Anak ketiga daripada lima beradik kepada ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) itu mengakui ada kalanya skeptikal itu pantas menyentak diri.
Siapa tak bengang segala usaha titik peluh dan kerja keras selama bertahun tahun termasuk mengukuhkan perniagaan Jamu Mutyara Beauty sejak dua tahun lalu bersama isteri (Tya Arifin) dilihat mendapat lesen serta laluan mudah hanya kerana pengaruh bapanya.
Jamu Mutyara Beauty |
Malah, papa kepada dua cahaya mata comel, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa ini juga dilihat beruntung kerana mempunyai ibu tiri, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mempunyai pengaruh besar dan kemasyhuran di arena seni serta perniagaan.
Jamu Mutyara Beauty |
Meraikan ulang tahun kedua perniagaan Jamu Mutyara diusahakan isterinya pada 20 April ini, Asyraf terpanggil berkongsi perjalanannya membina empayar perniagaan sendiri.
Selain Mutyara, Asyraf juga antara mastermind perniagaan jenama Kilafit diusahakan Kilafairy serta Jiwaku Kids menampilkan anak sulungnya, Arif Jiwa.
Jamu Mutyara Beauty |
“Hati siapa yang tak terguris kalau balik balik pandangan sama yang dilemparkan orang luar serta pemerhati dunia niaga. Rasa kadang kadang macam loser, kerana mereka fikir saya kecapi semua ini dengan cara mudah selain tanggapan klise.
“Jujur saya tak boleh menafikan rasa bengang, jelak dan amarah itu pernah bersarang sampai naik geram. Biasalah yang orang nampak hanya keindahan, di sebalik semua itu... tak ada siapa yang tahu.
“Cuma tak adil jika mereka terus berandaian begitu dan begini. Tapi kalau terus larut dengan rasa negatif itu pun saya tak akan ke mana. Saya lawan segala rasa,” katanya membuka bicara.
Kata Asyraf, dia bersyukur diberi ruang merasai kesyukuran sebelum mengecapi kemanisan dalam hidup serta dunia perniagaan.
Jelasnya lagi, dia mula berjinak jinak dalam dunia perniagaan tanpa langsung menggunakan pengaruh ayahnya.
“Saya bertatih sendiri dari bawah. Ikutkan sejak usia tujuh tahun lagi saya sudah jual pen di sekolah dan macam macam lagilah lubuk perniagaan yang dicuba. Saya betul betul serius mahu bergelar ahli perniagaan sejak usia 22 tahun hinggalah sekarang.
“Saya dan pasukan kerja kena kerja keras untuk menakluki apa yang diraih kala ini. Isteri saya juga antara insan penting yang berada dalam pasukan kerja itu.
“Setiap hari kami kena kerja keras. Ia tak datang bergolek begitu saja. Saya tak guna kabel pun, tak ada merayu bantuan ayah sekalipun untuk keluar modal.
“Saya sedar juga dalam dunia niaga ini bukan semua yang kita buat akan beroleh kejayaan. Ada juga perniagaan yang saya buat berakhir begitu saja. Namun itu bukan penamat segala galanya,” katanya.
Tambah Asyraf, isteri tercinta yang dikahwini sejak 1 November 2015 menjadi saksi jatuh bangun dirinya.
“Tya banyak melihat dan melalui serba serbi kesukaran dan kepayahan hidup. Bisnes yang gagal dilakukan juga berakhir dengan pelbagai ujian termasuk saya berdepan dengan hutang yang banyak.
“Pernah satu tahap saya dan isteri sampai kena catu makanan kerana kekangan duit. Kami hanya ada RM10 untuk memilih sama ada makan nasi goreng di kantin atau di restoran Mamak.
“Lepas itu nak bina perniagaan baru balik bukan mudah. Tapi saya berkeras untuk melaluinya tanpa meminta pertolongan sesiapa. Termasuk ayah. Saat saya bernikah dan mempunyai anak,diri ini terfikir takkan nak beli lampin pakai buang pun ayah masih nak tanggung.
“Berbekal semangat, ilmu dan pengalaman termasuk ketika belajar dengan syarikat Richworks , saya bangkit semula. Perjuangan itu bagai baru bermula dan perlahan demi perlahan, saya bina kembali empayar dunia niaga sekali gus mengangkat jenama Mutyara sehabis baik,” katanya.
Jamu Mutyara Beauty |
Sejak dua tahun lalu juga, Asyraf dan Tya begitu optimis membangunkan perniagaan jamu jenama Mutyara. Jamu itu lebih membanggakan merupakan legasi turun temurun diamalkan keluarga isterinya yang dikomersial.
“Saya dan isteri bina jenama jamu ini kerana kita mahu menambah nilai sekali gus membantu lebih ramai orang di luar sana sama sama menikmati khasiat jamu itu. Tak hanya di situ kita juga buka peluang untuk lebih ramai lagi menjana pendapatan dengan sama sama berniaga jamu berkenaan.
“Perjalanan nak sampai ke sini bukan mudah. Sebab itu apabila saya dapat komen skeptikal hanya kerana saya anak Datuk K semua dilihat mudah, hati ini jadi cepat terasa. Saya juga manusia yang ada hati dan perasaan macam orang lain.
“Dalam hal sebegini, ia bukan mengenai dia itu anak siapa. Ramai juga yang kita tahu anak orang berada lebih selesa tidak berbuat apa termasuk menjalankan perniagaan kerana mereka sudah terbiasa mendapat wang dengan mudah. Itu pilihan masing masing.
“Sebenarnya ada ramai usahawan berjaya yang saya lihat boleh berjaya tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah mereka sebenarnya bermula dari ‘zero’,” kata abang kepada Siti Aafiyah Khalid ini.
Tambah Asyraf lagi, dia banyak melihat contoh dan idola di luar sana yang berasal dari kampung namun beroleh kejayaan membanggakan.
“Saya tengok kejayaan sebegini jadi inspirasi dan penyuntik semangat.
Sebagai contoh ada rakan niaga saya yang buat jualan tahun lepas mencecah lebih daripada RM20 juta. Tahun ini pula dalam masa 3 bulan dia sudah buat keuntungan lebih RM15 juta.
“Kejayaan dia itu jujur buat saya cemburu dan bengang. Namun dalam konteks yang positit. Mereka mula dengan tak ada apa apa namun boleh berjaya. Lalu kenapa saya tak boleh berjaya macam itu dan jadi seperti mereka?,” katanya.
Tutur Asyraf lagi, jika dia mahu mencari kejayaan pantas nescaya boleh dilakukan dengan menggunakan pengaruh ibu tirinya (Siti Nurhaliza) dan Datuk K sejak dari dulu
“Kalau mahu berjaya dengan cara sebegitu, barangkali sudah lama saya guna jalan pintas. Malah tak hanya disitu apabila saya menggunakan Tya untuk menerajui perniagaan jamu kami, ada pula yang cakap senanglah sebab isteri saya bergelar artis atau figura awam.
“Maka wujudlah stigma guna artis senanglah jalan perniagaan yang diteroka. Tapi pandangan itu tak tepat dan sangat salah. Hakikatnya ada saja artis yang menceburi perniagaan tapi akhirnya gulung tikar dan lingkup.
“Pada akhirnya semua berbalik kepada soal rezeki, tuah, usaha dan niat. Bergelar artis atau dilahirkan dalam keluarga berpengaruh belum tentu jadi jaminan,” katanya.
Katanya lagi, produk yang dijual itu juga harus bagus dan berkualiti. Ia tidak semata mata menjual jenama artis atau pengaruh saja.
Malah Asyraf juga terbuka untuk membantu masyarakat menjana pendapatan sampingan.
“Kita pun harus beri latihan yang mampan kepada pengedar, agen atau stokis. Artis pun kalau keluarkan produk yang tidak membantu, akan berakhir dengan kegagalan juga
“Sebenarnya nak buat bisnes ini ada banyak faktor untuk berjaya. Malah kalau ada yang nak saya bantu, diri ini berlapang dada untuk menerima mereka dengan tangan terbuka.
“Niat saya adalah untuk membantu lebih ramai orang beroleh pendapatan sampingan. Lebih-lebih dalam keadaan semasa negara kita berdepan ujian penularan wabak Covid 19 hingga membuatkan ekonomi jadi tak menentu.
“Kalau boleh buat pendapatan sampingan dari RM 1000 hingga RM 5000 sebulan pun kira okay saat ini. Tak kisahlah siapapun saya, diri ini mahu membantu lebih ramai orang menjana pendapatan tanpa mengeluarkan modal.
“Kita ada buat Business Opportunity Session secara online, untuk membantu lebih ramai orang, walaupun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Ayuh bersama kami demi menjana pendapatan ketika ramai yang terkesan dengan situasi semasa,” katanya
Di akhir bicara, sekalipun selesa berdikari dalam dunia perniagaan, Asyraf berbangga kerana dia memiliki tenaga sokongan jitu di belakang iaitu keluarga tersayang.
“Jujur saya juga bangga dan bersyukur menjadi anak kepada Datuk K. Itu satu fakta yang tak boleh diubah. Namun seperti saya katakan, diri ini selesa berdikari dan jauh sekali bergantung harap kepada ayah.
“Saya bersyukur sebab ayah banyak mendidik sejak kecil dan membentuk untuk diri ini menjadi seorang yang berdikari tanpa meminta-minta kepadanya. Masa muda, ayah paling pantang kalau saya minta duit kepadanya.
“Ayah nak saya faham tentang erti kehidupan dan kebiasaan mencari wang sendiri. Itu yang membuatkan saya takut untuk minta apa-apa daripadanya sampai sekarang. Itu juga yang membuatkan saya jadi sebegini berkat didikannya,” katanya.
Sedari dulu, Asyraf hanya mahu membanggakan ayahnya.
“Dari kecil, ayahlah yang berikan segala galanya untuk saya. Apabila sudah meningkat dewasa dan berkahwin, mana mungkin saya nak susahkannya lagi selain terus berada di bawah ketiaknya.
“Sebenarnya awal tahun ni, ayah ada meminta saya membantu untuk mengukuhkan jaringan jenama Simplysiti di Indonesia. Namun saya fikir, sekarang adalah masa untuk membantu isteri dan pasukan jamu Mutyara melangkah ke tahap yang lebih tinggi. Lalu permintaan ayah itu saya terpaksa tolak dengan baik,” katanya.
PERMULAAN DAN PERJALANAN TYA ARIFIN, ASYRAF KHALID JUAL JAMU MUTYARA
Untuk maklumat lanjut
website www.mutyara.com
Instagram @mutyarabeauty
Facebook : https://web.facebook.com/Mutyarabeauty/
Berminat nak jadi stokist boleh hubungi 012 579 9011 untuk di bantu oleh team Mutyara.
Keep on seeing this Datuk K news on my news feed lately hehe. BTW the jamu looks good to consume. Gonna try it one day too
ReplyDeleteoic. baru la tau. at first aida ingatkan ni gossip sempena pkp.
ReplyDeleterupanya review and iklan produk tia ni. hu hu hu hu...
ramai yg review. so aida da baca dah semua.
pada aida, takpe kot kalau dia bersandarkan ayah dia. ayah kot.
dah memang la nak senangkan anak. lagipun, bantuan ayah is not necessary dlm bentuk duit.
pengaruh pun dah kira cable. tak mudah kot org biasa nak bisnes hingga jelajah ke indon.
tia pun artis. both of them dah ada background duit yg kuat. so, aida tak rasa kot org ada nak berckp hal ni kan.
just an intro to introduce product ni, asyraf & tia :) hi hi hi hi...
anyway, indon & jamu is sinonim sgt. bagus makan jamu ni. lelebih ingredients nyer adalah alami, kan.
terbaik!
takyah nam tumpang bapaknya, anak dia sendiri dah ramai follower. good marketing skills hahha
ReplyDeletebaguslah berdiri di atas kaki sendiri, tya dgn asyraf ni pun memang dh ada platform yg dikenali ramai.
ReplyDeleteBeruntung dia anak DK dan ada keluarga good in business. Dari keluarga la wujud kepercayaan kepada produk dia. Sebab orang tau mereka dari keluarga yang hebat dalam perniagaan. Mereka ada legasi. Bidang hiburan, usahawan, kecantikan dan agensi lain. Berbanggalah dengan legasi itu. Jangan bengang-bengang. Biar kan aje netizen cakap apa. Kalau bagi 1 juta kepada orang yang tiada strong support dan ilmu perniagaan pun tak jadi juga kan. So jalan terus Asyraf Khalid dan Tya Ariffin! Chaiyokk!
ReplyDeleteBoleh nampak dia komited nak bangunkan bisnes sendiri. Kalau tak dia tak payah susah susah pergi belajar dengan Dr Azizan tu kan.
ReplyDeleteBiasalah pandangan netizen. Abaikan sahaja. Asalkan niat kiya berniaga itu betul, insyaallah segalanya berjalan dengan lancar.
ReplyDeleteBiasalah mulut mana boleh ditutup. Mesti ada org akan mgata wlpun kita kerja keras atas usaha sendiri. Xpe ashraf n tya mmg hebat. Buktikan yg org2 salah ye. Keep up the good work
ReplyDeleteterbaik Asyraf Khalid dan isteri, Tahniah dah jadi ahli pernigaan dan ada busines sendiri pada usia muda.. moga menjadi contoh dan ikutan pada yang lain
ReplyDeletePenat2 dia berusaha sendiri laki bini nak naikkan Mutyara org dok ngata dia gunakan kabel ayah n mak tiri, memang le benggang kan. Sis dari awal suka tengok diorg berdua ni..suka dengan usaha mereka
ReplyDeleteBiasa netizen tau nak komplen je..huhu..bukannya tau yang dia berjaya sebab usaha dia sendiri..haish netizen tak sudah2 nak dengki..suka tgk isteri dia..lawa je..kene cuba produk dia tu
ReplyDeleteI don't know much about him, but when I saw the products , I terasa tertarik, because the models are so beautiful!
ReplyDeletekesiannya dia. Itu mungkin part ujian dia. But the truth at least Asyraf tahu how struggle they are. Nitizen or orang sekeliling memang susah nak faham apa kita lalui,nampak senang tapi tak tahu ujian kita disebalik kesenangan tu. Apa pun moga Asyraf dan Tia bertabah dalam tiap ujian, stay strong.
ReplyDeleteMoga asyraf terus sukses dalam perniagaan yg diceburi.. biasala ada berniaga ada turun niaga tapi kekalkan momentum yg terbaik ya
ReplyDeleteBagus Asyraf ni sebab pernah jumpa dia dulu-dulu, dia sendiri memang ada bisnes mindset. Dia banyak idea-idea sendiri untuk majukan perniagaan. Tahniah di atas usaha
ReplyDeleteMoga asyraf dan Tya terus sukses. Bukan senang nak keluar dari bayangan ayah atau ibu yang popular dan menempa nama sendiri. Harap mereka akan terus maju ke hadapan dan di kenali atas nama mereka sendiri.
ReplyDelete