Bila sebut sahaja The Chicken Rice Shop, umum mengetahui akan
keenakan Nasi Ayam di The Chicken Rice Shop. Selain nasi ayam, terdapat juga menu lain yang ditawarkan. The Chicken Rice Shop juga sentiasa mengelurakan menu menu baru dengan memperkenalkan hidangan-hidangan ayam yang unik dengan pelbagai sajian tempatan lain sambil mengekalkan keasliannya.
Sempena Ramadhan 2021, TCRS menyajikan menu terbaru yang pasti menambat hati anda khususnya buat anda yang gemar masakan pedas iaitu Ayam Sedap baq Hang. Menu istimewa ramadhan ini boleh dinikmati bermula 9 April 2021 sehingga 13 Jun 2021 Januari 2021.
Untuk pengetahuan The
Chicken Rice Shop merupakan antara restoran kegemaran Cik iena dan
rakan-rakan pejabat di waktu makan tengah hari. Selalunya Cik iena akan
berkunjung ke The Chicken Rice Shop KL Sentral atau Nu Sentral.
Bukan
sahaja makan tengah hari, adakalanya jika meraikan sesuatu majlis kecil juga The Chicken Rice Shop sentiasa menjadi pilihan kami.
Memang TCRS antara pilihan kerana faktor lokasi yang berdekatan dengan pejabat dan
juga harga yang berpatutan. Pada Waktu lunch, sentiasa ada harga promosi lunch, harganya memangmurah dan berpatutan . Maka ianya memang merupakan restoran yang sesuai untuk pekerja-pekerja yang bekerja untuk menikmati hidangan makan tengah hari di waktu rehat.
Ayam Sedap Baq Hang The Chicken Rice Shop
Ayam Sedap Baq Hang Diperap dengan pelbagai campuran rempah yang unik, ianya dipanggang dengan sempurna, kemudian disaluti dengan sos istimewa, dihiasi dengan daun kari dan cili kering. Hidangan ayam yang cukup enak, sedap pedas berasa ini pasti akan membuat hati anda tertaut dan pasti akan kembali untuk menikmatinya semula.
Untuk anda yang tidak makan pedas anda perlu ambil Set Meal kerana kombinasi unik set ini didatangkan dengan air DIno Choco Malt yang akan tone down kan tahap kepedasan ayam sedap baq hang. Bagi ini Set Meal Ayam Sedap Baq Hang memang dah sesuai. Air milo sememangnya dapat kurangkan sedikit kadar kepedasan makanan yang kita sedang makan.
Harga Ayam Sedap Baq Hang di The Chicken Rice Shop
Ala carte RM16.90
SET MEAL A
Meal A (1 Pax) RM25.90
Ayam Sedap Baq Hang 2 pcs
Pak Choy With Oyster Sauce (small)
1 Bowl Of Rice
1 Soup Of The Day
Dino Choco Malt
Meal B (2 Pax) RM58.90
Ayam Sedap Baq Hang 2 Pcs
Single serve chicken (choice of roast/steamed/soy sauce)
Nyonya Pai Tee (regular)
Sai To Fish Ball Soup (regular)
Pak Choy With Oyster Sauce (regular) or spicy savoury ladies fingers (regular)
2 bowl of rice
2 soup of the day
2 Dino Choco Malt
Meal C (4 Pax) RM105.90
Ayam Sedap Baq Hang 4 pcs
1/4 Chicken (choice of roast/steamed/soy sauce)
Nyonya Pai Tee (large)
Penang Rojak (large)
Penang famous chicken rolls (3pcs)
Pak Choy With Oyster Sauce (large) or spicy savoury ladies fingers (large)
4 bowl of rice
4 soup of the day
4 Dino Choco Malt
Ayam Sedap Baq Hang Pedas Gile Tapi Sedap !
Ayam Sedap Baq Hang Memang Sedap !
Untuk iena ayam ni memang sedap dan menepati citarasa kemelayuan iena. Cuma ianya sangat pedas untuk iena yang tak makan pedas. kalau mak iena mungkin dia cakap tak pedas :)
Keenakan Ayam Sedap Baq hang ni jelas terasa, kepekatan rempah yang menyengit
disulam dengan daun kari yang harum mewangi dan hirisan cili
menambahkan kelazatan Ayam Sedap Baq hang
Jika
makan Ayam sedap baq Hang ni Cik iena memang suka makan sekali daun
kari. Ada orang tak makan daun kari tapi berbeza dengan cik iena. Cik
iena lebih suka gigit atau makan sekali daun kari tersebut kerana ianya
akan menampilkan rasa lebih unik dan sedap menyengat.
Kepada anda yang masih belum pernah mencuba menu ini, Cik iena
cadangkan untuk anda cuba sendiri keenakan rasa dan kepedasan Ayam Sedap Baq hang
ini di The Chicken Rice Shop.
VLOG AYAM SEDAP BAQ HANG
Untuk maklumat lanjut mengenai Ayam Sedap Baq Hang atau promosi lain yang terdapat di The Chicken Rice Shop
Coolblog Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie Dengan Susu Kurma Farm Fresh
Coolblog merupakan sebuah jenama pencuci mulut dan minuman berasaskan Kiosk di Malaysia. Ianya berinovasi dalam mencari perisa tempatan dan global yang terbaik dengan menggunakan penciptaan ais campuran dan smoothie.
Coolblog bermula di Malaysia dan Singapura dengan memperkenalkan lebih daripada 25 rasa pencuci mulut dan minuman dengan lebih daripada 300 varian produk. CoolBlog telah mensasarkan rancangan pertumbuhan tiga tahun untuk meningkatkan jumlah gerai di pasaran tempatan kepada 500 gerai.
Terkini Coolblog dan Farm Fresh berkolaborasi dengan menghasilkan Minuman Coolblog Kathira Smoothie dan Bandung Smoothieyang menggunakan Susu Kurma Farm Fresh . Seperti kita sedia maklum Susu Kurma Farm Fresh merupakan Tradisi Penuh Kenikmatan yang Bakal
Memeriahkan Ramadan Anda .
KOLABORASI TERKINI COOLBLOG DAN FARM FRESH MENGINDAHKAN RAMADAN ANDA
Coolblog memeriahkan
sambutan Ramadan dengan kempen Tradisi Cool Ramadan. Kempen ini
diterajui oleh dua perasa minuman terbaru iaitu Kathira Smoothie dan Bandung
Smoothie.
Berbeza dari tahun sebelum ini, Coolblog bakal menyajikan minuman
baru mereka bersama jenama susu terkenal tempatan iaitu Farm Fresh.
Kolaborasi ini menambahkan lagi keenakkan rasa Kathira Smoothie dan
Bandung Smoothie kerana menggunakan Susu Kurma Farm Fresh.
Ianya didatangkan
dalam saiz 700ml, dan dijual pada harga RM9.80 dan RM8.80 setiap satu. Buat anda penggemar Coolblog khususnya Cik iena, kini anda boleh mendapatkan rasa Kathira Smoothie dan Bandung
Smoothie di seluruh cawagan Coolblog berhampiran anda. Cik iena juga pasti takkan lepaskan peluang untuk mencuba menu ramadhan terbaru dari Coolblog ini.
Di kampung iena, Batang Kali,penduduk setempat memang sinonim dengan jenama Coolblog ini kerana ianya telah pun lama bertapak di Batang Kali berbanding jenama lain yang baru mula muncul di Batang Kali. Cik iena yakin dan pasti kebanyakan orang batang Kali Jika memberi barangan dapur di Econsave Batang kali pasti akan membeli air Coolblog buat anak-anak mereka kerana Kiosk Coolblog itu sendiri menarik perhatian kanak-kanak yang melihatnya.
PELANCARAN COOLBLOG X FARM FRESH MALAYSIA
Coolblog sekali lagi mengangkat minuman nostalgia bandung dan kathira dengan memberi nafas baharu mengikut citarasa orang ramai masa kini melalui kempen Tradisi Cool Ramadan. Keistimewaan dan keunikkan nilai tradisi air kathira dan air bandung diterjemahkan oleh Coolblog menerusi Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie yang sememangnya menjadi menu minuman wajib oleh Coolblog sempena Ramadan. Kempen Tradisi Cool Ramadan oleh Coolblog ini telah menemui peminat Coolblog bermula 4 April 2021.
Bagi kempen Ramadan tahun ini, Coolblog berkerjasama dengan sebuah jenama gergasi tempatan iaitu Farm Fresh dengan menggunakan Susu Kurma Farm Fresh yang diminati ramai didalam minuman Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie. Kerjasama dua jenama hebat tempatan ini dilihat sebagai satu gabungan yang tepat dimana Coolblog dan Farm Fresh adalah dua nama besar didalam pasaran serta menghasilkan minuman yang berkualiti dan mempunyai penggemar yang tersendiri. Melalui kolaborasi ini, Coolblog dan Farm Fresh dapat bersama-sama meneroka pasaran baharu dan mengukuhkan lagi jenama di dalam industri.
Mesej utama kempen ini adalah untuk memberitahu umum bahawa Coolblog kini memberi penghormatan kepada minuman yang melambangkan tradisi dan nilai masyarakat terutamanya masyarakat Melayu.
Kathira Smoothie
Kathira Smoothie yang diilhamkan dari minuman Kathira yang terkenal di Johor, diolah dan diberi nafas baru menggunakan bahan premium seperti air jeli pandan, selasih, jeli kurma, dan Susu Kurma Farm Fresh.
Bandung Smoothie
Manakala, Bandung Smoothie adalah campuran perisa ros, jeli gula perang premium dan juga Susu Kurma Farm Fresh bakal menambat tunas rasa setiap pelanggan setia Coolblog. Kathira Smoothie dijual pada harga RM9.80 manakala Bandung Smoothie pula pada harga RM8.80.
Kini anda boleh Nikmati minuman baharu dari Coolblog ini di bulan Ramadan dan dapatkan di kesemua cawangan Coolblog. Sila rujuk laman web rasmi dan Instagram rasmi Coolblog untuk senarai cawangan yang mengambil bahagian.
Menurut Win Zaidi Zakaria,Selaku Pengurus Pemasaran Coolblog Malaysia
"Kempen Tradisi Cool Ramadan diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu adalah cara kami memeriahkan sambutan Ramadan. Kempen ini bertujuan untuk memupuk semula nostalgia minuman tempatan yang menjadi pilihan utama untuk diminum ketika waktu berbuka puasa. Kerjasama dengan Farm Fresh untuk minuman Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie menggunakan Susu Kurma Farm Fresh telah memberi nafas baru kepada minuman ikonik tempatan. Kempen Ramadan kali ini amat bermakna buat kami kerana seluruh warga kerja Coolblog bersama-sama memerah keringat dan berusaha mencari idea kreatif untuk menyajikan minuman ini kepada pelanggan kami. Akhirnya kami berjaya mencipta rasa asli baharu yang kaya dengan tradisi dan nostalgia.
Apa yang menarik pada kempen Tradisi Cool Ramadan ini adalah pada strategi kami dalam mengimbau dan mengangkat nilai tradisi yang ada pada kedua-dua minuman tersebut. Kami percaya setiap dari kita membesar dengan tradisi oleh itu kami percaya Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie akan menjadi pilihan utama para pelanggan kami untuk dijadikan minuman sewaktu berbuka puasa nanti.
Kami berpegang teguh kepada bahan-bahan utama yang menjadikan kedua-dua minuman ini seakan minuman ikonik masyarakat setempat, tetapi kami memberikan olahan dan sentuhan Coolblog bersama Farm Fresh bagi menghasilkan rasa minuman yang amat sedap dan menepati citarasa penggemar minuman smoothies di Malaysia.”
REVIEW KATHIRA DAN BANDUNG SMOOTHIE
Coolblog Econsave Batang Kali
Baru
baru ini juga Cik iena sendiri Sempat mencuba dua minuman terbaru
kolaborasi antara Coolblog dan Farm Fresh ini ketika Cik iena balik
kampung di Batang kali dan membawa ibu membeli barang dapur di Econsave
selepas waktu berbuka. Almaklumhah Cik iena sibuk dan jarang balik.
Keesokan harinya pun jadual sibuk. Jadi setibanya Cik iena di kampung,
berbuka puasa, magrib dan terus bawa puan ibunda beli barang dapur.
Kebetulan
masuk sahaja Econsave memang akan nampak Coolblog. Diantara kedua
duanya Cik iena lebih menggemari air katira. Walaubagaimanapun kedua dua
air ini agak manis kerana menggunakan susu kurma farm fresh yang
sememangnya sudah manis dan ditambah dengan gula merah yang memang
kebiasaannya digunakan oleh jenama ini.
Untuk anda penggemar minumam
manis akan suka akan kemanisan air ini ditambah dengan jeli pandan,
selasih, dan jeli kurma bagi Kahtira Smoothie. Penggemar air bandung
juga akan rasa kelainan bandung smoothie ini dengan jeli gula perang
premium yang terdapat dalam minuman ini.
Kepada anda diluar sana jangan lepaskan peluang untuk rasa sendiri rasa minuman terbaru sempena ramadhan ini kolaborasi dari coolblog dan farm fresh.
CHAMPS® DUOPHARMA BIOTECH DAN NASOM ANJUR KEMPEN KUTIP DERMA UNTUK TINGKATKAN KESEDARAN TENTANG AUTISME, MENAMPILKAN KARYA SENI KANAK-KANAK AUTISME
Autisme adalah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat. Ini bermakna autisme memberi kesan kepada perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan anak untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan belajar seperti anak biasa.
Ianya tidak dapat dikenalpasti hanya dengan melihat secara fizikal. Autisme dapat dilihat melalui defisit dalam komunikasi sosial dan interaksi serta tingkah laku yang berulang.
Autisme kebiasaannya muncul pada usia awal kanak-kanak (sebelum 3 tahun) dan boleh dikenalpasti seawal usia 18 bulan.
CHAMPS® DUOPHARMA BIOTECH DAN NASOM ANJUR KEMPEN KUTIP DERMA UNTUK TINGKATKAN KESEDARAN TENTANG AUTISME, MENAMPILKAN KARYA SENI KANAK-KANAK AUTISME
Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia
Kuala Lumpur, 9 April 2021. Bersempena Bulan Autisme Sedunia iaitu April. Jenama vitamin terkenal kanak-kanak yang terbesar di Malaysia, CHAMPS® dengan kerjasama pertubuhan amal bukan kerajaan, Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), telah menganjurkan kempen kesedaran di seluruh negara buat tahun kelima dalam usaha meningkatkan penerimaan umum terhadap Autisme di Malaysia.
CHAMPS ialah jenama pemakanan kesihatan terkemuka keluaran bahagian Penjagaan Kesihatan Pengguna (CHC) syarikat farmaseutikal terkemuka Duopharma Biotech Berhad (Duopharma Biotech).Ianya juga merupakan Vitamin Pilihan Ibu Untuk Juara.
from left to right 1.Dato’ Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin, Presiden NASOM, President of NASOM2.Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia3.Encik Leonard Ariff Abdul Shatar, Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech Berhad, Group Managing Director of Duopharma BiotechBerhad
Majlis Pelancaran kempen Kesedaran Autisme CHAMPS®-NASOM 2021, dengan tema ‘Kasihi Autisme Bersama CHAMPS®’, telah dihadiri oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Lebih 150 hasil karya lukisan tangan kanak-kanak autisme turut dipamerkan sebagai sebahagian daripada usaha mengutip dana bagi menyokong perkhidmatan dan program NASOM.
Menurut YB Khairy Jamaluddin
“Saya dan isteri memang ada kepentingan secara peribadi untuk menggalakkan kesedaran autisme dan membolehkan pesakit memanfaatkan terapi, terutamanya membantu keluarga-keluarga yang tidak mampu membayar yuran. Kami percaya setiap kanak-kanak autisme seharusnya diiktiraf dan dipupuk untuk mencapai potensi penuh mereka dan menjalani kehidupan yang bermakna.”
Untuk pengetahuan CHAMPS® juga akan menyampaikan sumbangan daripada hasil jualannya, iaitu menerusi kerjasama dengan Guardian Malaysia, iaitu RM 1 daripada jualan setiap pek promosi Vitamin C CHAMPS® akan disumbangkan kepada NASOM. Usaha sama dengan salah satu daripada rangkaian runcit terbesar bagi CHAMPS® ini bertujuan menggalakkan pembelian produk Vitamin C CHAMPS® di kedai sepanjang April 2021. Sehingga kini, CHAMPS® telah menyumbang RM269, 217.50 kepada NASOM, membawa kerjasama industri ini ke peringkat yang lebih tinggi.
Leonard Ariff Abdul Shatar, Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech berkata,
"Kami berbangga untuk meraikan kerjasama penting selama 5 tahun dengan NASOM untuk menyokong usaha meningkatkan kesedaran dan penerimaan terhadap autisme di Malaysia. Menerusi kempen ini, bakat-bakat seni kanak-kanak diketengahkan buat pertama kali, dengan mempamerkan hasil karya insan autisme di bawah Program Terapi Seni NASOM.”
“Kami yakin bahawa kempen kesedaran ‘Kasihi Autisme Bersama CHAMPS®’ akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan sokongan bagi komuniti autisme sambil memupuk bakat mereka selain menggalakkan keterangkuman dalam masyarakat, agar mereka terus berkomunikasi melalui seni,” tambah beliau.
Autisme diiktiraf sebagai salah satu keadaan yang paling pantas berkembang di peringkat global, meliputi pelbagai bentuk gangguan perkembangan dari segi interaksi sosial dan kemahiran komunikasi asas. Salah satu kaedah komunikasi yang digunakan NASOM ialah terapi seni bagi kanak-kanak autisme untuk membantu mereka menyerlahkan bakat dan berkomunikasi menerusi karya kreatif. Seni didapati satu wadah yang sangat positif bagi kanak-kanak autisme, membolehkan mereka meluahkan pandangan dan perasaan masing-masing secara bebas.
from left to right 1.Yvonne Chew Ee Hong, Senior Manager,Duopharma Consumer Healthcare Sdn Bhd, Pengurus Kanan Pemasaran-Duopharma Consumer Healthcare Sdn Bhd2.Shamsul Idham Ahad, Ketua Pegawai Eksekutif, DuopharmaConsumer Healthcare Sdn. Bhd., Chief Executive Officer3.Dato’ Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin, Presiden NASOM, President of NASOM4.Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia5.Encik Leonard Ariff Abdul Shatar, Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech Berhad, Group Managing Director of Duopharma BiotechBerhad 6.Encik Fernando Gongora, Ketua Jabatan Penjagaan Kesihatan Guardian Malaysia, Head of Health Care, Guardian Malaysia
Dalam pada itu, semasa merakamkan penghargaan atas sokongan dan sumbangan Duopharma Biotech sepanjang tempoh lima tahun lepas, Dato’ Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin, Presiden NASOM President berkata,
“Kami berharap menerusi kempen ‘Kasihi Autisme Bersama CHAMPS®’ orang ramai akan dapat mengiktiraf kanak-kanak istimewa ini dan cara mereka berkomunikasi. Setiap kanak-kanak adalah berbeza, lebih-lebih lagi kanak-kanak autisme. Seni itu sendiri ialah satu bentuk terapi yang bukan sahaja akan merangsang daya imaginasi kanak-kanak, tetapi mengasah kemahiran mereka untuk berinteraksi dengan pihak lain. Kaedah ini memainkan peranan penting untuk menyemai kebolehan kanak-kanak autisme, dan dengan dorongan yang betul, kami berharap mereka dapat mengembangkan bakat dan membawa manfaat kepada masyarakat menerusi kreativiti mereka.”
Untuk makluman anda lagi Karya seni oleh kanak-kanak autisme NASOM dipamerkan untuk jualan di www.dbhealth2go.com bermula dari 8 April 2021 hingga 15 Jun 2021.
Kesemua hasil jualan ini akan disalurkan untuk menyokong usaha NASOM meningkatkan kualiti kehidupan insan dengan autisme dan keluarga mereka menerusi program, perkhidmatan, sumber, ilmu dan inovasi sosial mereka, sambil memperjuangkan hak dan membuka peluang bagi insan autisme.
Program ini merupakan inidiatif yang sangat bagus dari CHAMPS-NASOM yang sangat banyak memberi manfaat oada golongan Autisme dan keluarga mereka.
Untuk pengetahuan anda lagi, Kempen Kesedaran Autisme CHAMPS-NASOM telah memenangi Anugerah Jenama Kesihatan dan Kesejahteraan Malaysia 2017 di bawah kategori CSR terbaik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Gong cha Melancarkan Flagship Store Pertama di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 11 April 2021-Gong cha secara rasmi telah melancarkan Flagship pertama mereka di Malaysia! Terletak di tingkat dua The Gardens Mall, Mid Valley City, Kuala Lumpur. Gerai yang baru diubah suai ini menawarkan menu eksklusif serta pengalaman premium bubble tea dengan ruang tempat duduk yang tersedia.
Dengan reka bentuk dalaman ekslusif yang menampilkan warna merah khas jenama ini, kedai ini bertujuan untuk meningkatkan pengalaman bubble tea pelanggan dengan sentuhan premium
Ruang tersebut dibahagikan kepada stesen kerja yang dilengkapi dengan plug point, sementara ruang yang lain adalah ruang istirehat. Ini membolehkan pelanggan boleh melakukan kerja dengan selesa sambil menghirup minuman kegemaran mereka, atau mengadakan sesi santai dengan rakan-rakan, sambil mengamati SOP yang ketat untuk menawarkan ketenangan dan mengekang penyebaran Covid-19
Selain minuman biasa di menu, Flagship Store yang baru juga akan menyajikan minuman teh premium dengan harga pengenalan RM10. Bagi penggemar jenama minuman yang keras, barangan Gong cha seperti Straw-Hiding Tumbler, Planner dan Colour Changing Cup juga akan dijual di outlet
Gong Cha Berkerjasama secara eksklusif dengan platform e-commerce Shopee dan sempena kempen Raya Bersama Shopee yang sedang berlangsung, Gong cha menawarkan beberapa menu minuman khas. Kempen ini dinamakan Raya Bersama Shopee x Gong cha drink,
Raya Bersama Shopee x Gong cha drink
Kempen ini menampilkan pearl berbentuk hati berperisa strawberi manis dan kenyal yang disirami susu coklat ais yang kaya dan lazat dan dihiasi dengan busa susu masin, susu berkrim Gong cha . Ianya sememangnya sangat sesuai untuk iftar, atau sebagai selepas- pencuci mulut makanan.
Gong Cha Signature Chocolate With Love Pearl
Oleh kerana minuman istimewa ini adalah edisi terhad, minuman eksklusif Shopee ini hanya boleh dibeli dari Baucar Makanan & Perkhidmatan melalui portal Tawaran, Penambahan & Bil di Shopee dengan harga RM13 bermula dari 16 April hingga 14 Mei 2021.
Kemudian anda boleh tebus di mana-mana kedai Gong cha di seluruh negara.
Minuman istimewa ini akan dijual pada separuh harga pada tarikh berikut.
8 April 2021
20 April 2021
23 April 2021
28 April 2021
1 Mei 2021
5 Mei 2021
12 Mei 2021
14 Mei 2021
Sementara itu, peminat Gong cha yang sudah mempunyai minuman mereka juga harus melihatDeals Near Me di aplikasi Shopee untuk mendapatkan baucar tunai Gong Cha ShopeePay yang menakjubkan!
Dengan hanya 5 sen, pengguna ShopeePay kemudian menikmati pulangan tunai 40% (terhad pada RM4) apabila mereka membayar dengan ShopeePay di gerai. Lebih-lebih lagi,
Istimewa pada 18 April, pencinta Gong cha juga dapat membeli Baucar Gong cha ShopeePay untuk menikmati wang tunai RM8 apabila mereka membelanjakan RM20
Spin The Wheel
Bagi meraikan pembukaan kedai baru ini, pelanggan berpeluang memenangi baucar dan barang eksklusif dari Gong cha ketika mereka bermain ‘Spin The Wheel’ di kedai. Permainan ini boleh dimain pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari 23 April hingga 9 Mei 2021.
Untuk sertai permainan ini, pelanggan harus membeli minuman gong cha dengan ShopeePay. Apa-apa jenis minuman yang anda beli akan melayakkan anda sertai permainan ini.MAnakala pembelian melalui kempen Raya Bersama Shopee x Gong cha drink di Shopee apps akan memberi anda dua peluang untuk sertai permainan ini.
Kumpulan peruncit kosmetik, penjagaan kulit dan wangian terkemuka Sa Sa akan menemui peminat mereka dengan Super Brand Day (SBD) mereka di Shopee Mall. Selama dua hari, peminat dapat menikmati potongan harga dan tawaran istimewa untuk jenama premium terlaris seperti Estee Lauder, Kiehl's, Laneige, Origins, Sulwhasoo, Suisse Program dan banyak lagi.
Menurut Kitty Kwok, Wakil Presiden Pembangunan Perniagaan (eCommerce), Sa Sa International Holdings Limited,
"Prestasi dalam talian Sa Sa telah berkembang pesat dengan kehadiran Kedai Rasmi di Shopee Mall selama setahun terakhir, dan menjadi salah satu yang terbaik dalam talian kedai kecantikan kerana sokongan peminat Malaysia dan pencinta jenama kecantikan kami. Melalui Hari Jenama Super di Shopee, kami ingin berkongsi kebahagiaan dengan semua pelanggan kami dengan memberikan potongan harga, baucar dan hadiah kepada mereka. Ketika kami menghampiri salah satu festival paling terkenal tahun ini untuk pangkalan pelanggan kami di Malaysia, kami berharap mereka juga dapat mengambil kesempatan ini untuk memanjakan diri dengan rawatan kecantikan ini untuk Raya yang indah dan indah. "
Dengan lebih dari 1,500 produk kecantikan yang tersenarai di kedai mereka, pasti ada sesuatu untuk semua orang semasa Sa Sa SBD. Dua jenis Fortune Bags akan ditawarkan pada harga RM133 dan RM93 yang akan mengejutkan pembeli dengan barang misteri di dalam beg tersebut.
Lebih jimat di Shopee dengan menggunakan baucar ini semasa pembayaran:
SASARM6 Untuk menikmati RM6 off dengan minimum pembelian sebanyak RM60;
SASARM22 Untuk menikmati RM22 off dengan minimum pembelian sebanyak RM220;
SASARM35 Untuk menikmati RM35 off dengan minimum pembelian sebanyak RM350 and
SASARM888 Untuk menikmati RM100 off dengan minimum pembelian sebanyak RM888.
Jangan terlepas sesi Shopee Live yang berlaku pada 16 Apr, 21:00 kerana Sa Sa akan memberikan hadiah khas dan baucar masa terhad.
Nikmati penghantaran percuma di seluruh kedai apabila anda membeli minimum RM50 di Kedai Rasmi Sa Sa semasa Hari Jenama Super. Pergi ke https://shopee.com.my/sasa.os untuk menikmati tawaran menarik, dan tambahkan produk kegemaran anda ke senarai whishlist anda. Bayar dengan ShopeePay untuk mendapatkan pengalaman membeli-belah yang mudah semasa Hari Sa Sa Super Brand.
Baru baru ini Cik iena dan rakan rakan berkesempatan ke Sungai Pisang Waterfall sebelum menjelang bulan ramadhan. Aktiviti riadah seperti ini adalah antara aktiviti kegemaran Cik iena. Untuk pengetahuan Sungai Pisang Waterfall tidak lah susah teckingya. Mendatar sahaja cuma anda perlu menyeberang sungai. melalui terowong dan mengikuti anak sungai. Anda juga boleh memilih jalan melalui tepi lebuhraya karak.
Sungai Pisang Waterfall
Sekiranya anda menelusuri jalan anak sungai anda perlu mendaki agak tinggi untuk ke sungai yang lebih atas daripada air terjun sungai pisang. Kebiasaannya jika yang bekeluarga mereka cukup sekadar smpai di air terjun. Manakala sekiranya anda datang dari KM 28.7 Lebuhraya Karak anda perlu turun di laluan agak curam untuk sampai ke air terjun.
Sungai Pisang
Laluan ke Sungai Pisang waterfall
Sungai Pisang Waterfall Permit
Mengikut Blog yang Cik iena baca tiada permit diperlukan untuk ke Sungai Pisang Waterfall. tetapi ada juga rakan keada rakan yang mengatakan bahawa perlu permit untuk masuk ke sini. Cik iena pun berbelah bahagi. Sebelum Cik iena pergi Cik iena juga ada bertanya di ruangan komen instagram pengunjung yang datang ke sini.
Cik iena cari mengikut lokasi sungai pisang waterfall dan gambar terkini. Rata rata kesemua yang Cik iena tanya mereka menyatakan tidak memerlukan permit untuk kesini. Semasa kehadiran Cik iena disini semasa bertanya jalan pada orang di situ mereka juga tidak bertanyakan tentang permit.
Semasa kehadiran kami juga sangat ramai pengunjung kesini dan kelihatan sebuah bas juga. Kereta juga tidak terkira banyak nya. Tiada juga pegawai perhutanan di sini. Jadi kami pun assume tiada permit diperlukan.
Walaubagaimanapun selepas Cik iena kongsi insta story anda diantara follower yang menyatakan jangan lupa ingatkan followers iena untuk apply permit terlebih dahulu. Cik iena pun menjawab semasa kehadiran Cik iena tiada yang bertanyakan tentang permit dan ramai yang masuktanpa permit.
Berlaku juga kekeliruan disini. Perlu permit atau tidak Cik iena kurang pasti. Untuk kepastian kepada anda yang ingin berkunjung kesini mungkin anda boleh bertanyakan terlebih dahulu kepada Jabatan perhutanan selangor.
How to go sungai pisang waterfall
Jalan masuk Sungai Pisang Waterfall
Untuk anda yang dari Kuala Lumpur anda perlu Waze Muka Sauk Sungai Gombak . Sekiranya dari arah Kuala lumpur, persimpangannya adalah dari sebelah kiri anda. Setibanya anda di persimpangan ini anda perlu terus ke hujung jalan dan anda akan jumpa kawasan chalet dan juga di penghujungnya adalah Pejabat Syabas Muka Sauk Sungai Gombak.
Terowong sungai pisang - Karak Highway
Anda perlu parking di kawasan sepanjang jalan ke Muka Sauk Sungai Gombak. Semasa kedatangan Cik iena sangat ramai pengunjung kesini. jadi Cik iena parking agak jauh di bahu bahu jalan. Selepas parking di bahu jalan dan pastikan kereta lain boleh lalu laluan tersebut, Cik iena meneruskan perjalanan ke hujung sehingga nampak pejabat Syabas Muka Sauk Sungai Gombak.
Terowong sungai pisang - Karak Highway
Dari situ bermula lah perjalanan untuk menjejak sungai pisang waterfall.laluannya adalah melalui sungai di tepi Muka Sauk Sungai Gombak . Pergi ke arah kiri dan anda cuma perlu mengikut treck yang sedia ada yang sering digunakan oleh pengunjung disini. Jalan ini menuju ke terowong karak highway. Anda boleh mengikut tepi sungai mahupun mengikut laluan sungai. Sehingga anda nampak terowong karak highway.
Laluan sungai menuju terowong sungai pisang -karak highway
Selepas melepasi terowong karak higway terdapat dua laluan iaitu laluan sungai dan juga laluan lebuhraya karak. Sekiranya anda ingin jalan yang sangat mudah anda perlu melalui jalan karak highway. Jalan ini terletak disebelah kanan terowong selepas anda keluar dari terowong. terdapat tangga longkang . Selepas naik tangga anda bergerak ke arah kiri lebuhraya karak sehingga jumpa KM 28.7 dan anda cuma perlu ikut trek sedia ada yang sering menjadi laluan.
Terowong sungai pisang - Karak Highway
Bagi Cik iena trek ini agak mudah laluannya . Tidak perlu melalui sungai sungai.Tetapi di penghujungnya jika anda ingin ke air terjun anda perlu menuruni kawasan curam.Tapi sekiranya anda ingin ke anak anak sungai di atas air terjun anda tidak perlu menuruni tebing yang curam.
laluan menuju air terjun sungai pisang
Sekiranya anda memilih jalan sungai. Selepas keluar terowong anda cuma perlu terus dan ikut laluan sungai. Disini tiada landmark tanda jalan agak sukar. Semasa kedatangan Cik iena memang ada ramai pengunjung jadi Cik iena dan rakan rakan cuma ikut mereka. tau tau dah sampai dan tak rasa penat sebab dah biasa hiking lagi jauh.
Terowong sungai pisang - Karak Highway
Kiranya orang yang tak pernah hiking pun boleh pergi sungai pisang waterfall sebab treck sangat mudah. Anda cuma perlu keinginan dan semangat sahaja.Semasa misi menjejak sungai pisang waterfall bersama rakan kami memilih jalan anak sungai masa pergi, masa balik pula kami ikut jalan highway karak sebab ramai juga yang gayat nak turun cerun bukit yang sangat curam. Mendaki tu tak rasa takut sebab kita pandang atas. Bila dari atas pandang kebawah rasa seram lain macam. Untuk yang gayat ketinggian memang tak boleh turun.
Maaf Cik iena tak de ambil gambar treck tapi Cik iena buat vlog jadi anda boleh tonton vlog Cik iena untuk ketahui keadaan jalan ke Sungai Pisang Waterfall.
VLOG MENJEJAK SUNGAI PISANG WATERFALL
Aktiviti di Sungai Pisang Waterfall
Selain mandi manda bersama teman anda juga boleh melakukan aktiviti abseiling disini. Cik iena lihat ada sekumpulan agensi iena tak pasti dari mana. Mereka membuat aktiviti abseiling disini. bayaran dikenekan RM10 untuk sekali. Kalau anda berani boleh cuba. Macam Cik iena kurang berani sebab tak tau mereka dari organisasi mana dan ada lesen atau tidak. Walaupun Cik iena ada sijil abseiling tapi ada rasa ragu ragu juga lah.
Maggie paling sedap hehe
Aktiviti kami disini adalah mandi manda dan juga kami masak sendiri. Kami masak sardin dan juga maggie. Walaubagaimanapun di ingatkan disini sekiranya anda membawa apa-apa makanan di dalam hutan jangan tinggalkan sampah. Kesemua sampah dari aktiviti memasak anda. Anda perlu bawa pulang bersama-sama anda. Kami memang akan bawa plastik sampah dan akan bawa pulang semua sampah dan buang ditempat sepatutnya.
surprised birthday untuk Shah
Sayangilah hutan kita macam kita sayang rumah kita. jangan tinggalkan sampah. Didalam hutan tiada orang yang ditugaskan bekerja untuk membuang sampah.
Memandangkan sangat ramai orang di sungai pisang waterfall, Cik iena dan rakan rakan naik ke sungai bahagian atas air terjun. Kami berjalan terus ke hulu sungai sehingga jumpa kawasan sungai yang tiada orang untuk kami berehat dan mandi manda serta masak. Di air terjun sungai pisang kami cuma berhenti seketika untuk bergambar namun tak dapat ambil gambar group kerana keadaan yang teramat sesak.
Disebabkan lautan manusia yang hadir kami membuat keputusan mencari sungai yang tiada orang dan terus berjalan dan berjalan. Dalam keadaan sekarang dengan virus covid tak sesuai berkumpul ramai ramai. Untuk mengelakkan berlakukanya penularan wabak covid maka kami mencari tempat yangtiada orang. Dan agak jauh juga perlu berjalan kerana sememangnya sangat ramai pengunjung ke sini.
Gambar di Air Terjun Sungai Pisang
Sungai Pisang Waterfall Gombak
Sungai Pisang Waterfall Gombak
Sungai Pisang Waterfall Gombak
Sungai Pisang Waterfall Gombak
Gambar di Sungai Pisang
Surprised birthday untuk Shah
Sungai Pisang
Rakan Hiking Sungai Pisang Waterfall
Kali ini misi menjejak sungai pisang waterfall adalah bersama adik perempuan cik iena iaitu deknor, seorang lagi rakan pejabat perempuan iaitu Naja dan 7 lagi rakan lelaki dimana 5 daripada nya adalah rakan pejabat iaitu zai zainal, shah ieran, joey labu atau irfan, jali dan hazim manakala dua orang lagi adalah ery bekas rakan pejabat serta Zaim, kawan kepada Hazim.
Kali ini cuma 3 bunga sahaja yang sertai. Geng hiking iena memang best. Walau pelbagai ragam namun semuanya sering bekerja sama dan sepakat dalam membuat keputusan.
Semuanya juga caring. Jangan risau yang perempuan pastu akan ada rakan lelaki yang bergilir gilir eskot kami pastikan kami tidak tertinggal berseorangan.
Bersama rakan rakan hiking Sungai Pisang Waterfall
Cadangan Laluan Senang
Pada Cik iena selepas terowong cadangan laluan yang mudah untuk anda sampai ke waterfall adalah laluan Karak Highway - Naik tangga sebelah kanan dan setiba diatas ikit arah kiri sehingga jumpa laluan masuk kembali ke hutan di KM 28.7 . Disini memang ada lualuan terus sampai ke waterfall. Sekiranya melalui jalan bawah mengikut sungai yang Cik iena ikut Cik iena dapati tiada laluan yang jelas untuk ke waterfall . Tiada juga tanda tanda anak panah untuk ke waterfall. Kami cuma ikut orang yang datag kesini dan tiba tiba sampai.
Kebetulan masa kami datang tanggal 9 April 2021 sangat ramai orang berkunjung ke Air terjun sungai pisang.
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com