Bila sebut sahaja The Chicken Rice Shop, umum mengetahui akan
keenakan Nasi Ayam di The Chicken Rice Shop. Selain nasi ayam yang merupakan menu wajib di The Chicken Rice Shop, antara menu yang menjadi kegemaran yang akan Cik iena tunggu ketibaannya adalah Grilled Butter Chicken. Istimewa buat anda yang menggemari menu ini khususnya buat Cik iena, kini menu ini telah pun keluar di semua cawangan The Chicken Rice Shop sehingga 17 Januari 2021.
|
Ayam Butter Sedap di The Chicken Rice Shop |
Untuk pengetahuan The
Chicken Rice Shop merupakan antara restoran kegemaran Cik iena dan
rakan-rakan pejabat di waktu makan tengah hari. Selalunya Cik iena akan
berkunjung ke The Chicken Rice Shop KL Sentral atau Nu Sentral.
Bukan
sahaja makan tengah hari. Kadang-kadang jika nak meraikan sesuatu
dengan rakan pejabat seperti farewell atau raikan projek berjaya ke.
Memang TCRS antara pilihan sebab lokasi yang dekat dengan pejabat dan
juga harga yang berpatutan. Waktu lunch ada harga promosi lunch memang
murah. Jadi sesuai lah untuk pekerja-pekerja marhain macam kami ni :)
|
The Chicken Rice Shop Tesco Extra Cheras |
Memandangkan sekarang adalah musim Work From Home jadi tak dapat lah Cik iena
ke TCRS bersama teman, maka baru-baru ini Cik iena telah membawa Puan
Ibunda, adik dan anak saudara ke TCRS Tesco Extra Cheras untuk menikmati
keenakan Grilled Butter Chiken ini.
|
The Chicken Rice Shop Tesco Extra Cheras |
|
The Chicken Rice Shop Tesco Extra Cheras |
Grilled Butter Chicken The Chicken Rice Shop
Grilled Butter Chicken merupakan salah satu hidangan yang paling dinanti-nantikan di TCRS. Menu yang memukau ini menjadi idaman rakyat Malaysia. Keenakan Grilled Butter Chicken lebih menyegit apabila TCRS menggunakan isi peha ayam tanpa tulang yang diselaputi
sos mentega keemasan dengan taburan daun kari dan cili merah yang sememangnya memikat dan memukau hati rakyat Malaysia.
Kombinasi ayam dan mentega menghasilkan satu hidangan yang diperkayakan dengan citarasa luar biasa yang mampu menawan hati penggemar masakan berasaskan ayam khususnya.
|
Ayam Butter Sedap di The Chicken Rice Shop |
Istimewa buat penggemar menu ini, The Chicken Rice Shop telah mengumumkan pelancaran kembali menu akhir tahun yang paling popular iaitu Grilled Butter Chicken. Hidangan istimewa ini tersedia sehingga 17 Januari 2021.
Harga Grilled Butter Chicken di The Chicken Rice Shop
Ala carte RM18.90
Meal A (1 Pax) RM21.90
- Grilled Butter Chicken
- Pak Choy With Oyster Sauce (small)
- 1 Bowl Of Rice
- 1 Soup Of The Day
Meal B (2 Pax) RM49.90
- Grilled Butter Chicken
- Single serve chicken (choice of roast/steamed/soy sauce)
- Nyonya Pai Tee (regular)
- Sai To Fish Ball Soup (regular)
- Pak Choy With Oyster Sauce (regular) or spicy savoury ladies fingers (regular)
- 2 bowl of rice
- 2 soup of the day
Meal C (4 Pax) RM88.90
- Grilled Butter Chicken
- 1/4 Chicken (choice of roast/steamed/soy sauce)
- Nyonya Pai Tee (large)
- Penang Rojak (large)
- Penang famous chicken rolls 93pcs)
- Pak Choy With Oyster Sauce (large) or spicy savoury ladies fingers (large)
- 4 bowl of rice
- 4 soup of the day
Add on Boba Drinks hanya RM 10.90
- Famous kuching 3 layer tea with boba
- white coffee with boba
- tea tarik with boba
- Hainan coffee with boba
Ayam Butter Sedap !
Ayam Butter Sedap !, ini kata-kata yang keluar dari mulut anak saudara Cik iena, Qaira. Menurut anak saudara Cik Iena ayam butter atau Grilled Butter Chicken yang beliau makan di The Chicken Rice Shop sedap. Anak buah juga sama seperti Cik iena suka akan rasa Grilled Butter Chicken di The Chicken Rice Shop.
|
Ayam Butter Sedap kata Qaira :)
|
Untuk Cik iena pula tentunya hidangan ini sedap dan menepati citarasa Cik iena. Keenakan Ayam butter jelas terasa, kepekatan butter yang menyengit disulam dengan daun kari yang harum mewangi dan hirisan cili menambahkan kelazatan Grilled butter Chicken tersebut.
Jika makan Grilled butter Chicken ni Cik iena memang suka makan sekali daun kari. Ada orang tak makan daun kari tapi berbeza dengan cik iena. Cik iena lebih suka gigit atau makan sekali daun kari tersebut kerana ianya akan menampilkan rasa lebih unik dan sedap menyengat.
Menu yang Cik iena nanti nantikan ini pasti menjadi pilihan Cik iena setiap tahun. Kepada anda yang masih belum pernah mencuba menu ini, Cik iena cadangkan untuk anda cuba sendiri keenakan rasa Grilled Butter Chicken ini di The Chicken Rice Shop.
Kalau tanya Arif semua dia jawab sedap sebab dia takut dengan kakngah dia yang garang. Kalau kakngah belanja makan dekat luar semua akan jadi sedap (^_~) Janji kakngah yang belanja haha
|
|
Mak pula kata boleh lah Ayam Butter, citarasa puan ibunda agak susah nak meet requirement okay. Tapi dia sangat jujur kalau tak sedap terus cakap mak masak lagi sedap. Nasib baik dia cakap boleh la.
|
|
Ni adik iena spesis mak iena juga kalau tak sedap dia kata tak sedap. ayam butter ni dia cakap sedap tapi sedap lagi Norma masak. Okay norma ni adik ipar Cik iena. Diakui sememangnya apa jua jenis masakan Adik ipar the best sebab dia sangat pandai masak. Tapi tak boleh lah compare dengan masakan rumah kan..Jadi pada Cik iena ayam butter di TCRS sedap. Kalau dekat tempat lain iena tak pasti tapi di cawangan TESCO Extra Cheras highly recomended sedap. Cik iena cakap macam ni sebab pernah makan makanan yang banyak outlet tapi setiap outlet rasa masakan tak sama.
|
|
The Chicken Rice Shop Tesco Extra Cheras
|
|
The Chicken Rice Shop Tesco Extra Cheras |
Untuk maklumat lanjut mengenai Grilled Butter Chicken atau promosi lain yang terdapat di The Chicken Rice Shop
one of my favvv as well.. dia berkala saja ada kan.. ok noted
ReplyDeletesampai 21/1 ni.. kena pergi cepat. sedap !!
hehe ya betul menu ni berkala.. sampai 17 januari 2021 :)
Delete