama sambal istimewa, telur rebus dan kerisik kelapa.
Mee Banjar pula seakan bakso namun kuahnya tidak sepekat bakso. Jika bakso kuat rasa daging lembunya. MEe banjar disini lite-lite sup nya tapi sedap. Berbeza dengan mee sup lain yang Cik iena pernah makan, Mee banjar menggunakan mee sohon.
Mee Banjar |
VLog Nasi Kuning Banjar
Jemput tonton Vlog Cik iena semasa berada di Restoran Nasi Kuning Banjar.
Untuk Maklumat Lanjut
Nasi Kuning Banjar, Inanam Capital, Kota Kinabalu, Sabah |
Alamat: Lorong Inanam Kapital 4, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat 8am–5:30pm
Sabtu :8am–3:30pm
Ahad : 8am–3pm
Phone: 016-561 3035
sy sendiri tinggal berdekatan tidak pernah mencuba makan di sini ..
ReplyDeletenice sharing
hehe nanti boleh la cuba makan kat sini :)
Delete