Cik iena ni memang kaki shopping online dan suka memanfaatkan voucher atau discount code yang ada. Hari ni Cik iena nak kongsi macam mana Cik iena dapat jimat lebih kurang 83% dari pada harga asal barangan. Bemaksud Cik iena cuma bayar lebih kurang 17% harga asal barangan dengan tambahan cashback RM66.40
Jimat berganda di Zalora dengan Promosi RM50 OFF Grabpay |
Mesti pening baca kan. Cik programmer memang suka diskaub berganda ganda ni. Kiranya ada dua tempat yang Cik iena dapat diskaun menjadikan keseluruhan amoun yang Cik iena bayar sangat rendah untuk 4 Helai baju.
Bayar RM171.01 Untuk Barangan Berharga RM1015 dengan pulangan cashback RM66.44
Jumlah asal RM1015 Cik iena bayar pada harga RM171.01 sahaja dengan nilai cashback dalam zalora wallet RM66.44 menjadikan harga iena bayar untuk 4 helai baju tersebut adalah RM 105.02 Saja. Berbaloi kan. Haha murah. Cik iena ni memang suka bab penggunaan voucer. Di Zalora Cik iena gunakan promosi SAVEMORE30 .
Dimana promosi ini kita akan dapat potongan harga sehingga 70% ditambah dengan 30% cashback. Kebiasaannya Cik iena akan sort barang mengikut discount paling tinggi . Jadi untuk melayakkan dapat cashback ni perlu berbelanja RM209. Cik iena cari sampai cukup.
Berikut Cik iena kongsikan apa yang Cik iena beli. Dua yang atas memang Cik iena nak. Selebihnya Cik iena cari ikut range harga untuk cukupkan syarat pembelian RM209 bagi mendapatkan cashback 30%.
Harga asal RM549 haa ni memang baju lama so lepas diskaun dapat RM112.90 . Untuk baju ni dapat cashback RM 33.53 |
Yang ni memang harga RM62 takde diskaun, iena memang nak sebab t shirt ni tutup buntut hehe. Susah nak cari t shirt tuutp buntut (^_~) . Cashback untuk baju ni RM18.41 |
Harga asal RM299 , manakala selepas diskaun RM 33.90. Cik iena cari nak cukupkan syarat minimum je. CAshback dapat RM 10.70 |
Harga asal RM 105, selepas diskaun RM 14.90 dan cashback RM4.43 . yang ni juga untuk cukupkan jumlah minimum |
Gigih betul cari baju nak cukupkan. Kalau masa iena kurus senang sikit banyak pilihan. Biasanya kalau sales banyak size kecil kecil yang cantik cantik. Bila badan dah chuby chuby ke size M ni. Susah siket nak cari yang cantik dan murah. Uhuu dan Murah ya dan murah. iena suka baju yang harga mahal tapi ada diskaun banyak so jadi murah.
Ouh ya Semasa checkout dibahagian Zalora jangan lupa masukkan code SAVEMORE30 untuk dapatkan cashback 30%. Cik iena lupa screenshoot .
Kemudian apa yang lagi menarik Cik iena guna pula promosi diskaun RM50 dengan pembelian minima RM150 yang membuat pembayaran menggunakan GRABPAY. Menjadikan Cik iena jimat banyak. Kenapa di Zalora tak ambil discount code lain yang potong terus 45% sebab kalau Cik iena ambil yang tu total amoun nak bayar jadi sikit so Cik iena tak lepas syarat minima pembelian RM150 untuk diskaun RM50 menggunakan grabpay.
Code FLASHDEAL |
total akhir iena bayar |
Uhuu Cik programmer kan kerja nya buat logic coding ni. Jadi bahagian tolak tambah bahagi darab diskaun ni memang suka. Cik iena takkan lepaskan peluang. by the way promosi RM50 off bila bayar dengan grabpay tu tamat hari ni 30 September 2020. Boleh guna Code FLASHDEAL masa checkout dekat grabpay. Yang code SAVEMORE30 iena masuk masa checkout dekat zalora.
yang ni dia tak nyatakan kita guna kod diskaun dekat grabpay |
Kiranya first step masukkan SAVEMORE30 dekat zalora dan kemudian bila pilih grabpay kita masukkan pula code FLASHDEAL. Happy Shopping guyz :)
Tak sabar nak dapat barang . nanti iena update bila dapat :D
Jom visit ZALORA
singgah sini ^^Y
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-bagi-kotak-misteri-pada-blogger.html
:)
DeleteLama gila tak shopping kat zalora. nak terjah sat lah nak tengok apa yang best.
ReplyDeletebnyk promosi zalora buat skrg :D
Deletehehe iena suka beli baju kt zalora sb boleh tukar kalau tak muat :)
ReplyDeletelaam betul sy x shopping kt zalora
ReplyDeleteiena kalau sekali shopping nanti mesti nk beli lagi :D
Deletetak sabar nak tengok iena bergaya dengan baju baru nanti!
ReplyDeletehehe kene tunggu abes PKPB kak baru boleh kuar..hehe bosan betul duk uma ni :D
Delete