Grab The Promo
Grab The Promo

Resepi Kuah Kacang Mak

Memandangkan Raya kali ni Cik iena beraya bujang sahaja tanpa familly tercinta disebabkan PKP 3.0 yang kerajaan umumkan. Jadi Cik iena nak kongsikan resepi kuah kacang dari puan ibunda yang cik iena buat masa hari raya pertama. 

Resepi Kuah Kacang Mak

 

Sejujurnya ini kali kedua masak kuah kacang sendiri tanpa bantuan mak lah. Semua buat sendiri. Sebelum ni biasanya persiapan masakan raya mak yang buat. Cik iena cuma tolong tolong potong-potong bahan atau tukang kacau sahaja. 


Resepi Kuah Kacang Mak
Menu raya orang bujang

 

Mak kira suri rumah lah bila iena da bekerja. iena tak bagi mak abah kerja. Mak abah dan arif iena dan adik beradik lain yang tanggung.

Kali pertama iena masak kuah kacang ni masa zaman beljar dulu dulu. Kami buat open house, tetamu lebih kurang 100 orang dan masa tu iena ditugaskan untuk masak kuah kacang. AJK open house , setiap sorang akan masak menu raya. iena pilih masak kuah kacang sebab tu je yang iena confident buat haha.

So raya kali ni Cik iena masak kuah kacang dan deqnor masak rendang ayman. Okay Cik iena kongsikan resepi dekat blog supaya Cik iena tidak lupa suatu hari nanti nak masak boleh baca dekat blog sendiri.Salah satu iena tulis sebab resepi kan lain lain. Bila iena dah berjumpa dengan orang itu ini resepi jadi lain nanti. Sebelum ni Cik iena pernah duduk dengan makcik. Adakalanya masakan iena lebih kepada gaya makcik iena sebab. Masa duduk dengan makcik yang iena selalu masak.

 


Resepi Kuah Kacang Mak
Kuah kacang mak makan dengan nasi impit sedap :)

 

Duduk rumah sendiri mak masak. Manja kan. Duduk dengan makcik iena kena masak sebab makcik keje dan anak anak dia kecil. So iena yang kene masak untuk anak anak makcik. Jadi banyak dari cara masakan iena lebih ikut gaya makcik iena. Nak masak untuk anak dia kene ikut selera masakan mereka la kan.

Resepi Kuah Kacang Mak


Resepi Kuah Kacang Mak ( untuk 5 orang makan)


Resepi Kuah Kacang Mak
Bahan asas masakan

 

  1. 200 gm kacang tanah
  2. 30 biji cili kering yang tak kerinting( cili kering yang tak kerinting ni tak pedas sangat)
  3. 1 biji bawang merah besar
  4. 5 ulas bawang putih
  5. 1inci halia
  6. 1/2 inci lengkuas
  7. Sedikit belacan
  8. 2 sudu besar udang kering
  9. gula merah
  10. 3 batang serai
  11. daun limau purut
  12. 2 keping asam keping 
  13. 1 sudu teh Serbuk kunyit

  14. Resepi Kuah Kacang Mak

Bahan Kisar Kuah Kacang Mak

Kisar bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas , cili kerinng, belacan dan udang kering serta sedikit serbuk kunyit

 

Resepi Kuah Kacang Mak
kacang tanah yang digoreng tanpa minyak

Cara Masak Kuah Kacang Mak

  1. Goreng kacanng tanah tanpa minyak , kemudian buang kulit kacang tanah dan kisar kacang tanah. Tapi Cik iena tak kisar halus kacang tanah tu. Biar ada ketul ketul acang tanah tu baru rasa sedap. Kalau halus patah selera :D
  2. Panaskan minyak kemudian tumus serai yang telah diketuk terlebih dahulu.
  3. Kemudian masukkan kesemua bahan kisar dan asam kepingserta daun limau purut
  4. Selepas tumis sehingga pecah minyak masukkan pula kacang tanah yang telah di blender tidak berapa hancur. Masukkan sedikit air jika perlu.
  5. Tumis sehingga pecah minyak sekali lagi, masukkan perasa, garam, gula merah . Yang ni masuk secukup rasa tau. Kuah kacang ni sedap kalau manis. IEna suka masak guna gula merah sebab manis dia berlemak. Sedap lain macam :) Lepastu warna kuah kacang akan jadi lagi cantik berkilat


Resepi Kuah Kacang Mak
tunggu sampai pecahminyak buat kali kedua lepas masuk kacang tanah yang dikisar baru tutup api

 

 

Okay sekian perkongsian resepi. Tak terfikir nak kongsi dekat blog so tak ambil gambar atau video  masa masak pun. Lagipun tengah mood sedih beraya di perantauan tanpa mak ayah tercinat T_____T

 

Gambar Raya Pertama Cik iena


 

Video Cara Masak Kuah Kacang

Selepas seminggu iena masak sekali lagi kuah kacang,iena ada record video boleh tonton video dibawah







6 comments:

  1. Sedapnya kuah kacang.. Tambah bila kacang dikisar/tumbuk kasar macam cik iena buat ini.. best mengunyah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah sedap kalau kacang tu kisar kasar mcm ni.. kalau halus sangat lembik..takde rasa tekstur kacang nk kunyah2 :D

      Delete
  2. hebatnya Ina masak kuah kacang. Sedap tu nasi impit cicah sambal kuah kacang. Raya diperantauan ni hikmahnya kita belajar masak macam-macam. Selamat Hari raya Iena :)

    ReplyDelete
  3. Pagi raya tidak sempurna sekiranya tiada kuah kacang.

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve