Dalam musim pandemicCovid-19 yang melanda satu dunia ini. Antara industi yang terkesan teruk adalah industri pelancongan. Terdapat juga banyak hotel yang terpaksa ditutup disebabkan pandemic ini. Justeru itu dalam membantu industri pelancongan negara kita, kita juga boleh membantu dari segi percutian dalam negara atau staycation.
Semasa pandemic covid-19 ini kita juga boleh pergi staycation bersama keluarga di Hotel hotel yang berdekatan dengan kita. Sekiranya aktiviti rentas negeri dibenarkan boleh lah ke negeri lain. Namun haruslah di dalam Malaysia.
Tipu lah kalau kata tak rindu nak travel. Cik iena memang rindu sangat nak travel. Tapi mungkin dalam masa terdekat semasa musim pandemic ini Cik iena nak rancang staycation di Hotel sahaja. Tak perlu keluar berjalan jalan ke tempat public. Cuma nak Self reward dengan pergi staycation berdekatan. Bermalam di hotel tenangkan fikiran. Makan makanan sedap di Hotel dan mungkin juga boleh "Work From Hotel" bila da bosan asyik "work from home" je kan.
Baiklah bagi sesiapa yang merancang untuk Staycation di Hotel pada musim pandemic Covid-19 boleh lah ikut tips staycation dibawah. Tapi jangan pergi staycation semasa PKP 3.0 ni pula ya. Tunggu PKP 3.0 habis tau. Sebelum tu kita cuma rancang dulu.
Berikut Cik ienai Kongsikan 7 tips untuk anda yang nak buat staycation atau holiday masa Covid-19 belum reda ni.
Tips Staycation di Hotel Semasa Pandemic
1. Bawa dan Gunakan Disinfectant /Sanitizers
Jangan lupa sepanjang anda berada di hotel, pastikan anda bawa hand sanitizer anda.Perkara pertama yang perlu disanitasi ialah kad bilik atau kunci yang anda dapat . Selepas dapat kunci anda juga perlu sanitasi semula ic dan kad kredit anda yang dipulangkan oleh staff front desk.
Kemudian sejurus tiba dibilik anda juga perlu sanitasi bilik anda. Walaupun pihak Hotel telah sanitasi bilik tersebut namun tak rugi jika anda membersihkannya sekali lagi. Sanitasi kawasan selalu disentuh seperti tombol pintu, suis lampu, remote tv, sehinggalah ke kawasan letak tangan di meja dan kerusi.
Sekiranya anda dapat bilik yang mana tingkap boleh dibuka. Buka ia sebentar. Beri udara segar masuk sekali-sekali.
2. Pilih Hotel Baru / Rangkaian Antarabangsa
Kebanyakan hotel baru ada ventilasi dengan standard terkini dan juga fasiliti yang baru. Ada yang dilengkapi dengan sistem penapis HEPA. Walaupun pakar tidak sepakat tentang kadar jangkitan Covid disebabkan sistem ventilasi, lebih baik untuk anda tinggal di hotel baru dari yang berusia. Seeloknya juga anda tempah hotel rangkaian antarabangsa. Hotel sebegini lazimnya serius dengan tahap kebersihan semasa Covid.
Kebiasaannya Hotel sebegini juga ada doktor yang dilantik khas oleh hotel jika ada sebarang kecemasan. Staff mereka juga lebih terlatih untuk kes yang melibatkan Covid dibandingkan dengan hotel bajet milik keluarga.
Sekiranya anda ingin bercuti di sekitar Kuala Lumpur anda banyak pilihan hotel yang menarik untuk Staycation KL. Untuk orang melaka pula anda boleh cuba bercuti di The Pines Melaka. Bagi anda yang berada ni negeri sembilan jangan lepaskan peluang bercuti di Lexis Hibiscus Port Dickson . Bolah lah pilih bilik yang ada private pool.
3. Baca Review. Elak Hotel Dengan Masalah Aircond
Antara benda perlu dititikberatkan sebelum booking hotel anda perlu membaca review hotel . Ianya sangat penting lagi lagi semasa musim pandemic Covid ni.Apa yang perlu anda elakkan adalah hotel yang mempunyai masalah aircond. Kalau anda dapati ada yang merungut tentang air aircon yang menitik, berbau atau tidak sejuk, anda boleh cari hotel lain.
Ada kemungkinan yang ianya tidak diservis dengan baik, dipenuhi habuk tebal dan berpeluang memerangkap kuman dan virus di dalam penapisnya. Anda juga perlu rajin-rajin juga untuk terus ke laman web rasmi atau FB hotel yang anda ingin menginap. Lihat samada mereka ada bercerita tentang langkah yang mereka ambil semasa Covid. Kalau tiada sebarang hebahan tentang cara mereka mensanitasi atau beradaptasi semasa Covid, pilih hotel lain.
4. Terhadkan Masa di Kawasan Sesak Hotel
Semasa berada di Hotel, kurangkan duduk lama dan bersembang kosong semasa makan di restoran hotel, jangan bersantai di lobi dan di kawasan awam hotel lain. Elakkan dari pergi gym, spa dan kolam renang walaupun ia dibuka. Tetapi kalau nak pergi juga perlu patuh sop.
5. Kurangkan Contact dengan Orang Lain
Sekiranya anda biasa menggunakan valet parking, ini masa untuk anda park kereta anda sendiri. Seeloknya juga tidak perlu ambil service housekeeping. Anda boleh beritahu pekerja front desk yang anda tidak perlukan housekeeping.Ini adalah kerana sebelum ke bilik anda, staf housekeeping telah masuk ke banyak bilik lain dan mungkin terdedah kepada virus .
Sekiranyasebelum ini anak-anak suka aktiviti pool dan biasa layan Kids Club, anda bolehlah skip aktiviti sebegini Anak anda boleh lakukan aktiviti mandi tub di dalam bilik hotel sahaja..Manakala sekiranya anda makan, lebih baik untuk anda order room service dari makan di restoran hotel kerana pada waktu ini, semua tetamu yang hadir membuka pelitup muka masing-masing. Anda tak tahu siapa sihat, siapa sakit.
6. Tandas
Sekiranya anda berada dikawasan lain di hotel jangan gunakan tandas lain di kawasan hotel. Sebaiknya gunakan tandas dibilik anda sahaja. Ini lebih selamat kerana toilet di kawasan awam hotel pasti ramai pelanggan dah guna dan kita pun tidak tau mereka bebas dari virus atau tidak.
7. Yang Penting – Jaga SOP
Ini juga sangat penting tidak kira dimana jua anda berada. jaga SOP. Jaga jarak fizikal anda bersama orang lain sekurang kurangnya 1 meter. Kerap pakai sanitizer dan jangan terlalu lama berborak dengan orang lain. Tidak kira dimana jua anda berada sila jaga SOP okay.
Kepada anda yang tidak sihat, Mohon jangan tidur di hotel kalau anda rasa kurang sihat, atau anda tinggal di dalam rumah yang ada mereka yang bergejala. Duduk di rumah adalah cara terbaik untuk anda mengelak dari dijangkiti, atau menjangkitkan orang lain dengan virus ini.
Tapi kalau anda sihat dan nak tidur di hotel sebab lemas di rumah semasa PKP, ikut saranan WHO dan 7 tips yang cik iena kongsi diatas
Semoga kita semua dilindungi dari wabak ini.Aminn
Tips yang ohsem.. Tahun ini tak sempat lagi nak gi staycation..
ReplyDeletesama lah..tahun lepas je ade tu pun sebab da booking lama sebelum gov umum pkp 1.0.. postpone lama gile sampai gov umumkan aktiviti perlancongan boleh beroperasi
Deletehotel pun digunakan utk pusat kuarantin..huhu.. rindu sgt nk staycation.. nk travel apatah lg
ReplyDeleteyups ade hotel yg digunakan utk pusat kuarantin
DeleteRindu juga nak staycation. Tapi apa nak buat, pandemik ni stay home stay safe lah kita. Thanks untuk tipsnya :)
ReplyDeletetu la buat masa ni kene stayhome dlu :)
DeleteRindu nk staycation hotel, tapi apa boleh buat, covid lanie makin teruk, huhu..
ReplyDeletehehe tu la kene tgu covid reda dulu :)
Deletelepas betul2 habis wabak covid19, baru boleh nak stay vacation.agak fobia nak g mana-mana sekarang ini hehehe
ReplyDeletehehe buat masa skrg mmg x blh staycation la sb tgh pkp..1 jun nty full lockdown pulak kan..
DeleteLama tak bercuti.. Tak tau bila pendamik ini akan berakhir.
ReplyDeletehope lepas semua dapat vakasin, pandemik ni akan beransur pulih la
Delete