Umumnya masyarakat kita dan juga minuman kafein memang tidak dapat dipisahkan. Ramai dikalangan masyarakat kita yang mengamalkan minuman berkafein sewaktu bersarapan sebelum memulakan sesuatu pekerjaan. Kita sedia maklum kandungan kafein ini mampu membuat mata kita bertahan dan tidak merasa mengantuk.
Malahan golongan pelajar juga merupakan antara golongan yang kerap mengambil kafein kerana perlu berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran. Sama juga seperti Cik iena di zaman belajar dahulu. Cik iena mula mengambil kafein sewaktu belajar di IPT kerana ingin berjaga malam untuk ulang kaji pelajaran dan ianya sudah menjadi kebiasaaan bagi Cik iena tambahan lagi kerja sebagai programmer ada kalanya perlu berjaga malam.
Jadi minuman kafein sememangnya banyak membantu. Namun harus anda ingat juga bahaya jika mengambil kafein terlalu banyak dalam sehari. Cukup sekali sahaja anda minum kafein dalam sehari tau. Istimewe buat penggmar kafein seperti Cik iena khususnya kini NESCAFÉ® telah menjenamakan Semula Minuman Kopi Tempatan kepada Edisi Kopitiam dan menambah dua variasi baharu iaitu NESCAFÉ® Kopi-C dan NESCAFÉ® Kopi Cham.
KOPI CHAM DAN KOPI-C DUA VARIASI BARU NESCAFE EDISI KOPITIAM
NESCAFÉ® telah menjenamakan Semula Minuman Kopi Tempatan kepada Edisi Kopitiam. Dua Variasi Baharu Diperkenalkan adalah NESCAFÉ® Kopi-C dan NESCAFÉ® Kopi Cham.
Buat anda penggemar kopi di Malaysia, adakah seharusnya mencuba sesuatu yang baharu dari NESCAFÉ® Edisi kopitiam ini yang menjenamakan semula rangkaian minuman kopi tempatannya.
NESCAFÉ® Kopi Cham merupakan kombinasi teh dan kopi, manakala NESCAFÉ® Kopi-C pula adalah adunan kopi dan susu yang lebih halus. Kedua-dua perisa ini telah diiktiraf sebagai minuman yang paling digemari di kopitiam tempatan.
NESCAFÉ® Kopi-C
NESCAFÉ® Kopi Cham
Diinspirasikan oleh hiasan dalaman kopitiam Malaysia, rekaan baharu tin dalam edisi ini mencerminkan simbol nostalgia yang bertumpukan kepada warisan. Klasik namun trendy, NESCAFÉ® berikhtiar untuk mengembalikan kenangan silam buat rakyat Malaysia agar warisan ini dapat terus dipelihara dan dibanggakan.
Menurut April Wong selaku Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad.
“Di NESCAFÉ® Sedia-Untuk-Diminum, kami berusaha untuk memastikan keselesaan dan keterangkuman rakyat Malaysia apabila menikmati minuman kopi tempatan kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Berdasarkan permintaan yang semakin meningkat untuk perisa kopi tempatan dan populariti Kopitiam, kami memperkenalkan NESCAFÉ® Kopi-C dan NESCAFÉ® Kopi Cham, bersama-sama keseluruhan produk kopi tempatan yang telah dijenamakan semula dalam Edisi Kopitiam ini,”
Dengan rasa yang telah sekian lama dikenali dan disayangi oleh semua rakyat Malaysia, NESCAFÉ® menyasarkan untuk merealisasikan konsep tersebut dengan memperkenalkan gaya kontemporari untuk penggemar kopi tegar tanpa mengkompromikan keasliannya.
Untuk pengetahuan, penjenamaan semula rangkaian kopi tempatan sedia ada di bawah Edisi NESCAFÉ® Kopitiam ini terdiri daripada
- NESCAFÉ® Tarik
- NESCAFÉ® Tarik Kaw
- NESCAFÉ® Kopi-O
- NESCAFÉ® White Coffee
- NESCAFÉ® Ice
Edisi NESCAFÉ® Kopitiam ini boleh didapati di seluruh negara di kedai-kedai yang turut serta dan juga di platform perniagaan online seperti Lazada dan Shopee.
Jom Nikmati Detik Kopitiam Anda, di mana sahaja anda berada dengan NESCAFÉ Kopitiam!
#NescafeKopitiam
#NescafeKopitiamSeries
#NescafeKopitiamMoments
#MakeYourKopitiamMomentsWithNescafe
CCL coffee lovers . Memang wajib try semua flavour nescafe ni
ReplyDeletehehe nanti blh la cuba :)
DeleteBoleh habiskan x tu iena?
ReplyDeletekalau xhabis mai post kat shida skit hehehee ^_^
Nescafe sedap :p
hehe Insya Allah boleh, iena mmg suke coffee :D
Deletehari2 minum coffee (^_~)
Kita memang suka yang Nescafe ni semua kita minum seorang jer heheh terutama yang Teh Tarik memang menarik rasanya.. Tengok design baru ni pun cantik menarik..
DeleteLawanya design tin nescafe kopitiam ni. Banyak pulak tu flavor yang ada. Pencinta coffee wajib cuba semua.
ReplyDeletehehe lawa kan design dia
Deletesaya selalu stock up nescafe tin ni, dah berwajah baru rupanya siap ada kopi cham, kena try ni
ReplyDeletehehe try tau nanti :)
DeleteWahwahhh, dah tentu good news utk penggemar nescafe mcm saya, tq nescafe sbb sentiasa come up dgn pelbagai perisa, yeay!
ReplyDeleteah betultu nescafe sentiasa come up pembagai perisa :)
DeleteNescafe ini salah satu kegemaran kita juga hehehe tapi bila mereka keluarkan Teh Tarik tu memang terbaik lah kita suka sangat hehehehe... Kat rumah ni habis kita seorang jer minum wakakkaka..
ReplyDeletehehe sedap kan..packaging pn cantik :)
DeleteKita memang suka yang Nescafe ni semua kita minum seorang jer heheh terutama yang Teh Tarik memang menarik rasanya.. Tengok design baru ni pun cantik menarik..
ReplyDeleteKita memang suka yang Nescafe ni semua kita minum seorang jer heheh terutama yang Teh Tarik memang menarik rasanya.. Tengok design baru ni pun cantik menarik..
ReplyDeleteKita memang suka yang Nescafe ni semua kita minum seorang jer heheh terutama yang Teh Tarik memang menarik rasanya.. Tengok design baru ni pun cantik menarik..
ReplyDeleteKita memang suka Nescafe ni terutama yg tarik kaw dan tarik tu kegemaran hehehe setiao hari minum pagi sebelum mulakan kerja dirumah...
ReplyDeleteyeay, kita pun dah cuba varian baru ni. Lawa ye design baru kopitiam depa. Seragam dan menarik!
ReplyDeletehehe cantik kan desig dia
DeleteFuhhh ni campur dengan ais memang syok. Selalu akak beli utk standby kat rumah Nescafe tin ni. Time teringin kopi, terus buh ais. Nikmat betul. Akak suka Cham tu. Nak restock lg lah nanti. Hehe.
ReplyDeletehehe sedap kan :)
DeleteRamai recommend kata rebranding yang baru - Edisi Kopitiam ni best . Teruja plak nak try dan suka betul tengok design tin yang baru ni . Yang suka minum nes kat rumah adalah Mr Hubby . Nanti nak belikan la . Rasanya dia lom tau try lagi Kopi -c & Kopi Cham ni
ReplyDeleteboleh la try nanti :)
DeleteSerius la Nescafe ada koleksi baharu... Nampak mcm sedap je.. Boleh try nanti... Kalau xhabis bak mai sikit kak hihi
ReplyDeletemeh sini hehe :)
DeleteEh, dah jadi Nescafe Kopitiam ekk. Nampak nau lama tak keluar. Biasanya memang selalu beli Nescafe Latte. Fav tu. Next time leh try yang ni plak la
ReplyDeleteboleh lah cuba nanti :)
DeleteRawlins dah try yang Kopi-C tu and I am loving it. Dap dap. Rawlins akan tuang dalam gelas, tambah ketulan ais - fuhhhhh
ReplyDeletehehe tambah ais memang sedap laH :)
DeleteHaritu Sis dah beli dah yang KopiC dan Tarik Kaw tu haaa.. memang perasan ehh macam tin baru.. cuma gelojoh teru minum, lupa plak nak amik gambo ekk hahahaha
ReplyDeletehehe
DeleteI dah beli few cans tapi macam sayangnya nak minum... Cantik bah packaging terbaru ni.. yang flavor pun menarik..
ReplyDelete:)
DeleteLayan minum kopi waktu2 nka buat kerja.. Sedap tu.. Tengok packaging nyatu memg akan buat orang nak beli termasuk i. Haahaahaha.lawa pulak tengok
ReplyDeletehehe btul tu :)
DeleteLawanya packaging baru Nescafe. Banyak flavor pulak tu. Caffein lover mesti suka ini 🥰
ReplyDeletehehe lawa kan :)
DeletePackaging lawa mesti best minum sejuk2 ni
ReplyDeleteah letak peti ais pastu sedap minum ;)
Delete