Nikmati Keenakan Masakan Authenthic Vietnam di Rasa Viet
Masakan Vietnam merupakan antara salah satu tarikan pelancong ke Vietnam. Makanan istimewa Vietnam diproses dengan menggunakan ramuan dan rempah khas, membuatkan masakan Vietnam mempunyai rasa yang unik .
Masakan Vietnam sangat digemari oleh individu yang mengamalkan diet rendah kalori, kerana kandungan utama masakannya adalah menggunakan sayur-sayuran, daging lembu, ayam dan bahan-bahan lain yang tidak akan membahayakan tubuh badan kita.
Buat penggemar masakan Vietnam, kini anda
tidak perlu khuatir kerana anda akan dapat menikmati masakan Authentic
Vietnam yang lazat di Rasa Viet by Xin Chao yang terletak di The Sphere
Bangsar South. Baru-baru ini Cik iena sendiri sempat menikmati keenakan rasa masakan authentic Vietnam di Rasa Viet.
Rasa Viet by Xin Chao
Rasa Viet menyajikan Masakan Vietnam dengan pelbagai rasa dari Wilayah Utara, Tengah dan Wilayah Selatan.Menu yang terdapat di rasa Viet adalah Menu Seimbang yang Lazat, dengan pilihan Vegetarian / Vegan yang Unik. Jadi sekiranya anda mahupun rakan atau keluarga anda yang vegan atau vege anda boleh lah berkunjung ke rasa Viet.
Rasa Viet menawarkan Makanan Vietnam yang Berkhasiat, Tradisional, Inovatif serta yang paling penting adalah Rasa Viet tidak menggunakan MSG. Restoran ini terletak di The Sphere Bangsar South. Untuk pengetahuan Restoran ini menawarkan masakan Halal Vietnam. Untuk info Halal boleh rujuk di https://www.rasaviet.com/about-halal.
Baru baru ini Cik iena berkesempatan mencuba sendiri keenakan masakan vietnam di rasa Viet bersama keluarga. Antara menu yang Cik iena cuba tempohari adalah
Menu appetizer di Rasa Viet
Manggo salad Prawn RM15.60
Assorted Spring Roll platter RM25
Grilled Beef in Betel Leaf RM13.90
DIY Wrap Sizzling Pancake RM23.90
Rice Noodle Soup- Pho
Steamed Chicken Pho RM17.20
Smocked Duck Pho RM20.40
Prawn Pho RM24.50
Classic Beef Pho Steak. Meatballs RM 22.80
Traditional Caramel Puding RM5.90
Drip Coffee With Milk RM9.90
Boiled Lemongrass Ginger RM8.90
Menariknya lagi Restoran Rasa Viet ini adalah dekorasi hiasan dalaman dan luaran restoran itu sendiri. Setibanya anda di pintu masuk restoran ini anda pasti akan merasakan seolah olah anda berada di Vietnam. Sejurus melangkah kedalam restoran anda akan merasakan suasana yang sangat tenang . Dekorasi restoran ini sangat sesuai untuk anda yang suka bergambar, yang suka makan di tempat yang cantik serta instagramable.
Ada diantara kita yang gemar makan di tempat yang cantik dan ada juga yang tidak kisah akan dekorasi kedai makan tetapi kisah akan rasa masakan di sesuatu kedai tersebut. Di Rasa Viet anda tidak perlu risau kerana kedua dua ciri adalah selari. Di Restoran rasa Viet, selain dekorasi restoran yang cantik, makanan disini juga sedap dan pasti akan membuatkan anda jatuh cinta pada masakan Authentic Vietnam.
VLOG DI RASA VIET THE SPHERE BANGSAR SOUTH
Berikut Cik iena kongsikan review mengenai kesemua menu yang Cik iena telah cuba di Rasa Viet baru baru ini.
Manggo salad Prawn
Ini merupakan pertama kali Cik iena makan manggo salad dari Vietnam. Kebiasaannya makan manggo salad kelantan atau thailand.Pasti ada perbezaan antara kedua manggo salad ini. Manggo salad Vietnam menggunakan sos ikan dari Vietnam. Rasanya berbeza dengan sos ikan thailand. Sos ikan thailand agak masin berbanding sos ikan Vietnam.
Manggo salad Prawn
Uniknya lagi manggo salad dsini ianya dimakan bersama keropok udang yang rangup menjadikan rasanya sangat unik dan pasti membuatkan anda jatuh cinta akan keenakan kombinasi rasa keropok tersebut bersama manggo salad.Kandungan undang nya juga sangat banyak . Memang sangat puas hati bila makan manggo salad disini.
Manggo salad Prawn
Untuk menikmati keenakan manggo salad tersebut pasti ada cara makan yang betul, untuk tatacara makan yang betul anda boleh tonton vlog Cik iena di atas. Harga untuk Manggo salad Prawn adalah RM15.60.
Assorted Spring Roll platter
Assorted Spring Roll platter
Assorted Spring Roll platter terdiri daripada summer roll, Fried roll, Fried netted roll Mayonnaise prawn, Fried netted roll sweet potato & yam. Platter ini sememangnya sangat sesuai untuk anda nikmati bersama keluarga tercinta. Aneka spring roll yang enak pasti membuatkan hati anda tergoda akan keenakan masakan vietnam yang sememangnya enak lagi unik.
Assorted Spring Roll platter
Sejujurnya Cik iena baru tau bahawa summer roll vietnam sebenarnya dimakan bersama peanut sos dan bukan sos cili mahupun sos ikan. Sebelum ini, Cik iena pernah makan vietnamese roll tapi dimakan bersama kuah cili yang dicampur dengan sos ikan.
Summer roll
Apabila makan summer roll disini memang terasa sangat sedap kombinasi spring roll dengan peanut sos pasti membuat anda tergoda akan rasa uniknya. Tidak kurang hebatnya juga keenakan kedua dua jenis fried netted roll iaitu Mayonnaise prawn dan sweet potato & yam. Kedua-dua fried netted mempunyai keenakan yang tersendiri.
Assorted Spring Roll platter
Apa yang Cik iena suka mengenai fried netted ni sudah pasti isi nya dan juga yang pasti tepung yang menyalut isi tersebut. Tepung salut tersebut dalam bentuk jaring jaring yang rangup. Walaupun dah sejuk sedikit masih tetap rangup.
Assorted Spring Roll platter ini dijual pada harga RM25.
Grilled Beef in Betel Leaf
Antara menu yang Cik iena gemari juga. Cik iena sebenarnya memang tak makan daging sangat. Agak memilih dalam memilih menu daging kerana dari kecil Cik iena tak makan daging, cuma bila dah dewasa Cik iena cuba makan juga.
Grilled Beef in Betel Leaf
Ada diantara masakan daging yang Cik iena tak boleh makan. Sebenarnya bergantung pada cara masakan juga. Kalau daging tak rasa hanyir dan berbau Insya Allah Cik iena boleh makan. Sejujurnya agak takut untuk mencuba risau tak menepati citarasa . Almaklumlah Cik iena tak makan daging sangat.
Berbeza dengan masakan daging lain, Beef daun kaduk di Thai Viet sememangnya sangat sedap dengan rasa unik menyelerakan.Cik iena rasa bila dia balut dengan dau kaduk, rasa daging tu jadi lagi sedap dan lain dari yang lain.
Grilled Beef in Betel Leaf
Cara makannya juga amat penting untuk memastikan anda dapat rasa kesemua kombinasi bahan yang ada untuk hidangan itu yang menjadikannya lebih enak sehingga membuatkan anda teringat akan menu ini selepas pulang kerumah.
Untuk cara memakan menu ini pastinya anda perlu tonton vlog Cik iena. Banyak pula Cik iena buat video kan sebab cik iena berasa teruja mencuba menu authentic Vietnam. Sebelum ni Cik iena cuma pernah cuba noodle soup sahaja.Kali ini banyak juga menu Vietnam yang cik iena cuba lantas membuatkan Cik iena mula jatuh hati pada masakan authentic vietnam.
Untuk pengetahuan Grilled Beef in Betel Leaf ini dijual pada harga RM13.90
DIY Wrap Sizzling Pancake
DIY Wrap Sizzling Pancake
Menariknya lagi di rasa Viet anda sendiri boleh membuat Sizzling Pancake . Hidangan ini adalah untuk dua orang. Untuk membuat DIY Wrap Sizzling Pancake ini mereka akan sediakan rice paper, sayur sayuran dan pancake serta dua kuah sos ikan .
DIY Wrap Sizzling Pancake
DIY Wrap Sizzling Pancake
Untuk cara cara membuat Sizzling pancake ini anda boleh rujuk vlog Cik iena. Seronok dapat cuba sendiri balut sizzling pancake ni. Bila buat sendiri kita boleh letak banyak mana sayuran yang kita suka. Cik iena memang gemar makan sayur jadi memang banyak sayur yang diletak. Selepas balut sizzling pancake dan makan, memang sedap pancake dia. Cik iena suka pancake yang rangup serta campuran sayuran tersebut buat rasa sizzling pancake tersebut bertambah unik dan enak pastinya.
DIY Wrap Sizzling Pancake
DIY Wrap Sizzling Pancake ini dijual pada harga RM23.90
Rice Noodle Soup- Pho
Rice Noodle Soup- Pho
Untuk pengetahuan, Mi sup Pho Vietnam merupakan antara 20 hidangan terbaik dunia oleh buku panduan perjalanan Lonely Planet menurut agensi berita Vietnam (VNA). Di Rasa Viet Cik iena dan keluarga cuba empat jenis Pho iaitu Steamed Chicken Pho, Smocked Duck Pho, Prawn Pho dan Classic Beef Pho Steak Meatballs.
Steamed Chicken Pho RM17.20
Steamed Chicken Pho RM17.20
Steamed Chicken Pho
Smocked Duck Pho RM20.40
Smocked Duck Pho RM20.40
Smocked Duck Pho
Prawn Pho RM24.50
Prawn Pho RM24.50
Prawn Pho
Classic Beef Pho Steak. Meatballs RM 22.80
Classic Beef Pho Steak. Meatballs RM 22.80
Classic Beef Pho Steak. Meatballs
Untuk noodle soup Cik iena makan ayam tapi dalam masa yang sama Cik iena rasa kesemua noodle soup. Untuk kesemua jenis noodle soup setiap kuah mempunyai rasa yang berbeza, bermaksud mereka tidak menggunakan kuah yang sama.
Rice Noodle Soup- Pho
Seperti kita sedia maklum ada kedai yang menggunakan kuah sup yang sama cuma isi yang lain sebagai contoh kuah adalah sup daging tetapi isi yang digunakan adalah ayam atau pun daging.berbeza dengan rasa viet, kesemua kuah noodle soup mempunyai rasa yang berlainan .
Rice Noodle Soup- Pho
Kesemuanya dimasak berasingan bermaksud jika beef noodle soup, mereka akan memasak kuah sup dari daging, begitu juga dengan ayam mahupun itik. Jika soup udang pula mereka akan memasak soup menggunakan kulit udang itu sendiri. Jadi kesemua soup menampilkan rasa yang berlainan menjadikan menu menu noodle soup disini sangat unik dan authentic.
Rasa Noodle soup disini menjadi lebih enak dengan adanya dua bahan di dalam gambar diatas. Dalam sudu sebelah kiri adalah cili potong bersama sos ikan vietnam kalau tak silap Cik iena manakala didalam mangkuk kecil sebalah kanan terdapat 3 sos yang sedap bila dimakan bersama noodle soup. Kalau nak tau bagaimana cara orang Vietnam makan Pho atau noodle soup ni boleh tonton vlog Cik iena ya. Jika ikut cara orang Melayu kuah cili ni dicampurkan dalam kuah sup. Berbeza dengan cara orang Vietnam mereka makan secara berasingan. Jadi perlu tonton vlog Cik iena :)
Traditional Caramel Puding
Wanita dan dessert sememangnya tidak dapat dipisahkan. Walaupun dah banyak makan pasti akan ada ruang untuk makan dessert. Puding caramel di rasa viet sememangnya sangat sedap. Berbeza dengan puding caramel di tempat lain, disini puding caramelnya tidak terasa hanyir. Susah nak gambarkan, anda perlu cuba sendiri puding caramel disini. Satu suapan cukup untuk membuatkan anda jatuh cinta.
Traditional Caramel Puding ini dijual pada harga RM5.90
Drip Coffee With Milk
Ini merupakan pertama kali Cik iena cuba Vietnam Coffee. Hirupan pertama cukup membuat hati Cik iena tertawan dengan keenakan Kopi Vietnam ini. Cik iena yakin penggemar kopi akan menyukai kopi ini. Adik Cik iena yang tidak suka kopi pun suka akan kopi vietnam ini.
Drip Coffee With Milk
Rasa unik kopi ini sememangnya sukar digambarkan. Anda perlu cuba sendiri Kopi Vietnam ini di rasa Viet. Walaupun kandungan susu yang digunakan 1/3, selebihnya 2/3 adalah kopi namun rasa kopi dia tetap lemak berkrim . Memang sedap sampaikan Cik iena dan norma minum dua gelas seorang.
Drip Coffee With Milk
Drip Coffee With Milk ini dijual pada harga RM9.90.
Boiled Lemongrass Ginger
Sekiranya anda suka minum air halia anda pasti suka Boiled Lemongrass Gingerdari rasa Viet. Cik iena pastinya suka akan Boiled Lemongrass Ginger di sini. Jika dirumah Cik iena memang gemar buat air halia dan lemon. Kadangkala di luar Cik iena gemar pesan air serai. Kali ini pertama kali Cik iena cuba air serai dan halia . Kombinasi kedua dua serai dan halia sangat sesuai dan sedap. Mungkin lepas ni Cik iena boleh cuba buat sendiri dirumah.
Boiled Lemongrass Ginger
Boiled Lemongrass Ginger dijual pada harga RM8.90
Macam mana? menarik bukan masakan Vietnam ? Kepada anda diluar sana khususnya buat penggemar masakan Vietnam mahupun anda yang menggemari masakan sup. Boleh lah cuba aneka sup di rasa Viet. Selain itu banyak juga menu menarik lain untuk anda cuba di rasa Viet
Thank Racheal sebab suggest Vietnam Restaurant yang awesome ni dan suggest menu yang sedap sedap dekat rasa Viet. Selalu tengok Racheal makan dekat rasa Viet terliur tengok
Kepada anda yang ingin mencuba keenakan Masakan Authenthic Vietnam anda boleh berkunjung ke Rasa Viet The Sphere Bangsar South. Untuk maklumat lanjut
Fashion, Beauty, Lifestyle, Food and Travel Blogger.
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com
Saya memang suka masakan Thai, Vietnam dan di utara.
ReplyDeleteKopi Vietnam memang padu dan sedap. Tidak cukup secawan.
Sedapkan kopi vietnam :D
Deleteni first time iena minum kopi vietnam..hehe sedap tu minum smp dua gelas :D
sedapnyaaaa!! rindu nk jalan² cari makan kt kl... mcm² boleh cuba cuma kena ada byk rm je... hihihi
ReplyDeletehehe tu la kat KL macam macam kedai makan ade :D
Deleterindu nk makan pho & popia..sedapnya..kopi vietnam..
ReplyDeletehehe sedap kan :D
Deletemaybe once in a lifetime, I really should try em. Pretty as always, sis. :3
ReplyDeletethaks dear
DeleteThanks dear
ReplyDeletesedap nmapak makan2nnya.. gambar2 pun cantik =)
ReplyDeletehehe nampak sedap kan..rasa pun sedap..rindu lak nk makan kt sini :D
Delete