Apa itu Kayu Sugi?
Kayu Sugi juga dikenali sebagai Miswak atau Siwak . Ia merupakan kayu pembersihan gigi yang telah digunakan sejak beribu tahun dahulu. kayu sugi ini didapati dari akar dan ranting pokok Peelu (Salvadora Persica). Kayu sugi ini di percayai mengandungi elemen antibakteria yang berupaya mengurangkan plak, memutihkan gigi dan juga menghilangkan bau mulut.
Penggunaan kayu sugi ini juga merupakan sunah Nabi Muhammad saw dan ianya merupakan satu amalan yang sangat disyorkan. Sesungguhnya, Nabi Muhammad s.a.w. juga menggunakan miswak dan menyarankan penggunaannya setiap kali sebelum waktu solat.
Pakar sains kesihatan moden termasuk dari barat memperakui amalan bersiwak paling baik dalam memantapkan kualiti kesihatan diri. Kajian dilakukan sekumpulan pakar jantung di Veterans General Hospital, Taipei, Taiwan yang diketuai Emily Chen berjaya menyingkap rahsia kebaikan membersihkan gigi.
Menurut Dr Chen , membersihkan plak pada gigi secara rutin adalah satu cara untuk mencegah serangan strok dan penyakit jantung. Kajian itu merumuskan, sekiranya terdapat jangkitan pada gigi, keadaan itu boleh memudaratkan seseorang dan meningkatkan risiko diserang penyakit jantung.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Bersiwak itu membersihkan mulut dan diredhai Allah SWT"
HR BUKHARI, AHMAD & AN-NASAI
Begitulah hebatnya Rasulullah sehingga isu pemeliharaan dan penjagaan kesihatan diambil berat terhadap umatnya.
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Seandainya tidak memberatkan umatku, sungguh aku akan perintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan solat"
HR BUKHARI & MUSLIM
Cara Guna Kayu Sugi / Cara bersugi
Langkah 1 : Buka kulit kayu sepanjang 1cm di hujung kayu
Langkah pertama untuk bersugi adalah penyediaan kayu sugi itu sendiri. Daripada sebatang kayu menjadi kayu yang berfungsi sebagai berus gigi. Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah kupas kayu sugi terlebih dahulu. Anda pernah kupas kulit ubi kayu? sekiranya pernah, Ianya situasi yang sama. Terpulang, anda boleh kupas dengan jari atau dengan menggunakan pisau. Yang penting, tinggalkan kayu bahagian dalam.
Buka kulit kayu sugi menggunakan Miswak Cutter Case lebih mudah |
Tips: kayu muda perlu menggunakan pisau kerana kulitnya masih melekat kuat pada isinya. Jadi anda perlukan pisau atau peralatan yang sesuai.
Langkah 2 : Menjadikan Hujung Kayu Berbulu
Istimewanya kayu sugi berbanding kayu lain adalah tekstur kayunya yang apabila digigit, ianya akan menghasilkan urat-urat seperti berus. Jadi selepas membuang kulit kayu anda perlu gigit beberapa kali untuk melembutkan bahagian hujung. Apabila hujung kayu sudah menjadi lembut dan berurat, ia boleh digunakan untuk bersugi.
Tetapi semasa anda menggigit kayu tersebut apstikan jangan gigit terlalu lama dan kuat sehingga terasa minyaknya kerana kita ingin menggunakan minyak tersebut ketika aktiviti bersugi. cukup sekadar menguraikan urat kayu itu.
Langkah 3 : Mulakan Bersugi
Gosokkan kayu sugi ke gigi. Jika ingin mengaplikasikan cara bersugi dengan betul, kita perlu cuba melakukannya seperti yang dilakukan oleh Kekasih Allah, Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda.
Cara Rasulullah SAW Bersugi
Gosok hujung kayu sugi secara menegak ke gigi. Permukaan gigi, celah gigi, atas dan juga belakang gigi. Mulakan di sebelah kanan atas, kemudian ke kanan bawah. Kemudian kiri atas, dan kiri bawah. jika boleh dilukis, ia seperti melukiskan nombor 8 ‘terbaring’ di gigi kita dan jangan lupa gosok juga bahagian belakang gigi dan atas gigi.
Langkah 4 : Bersih dan Simpan
Sekiranya ingin membeli kayu sugi, seeloknya anda beli sekali dengan bekasnya untuk memudahkan penyimpanan. Di musim moden sekarang, kita boleh dapatkan bekas beserta pemotong kayu sugi. Selepas bersugi, basuh, keringkan dan simpan.
Miswak Cutter Case |
Langkah 5 : Potong dan Ulang Langkah 1
Selepas beberapa kali menggunakan kayu sugi. Anda perlu potong dan ulang langkah pertama . Jika anda ingin tahu, bilakah waktu terbaik untuk kita potong kayu sugi tersebut, waktu yang paling sesuai adalah selepas 2 kali penggunaan, kerana di waktu itu, minyak kayu sugi sudah kurang.
Sebenarnya ianya juga bergantung pada penggunaan anda, terpulang juga kepada and asalkan jangan lebih dari 7 kali.
Kelebihan Bersugi
- Menghilangkan bau mulut
- Mengurangkan Plak
- Mengurangkan Ketagihan Nikotin
- Memutihkan Gigi
- Melawan penyakit Gusi
Cara penjagaan Kayu Sugi dan alat momotong kayu Sugi
Seperti yang kita sedia maklum bersugi merupakan Amalan Rasulullah S.A.W , amalan sunnah buat umat islam namun penjagaannya agak sukar dalam memastikan kebersihan yang optima serta penyediaan tempat penyimpanan dan pemotong kayu sugi. Dalam menghadapi masalah ini Cik iena ada satu solusi untuk penyimpanan dan pemotongan bagi anda yang menggunakan kayu sugi mahupun buat anda yang merancang untuk menggunakan kayu sugi. Solusi yang Cik iena maksudkan adalah Miswak Cutter Case.
Miswak Cutter Case
Miswak Cutter Case |
Miswak Cutter case merupakan bekas menyimpan dan memotong kayu sugi yang moden, unik dan canggih serta ianya mengutamakan kualiti, estetika dan fungsi dalam satu produk, ia adalah penyelesaian yang ideal untuk memotong, mengupas dan menyimpan miswak anda di mana sahaja.
Ianya merupakan bekas penyimpanan yang mudah dibawa kemana-mana dan sangat praktikal. Dengan Miswak Cutter Case ini kayu sugi tidak lagi terdedah kepada kekotoran. Ini adalah selari dengan tuntutan islam untuk menjaga kebersihan.
Miswak Cutter case ini terdiri daripada 1 tiub penyimpanan, 1 bekas pemotong (besi tahan karat), 2 batang kayu sugi dan manual pengguna. Ianya didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Biru Pasifik dan Kelabu Fosil. Ianya dijual pada harga RM99 sahaja.
Ciri-Ciri Miswak Cutter Case
- Bilah tahan karat untuk memotong dan mengupas miswak.
- Bekas penyimpanan yang selamat dicuci untuk memastikan miswak sentiasa bersih.
- Lubang pengudaraan untuk mengekalkan kelembapan dan menegelakkan serangan kulat.
- Mekanisme pengunci bilah automatik untuk memastikan keselamatan semasa penyimpanan.
- Penutup dwibahasa (Inggeris & Arab) untuk meraikan kepelbagaian budaya.
Review Miswak Cutter Case
Untuk pengetahuan ini merupakan pertama kali Cik iena menggunakan kayu Sugi. Jika sebelum ini Cik iena hanya mendengar mengenai kayu sugi namun tidak pernah mencuba . Kali ini Cik iena telah mencuba sendiri bersugi menggunakan kayu sugi dari thisisatoothbrush.
Dalam memastikan penyimpanan yang sempurna Cik iena gunakan Miswak Cutter Case. Ianya sangat membantu dalam memastikan kayu sugi kita sentiasa berada didalam keadaan yang bersih. Selain dari memastikan kayu sugi dalam keadaan bersih ianya juga mempunyai cutter yang bertujuan untuk memotong kayu sugi.
Jadi bagi Cik iena, Miswak Cutter Case ini sangat membantu Cik iena . Selain daripada itu ianya juga sangat praktikal, mudah dibawa kemana-mana. Boleh diletakkan di poket mahupun di dalam beg tangan.
Miswak Cutter Case |
Mari kita sama-sama Menghidupkan Sunnah rasulullah SAW dengan menjadikan amalan bersugi ini sebagai salah satu amalan sunnah dalam kehidupan seharian kita. Pada yang baru bermula untuk bersugi anda boleh dapatkan di www.thisisatoothbrush.my
Eh bagus la ni iena. Kak min tak pernah tau pakai ni sebab tak pandai tp bila dah dimodernkan camni teringin lak nak cuba..maklum la ni cara sunnah kan
ReplyDeletehehe iena pun baru first time guna kak min.. Adik ipar orang kelantan..dia ajarkan macam mana guna sebab dia memang pakai kayu sugi berus gigi kalau kat kelantan :)
DeleteOMG! I have never seen this before. I mean the cutter. We all are aware of sugi but I have never witnessed a cutter before. Thanks for sharing, will be useful for those who use sugi.
ReplyDeleteYour welcome :)
Deletedulu2 memang guna kayu sugi tapi takda simpan nak simpan dan rasa leceh nak potong2 hujung tu. bagus la dah ada cutter ni boleh strat guna sugi balik.
ReplyDeleteha ah senang kalau ade cutter macam ni, kalau tak susah siket nk potong pakai pisau :)
DeleteWow......what a cool tool. Saya x pernah try bersugi. Mesti gigi dan mulut lebih fresh lepas bersugi kan. Btw, how are you, Iena? Lama x singgah blog you.
ReplyDeleteHi Fadima, i'm just fine :)
Deletehehe iena pun jarang update blog..sibuk kerja
Dengan adanya case dan pemotong (yang nampak sangat stylo dan chÃc itu) memang takde alasan dah tak bersugi kan.
ReplyDeleteya betul :)
Deletedulu2 ada belajar jugak pasal bersugi ni. barut au sekarang pun dah ada inovasi dan produk ni. bolehlah cuba nnti :)
ReplyDeleteyups dah ada inovasi baru dah :)
Deletehaha yang takot kongsi kayu sugi dengan cik ti dengan cik ci tu betul..lagi lagi kalau rumah kampung kan :)
ReplyDeleteTak sangak ade orang jual kayu sugi ni ye. Ada ye orang guna. Bgusnya. Menarik, banulyak kelbeihan dia. Siap ade bekas dia, memg elok snagat ni
ReplyDeleteah siap ade bekas da skrg..senang nk simpan kayu sugi tu :)
DeleteTak tau plak ada alat memotong kayu sugi ni. Dulu pernah ada kayu sugi lepas balik umrah. Sekarang nak cari balik kena pi time solat jumaat baru senang jumpa. Tapi since PKPB ni, terpaksa la tunggu sampai betul dapat ke masjid semula. Mungkin boleh try la Miswak Kayu Sugi ni nanti.
ReplyDeletehehe now boleh beli online je :)
DeleteSejujurnya nur pun tak pernah bersugi. Bila baca review iena, nur rasa mcm nak hidupkan sunnah Nabi yang satu ni. Macam nak beli utk diri sendiri & suami. Minat sbb dia ada casing & cutter. Sgt membantu. Btw, tq iena share info bermanfaat :)
ReplyDeleteYour welcome :)
DeleteOo tak tau pulak ada jual set Sugi macamtu.. Sis ada tau simpan kayu sugi, kawan bagi dr Mekah, tapi tak guna laa, cuma saje nak buat simpan.. yang macam ni lagi bagus, siap ada pengorek asah dan tempat simpan.. nak bagi hadiah kat orang tua pun bagus kann..
ReplyDeleteHa ah sesuai buat bagi hadiah kat parents :)
DeleteLH pun nak try bersugi juga lah. Rasa macam gigi tak sihat dan tak kuat saja
ReplyDeletehehe boleh try nanti :)
DeleteWah siap ada cutter. First time baru tahu ni.tak pernah lagi guna kayu sugi
ReplyDeletehehe iena pun baru first time guna :)
DeleteI think bersugi is a better alternative to toothbrushes. More natural and less waste. Plastic toothbrushes are one of the major pollutants in our oceans.
ReplyDeleteyes setuju :)
Deletethis is something new! loving the concept and how planet-friendly it is. amazing brand!
ReplyDeletethanks :)
Deletewah menarik produk ni.. tula sbb x guna sugi susah nak jaga n simpan. kalau ada produk macam ni memudahkan.
ReplyDeleteyups betul produk ni memudahkan nak bersugi :)
Deletewow this is so new to me! Very interesting products to try for. The price also very affordable to us
ReplyDelete:)
Delete