Setiap kali tibanya Tahun Baharu, semua orang pasti akan menyambutnya
dengan penuh rasa gembira dengan mengharapkan agar tahun berikut akan
menjadi lebih baik berbanding sebelumnya. KITKAT, selaku antara jenama
coklat konfeksionari terkemuka di Malaysia, juga tidak ketinggalan untuk
meraikan 2021 dengan memperkenalkan keluaran edisi terhad terbaharunya -
iaitu KITKAT Gold.
KITKAT
Gold merupakan kombinasi dwi lapis coklat bermutu tinggi dan lazat,
dengan bahagian atasnya bersalut warna kuningan emas yang memukau dan
coklat susu halus di bawahnya, membaluti lapisan wafer rangup
tandatangan berperisa pralin mentega dan kacang di dalamnya. Ia
dibungkus dengan pek emas menyarau sebagai tanda tuah dan kekayaan.
Pembungkusan untuk edisi terhad kali ini adalah direka bentuk secara
uniknya dengan menerapkan elemen-elemen sambutan perayaan seperti buih
dan kilau-kilauan, selain digunakan juga pembalut berwarna emas. Ia
cukup sesuai untuk diberi sebagai hadiah ataupun dikongsi bersama
sahabat-handai dan orang yang tersayang.
Frédéric
Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan untuk Unit Perniagaan
Konfeksionari Malaysia dan Singapura, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata:
“Musim perayaan adalah satu detik istimewa untuk diraikan dan
beristirehat bersama orang tersayang. Daripada saling bertukar hadiah
sehinggalah ke berkongsikan nikmat sekotak coklat, segalanya adalah
mengenai saat indah dapat bertemu semula dan menghabiskan masa bersama.
Untuk menyambut ketibaan Tahun Baharu, KITKAT mengambil kesempatan untuk
melancarkan KITKAT Gold, kepingan coklat, mentega dan kacang yang hebat
untuk dikongsi sebagai hadiah ibarat emas sesama rakan dan keluarga
tersayang.”
Edisi terhad KITKAT Gold boleh
didapati dalam bentuk pemberian hadiah Kotak Perayaan (3 x 4 Jejari),
Pek pelbagai 2-Jejari (8 keping untuk setiap pek) dan 4-Jejari tunggal
di kesemua kedai runcit utama di seluruh Malaysia.
Bagi
memeriahkan lagi musim perayaan bersempena dengan Tahun Baharu Cina dan
tahun Lembu Emas, KITKAT Gold juga meraikan ketibaan 2021 yang penuh
'Ong' dengan Peraduan Menang Emas KITKAT yang berlangsung dari 8
Januari hingga 28 Februari 2021. Hadiah-hadiah Golden Break bernilai
hampir RM288,888 yang menjadi rebutan merangkumi:
- HADIAH UTAMA - KEPINGAN EMAS 4-JEJARI KITKAT – 8x pemenang
- Hadiah Pertama - RM8,888 – 10x pemenang
- Hadiah Istimewa - RM888 – 12x pemenang
- Hadiah Mingguan - RM188 – 88x pemenang mingguan
Para pengguna berpeluang meraih Golden Break dengan mengikuti 4 langkah mudah berikut:
Langkah 2 : Tulis nama mereka (seperti dalam KP) dan nombor MyKad pada resit bercetak rasmi
Langkah 3 : Ambil gambar resit tersebut dengan jelas
Langkah 4 : WhatsApp gambar resit itu kepada +6018 228 3090
Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad menambah,
“Emas sentiasa dikaitkan dengan tuah dan kekayaan. Seiring dengan pelancaran KITKAT Gold, kami ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu kepada semua pengguna kami di seluruh Malaysia dan mudah-mudahan mereka akan mendapat permulaan yang baik pada tahun 2021 dan seterusnya tuah datang berlimpah, sambil menikmati detik keemasan yang kami hasilkan khas untuk mereka.”
“Selama ini, Nestlé Confectionery merupakan peneraju dalam kategori ini di mana kami sentiasa berubah dan membangunkan perisa dan pengalaman baharu dari tahun ke tahun agar dapat memenuhi kehendak selera pengguna-pengguna kami di samping mencipta trend baharu. Pasukan KITKAT yang bertungkus lumus menghasilkan barisan produk baharu ini telah melakukan satu tugas yang hebat dalam mencipta keseronokkan dan kudapan yang enak sambil mengekalkan intipati jenama ini!”
ujar Aranols.
Susulan
kejayaan KITKAT Ice cream serta cetusan inspirasi daripada KITKAT Gold
baharu, Nestlé Ice Cream juga dengan bangganya melancarkan KITKAT Gold
Ice Cream, iaitu satu 'golden break' dengan aiskrim berperisa wafer yang
disalut dengan coklat putih dan dihiasi croquant rangup dan serpihan
Wafer KITKAT.
Teo Heng Keat, Pegawai Eksekutif Perniagaan untuk Unit Perniagaan Aiskrim, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata,
“Melalui inspirasi yang diperolehi daripada KITKAT Gold, kami mengambil kesempatan untuk mencipta satu 'golden break' yang lebih 'cool' agar penguna-pengguna kami betul-betul dapat mendinginkan diri daripada cuaca panas!”
Bersempena
pelancaran dua produk 'Gold' baharunya, Nestlé Malaysia turut berbesar
hati untuk memperkenalkan Ciptaan Emas tersendiri bagi KITKAT Gold,
Nestle Nestlé Ice Cream dan Nescafé Nescafe Gold; iaitu panduan
mencampur gaul perisa dan tekstur daripada tiga produk tersebut bagi
menghasilkan kombinasi hebat resepi hidangan. Resepi baharu akan
dikongsikan setiap minggu di https://www.youtube.com/KitKatMalaysia untuk orang ramai cuba menyediakan hidangan emas kegemaran mereka.
Kongsikan Kasih Sayang, Kongsikan Detik Keemasan!
Untuk pembelian online : Kitkat Gold Limited Edition
#SharetheGoldenBreak
#KitKatMY
#MYKitKatGold
Nice :)
ReplyDeletemekasih :)
DeleteSedapnyaa.. Lama dh x makan kitkat ≥﹏≤
ReplyDeletehehe sedap :D
Delete