Grab The Promo
Grab The Promo

Gaya Hidup Moden Dan Tenang di Hessa @ Tiara Sendayan


Memiliki sebuah rumah adalah impian setiap individu terutamanya buat mereka yang telah berkeluarga. Selain daripada faktor rekabentuk rumah serta saiz mahupun harga, faktor kemudahan dipersekitaran juga amat dititikberatkan dalam pemilihan sebuah rumah.

 

Gaya Hidup Moden Dan Tenang di Hessa @ Tiara Sendayan

 


Buat anda yang berada di kawasan lembah klang selatan khususnya anda boleh mendapatkan rumah idaman yang selesa, moden beserta kawasan persekitaran yang jauh dari kesibukan kota dan yang menawarkan persekitaran tenang serta damai dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan di Tiara Sendayan. 


Perumahan Hessa Presict 7 Tiara Sendayan



Gaya Hidup Moden Dan Tenang di Hessa @ Tiara Sendayan

 

Hessa merupakan fasa ke-8 dimana  Ianya mempunyai 254 unit rumah teres dua tingkat. Tiara Sendayan merupakan kawasan bandar seluas 295 ekar yang terdiri daripada 9 presint perumahan.Tiara Sendayan merupakan projek di bawah pemaju terkemuka Matrix Concepts Holdings Bhd dan  terletak bersebelahan Bandar Sri Sendayan.


Gaya Hidup Moden Dan Tenang di Hessa @ Tiara Sendayan

 


Fasiliti Utama berhampiran Tiara Sendayan 


Bandar Sri Sendayan membolehkan penduduk Tiara Sendayan mendapat akses mudah kepada pelbagai fasiliti utama berhampiran seperti kemudahan pendidikan awam dan persendirian, kemudahan penjagaan kesihatan awam, club house, kompleks membeli belah, kemudahan rekreasi awam dan banyak lagi.       

                                          

Central Park, Tiara Sendayan


Dengan rekabentuk landskap yang menghijau serta dilengkapi dengan kemudahan pelbagai gaya hidup, Hessa hanya jarak berjalan kaki dengan Central Park seluas 12 ekar bersama pemandangan tasik yang tersergam indah. Pelbagai kemudahan rekreasi yang disediakan seperti gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, gimnasium / stesen parcourse, function area (yoga, taichi dan aerobik), teres tempat duduk, kawasan permainan kanak-kanak & kanak-kanak kecil, trek jogging, laluan refleksologi dan banyak lagi.


Kesemua penduduk di sini akan dapat menikmati gaya hidup yang sihat dengan segala kemudahan yang terdapat di Tiara sendayan ini. 


Untuk pengetahuan anda, rumah teres dua tingkat di Hessa mempunyai saiz binaan minima seluas 2,156 kaki persegi, ia terdiri daripada 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Saiz ini sangat ideal untuk pelbagai saiz keluarga. Menariknya lagi adalah kediaman di sini dijual dengan harga yang sangat berpatutan di mana harga jualan minima bermula daripada RM485,999.

 

Gaya Hidup Moden Dan Tenang di Hessa @ Tiara Sendayan

 


Sistem perhubungan jalan bagi kawasan ini juga sangat baik, di mana penduduk mempunyai akses jaringan seperti Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan KLIA Linkage.

Sekiranya anda merupakan pembeli rumah pertama atau anda ingin membeli rumah untuk menaik taraf ke rumah yang lebih baik dan selesa, Hessa @ Tiara Sendayan merupakan pilihan yang baik untuk anda. 


 


Kepada anda yang ingin mengetahui lebih mengenai rumah ini anda boleh layari laman sesawang  http://www.tiarasendayan.com/ atau hubungi talian 1800-88-2688. Anda juga boleh ikuti laman sosial mereka untuk mengetahui perkembangan atau promosi terkini mengenai Perumahan di Tiara Sendayan.


Facebook : https://www.facebook.com/matrixconceptshomes
Instagram : https://www.instagram.com/matrix_concepts


#MatrixConcepts #TiaraSendayan #HESSA #HomeSweetHome #SelfSustainingTownship #AHomeforWellBeing #AHomeforWellLiving

 

 

 



40 comments:

  1. Ada duit banyak boleh beli rumah dan stay sini. cantik rumah dan suasana pun best. Fasiliti pun banyak. Dekat pun dekat dah ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. iena da beli rumah kat KL and batang kali..kalau ada rezeki lebih boleh la beli :D

      Delete
  2. Salam perkenalan.. Follow sini..
    Nice sharing..

    ReplyDelete
  3. salam lerkenalan..hehe dah follow awak jugak :D

    ReplyDelete
  4. adududu iena rumah impian semua orang kan.. kalaulah kaya dah rembat seketul.. haishhh duit mana duit.. nak la rumah dalam taman hijau gini.. rasa tenang jer duduk dan tak perlu risau kesibukkan kota..

    ReplyDelete
  5. bestnya..ada kawasan rekreasi yg luas..

    follow sini #1060

    ReplyDelete
  6. sesuai la kalau ada yang nak beli rumah pertama atau rumah tambahan sebagai pelaburan. Perumahan dengan kemudahan asas yang bagus dan dekat dengan kemudahan awam.

    ReplyDelete
  7. Rawlins suka sebab banyak kawasan terbuka untuk beriadah. Kalau dapat corner lot, boleh lepak with friends kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah seronok kalau dapat corner lot tu..tp biasanya habis awal hehe

      Delete
  8. dlm keadaan ekonomi skrg ni, harga rumah mcm ni boleh trn ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat iena, biasanya rumah yg sedia ada mungkin akan turun bergantung kepada faktor persekitaran. Tetapi untuk projek perumahan baru, iena kurang pasti. Mungkin boleh call nombor Tiara Sendayan 1-800-88-2688 untuk pertanyaan lanjut. Terima kasih

      Delete
  9. ada tengok tiara sendayan ni. rumah cantik tapi harga boleh tahan. belum mampu rasanya haha. sebab tengah cati rumah gak ni

    ReplyDelete
  10. Urmph.......I think this is the third time I read review on Tiara Sendayan. Yeah, I agree with you it's a lovely neighborhood. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  11. Dah banyak nampak orang review best2 tentang projek perumahan ni. Lokasi pun bagus. Sesiapa yang nak beli rumah baru boleh la recce2 sini.

    ReplyDelete
  12. Kalau tengok keluasan dan persekitaran rumahnya, berbaloilah dengan harganya.. zaman sekarang ni memang rate harga rumah gitulah.. lagi plak mereka siap sediakan khidmat nasihat seblum membeli, memang bagus ni..

    ReplyDelete
  13. cantek rekabentuk ruma kat sini.. apatah lagi dengan kemudahan fasiliti yang pelbagai..mmg sangat rekomen :-)

    ReplyDelete
  14. Betul2 dream house ni.. Nell lagi suka landed house mcm ni dari condo sebenarnya.. More privacy kan... Nak work hard to reward myself rumah macam ni la soon!

    ReplyDelete
  15. Best kawasan dia ada banyak fasiliti. Tapi jauh plak di sana

    ReplyDelete
  16. Cantik projek perumahan ni tapi jauh la pulak kat Sendayan haha tp siapa yg duk situ elok la klu nk beli ni.

    ReplyDelete
  17. Aishhh kalau cukup saving lama dah booked satu rumah ni. Cantik sangat. Lokasi pun strategik. Harga pula masih murah tu.

    ReplyDelete
  18. sesuai la kalau untuk yang mampu. tengok pun dah tertarik ni

    ReplyDelete
  19. what a beautiful development project. this has definitely inspired me to work harder so i can afford a landed home here one day!

    ReplyDelete
  20. This new development place memang luas and tenang sangat sesuai untuk mereka yang dah berkeluarga

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve