Rakyat Malaysia sememangnya tidak lari dari masakan pedas. Kebanyakan dari rakyat Malaysia menggemari masakan pedas. Jika tidak pedas pasti rasa kekurangan. Tidak kiralah bangsa apa jua pun pasti sukakan masakan yang pedas.
AYAM GORENG MALA MARRYBROWN |
Bagi memenuhi citarasa rakyat Malaysia yang gemarkan masakan pedas Marrybrown telah mengeluarkan menu baru nya iaitu Ayam Goreng Mala. Hidangan terbaharu Marrybrown ini merupakan gabungan meletup lada Sichuan yang diperap dengan cili kering khas yang akan memberikan pengalaman gastronomi yang luar biasa buat anda yang menikmatinya.
Pada yang sudah merasakan Ayam goreng Mala ini Cik iena pasti anda akan menggemari Ayam Goreng Mala ini.Cik iena sendiri amat sukakan Ayam Goreng Mala ini dikala pertama kali Cik iena menikmati kehangatan berbisa pada gigitan pertama ayam goreng MALA-tup yang memberikan rasa pedas yang memukau!
Dari segi tahap kepedasan untuk Cik iena pastinya Ayam Goreng Mala ini adalah pedas. Pada anda yang gemarkan kepedasan memukau jangan lupa cuba Ayam Goreng Mala dari Marrybrown. Pasti ianya akan memikat hati anda di saat gigitan pertama.
Untuk pengetahuan, anda boleh menikmati MB Mala Fried Chicken yang hangat dan pedas di Marrybrown bukan hanya dengan satu tetapi empat hidangan berbeza.Peminat ayam goreng pedas mempunyai dua pilihan kombo iaitu Ayam Goreng 2-pc atau Ayam Goreng 3-pc – kedua-dua kombo dihidangkan bersama Mashed Potato dan Vegetable Salad.
Kombo Ayam Goreng 3-pc, dihidangkan bersama Mashed Potato dan Vegetable Salad serta air coca cola |
Bagi anda yang inginkan kepedasan sederhana, ada juga pilihan yang sesuai untuk mereka nikmati iaitu Kombo Bubur Ayam MALA dimana sesuap bubur dapat menghilangkan rasa bisa kepedasan Ayam Goreng Mala.
Kombo Bubur Ayam MALA |
Bagi anda yang berani menyahut cabaran untuk pengalaman Mala sepenuhnya maka pilihan keempat, Mala Box Meal adalah pilihan terbaik dengan gabungan Ayam Goreng Mala, Chicken Burger, Vegetable Salad,Mashed Potato, dan gegelang bawang rangup yang digemari ramai. Set kombo ini juga dihidangkan bersama kentang goreng Mala yang unik.
Mala Box Meal (gabungan Ayam Goreng Mala,
Chicken Burger, Vegetable Salad,Mashed Potato, onion ring, mala fries dan coca cola |
Untuk pengetahuan, harga bermula dari RM14.60 dan ke atas, setiap hidangan kombo disajikan bersama Coca-Cola yang pasti menyegarkan anda. Kesemua hidangan ini anda boleh dapatkan di Marrybrown bermula dari 28 Oktober 2020 hingga 13 Disember 2020.
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:
Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
Twitter: MarrybrownMY
YouTube: MarrybrownTV
Delivery: https://marrybrown.com/mb-delivery/