Sehubungan dengan itu kerajaan negeri selangor mengambil inisiatif untuk membangunkan portal yang dapat membantu masyarakat selangor untuk menikmati hidangan juadah ramadhan sama seperti ramadhan tahun sebelum-sebelum ini di satu platform yang dinamakan Platform Selangor atau lebih dikenali dengan nama PLATS.
PLATS adalah platform e-bazar yang telah dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) bagi menyediakan juadah Ramadan di seluruh Selangor. PLATS merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam membantu peniaga bazaar Ramadan yang tidak dapat menjalankan aktiviti berniaga di kawasan terbuka ekoran daripada penutupan bazaar Ramadan di seluruh Malaysia pada tahun ini.
Dengan menggunakan konsep E-kitchen, PLATS berfungsi sebagai platform bagi pengumpulan pesanan tempahan sahaja. Tiada sebarang aktiviti memasak akan dijalankan melalui platform ini. Hanya pesanan dalam talian sahaja dibenarkan dan pastinya pembelian secara terus ( walk in ) juga sama sekali tidak dibenarkan.
Semua e-Kitchen yang berdaftar akan mematuhi jarak sosial yang telah ditetapkan kerajaan dan amalan kebersihan yang ketat sementara peniaga juga perlu mendapat suntikan pelalian tifoid seperti yang digariskan dalam Prosedur Operasi Standard(SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
E-Kitchen PLATS beroperasi di 12 kawasan sekitar Selangor. Untuk pengetahuan pada masa ini PLATS sudah mula beroperasi di Bangi, Shah Alam, Salak Tinggi, Semenyih, Bandar Utama dan Ampang.Untuk makluman anda akan ada lagi lokasi tambahan untuk E-kitchen ini.Pengumuman akan dibuat apabila PLATS beroperasi di lokasi-lokasi lain.
Segala makanan yang anda pesan di E-Kitchen PLATS akan dihantar oleh rakan penghantaran seperti Grab, Mr. Speedy, Zepto Express dan MatDespatch mengikut lokasi anda.
Kini anda diluar sana tidak perlu lagi risau untuk mendapat makanan juadah berbuka puasa yang pastinya terjamin kualiti dan kebersihannya. Tak perlu rasa takut makanan yang akan anda dapat itu tidak seperti yang disangkakan. Seperti kita sedia maklum terdapat banyak perkongsian di sosial media yang mengatakan tentang ada juadah yang mereka beli secara pesanan di whatsapp tidak seperti yang digambarkan.
Di E-Kitchen PLATS setiap peniaga akan memastikan makanan yang dijual mengikut apa yang telah di iklankan. Sekiranya anda mendapat pesanan seperti yang tidak sama seperti yang dijual,anda boleh membuat laporan kerana peniaga semua telah berdaftar dan pihak pengurusan E-Kitchen PLATS akan menjalankan tugas mereka untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan.
Berbeza jika anda membuat pesanan melalui individu yang menjual di whatsapp mahupun laman sosial lain. Tiada jaminan untuk segala pembelian anda. Jadi adalah lebih baik sekiranya anda membeli dengan peniaga-peniaga yang berdaftar dan juga yang pastinya peniaga yang mengikut SOP kementerian kesihatan malaysia.
Antara makanan yang anda boleh dapati di E-Kitchen PLATS adalah seperti ayam percik, kambing, murtabak, nasi kerbau, cendol, air asam boi, nasi lemak,karipap , aneka kuih muih,bubur caca, bubur jagung dan banyak lagi.
air kedondong asam boi |
Ayam penyet |
Bubur chacha |
Bubur jagung |
Cendol |
kari kambing |
Karipap |
Aneka kuih muih |
Lamb |
Murtabak |
Nasi kerabu |
Nasi lemak |
Ini antara juadah yang ada di E-Kitchen PLATS. Ada banyak lagi yang ada, anda boleh layari sendiri
https://www.plats.com.my/Lokasi E-Kitchen PLATS
Berikut Cik iena kongsikan antara lokasi-lokasi yang terdapat di E-Kitchen PLATS Untuk maklumat yang lebih lanjut serta tambahan lokasi sila layari https://www.plats.com.my/
1. Untuk Warga Bangi
- e - Kitchen Seksyen 7 Bangi
- e-Kitchen Jalan 7/7C Bangi
- e-Kitchen Bangi Golf Resort
2. Untuk Warga Shah Alam
- e-Kitchen Seksyen 14 Shah Alam
- e-Kitchen Presint Alami Seksyen13 Shah Alam
3. Untuk Warga Salak Tinggi
e-Kitchen Taman Dahlia Salak Tinggi
4. Untuk Warga Semenyih
e - Kitchen Bandar Rinching Semenyih
5. Untuk Warga Bandar Utama
e-Kitchen Bandar Utama
6. Untuk Warga Ampang
- e - Kitchen Kampung Melayu Ampang
- e-Kitchen Pandan Indah Ampang
Tempahan di E-Kitchen
Terdapat dua cara tempahan iaitu di E-Kitchen PLATS itu sendiri ataupun menerusi aplikasi Grab.
Cara Membuat Tempahan di E-Kitchen PLATS
1. Layari , klik E-kitchen berhampiran lokasi anda
2. Kemudian akan popup website untuk anda membuat tempahan, klik start order
3. Pilih menu yang ada di E-kitchen tersebut dan klik order
4. Untuk checkout klik gambar bakul/troli dibawah
5. Paparan rumusan tempahan akan keluar dan klik checkout. Untuk pengetahuan kos penghantaran adalah RM8 tidak kira walau anda beli 1 item. jadi lebih baik beli banyak. Mungkin boleh berkongsi dengan jiran :)
6. Kemudian Request delivery
7. Isi maklumat yang diperlukan dan kemudian tekan confirm
8. Tempahan anda telah diterima, kemudian akan popup whatapp message seperti dibawah
9. Tekan butang send dan pesanan anda akan dihantar
10. Selepas itu pihak PLATS akan membalas pesanan anda dan menghantar pautan untuk anda membuat pembayaran melalui online banking sama seperti online shopping platform yang lain.
anda boleh lihat invoive melalui link di whatsapp |
11. Selepas pembayaran dibuat, PLATS akan beritahu vendor makanan yang dipesan oleh pelanggan, dan pada pukul 3.30pm, mereka akan mulakan penghantaran.
Cara Buat Tempahan Grab e-Kitchen Bazar
Kalau melalui Grab rasanya ramai yang dah tau jadi Cik iena tulis secara general saja ya.- Buka aplikasi Grab melalui telefon dan tekan menu Grab e-Kitchen Bazar
- Lihat info tentang Grab e-Kitchen Bazar dan klik Order Now
- Pilih e-Kitchen Bazar berdekatan dengan rumah anda
- Klik pada juadah makanan yang ingin dipesan
- Klik pada Add to Basket
- Klik Place Order untuk membuat pesanan dan tunggu notifikasi penghantaran makanan
Kepada anda di luar sana rakyat selangor yang ingin mendapatkan aneka juadah berbuka puasa anda boleh membuat pesanan di www.plats.com.my
eheee mjur scroll kejap lagi nak berbuka daa hahaha..
ReplyDeletehehe kalau baca time tengah hari memang rasa nak makan lappy :D
Deletemenu2 tu semua menyelerakan..aish pose ni. dah lama tak makan ayam penyet dgn bubur chacha. bgus aplikasi ni..tambah musim pkp, utk org2 bekerja boleh la order atau yg xsmpt nak msak utk berbuka nnti
ReplyDeletekan..sesuaiutk org yg bekerja kalau xde masa nk masak tu blh beli :)
DeleteNampaknya begini lah jadinya new normal kita kan. Asalkan selamat untuk semua, it will be good. Senang Rawlins nak cari makanan yang diidam kan
ReplyDeleteya begitula norma nye sekarang..semuanya di hujung jari :D
DeleteAlamak.. Sedapnya semua menu. Teringin nasi kerabu tuuuu.. Confirm makan tak pandang kiri kanan dah nim hihi
ReplyDeleteSenang kan. Walaupun dalam PKP, masih ada jualan online macam ni yang membantu memudahkan kita semua.
menarikkan gambar nasi kerabu dia hehe
DeleteMudah..nak makan oder online ja..semua menu pun nampak sedap
ReplyDeletebetul tu :)
DeleteGuna apps memang memudahkan, semuanya di hujung jari, tapi kalau menu banyak sedap macam ni, mau berejam gak ngadap apps, tak tau nak pilih mana...hahahaha
ReplyDeleterambang mata kan tengok menu :D
DeleteSedap nyer tengok air kedondong asam boi tu. look so refreshing. Thank you for sharing information on PLATS.
ReplyDeleteyour welcome :)
DeleteMacam-macam pilihan dan cara nak order makanan ketika Ramadhan ni. Untung orang Selangor dapat try aplikasi PLATS ni. Saya orang Selangor pun boleh try lagi tau... nanti saya cubalah
ReplyDeletehehe kan..untung orang selangor :)
DeleteWahhh best lah duduk kat office boleh buat order dan nanti balik dari kerja dah sampai juadah berbuka sangat mudah dan senang ni hehehe nak kena cuba juga lah PLATS ni..
ReplyDeleteya betul tu senang :)
DeleteWarga Selangor berubtu glah kan boleh jual
ReplyDeleteBeli mellaui apps yang ditalini seperti dianjurkan Kerajaan Selangor ni.
ye kak..beruntung warga selangor kn :)
Deleteoo rupanya inisiatif kerajaan selangor ni. baguslah. kerajaan yg prihatin. semoga dpt membantu semua
ReplyDeletekan..prihatin kerajaan selangor ni. usaha mcam ni mmg bagus bg membantu dua2 pihak pejual dan pembeli
Deletebila ada plats ni..sekurangnya terubat rindu pada bazaar ramadhan...order jer secara atas talian
ReplyDeleteSemua jadi mudah sekarang ni. Semua di hujung jari. Order saja nak makanan apa di PLATS E Kitchen
ReplyDeleteKerajaan Negeri pun support perniagaan dalam talian. Bagus bila makanan street food juga dah mudah utk cari melalui apps. kebiasaannya restoran mahal aje yang ada. akak cari murtabak gebu gebas. harap ada la nanti. kualiti sama gebu macam gambar. hehee
ReplyDeletebagus. selangor kat susah nak gerak di jalan raya.
ReplyDeletemoreover PKP dah abis. hmmmm kesian la yg nak balik berbuka, tak sempat masak.
ni adalah inisiatif yg bagus. memudahkan semua.
Wah seronoknya macam2 dah ada online utk order makanan.. Kalau za duk umah lama kt pandan indah for sure boleh order sedap2 ni..
ReplyDeleteSatu inisiatif yang sangat bagus dari negeri Selangor. Memandangkan kita pon masih dalam perintah kawalan pergerakan ni memang bagus sangat ada platform macam ni.
ReplyDeleteWah menarik ni. Kalau rushing tak sempat masak untuk juadah berbuka boleh guna aplikasi ni je dan order. Yaya nak trylah nanti hee
ReplyDeleteSekarang lagi senang kalau nak order food online terus boleh rujuk aplikasi ni
ReplyDelete