Grab The Promo
Grab The Promo

Review The Yeon Canola Honey skincare

Pernah kah anda mendengar tentang produk penjagaan wajah berasaskan madu ?
Seperti kita sedia maklum madu mempunyai banyak khasiat. Selain untuk kesihatan dalaman ianya juga digunakan utk merawat wajah. Cik iena kongsikan rangkaian skincare dari Korea berasaskan madu yang Cik iena guna sejak bulan july iaitu The Yeon Canola Honey skincare set.


The Yeon Canola Honey skincare
The Yeon Canola Honey skincare
 
Untuk pengetahuan Cik iena telah menggunakan produk ini selama 3 bulan . Walaupun telah 3 bulan menggunakannya kandungannya masih banyak seperti yang anda lihat dalam gambar. Dalam gambar adalah selepas 3 bulan penggunaa. Cik iena rasa mungkin set ini mampu bertahan sehingga 6 bulan. Jadi ianya amat berbaloi untuk anda dapatkan tambahan pula kesan yang sangat mujarab.
 

The Yeon Canola Honey skincare
The Yeon Canola Honey skincare
 

Sepanjang penggunaan set ini wajah Cik iena bersih dan jarang jarang jerawat tumbuh. Jika ada jerawat tumbuh hanya pada musim datang bulan dan ianya cepat kering atau cepat sembuh. Selain merawat wajah ianya juga mampu mencerahkan wajah.

Set ni terdiri dari Canola Honey Essential Serum, Canola Honey Propolis Ampoule dan Canola Honey Glowful Cream
 
The Yeon Canola Honey skincare
The Yeon Canola Honey skincare


Canola Honey Essential Serum


Honey Essential serum diformulasikan untuk mengekalkan keseimbangan sempurna antara minyak semula jadi dan kelembapan pada kulit untuk kulit yang terhidrat dan licin.
Kandungan Madu berfungsi sebagai pelembap semula jadi dan membantu mengekalkan kelembapan kulit. Produk ini adalah serum 3 dalam 1 (toner, esen dan serum) pelbagai fungsi yang terdiri daripada 42% ekstrak madu Canola dan ekstrak Aloe Vera dari Pulau Jeju, ekstrak Brokoli, dan ekstrak Kiwi.
Bahan-bahan yg terdapat dalam serum ini mampu menjadikan kulit lebih sihat dan cantik.


The Yeon Canola Honey Essential Serum
The Yeon Canola Honey Essential Serum

 

Kandungan Canola Honey Essential Serum

HONEY EXTRACT(42%), WATER, BUTYLENE GLYCOL, GLYCERIN, DIPROPYLENE GLYCOL, ALCOHOL, PEG-32, ADENOSINE, PANTHENOL, LACTOBACILLUS/SOYBEAN FERMENT EXTRACT, DIOSCOREA JAPONICA ROOT EXTRACT, TREMELLA FUCIFORMIS (MUSHROOM) EXTRACT, DIPOTASSIUM GLYCYRRHIZATE, BRASSICA OLERACEA ITALICA (BROCCOLI) EXTRACT, ALOE BARBADENSIS LEAF EXTRACT, ACTINIDIA CHINENSIS (KIWI) FRUIT EXTRACT, CITRUS UNSHIU PEEL EXTRACT, PERSEA GRATISSIMA (AVOCADO) FRUIT EXTRACT, CYMBOPOGON SCHOENANTHUS EXTRACT, PORTULACA OLERACEA EXTRACT, PPG-26-BUTETH-26, PEG-40 HYDROGENATED CASTOR OIL, CARBOMER, GLYCERYL ACRYLATE/ACRYLIC ACID COPOLYMER, CERATONIA SILIQUA GUM, DEXTRIN, SODIUM CHONDROITIN SULFATE, ETHYLHEXYLGLYCERIN, PHENOXYETHANOL, POTASSIUM HYDROXIDE, DISODIUM EDTA, FRAGRANCE, CI 19140, CI 14700


Cara Penggunaan Canola Honey Essential Serum

 
Selepas membersihkan wajah dan menggunakan toner, ambil jumlah yang diinginkan dan sapukan ke seluruh wajah. Urut secara  perlahan untuk membantu penyerapan. Di kawasan yang memerlukan rawatan yang lebih intensif, gunakan jumlah yang banyak untuk lebih banyak nutrisi.


Rating Canola Honey Essential Serum

10/10

Canola Honey Propolis Ampoule


Mengandungi 30% ekstrak propolis dan 10% ekstrak madu canola dari pergunungan Pulau Jeju.
Ampul anti-kedut yang sangat lembab dan berkhasiat mengandungi madu dan propolis untuk melembapkan serta menegangkan kulit.
30% ekstrak propolis melindungi kulit dari persekitaran luaran dan membekalkan kulit dengan nutrien serta menegangkan kulit.

 


The Yeon Canola Honey Propolis Ampoule
The Yeon Canola Honey Propolis Ampoule

 


Ekstrak madu Canola dari Jeju mengimbangi kandungan minyak-air kulit. Bahan pelembap semula jadi termasuk asid hyaluronik dan trehalosa dan madu memastikan kelembapan sepanjang hari.
Propolis adalah bahan resin yang berasal dari resin dari pokok dan tumbuhan yang dikumpulkan oleh lebah. Ia terkenal dengan sifat penyembuhannya. Jadi ianya mampu merawat kulit wajah yang bermasalah.

Kandungan Canola Honey Propolis Ampoule

 Propolis Extract, Glycerin, Dipropylene glycol, Water, Honey, Butylene Glycol, Glycereth-26, Sodium Hyaluronate, Adenosine, Lactobacillus/soybean Ferment Extract, Dioscorea Japonica Root Extract, Tremella Fuciformis Extract, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Brassica Oleracea Italica Extract, Citrus Unshiu Peel Extract, Kiwi Fruit Extract, Cymbopogon Schoenanthus Extract, Persea Gratissima Fruit Extract, PEG-60 Hydrogenated Castor Oil, Trehalose, Sodium Polyacrylate, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, Disodium EDTA, Fragrance, CI 19140, CI 14700

Cara Penggunaan Canola Honey Propolis Ampoule

Selepas membersihkan wajah dan menggunakan toner serta Canola Honey Essential serum ambil jumlah yang diinginkan dan sapukan ke seluruh wajah. Urut Canola Honey Propolis Ampoule secara  perlahan untuk membantu penyerapan. Di kawasan yang memerlukan rawatan yang lebih intensif, gunakan jumlah yang banyak untuk lebih banyak nutrisi.


Rating Canola Honey Propolis Ampoule

10/10

Canola Honey Glowful Cream


Krim madu pelbagai fungsi yg diformulasikan dengan teknik fluidisasi (komposisi kosmetik lutsinar). Jenis formula kosmetik yang dipatenkan membolehkan kulit terhidrat dengan sempurna dengan mengekalkan keseimbangan antara minyak semula jadi dan kelembapan pada kulit.
Ramuan madu menarik kelembapan udara ke dalam kulit berfungsi sebagai pelembap semula jadi dan membantu mengekalkan kelembapan kulit.


Ekstrak kulit tangerine membantu menjaga lapisan madu dengan melegakan dan mengurangkan pembengkakan kulit.  Ekstrak lidah buaya, ekstrak brokoli, dan ekstrak kiwi menjadikan kulit lebih sihat dan cantik.

 

The yeon Canola Honey Glowful Cream
The yeon Canola Honey Glowful Cream

Cara Penggunaan Canola Honey Glowful Cream

 Sapukan krim ini sebagai bahagian terakhir rutin penjagaan kulit asas.

 

Rating Canola Honey Glowful Cream

10/10

 

Review The Yeon Canola Honey skincare

 

Secara keseluruhannya Cik iena sangat suka produk The Yeon Canola Honey skincare ini kerana ianya sangat sesuai dengan kulit kering Cik iena. Ianya mampu memberi kelambapan optima pada wajah sehingga membuat wajah bberseri glowing lmbut seperti kulit bayi. 

 


Review The Yeon Canola Honey skincare
The Yeon Canola Honey skincare

Selain itu dari penilaian Cik iena ianya juga mampu mencerahkan wajah Cik iena. Cuma Cik iena jenis suka hiking jadi setelah pulang hiking pasti kulit akan gelap semula.  Yang ni masalah hobi sendiri jadi tak boleh salahkan produk. Cik iena pakai memang cerah cuma selepas pulang hiking kulit cik iena memang sangat cepat sunburn. Insya Allah jika teruskan pemakaian akan cerah semula.

 

Tapi semasa artikel ditaip Cik iena stop penggunaan buat sementara kerana Cik iena perlu review produk lain pula. Pastinya Cik iena akan kembali ke skincare ini jika tiada produck review lain kerana skincare ni sememangnya sangat berkesan untuk Cik iena.

 




Sekiranya anda  berminat untuk cuba boleh layari https://t.productlink.io/a062jt3 atau boleh visit instagram @nearndear.my

#nearndear #nearndearmy #nearndearmalaysia #theyeon #koreanskincare #honeyskincare #canolahoney #ienaeliena #malaysianblogger #beautyblogger





0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve