Grab The Promo
Grab The Promo

District 21 IOI City Mall Putrajaya - Indoor Adventure Theme Park

Kebiasaannya adventure theme park ni berada di outdoor. Berbeza dengan District 21, ianya merupakan Adventure Theme Park yang terletak di dalam pusat membeli belah IOI City Mall Putrajaya. Membawakan konsep adventure bersama keluarga dimana anda boleh hadir bersama satu keluarga untuk menikmati aktiviti-aktiviti yang terdapat disini.

District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park
District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park


Ianya tidak terhad kepada golongan dewasa malahan terdapat permainan buat kanak-kanak menjadikan ianya Adventure theme park yang sesuai untuk seisi keluarga. Maksudnya kalau si Ayah main disini si anak juga pasti tidak akan bosan kerana terdapat juga permainan buat si anak. Tiduk kurang juga buat si ibu yang tidak gemar aktiviti lasak si ibu juga boleh bermain trampoline.


Disini Cik iena ingin kongsikan pengalaman Cik iena semasa berada di District21. Cik iena sertakan VLog dibawah untuk perkongsian buat anda yang berhajat ingin ke District 21.


District 21 VLOG by Cik iena





District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park
District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park

Harga Tiket District 21



Untuk pengetahuan anda boleh membeli tiket secara walk in mahupun online di http://bit.ly/district21tkt

Jika anda membuat pembelian secara dalam talian atau online harganya adalah seperti berikut

District 21 (1 Pax ) 


District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park
District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park

Dewasa dan Kanak-kanak  (Weekdays): RM62
Tidak termasuk Stokin dan sarung tangan . Untuk harga stokin dan sarung tangan Cik iena akan update selepas dapat info ya.


Dewasa dan Kanak-kanak  (Weekend): RM76
Termasuk Percuma Stokin dan sarung tangan.

District 21 (2 Pax Combo) 

District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park
District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park


Weekday RM122
Tidak termasuk Stokin dan sarung tangan . Untuk harga stokin dan sarung tangan Cik iena akan update selepas dapat info ya.

Weekend RM142
Termasuk Percuma Stokin dan sarung tangan.
Yang tiga maklumat bawah ni Cik iena baru tau bila Cik iena baca di website penjualan tiket ni. Untuk kemudahan ini , Officemate yang beli tiket ni tidak memaklumkan pada Cik iena dan rakan-rakan maka dengan itu ianya tidak termasuk dalam vlog cik iena sebab Cik iena tidak diberitahu tentang ini. Nanti Cik iena cuba dapatkan info dan update ya.

Transportation
Personal expenses
Food & beverage

District 21 (5 Pax Combo) 


District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park
District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park





Weekday RM300
Tidak termasuk Stokin dan sarung tangan . Untuk harga stokin dan sarung tangan Cik iena akan update selepas dapat info ya.

Weekend RM345
Termasuk Percuma Stokin dan sarung tangan.
Yang tiga maklumat bawah ni Cik iena baru tau bila Cik iena baca di website penjualan tiket ni. Untuk kemudahan ini , Officemate yang beli tiket ni tidak memaklumkan pada Cik iena dan rakan-rakan maka dengan itu ianya tidak termasuk dalam vlog cik iena sebab Cik iena tidak diberitahu tentang ini. Nanti Cik iena cuba dapatkan info dan update ya.

Transportation
Personal expenses
Food & beverage

Manakala untuk pembelian secara walk in iaitu di District 21 . Harga ya Cik iena akan update selepas dapat info ya. Tiada official website untuk Cik iena refer dan tambahan lagi Cik iena agak sibuk untuk mengkaji sekarang. Cik iena tulis berdasarkan apa yang cik iena tau sahaja.


Cara Tebus Tiket Online Distict 21


Sekiranya anda membuat pembelian secara online anda terlebih dahulu perlu menukarkan QR Code tersebut kepada tiket yang berupa gelang yang anda dapat lihat dalam vlog iena. Sebelum itu anda perlu mengisi borang terlebih dahulu. Kemudian anda akan di berikan tiket beserta sarung tangan dan kaki.

District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park
District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park


Sebelum cik iena ke District 21 cik iena agak risau kerana dalam terms and conditions, siapa yang beli tiket online tersebut perlu munculkan diri dan tunjuk IC untuk redeem kepada tiket. Memandangkan kawan kami sampai lewat. Ada lah rasa risau tak boleh masuk.

Haa disini anda tidak perlu risau, mereka tidak la kejam. Mereka faham je asalkan anda ada bukti QR Code yang kawan anda beli tiket tersebut. Ianya amat memudahkan kami sebab ramai antara kami yang tiba pada waktu berasingan.

Untuk pengetahuan tiket tersebut membolehkan anda keluar masuk selama satu hari waktu operasi District 21. Anda boleh keluar makan di luar mahupun Shopping. Untuk Cik iena dan rakan-rakan kami cuma keluar untuk makan tengah hari sahaja dan kemudian sambung bermain di dalam District 21.



Etika Pemakaian District 21


Mana-mana taman tema pasti ada etika pemakaian. Disini anda peru memakai pakaian sukan yang bersesuaian. Anda wajib memakai kasut sukan kerana terdapat aktiviti yang anda perlu memakai kasut. Untuk kaum wanita muslim seeloknya anda memakai tudung sukan agar pergerakan anda lebih mudah.


District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park
District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park


Tips dari Cik iena buat and ayang masuk The Maze. Seeloknya anda membawa padding lutut jika anda tidak mahu kaki anda sakit. Pengalaman Cik iena masuk The Maze ni lutut Cik iena sakit sangat sebab Cik iena pakai seluar yang agak ipis kemudian kaki cik iena kurus. Kalau kurus tu menusuk ketulang lah rasanya bila merangkak dalam tu dengan keadaan seluar yang nipis.

District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park
District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park

District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park
District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park


Ini cuma cadangan cik iena. anda boleh gunakan padding ni untuk masuk the Maze sahaja kalau anda berkaki kurus keding . Kalau kaki tu berisi takde la sakit sangat lutut tu kan. hahaaha


Sewa Locker di District 21


Untuk kemudahan anda terdapat kemudahan penyimpanan barang disediakan iaitu locker. Disini anda perlu menyewa locker untuk menyimpan barang anda. Berbeza dengan Escape Penang anda hanya perlu menggunakan wang tunai sahaja yang dimasukkan di dalam mesin yang disediakan seperti yang cik iena sertakan didalam vlog Cik iena. Jika di Escape Penang anda perlu tambah nilai pada akaun passcode yang diberikan semasa pembelian tiket yang mana akaun ini merupakan sistem e-wallet mereka.


District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park
District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park


Pada Cik iena cara ini juga lebih mudah kerana password yang akan kita masukkan adalah password atau kata laluan kita yang pastinya mudah untuk kita ingat berbanding Escape penang yang mana passcode yang diberikan adalah dari pihak Escape dan anda wajib mengingati passcode tersebut.

Sekiranya anda terlepas passcode tersebut kepada orang lain anda berkemungkinan akan hilang duit di dalam e-wallet tersebut. Jadi bagi Cik iena sistem locker di sini lebih mudah dan password nya pastinya lebih mudah diingati. Kadar keluasan locker juga agak besar. Cik iena dan rakan-rakan seramai 17 orang hanya menyewa 2 locker kecil sahaja.

Jika diikutkan cukup 1 locker tapi salah seorang rakan yang membawa helmet mahal beliau terpaksa menggunakan ruang yang besar untuk menyimpan helmet beliau :)




District 21 Attraction

Trampoline   (KIDS AND ADULT)
Tubby Ride -  Min 15 KG  (KIDS AND ADULT)
Yoyo Car - Max 80 KG  (KIDS AND ADULT)
Launch Pad - Max 120 KG  (KIDS AND ADULT)
Power Station - Min 15 KG 90 CM and MAximum 120 KG  (KIDS AND ADULT)
Free Fall - Min 20 KG 125 CM and Maximum120KG  (KIDS AND ADULT)
The Maze - Small (max 120CM),  Big( min 120CM)  (KIDS AND ADULT)
Low Ropes - Max 40KG Height 90 CM- 130 CM (KIDS ONLY)
Ninja Warrior Course - MIn 155 CM and MAx 100 KG  ( ADULTS ONLY)
Sky Trail - Min 155 Cm and MAx 100 KG  ( ADULTS ONLY)
Rooler Glider - Min 45 KG, 155 Cm, MAX 80 KG  ( ADULTS ONLY)


 Review District 21 IOI City Mall Putrajaya



Secara keseluruhan review Cik iena untuk District 21 adalah sangat menarik walaupun tidak banyak sangat game tetapi harganya adalah berpatutan untuk game yang ditawarkan. Anda boleh habiskan kesemua permainan dalam masa tak sampai satu hari sebenarnya tapi bergantung kepada kelajuan dan juga bilangan pengunjung pada ketika itu.


District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park
District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park







Kebetulan Cik iena datang semasa isu viral covid-19 ada di IOI City Mall Putrajaya jadi memang sangat kurang pengunjung pada ketika itu. Menurut info daripada salah seorang Supervisor di District 21 Encik Muhammad Fauzan Nor Azman pada hari tersebut tidak sampai 50 orang pengunjung berbeza dengan sebelum ini sehingga mencecah 500 orang dalam sehari.




District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park



Disebabkan Kes Covid-19 purata jumlah pengunjung menurun sehingga 90%. Tapi sebenarnya ada baiknya orang tak keluar sebab virus ni memang merbahaya. Cik iena sebab ini merupakan aktiviti syarikat Cik iena tiada pilihan. Lagipun Cik iena memang aktif untuk aktiviti-aktiviti syarikat. Jaranglah Cik iena tak sertai melainkan betul-betul ada hal yang tidak boleh dielakkan. Cik iena pun pernah datang program syarikat main futsall bawa mak dan adik-adik. Nampak tak betapa kometed nya tu. haha yang terpaksa bertabah adalah mak dan adik-adik. Nasib lah masih single takde suami lagi. Kalau dah kawen agak-agaknya mampuke encik suami membiasakan diri Cik Wifey nya aktif aktiviti macam ni :)


District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park
District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park



Antara permainan yang Cik iena cuba semasa Cik iena di DIstrict 21 adalah Power Station, Ninja Warrior Course, Trampoline, The Maze, Sky Trail  dan Rooler Glider . Yang Cik iena tak cuba adalah Tubby Ride dan Free Fall. Nanti Cik iena cerita kenapa Cik iena tak cuba.Berikut Cik iena kongikan sedikit pengalaman untuk setiap permainan yang Cik iena cuba. Untuk info grafik lebih jelas anda boleh rujuk vlog Cik iena sebab Cik iena tak sempat bergambar. Cuma amek vlog sahaja.

Review keseluruhan Cik iena adalah tempat ni awesome dan staff semua peramah dan baik serta sangat membantu.

Review Trampoline di District 21


Trampoline merupakan salah satu permainan kesukaan Cik iena. Cik iena juga pernah bermain trampoline di EnerZ Indoor Extreme Park dan Jumpstreet Asia . Sebelum memulakan apa-apa permainan pengunjung dinasihatkan untuk  main trampoline terlebih dahulu sebelum memulakan permainan yang lain.

Trampoline di District 21


Walaubagaimanapun Cik iena nasihatkan sebelum trampoline anda semua perlu streching terlebih dahulu. Streching kaki dan tangan. Untuk permainan di District 21  anda memerlukan lebih tenaga untuk bahagian tangan. Jadi longgar-longgarkan otot-otot tangan anda terlebih dahulu sebelum memulakan permainan supaya badan anda tidak terkejut dan sakit-sakit.

Trampoline di District 21
Trampoline di District 21



Memandangkan disini bukanlah pusat trampoline jadi tidak banyak permainan berasaskan trampoline seperti di Enerz dan juga Jumpstreet Asia namun ianya sudah cukup memadai untuk melakukan pergerakan asas bagi trampoline.




Review Power Station di District 21


Power Station merupakan antara tempat yang menarik dan perlu anda cuba.  Di sini segala-galanya adalah mengenai Climb atau panjat. Belajar mengatasi ketakutan pada ketinggian di sini. Kita tak semestinya perlu panjat sampai hujung. Panjat yang termampu dan terjun. Terdapat pelbagai jenis mainan untuk panjat memanjat disediakan disini.Anda boleh tonton vlog Cik iena.

Power Station di District 21
Power Station di District 21

Power Station di District 21
Power Station di District 21

Power Station di District 21
Power Station di District 21




Disini Juga Cik iena cabar diri untuk naik power slider. Pada awalnya Cik iena rasa berani nak cuba. Bila dah berada diatas timbul tanda tanya kenapa iena buat kerja gila ni. dah tau takut tinggi tapi nak cuba. Serius Cik iena takut sangat masa ni tapi nak taknak perlu teruskan. Allah je tau macam mana perasaan iena . Rasa jantungku tertinggal diatas haha. Takpelah bila lagi nak cuba kan. Kita perlu cuba dulu bila dah tak boleh baru mengalah tapi yang ni dah cuba perlu teruskan okay.
Kesimpulannya walaupun mengerikan namun ianya merupakan pengalaman terindah dalam hidup Cik iena. Jadi anda juga perlu cuba okay !!



View this post on Instagram

Happy Internationals women's day guyz.. Nah belanja video seketul iena acah2 berani tp penakot.. Keberanian tu perlu ada walau hakikatnya kita tak berapa nak berani.. 😎 Kepada korang kt luarsana yg suka aktiviti lasak tp acah2 bandar sgt tak suka panas2 boleh la dtg sini sebab indoor kan.. Tak de panas haha..Iena dua2 on.. Indoor outdoor.. . . Sepanjang iena berada di District21 ni semua staff dia ok dan banyak membantu.. Baik lah, bersabar melayan karenah iena n kawan2.. Kalau ini kalau itu.. Tiba2 tak jadi naik lah haha.. Mcm2 ragam tp dorang okay je. Sporting kongsi2 tips. Thank you so much staff2 District 21 yg bertabah melayan kami😂😂 . . . Sebenarnya arini nk share vlog kt sini tp henset iena x dpt baca action cam nye file..huwaaa sedihhhh.. Sblm ni ok je escape penang nye vlog dr action cam yg sama. Hishh stress btl d buatnya.. . . Utk pembelian tiket secara online blh beli di http://bit.ly/district21tkt. Atau klik link di bio❤️❤️ . . @district21ioicitymall @district21ioicitymall @district21ioicitymall #ienaeliena #blogger #malaysianblogger #lifestyleblogger #bloggermalaysia #district21 #district21ioicitymall
A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on

Power Station di District 21
Power Station di District 21

Power Station di District 21
Power Station di District 21

Power Station di District 21
Power Station di District 21


Power Station di District 21
Power Station di District 21


Power Station di District 21
Power Station di District 21

Review Ninja Warrior Course di District 21


Ninja Warrior Course juga antara permainan yang cik iena suka walaupun ada diantaranya yang cik iena tak dapat buat sebab kurang ketinggian. Untuk anda yang datang berkumpulan boleh challange sesama rakan tengok siapa paling pantas gituh. DI Ninja Warrior Course ni walaupun nampak mudah tapi agak sukar kalau anda tak tau balance kan badan. Kiranya Ninja Warrior Course ni adalah persediaan untuk anda ke High Ropes. Kalau satu pun daripada Ninja Warrior Course anda tak mampu buat Cik iena cadangkan jangan lah ke High Ropes, disitu lagi mencabar dan sangat-sangat tinggi.

Ninja Warrior Course di District 21
Ninja Warrior Course di District 21


Ninja Warrior Course di District 21
Ninja Warrior Course di District 21

Ninja Warrior Course di District 21
Ninja Warrior Course di District 21

Ninja Warrior Course di District 21
Ninja Warrior Course di District 21


Ninja Warrior Course di District 21
Ninja Warrior Course di District 21




Di bahagian Ninja Warrior Course kawan Cik iena yang tak join sebab kurang tinggi iaitu naja di benarkan masuk untuk merakamkan aktiviti kami jadi anda boleh lihat di vlog cik iena. Terima kasih staff-staff District 21 yang sangat memahami.
Walaubagaimanapun untuk pengetahuan Cik iena tak dapat record semua vlog disini sebab memory full. Okay ini sedih. Masa rehat makan tengah hari Cik iena sibuk lah transfer gambar and video ke pen drive.

Ninja Warrior Course di District 21
Ninja Warrior Course di District 21

Ninja Warrior Course di District 21
Ninja Warrior Course di District 21

Ninja Warrior Course di District 21
Ninja Warrior Course di District 21

Ninja Warrior Course di District 21
Ninja Warrior Course di District 21

Ninja Warrior Course di District 21
Ninja Warrior Course di District 21

Ninja Warrior Course di District 21
Ninja Warrior Course di District 21

Ninja Warrior Course di District 21
Ninja Warrior Course di District 21


Ninja Warrior Course di District 21
Ninja Warrior Course di District 21

Ninja Warrior Course di District 21
Ninja Warrior Course di District 21

Ninja Warrior Course di District 21
Ninja Warrior Course di District 21

Ninja Warrior Course di District 21
Ninja Warrior Course di District 21

Ninja Warrior Course di District 21
Ninja Warrior Course di District 21



Ninja Warrior Course di District 21
Ninja Warrior Course di District 21


Ninja Warrior Course di District 21
Ninja Warrior Course di District 21






Review The Maze di District 21


The Maze juaga agak mencabar untuk yang berbadan besar dan tinggi. Dalam ni anda perlu merangkak untuk mencari jalan keluar. Sesungguhnya merangkak diatas besi-besi amat menyakitkan lagi-lagi buat anda yang kurus dan memakai seluar yang nipis. Terasa sakit di bahagian tulang lutut. Cik iena cadangkan untuk bawak padding lutut tu supaya tidak sakit. Tapi jika seluar anda tebal Cik iena rasa tiada masalah. Untuk orang tinggi pula agak sukar untuk membengkok-bengkokkan badan dalam ruangan yang sempit di dalam the maze ini.

The Maze di District 21
The Maze di District 21



Walaubagaimanapun aktiviti ini sememangnya amat menyeronokkan jika anda lakukannya bersama sahabat-sahabat anda.Lebih menyeronokkan bila anda berehat bersantai di satu ruangan dibahagian ini yang mana anda boleh melihat permandangan di sekitar District 21. Walaupun badan terasa penat namun rasa seronok tu mengatasi segalanya dan membuatkan kita lupa akan kepenatan dan kesakitan tersebut.

The Maze di District 21
The Maze di District 21

The Maze di District 21
The Maze di District 21

The Maze di District 21
The Maze di District 21

The Maze di District 21
The Maze di District 21

Review Sky Trail Atau High ropes di District 21


Sky Trail Atau High ropes merupakan aktiviti yang sangat mencabar. Sekiranya anda tidak mempunyai kekuatan tangan dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti ini. Untuk aktiviti ini team Cik iena hanya Zai seorang yang habis kesemua halangan tanpa menggunakan jalan pintas. Ouh ya anda tidak perlu risau kerana terdapat tiga jalan pintas untuk anda ikut sekiranya anda tidak larat untuk meneruskan halangan-halangan yang seterusnya.
Sebelum memulakan aktiviti semestinya anda akan diberikan penerangan terlebih dahulu. Penerangan tentang keselamatan dan juga penggunaan alatan disini dan juga tips-tips untuk memudahkan pergerakan.

 Sky Trail Atau High ropes di District 21
 Sky Trail Atau High ropes di District 21


Kepada yang ingin mencuba, anda boleh cuba dan tentukan samada anda mahu meneruskan cabaran ataupu berhenti di halangan pertama iaitu di bahagian jaring. Anda perlu malalui halangan pertama ini yang mana bagi Cik iena ianya juga agak sukar. Jadi disini anda dapat tentukan samada anda mampu atau tidak untuk ke halangan seterusnya. Jika anda mampu anda pelu teruskan dan anda tidak boleh berpatah balik sebaliknya jika anda tidak larat atau tidak mahu meneruskan permainan disaat akhir anda perlu menggunakan jalan pintas yang disediakan.
Sekiranya anda tidak mampu anda perlu memberitahu pada staff semasa anda berada di bahagian jaring lagi. Dan staff akan tarik anda ke tempat permulaan.

District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park
District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park



Di sini bermulalah perjalanan yang sangat mencabar bagi Cik iena. Cik iena rasa  ianya lebih mencabar dari Escape Penang. Jika di Escape penang Cik iena habis buat kesemua halangan. Antara salah satu sebabnua adalah tiada jalan pintas. Once  anda dah mulakan anda perlu akhiri pilihan anda jeng jeng jeng.

Berbeza dengan District 21 terdapat jalan pintas buat anda sekiranya anda tidak mampu meneruskan halangan-halangan yang mencabar.
District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park
District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park

District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park
District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park


Untuk cabaran ini rakan yang sertai cik iena untuk aktiviti ini adalah Aisah, zai, Mirul dan Hussain. Shah, naja dan Irfan tarik diri di halangan pertama :)


Review Rooler Glider di District 21


Rooler Glider  merupakan gabungan Roller coster dan Paragliding. Sejujurnya sangat seronok bahagian yang tiada selekoh. Bila lalu selekoh memang sangat menggerunkan anda akan terhayun ke kanan dan kekiri bertalu talu dalam masa yang pantas. Disini anda sangat memerlukan kekuatan tangan untuk memegang pemegang yang disediakan . Sekiranya terlepas ianya amat merbahaya.
Jadi untuk naik Rooler Glider pastikan tangan anda cukup kuat.

District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park
District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park


Sekiranya anda sudah mula rasa lemah pada bahagian tangan dinasihatkan untuk tidak naik Rooler Glider. Walaubagaimanapun permainan Rooler Glider amatlah mencabar dan menyeronokkan. ianya memberikan anda pengalaman bermain  Paragliding dalam masa yang sama dengan menggabungkan elemen roller coster. Cik iena naik sebab Cik iena memang teringin nak naik  Paragliding tapi tak de peluang lagi. Sebab takde kawan yang ada keinginan yang sama haha.




Berikut review mengenai Tubby Ride dan Free Fall dari apa yang Cik iena lihat.


Review Tubby Ride di District 21


Kenapa Cik iena tak main adalah kerana Cik iena sibuk record-record video tak perasan kawan dah ke bahagian Tuby Ride. Bila nak kene pergi sendiri Cik iena memang malas lah takde geng. Cik iena pemalu haha. Mesti ada orang teman baru nak pergi. Haa gitu.

Dari vlog yang zai rakam cik iena lihat Tubby racer kat sini biasa-biasa je. Pendek je tak macam Escape Penang. Escape penang lebbih panjang dan mencabar dan maximum 5 orang sekali jalan. BErbeza dengan District 21 jaraknya dekat sahaja dan hanya seorang sekali ride. Dan kita perlu bawa naik semula tayar tersebut. Kalau di Escape bawa diri je :D


Review  Free Fall di District 21


 Kenapa Cik iena tak main Free Fall adalah kerana Cik iena dah hilang semangat. Cik iena sebenarnya takut tinggi tapi Cik iena suka cabar diri sendiri buat aktiviti-aktiviti lasak macam ni. Disebabkan Cik iena dah mengalami ketakutan yang teramat semasa di slider dekat power station dan di Hing Rope. Semangat tuh dah hilang. rasa takut menguasai diri. Masa Cik iena dekat slider di Power station tu cik iena rasa jantung Cik iena tercicir diatas.

Manakala semasa di High Ropes, tangan cik iena dah lemah sangat sebab bergayut di tali untuk bergerak. Siapa yang pernah buat je faham perasaan ketiak terkepak ni wei. Sampaikan tangan Cik iena lebam biru bergaris tali. Hari kelima kesan lebam biru masih ada dan sakit. Lebam pakai harnest dekat peha pun masih ketara. Tulah kulit orang perempuan kan lembut gitu. Cacat siket iena dibuatnya. Tapi taklah Cik iena have fun sangat.


Rating  District 21 IOI City Mall Putrajaya

9/10

Will You Come Again ?
Yes if ada kawan-kawan nak temankan. Pergi sorang memang tak la. Phisang bati haha

District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park
District 21 IOI City Mall Putrajaya - Inddor Adventure Theme Park





Maklumat Lanjut


FAcebook : https://www.facebook.com/district21park/
Instagram : https://www.instagram.com/district21ioicitymall/


Alamat : AT 6, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Phone: 03-8328 8888

Waktu Operasi District 21 :

Selasa    12–8pm
Rabu 12–8pm
Khamis 12–8pm
Jumaat 12–8pm
Sabtu 10am–8pm
Ahad    10am–8pm
Isnin    12–8pm
























29 comments:

  1. Pernah ke sini sekali masa event. Ada la try turun dengan tayar besar tu. Takut tapi syok. Hehehe

    ReplyDelete
  2. seronoknya ada macam2 aktiviti boleh buat... yang penting dia indoor , jadi tak payah la risau cuaca sgt... best lah nnt nak bawak adik beradik try course kat sini.... thanks sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...masa iena pergi ni pn dekat luar hujan..sebab kn indoor so x perlu risau..main dengan selamat dlm ni :)

      Delete
  3. Seriously best nampaknya indoor park ni... dari haritu dah teringin nak tengok-tengok sambil bawa anak-anak ke sana... tup-tup sis Iena up pulak entri tentang District 21 yang memang dok dicari-cari ni, memang syiok la scroll sampai ke bawah... hehehehe... tunjuk kat anak pun, excited diorang tengok gambar-gambar yang sungguh mengujakan ini... thanks for sharing ya sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. your welcome..nty blh la bawak anak2 sb tmpt ni sesuai tuk family..ade utk dewasa n kanak2 :)

      Delete
  4. Wowww menariknyaaa...nak bagitau dengan anak Sis laaa, dia suka ni kalau theme park extreme cenggini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe blh la bawak dorang nty..tmpt ni sesau tuk family :)

      Delete
  5. Menariknya tempat dia. Suka buat aktiviti macam ni. Macam2 aktiviti ada. Harga boleh tahan jugak mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau weekend mahal sikit.nk murah blh pergi weekday..plus weekday xyag beratur nk main apa2 hehe

      Delete
  6. Pernah datang sini hadir event safi. Tengok aktiviti yang disediakan di district 21 ni memang jenis lasak. Seronok tengok dorang buat aktiviti kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups kebanyakannya aktiviti lasak..tp kt sini safety dia bagus :)

      Delete
  7. wah ye ke ada tempat best ni? district 21 ya? best ni boleh bawa anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups blh bawa anak2 sebab tmpt ni sesuai utk family :)

      Delete
  8. pernah la jengah2 district 21 dari luarnya.
    lom join masuk lagi.
    teringin. tapi lom berkesempatan ke ioi city mall lagi, iena.
    menarik!
    anak-anak dara aida sgt teruja nak masuk tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la nty bawak anak2 dtg sini..budak2 mmg suka la dpt dtg sini ..aktiviti dia menarik.

      Delete
  9. Lama dah x pergi ke sini. Mmg macam2 aktiviti yg boleh dilakukan kat sini. Mmg seronok

    ReplyDelete
  10. Tu dia. Bukan main banyak aktiviti nak buat situ ye. Percaya tak Rawlins tak permah masuk lagi ke sini walaupun dekat kat rumah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yeke..try la masuk.. seronok juga aktiviti dlm ni :D

      Delete
  11. Baguslah inisiatif dorang guna qr code utk tiket masuk. Takdelah huru hara kalau member yg beli tix online tak muncul2. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan..masa iena dtg ni pn member yg belitiket dtg paling lewat sekali..mujur blh guna qr code tu masuk dlu

      Delete
  12. Cantiknya outfit kak iena warna pink! hee memang seronok kalau dapat join aktiviti indoor macam ni.Pernah lalu sebelah je tak sempat nak masuk lagi bila tengok kak iena share ni boleh consider nak ajak kawan-kawan gathering kat sini sambil menyihatkan badan :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih yaya..hehe blh la nty ajak kwn2 gathering kt sini..mmg best :D

      Delete
  13. pernah jenguk2 dari luar nak tngok dalam macam mana.. tengok ada game yang tinggi2 tu alamak gayaaaaatttt.. tingin nak cuba tapi takot pengsan hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..iena takot juga sebenarnya tp jenis suka mencuba :D

      Delete
  14. Wah, nampak ekstrem aktivitinya. Sesuai buat para penggemar aktiviti lasak mcm ni. Nisa pon suka tapi kena tgok jugak yg betul2 sesuai sbb mslh kesihatan kan. Tak boleh main nak langgar semua, hehe

    ReplyDelete
  15. Memang best tempat macam ni, I like it too coz its so fun and exciting.

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve