Marrybrown merupakan antara Restoran makanan segera yang mendapat tempat dihati Masyarakat Malaysia. Dengan kepelbagaian menu menu baru yang ditawarkan membuatkan restoran ini amat digemari rakyat Malaysia. Marrybrown sentiasa mengeluarkan menu-menu baru untuk memenuhi citarasa berjuta rakyat Malaysia .
Marrybrown Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals |
Baru-baru ini Marrybrown telah mengeluarkan menu baru iaitu Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals . Hidangan baru ini dipasarkan bermula dari 21 Ogos hingga 5 Oktober 2020. Tawaran terbaharu Marrybrown ini dipenuhi dengan keseimbangan dan gabungan kelazatan rasa manis dan smoky yang sempurna dengan sajian charcoal burger dan drumettes yang empuk.
Kini anda boleh menikmati hidangan sensasi S.O.S BBQ Marrybrown dengan tiga kombo berbeza.Menu baharu ini disediakan dengan pilihan S.O.S BBQ Burger combo meal atau S.O.S BBQ Drumette combo meal dimana kedua-dua pilihan ini dihidangkan besama Potato Wedges dan Onion Rings yang rangup.
Untuk peminat yang inginkan pengalaman keseluruhan, kombo ketiga adalah pilihan terbaik! S.O.S BBQ Box yang disajikan dengan kombinasi S.O.S BBQ Burger, S.O.S BBQ Drumette, MB Crispy Chicken yang disukai ramai, dan Potato Wedges.
Marrybrown Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals |
Marrybrown Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals |
Marrybrown Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals |
Marrybrown Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals |
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, Dato’ Joshua Liew
"Sepanjang tempoh penghasilan menu ini, kami perlu memastikan bahawa sos yang disediakan menepati citarasa tempatan dengan kesempurnaan gabungan rasa manis dan smoky dengan tekstur yang sesuai tanpa menjejaskan rasa hidangan keseluruhan atau meninggalkan rasa yang terlalu kuat,”
“Kami mengalukan seluruh rakyat Malaysia untuk mencuba charcoal bun kami yang berasaskan sos BBQ dan rempah dalam ramuannya kelazatannya. Penggemar juga boleh menikmati kemanisan dan keunikan rasa drumettes kami.”
“Sepanjang perkhidmatan kami, Marrybrown telah menyediakan pelbagai hidangan lazat khas buat peminat semua. Matlamat kami adalah untuk memenuhi citarasa dengan menyediakan pelbagai pilihan yang enak dan menyelerakan seperti S.O.S BBQ Meals yang terbaharu ini,”
Harga yang ditawarkan untuk S.O.S BBQ Meals yang terbaharu ini bermula dari RM16.90, setiap hidangan kombo disajikan bersama air Coca-Cola.
Untuk pengetahuan anda lagi, Marrybrown kini mempunyai jutaan penggemar melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.
Jadi jom sama-sama kita cuba keenakan S.O.S BBQ Meals yang terbaharu dari Marrybrown ini.
Untuk maklumat lanjut layari :
Website : https://marrybrown.com/
Facebook : https://web.facebook.com/MarrybrownMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/marrybrownmy/
Nampak sedap je seleksi makanan kat Marry Brown. Teringin nak rasa burger hitam tu. Hehe
ReplyDeletesedap :)
Deletetak cuba lagi... seems so delicious and viral here and there!!
ReplyDeletehehe must try :)
Deletemb ni memang all time favourite. nanti nak cuba menu ni
ReplyDelete:)
DeleteGood post about Marry Brown meal set. The burger look so delicious. I like it MB using charcoal bun.
ReplyDelete:)
Deletehow i wish boleh pegi marrybrown skrg utk try it.. tapi jauh dgn uma :(
ReplyDeletehehe
Deletenampak sedap giler menu terbaru marry brown ni..esp ayam dia..mmg nampak sedap sangat
ReplyDeletesedap :)
DeleteTerliur lah tengok ayam goreng disalut sos BBQ tu. Nampak menggoda sangat. Boleh try nanti
ReplyDeletehehe mesti cuba tau...sedap ;D
DeleteWah. Betul2 ikut trend semasa menu terbaru Marrybrown ni. Pedas tak menu bbq ni? Tengok burger dia mcm pedas.
ReplyDeleteah burger dia pedas
DeleteYeay. Weekend nie nak try dengan kengkawan. Memasing dah kecoh share nak makan apa. Haha
ReplyDeleteyeay
DeleteSedap sngt ni.. Haritu nasi kandar pun tak sempat rasa.. Hahaha.. Ni nak rasala.. Hahaha.. Drummet tu sedp
ReplyDeletesedap..sabtu lepas bawa familly datang lagi..dorang suka
DeleteTerliurnya tengok marrybrown ni. Nak pergi lah nanti
ReplyDeletenyummy
DeleteWah.. sedapnya next time ajak kak sekali tau.. blm pernag lg mkn2 kat marrybrown
ReplyDeletehehe Insya Allah
DeleteMareybrown ni kadang2 memang memanggil manggil betul. Bila teringat tu memang terus kene pegi carikk
ReplyDeletehehe iena pn pergi lagi sekali aritu bawa family pulak
Deletewow sedapnya semua menu marry brown yang baru ni..dekat je MB dgn rumah ciktom..nak order dgn foodpanda la..hehe
ReplyDeleteDah rasa ni haritu. Memang sedap SOS dia. Paling suka dengan burger dia.
ReplyDeleteNow you make me crave for their SOS BBQ Box jap lunch time nak pergi takeaway MB.
ReplyDeletepadanlah anak ada sebut nak burger hitam nak burger hitam rupanya dia nampak kat MB ada jual...kena cariklah lepas ni sebab dah tahu dan banyak hari dia mintak....
ReplyDelete