Grab The Promo
Grab The Promo

Juadah Ramadhan di hujung Jari E-Kitchen PLATS

Bulan ramadhan sinonim dengan bazaar ramadhan. namun disebabkan pandemik covid-19 yang melanda dunia masa kini, bazar ramadhan tidak boleh lagi beroperasi bagi melindung masyarakat daripada terkena jangkitan Covid-19 dan juga bagi memutuskan rangkaian Covid-19 itu sendiri.

Juadah Ramadhan di hujung Jari E-Kitchen PLATS


Sehubungan dengan itu kerajaan negeri selangor mengambil inisiatif untuk membangunkan portal yang dapat membantu masyarakat selangor untuk menikmati hidangan juadah ramadhan sama seperti ramadhan tahun sebelum-sebelum ini di satu platform yang dinamakan Platform Selangor atau lebih dikenali dengan nama PLATS.


Juadah Ramadhan di hujung Jari E-Kitchen PLATS



Juadah Ramadhan di hujung Jari E-Kitchen PLATS



PLATS adalah platform e-bazar yang telah dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) bagi menyediakan juadah Ramadan di seluruh Selangor. PLATS merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam membantu peniaga bazaar Ramadan yang tidak dapat menjalankan aktiviti berniaga di kawasan terbuka ekoran daripada penutupan bazaar Ramadan di seluruh Malaysia pada tahun ini.





Dengan menggunakan konsep E-kitchen, PLATS berfungsi sebagai platform bagi pengumpulan pesanan tempahan sahaja. Tiada sebarang aktiviti memasak akan dijalankan melalui platform ini. Hanya pesanan dalam talian sahaja dibenarkan dan pastinya pembelian secara terus ( walk in ) juga sama sekali tidak dibenarkan.

Juadah Ramadhan di hujung Jari E-Kitchen PLATS


Semua e-Kitchen yang berdaftar akan mematuhi jarak sosial yang telah ditetapkan kerajaan dan amalan kebersihan yang ketat sementara peniaga juga perlu mendapat suntikan pelalian tifoid seperti yang digariskan dalam Prosedur Operasi Standard(SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).




Juadah Ramadhan di hujung Jari E-Kitchen PLATS



E-Kitchen PLATS beroperasi di 12 kawasan sekitar Selangor. Untuk pengetahuan pada masa ini  PLATS sudah mula beroperasi di Bangi, Shah Alam, Salak Tinggi, Semenyih, Bandar Utama dan Ampang.Untuk makluman anda akan ada lagi lokasi tambahan untuk E-kitchen ini.Pengumuman akan dibuat apabila PLATS beroperasi di lokasi-lokasi lain.

Juadah Ramadhan di hujung Jari E-Kitchen PLATS


Segala makanan yang anda pesan di E-Kitchen PLATS akan dihantar oleh rakan penghantaran seperti Grab, Mr. Speedy, Zepto Express dan MatDespatch mengikut lokasi anda.

Kini anda diluar sana tidak perlu lagi risau untuk mendapat makanan juadah berbuka puasa yang pastinya terjamin kualiti dan kebersihannya. Tak perlu rasa takut makanan yang akan anda dapat itu tidak seperti yang disangkakan. Seperti kita sedia maklum terdapat banyak perkongsian di sosial media yang mengatakan tentang ada juadah yang mereka beli secara pesanan di whatsapp tidak seperti yang digambarkan.

Juadah Ramadhan di hujung Jari E-Kitchen PLATS




Di  E-Kitchen PLATS setiap peniaga akan memastikan makanan yang dijual mengikut apa yang telah  di iklankan. Sekiranya anda mendapat pesanan seperti yang tidak sama seperti yang dijual,anda boleh membuat laporan kerana peniaga semua telah berdaftar dan pihak pengurusan E-Kitchen PLATS akan menjalankan tugas mereka untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan.

Berbeza jika anda membuat pesanan melalui individu yang menjual di whatsapp mahupun laman sosial lain. Tiada jaminan untuk segala pembelian anda. Jadi adalah lebih baik sekiranya anda membeli dengan peniaga-peniaga yang berdaftar dan juga yang pastinya peniaga yang mengikut SOP kementerian kesihatan malaysia.


Antara makanan yang anda boleh dapati di E-Kitchen PLATS adalah seperti ayam percik, kambing, murtabak, nasi kerbau, cendol, air asam boi, nasi lemak,karipap , aneka kuih muih,bubur caca, bubur jagung dan banyak lagi.


air kedondong asam boi
air kedondong asam boi

Ayam penyet
Ayam penyet

Bubur chacha
Bubur chacha

Bubur jagung
Bubur jagung

Cendol
Cendol

kari kambing
kari kambing

Karipap
Karipap

Aneka kuih muih
Aneka kuih muih

Lamb
Lamb

Murtabak
Murtabak

Nasi kerabu
Nasi kerabu

Nasi lemak
Nasi lemak

onde onde


Ini antara juadah yang ada di E-Kitchen PLATS. Ada banyak lagi yang ada, anda boleh layari sendiri
https://www.plats.com.my/




Juadah Ramadhan di hujung Jari E-Kitchen PLATS




Lokasi E-Kitchen PLATS


Berikut Cik iena kongsikan antara lokasi-lokasi yang terdapat di  E-Kitchen PLATS Untuk maklumat yang lebih lanjut serta tambahan lokasi sila layari https://www.plats.com.my/


1. Untuk Warga Bangi


Juadah Ramadhan di hujung Jari E-Kitchen PLATS

  1. e - Kitchen Seksyen 7 Bangi
  2. e-Kitchen Jalan 7/7C Bangi
  3. e-Kitchen Bangi Golf Resort



2. Untuk Warga Shah Alam


  1. e-Kitchen Seksyen 14 Shah Alam
  2. e-Kitchen Presint Alami Seksyen13 Shah Alam

3. Untuk Warga Salak Tinggi



Juadah Ramadhan di hujung Jari E-Kitchen PLATS

e-Kitchen Taman Dahlia Salak Tinggi

4. Untuk Warga Semenyih



Juadah Ramadhan di hujung Jari E-Kitchen PLATS

e - Kitchen Bandar Rinching Semenyih

5. Untuk Warga Bandar Utama


Juadah Ramadhan di hujung Jari E-Kitchen PLATS



e-Kitchen Bandar Utama

6. Untuk Warga Ampang



Juadah Ramadhan di hujung Jari E-Kitchen PLATS

  1. e - Kitchen Kampung Melayu Ampang
  2. e-Kitchen Pandan Indah Ampang


Tempahan di E-Kitchen


Terdapat dua cara tempahan iaitu di E-Kitchen PLATS itu sendiri ataupun menerusi aplikasi Grab.

Cara Membuat Tempahan di  E-Kitchen PLATS




Juadah Ramadhan di hujung Jari E-Kitchen PLATS


1. Layari  , klik E-kitchen berhampiran lokasi anda


2.  Kemudian akan popup website untuk anda membuat tempahan, klik start order


3.  Pilih menu yang ada di E-kitchen tersebut dan klik order


4.  Untuk checkout klik gambar bakul/troli dibawah


5.  Paparan rumusan tempahan akan keluar dan klik checkout. Untuk pengetahuan kos penghantaran adalah RM8 tidak kira walau anda beli 1 item. jadi lebih baik beli banyak. Mungkin boleh berkongsi dengan jiran :)


6.  Kemudian Request delivery


7.  Isi maklumat yang diperlukan dan kemudian tekan confirm

Cara Membuat Tempahan di  E-Kitchen PLATS






8.  Tempahan anda telah diterima, kemudian akan popup whatapp message seperti dibawah




9.  Tekan butang send dan pesanan anda akan dihantar


10. Selepas itu pihak PLATS akan membalas pesanan anda dan menghantar pautan untuk anda membuat pembayaran melalui online banking sama seperti online shopping platform yang lain.




Cara Membuat Tempahan di  E-Kitchen PLATS

Juadah Ramadhan di hujung Jari E-Kitchen PLATS
anda boleh lihat invoive melalui link di whatsapp

11. Selepas pembayaran dibuat, PLATS akan beritahu vendor makanan yang dipesan oleh pelanggan, dan pada pukul 3.30pm, mereka akan mulakan penghantaran.






Cara Buat Tempahan Grab e-Kitchen Bazar

Kalau melalui Grab rasanya ramai yang dah tau jadi Cik iena tulis secara general saja ya.
  1. Buka aplikasi Grab melalui telefon dan tekan menu Grab e-Kitchen Bazar
  2. Lihat info tentang Grab e-Kitchen Bazar dan klik Order Now
  3. Pilih e-Kitchen Bazar berdekatan dengan rumah anda
  4. Klik pada juadah makanan yang ingin dipesan
  5. Klik pada Add to Basket
  6. Klik Place Order untuk membuat pesanan dan tunggu notifikasi penghantaran makanan



Kepada anda di luar sana rakyat selangor yang ingin mendapatkan aneka juadah berbuka puasa anda boleh membuat pesanan di www.plats.com.my


30 comments:

  1. eheee mjur scroll kejap lagi nak berbuka daa hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalau baca time tengah hari memang rasa nak makan lappy :D

      Delete
  2. menu2 tu semua menyelerakan..aish pose ni. dah lama tak makan ayam penyet dgn bubur chacha. bgus aplikasi ni..tambah musim pkp, utk org2 bekerja boleh la order atau yg xsmpt nak msak utk berbuka nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..sesuaiutk org yg bekerja kalau xde masa nk masak tu blh beli :)

      Delete
  3. Nampaknya begini lah jadinya new normal kita kan. Asalkan selamat untuk semua, it will be good. Senang Rawlins nak cari makanan yang diidam kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya begitula norma nye sekarang..semuanya di hujung jari :D

      Delete
  4. Alamak.. Sedapnya semua menu. Teringin nasi kerabu tuuuu.. Confirm makan tak pandang kiri kanan dah nim hihi
    Senang kan. Walaupun dalam PKP, masih ada jualan online macam ni yang membantu memudahkan kita semua.

    ReplyDelete
  5. Mudah..nak makan oder online ja..semua menu pun nampak sedap

    ReplyDelete
  6. Guna apps memang memudahkan, semuanya di hujung jari, tapi kalau menu banyak sedap macam ni, mau berejam gak ngadap apps, tak tau nak pilih mana...hahahaha

    ReplyDelete
  7. Sedap nyer tengok air kedondong asam boi tu. look so refreshing. Thank you for sharing information on PLATS.

    ReplyDelete
  8. Macam-macam pilihan dan cara nak order makanan ketika Ramadhan ni. Untung orang Selangor dapat try aplikasi PLATS ni. Saya orang Selangor pun boleh try lagi tau... nanti saya cubalah

    ReplyDelete
  9. Wahhh best lah duduk kat office boleh buat order dan nanti balik dari kerja dah sampai juadah berbuka sangat mudah dan senang ni hehehe nak kena cuba juga lah PLATS ni..

    ReplyDelete
  10. Warga Selangor berubtu glah kan boleh jual
    Beli mellaui apps yang ditalini seperti dianjurkan Kerajaan Selangor ni.

    ReplyDelete
  11. oo rupanya inisiatif kerajaan selangor ni. baguslah. kerajaan yg prihatin. semoga dpt membantu semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..prihatin kerajaan selangor ni. usaha mcam ni mmg bagus bg membantu dua2 pihak pejual dan pembeli

      Delete
  12. bila ada plats ni..sekurangnya terubat rindu pada bazaar ramadhan...order jer secara atas talian

    ReplyDelete
  13. Semua jadi mudah sekarang ni. Semua di hujung jari. Order saja nak makanan apa di PLATS E Kitchen

    ReplyDelete
  14. Kerajaan Negeri pun support perniagaan dalam talian. Bagus bila makanan street food juga dah mudah utk cari melalui apps. kebiasaannya restoran mahal aje yang ada. akak cari murtabak gebu gebas. harap ada la nanti. kualiti sama gebu macam gambar. hehee

    ReplyDelete
  15. bagus. selangor kat susah nak gerak di jalan raya.
    moreover PKP dah abis. hmmmm kesian la yg nak balik berbuka, tak sempat masak.
    ni adalah inisiatif yg bagus. memudahkan semua.

    ReplyDelete
  16. Wah seronoknya macam2 dah ada online utk order makanan.. Kalau za duk umah lama kt pandan indah for sure boleh order sedap2 ni..

    ReplyDelete
  17. Satu inisiatif yang sangat bagus dari negeri Selangor. Memandangkan kita pon masih dalam perintah kawalan pergerakan ni memang bagus sangat ada platform macam ni.

    ReplyDelete
  18. Wah menarik ni. Kalau rushing tak sempat masak untuk juadah berbuka boleh guna aplikasi ni je dan order. Yaya nak trylah nanti hee

    ReplyDelete
  19. Sekarang lagi senang kalau nak order food online terus boleh rujuk aplikasi ni

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve