Grab The Promo
Grab The Promo

Sungai Pisang Waterfall Gombak

Baru baru ini Cik iena dan rakan rakan berkesempatan ke Sungai Pisang Waterfall sebelum menjelang bulan ramadhan. Aktiviti riadah seperti ini adalah antara aktiviti kegemaran Cik iena. Untuk pengetahuan Sungai Pisang Waterfall tidak lah susah teckingya. Mendatar sahaja cuma anda perlu menyeberang sungai. melalui terowong dan mengikuti anak sungai. Anda juga boleh memilih jalan melalui tepi lebuhraya karak.


Sungai Pisang Waterfall Gombak
Sungai Pisang Waterfall

 

Sekiranya anda menelusuri jalan anak sungai anda perlu mendaki agak tinggi untuk ke sungai yang lebih atas daripada air terjun sungai pisang. Kebiasaannya jika yang bekeluarga mereka cukup sekadar smpai di air terjun.  Manakala sekiranya anda datang dari KM 28.7 Lebuhraya Karak anda perlu turun di laluan agak curam untuk sampai ke air terjun.

Sungai Pisang Waterfall Gombak
Sungai Pisang

 



Sungai Pisang Waterfall Gombak
Laluan ke Sungai Pisang waterfall


Sungai Pisang Waterfall Permit

Mengikut Blog yang Cik iena baca tiada permit diperlukan untuk ke Sungai Pisang Waterfall. tetapi ada juga rakan keada rakan yang mengatakan bahawa perlu permit untuk masuk ke sini. Cik iena pun berbelah bahagi. Sebelum Cik iena pergi Cik iena juga ada bertanya di ruangan komen instagram pengunjung yang datang ke sini. 

Cik iena cari mengikut lokasi sungai pisang waterfall dan gambar terkini. Rata rata kesemua yang Cik iena tanya mereka menyatakan tidak memerlukan permit untuk kesini. Semasa kehadiran Cik iena disini semasa bertanya jalan  pada orang di situ mereka juga tidak bertanyakan tentang permit.

Semasa kehadiran kami juga sangat ramai pengunjung kesini dan kelihatan sebuah bas juga. Kereta juga tidak terkira banyak nya. Tiada juga pegawai perhutanan di sini. Jadi kami pun assume tiada permit diperlukan.

Walaubagaimanapun selepas Cik iena kongsi insta story anda diantara follower yang menyatakan jangan lupa ingatkan followers iena untuk apply permit terlebih dahulu. Cik iena pun menjawab semasa kehadiran Cik iena tiada yang bertanyakan tentang permit dan ramai yang masuktanpa permit.

Berlaku juga kekeliruan disini. Perlu permit atau tidak Cik iena kurang pasti. Untuk kepastian kepada anda yang ingin berkunjung kesini mungkin anda boleh bertanyakan terlebih dahulu kepada Jabatan perhutanan selangor. 


How to go sungai pisang waterfall

 

Jalan masuk Sungai Pisang Waterfall

Untuk anda yang dari Kuala Lumpur anda perlu Waze Muka Sauk Sungai Gombak . Sekiranya dari arah Kuala lumpur, persimpangannya adalah dari sebelah kiri anda. Setibanya anda di persimpangan ini anda perlu terus ke hujung jalan dan anda akan jumpa kawasan chalet dan juga di penghujungnya adalah Pejabat Syabas Muka Sauk Sungai Gombak.



Sungai Pisang Waterfall Gombak
Terowong sungai pisang - Karak Highway

 

Anda perlu parking di kawasan sepanjang jalan ke Muka Sauk Sungai Gombak. Semasa kedatangan Cik iena sangat ramai pengunjung kesini. jadi Cik iena parking agak jauh di bahu bahu jalan. Selepas parking di bahu jalan dan pastikan kereta lain boleh lalu laluan tersebut, Cik iena meneruskan perjalanan ke hujung sehingga nampak pejabat Syabas Muka Sauk Sungai Gombak.


Sungai Pisang Waterfall Gombak
Terowong sungai pisang - Karak Highway

 

Dari situ bermula lah perjalanan untuk menjejak sungai pisang waterfall.laluannya adalah melalui sungai di tepi Muka Sauk Sungai Gombak . Pergi ke arah kiri dan anda cuma perlu mengikut treck yang sedia ada yang sering digunakan oleh pengunjung disini. Jalan ini menuju ke terowong karak highway. Anda boleh mengikut tepi sungai mahupun mengikut laluan sungai. Sehingga anda nampak terowong karak highway.

 

Sungai Pisang Waterfall Gombak
Laluan sungai menuju terowong sungai pisang -karak highway

 

Selepas melepasi terowong karak higway terdapat dua laluan iaitu laluan sungai dan juga laluan lebuhraya karak. Sekiranya anda ingin jalan yang sangat mudah anda perlu melalui jalan karak highway. Jalan ini  terletak disebelah kanan terowong selepas anda keluar dari terowong. terdapat tangga longkang .  Selepas naik tangga anda bergerak ke arah kiri lebuhraya karak sehingga jumpa KM 28.7 dan anda cuma perlu ikut trek sedia ada yang sering menjadi laluan.

Sungai Pisang Waterfall Gombak
Terowong sungai pisang - Karak Highway

 

Bagi Cik iena trek ini agak mudah laluannya . Tidak perlu melalui sungai sungai.Tetapi di penghujungnya jika anda ingin ke air terjun anda perlu menuruni kawasan curam.Tapi sekiranya anda ingin ke anak anak sungai di atas air terjun anda tidak perlu menuruni tebing yang curam.

Sungai Pisang Waterfall Gombak
laluan menuju air terjun sungai pisang

 

Sekiranya anda memilih jalan sungai. Selepas keluar terowong anda cuma perlu terus dan ikut laluan sungai. Disini tiada landmark tanda jalan agak sukar. Semasa kedatangan Cik iena memang ada ramai pengunjung jadi Cik iena dan rakan rakan cuma ikut mereka. tau tau dah sampai dan tak rasa penat sebab dah biasa hiking lagi jauh.


Sungai Pisang Waterfall Gombak
Terowong sungai pisang - Karak Highway

 

Kiranya orang yang tak pernah hiking pun boleh pergi sungai pisang waterfall sebab treck sangat mudah. Anda cuma perlu keinginan dan semangat sahaja.Semasa misi menjejak sungai pisang waterfall bersama rakan kami memilih jalan anak sungai masa pergi, masa balik pula kami ikut jalan highway karak sebab ramai juga yang gayat nak turun cerun bukit yang sangat curam. Mendaki tu tak rasa takut sebab kita pandang atas. Bila dari atas pandang kebawah rasa seram lain macam. Untuk yang gayat ketinggian memang tak boleh turun.


Maaf Cik iena tak de ambil gambar treck tapi Cik iena buat vlog jadi anda boleh tonton vlog Cik iena untuk ketahui keadaan jalan ke Sungai Pisang Waterfall.

 

VLOG MENJEJAK SUNGAI PISANG WATERFALL




 

Aktiviti di Sungai Pisang Waterfall

Selain mandi manda bersama teman anda juga boleh melakukan aktiviti abseiling disini. Cik iena lihat ada sekumpulan agensi iena tak pasti dari mana. Mereka membuat aktiviti abseiling disini. bayaran dikenekan RM10 untuk sekali. Kalau anda berani boleh cuba. Macam Cik iena kurang berani sebab tak tau mereka dari organisasi mana dan ada lesen atau tidak. Walaupun Cik iena ada sijil abseiling tapi ada rasa ragu ragu juga lah. 



Sungai Pisang Waterfall Gombak
Maggie paling sedap hehe

 

Aktiviti kami disini adalah mandi manda dan juga kami masak sendiri. Kami masak sardin dan juga maggie. Walaubagaimanapun di ingatkan disini sekiranya anda membawa apa-apa makanan di dalam hutan jangan tinggalkan sampah. Kesemua sampah dari aktiviti memasak anda. Anda perlu bawa pulang bersama-sama anda. Kami memang akan bawa plastik sampah dan akan bawa pulang semua sampah dan buang ditempat sepatutnya.


Sungai Pisang Waterfall Gombak
surprised birthday untuk Shah

 

 

Sayangilah hutan kita macam kita sayang rumah kita. jangan tinggalkan sampah. Didalam hutan tiada orang yang ditugaskan bekerja untuk membuang sampah.  


Memandangkan sangat ramai orang di sungai pisang waterfall, Cik iena dan rakan rakan naik ke sungai bahagian atas air terjun. Kami berjalan terus ke hulu sungai sehingga jumpa kawasan sungai yang tiada orang untuk kami berehat dan mandi manda serta masak. Di air terjun sungai pisang kami cuma berhenti seketika untuk bergambar namun tak dapat ambil gambar group kerana keadaan yang teramat sesak.


Sungai Pisang Waterfall Gombak

 

Disebabkan lautan manusia yang hadir kami membuat keputusan mencari sungai yang tiada orang dan terus berjalan dan berjalan. Dalam keadaan sekarang dengan virus covid tak sesuai berkumpul ramai ramai. Untuk mengelakkan berlakukanya penularan wabak covid maka kami mencari tempat yangtiada orang. Dan agak jauh juga perlu berjalan kerana sememangnya sangat ramai pengunjung ke sini.

Sungai Pisang Waterfall Gombak

 

Gambar di Air Terjun Sungai Pisang

Sungai Pisang Waterfall Gombak

Sungai Pisang Waterfall Gombak

Sungai Pisang Waterfall Gombak
Sungai Pisang Waterfall Gombak

Sungai Pisang Waterfall Gombak
Sungai Pisang Waterfall Gombak


Sungai Pisang Waterfall Gombak
Sungai Pisang Waterfall Gombak

 

 

Gambar di Sungai Pisang

 

Sungai Pisang Waterfall Gombak
Surprised birthday untuk Shah


Sungai Pisang Waterfall Gombak
Sungai Pisang


Rakan Hiking Sungai Pisang Waterfall 

Kali ini misi menjejak sungai pisang waterfall adalah bersama adik perempuan cik iena iaitu deknor, seorang lagi rakan pejabat perempuan iaitu Naja dan 7 lagi rakan lelaki dimana 5 daripada nya adalah rakan pejabat iaitu zai zainal, shah ieran, joey labu atau irfan, jali dan hazim manakala dua orang lagi adalah ery bekas rakan pejabat serta Zaim, kawan kepada Hazim. 

Kali ini cuma 3 bunga sahaja yang sertai. Geng hiking iena memang best. Walau pelbagai ragam namun semuanya sering bekerja sama dan sepakat dalam membuat keputusan. 

Semuanya juga caring. Jangan risau yang perempuan pastu akan ada rakan lelaki yang bergilir gilir eskot kami pastikan kami tidak tertinggal berseorangan. 


Sungai Pisang Waterfall Gombak
Bersama rakan rakan hiking Sungai Pisang Waterfall


Cadangan Laluan Senang

Pada Cik iena selepas terowong cadangan laluan yang mudah untuk anda sampai ke waterfall adalah laluan Karak Highway - Naik tangga sebelah kanan dan setiba diatas ikit arah kiri sehingga jumpa laluan masuk kembali ke hutan di KM 28.7 . Disini memang ada lualuan terus sampai ke waterfall. Sekiranya melalui jalan bawah mengikut sungai yang Cik iena ikut Cik iena dapati tiada laluan yang jelas untuk ke waterfall . Tiada juga tanda tanda anak panah untuk ke waterfall. Kami cuma ikut orang yang datag kesini dan tiba tiba sampai.

Kebetulan masa kami datang tanggal 9 April 2021 sangat ramai orang berkunjung ke Air terjun sungai pisang. 


Disebabkan terlalu banyakgambar  cantik jadi Cik iena kongsikan di fanpage Cik iena : ALBUM Sungai pisang waterfall



Waze :   Muka Sauk Sungai Gombak

 



10 comments:

  1. Nampak best juga boleh mandi manda tu. Tak tahu pun kewujudan Sg Pisang ni pun.

    ReplyDelete
  2. Dah lama akak tak kesini. Akak membesar di Gombak. So aktiviti ke Sungai Pisang ni memamg kerap la buat dengan kawan-kawan selain Ulu Yam. Hehehe. Menggamit memori la tengok gambar-gambar Iena ni. Nanti nak repeat lah lepas raya.

    ReplyDelete
  3. kalau tak silap khai pernah sekali kot ke dua kali pergi sini. dah lama dah tak igt bila, memang best! tapi yang tak bestnya sebab ramai orang hahahaaa

    ReplyDelete
  4. Bestnya mandi air terjun. Ada banyak kali tengok gambar terowong tu sebelum nie dan teringin tapi Rawlins ada sedikit takut lubang gelap dan berair hahaha

    ReplyDelete
  5. Cantiknya lama tak pergi mandi air terjun macam ni tapi yang best tengok dalam terowong besar tu takut kita masuk takut tembus alam lain wakakakaka best best...

    ReplyDelete
  6. Menarik dan cantik juga waterfall Sungai Pisang ni.. aritue kami sampai terowong tue jer.. syok bergambar kat situ then tak continue the journey haha.. lepas Ramadan nanti nak explore lagi la..

    ReplyDelete
  7. Seronok bila boleh buat trip dengan kengkawan mcm ni ...tempat ni still cantik dan bersih

    ReplyDelete
  8. Uitt terowong tu menyeramkan, Sis ko duk bayang memacam yang keluar kang hahahaha.. cantik semua gambar, lama tak mandi air tenjun... syokkk kannn

    ReplyDelete
  9. dah lama teringin datang ke Sungai Pisang nie. haishhh sapelah yg nak bawak kita gi sana. nak ootd depan terowong air tu. selalu nampak org upload gmbr kat insta.

    ReplyDelete
  10. bestnya aktiviti hiking sambil mandi manda.. paling sedap selepas penat dapat makan maggi.. haha

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve