Kebelakangan ni Cik iena lihat di laman sosial media ramai yang berkongsi mengenai pembelian produk china dan taiwan dengan harga murah di buymall.com.my. Cik iena sememangnya gemar memberi barangan kelengkapan photography dari China kerana harga nya lebih murah jika dibandingkan pembalian dari Malaysia.
Oleh kerana itu Cik iena memulakan langkah untuk membeli Soft Box untuk kegunaan Cik iena mengambil gambar produk mahupun mengambil gambar Cik iena sendiri di rumah. Memandangkan barangan lain seperti tripos, ring light, LED light, photography backdrop beserta beberapa jenis microphone cik iena sudah miliki jadi Cik iena cuma beli barangan yang perlu sahaja. Kali ni Cik iena membeli Photography Light Soft box.
Jika di Malaysia harga Photography Light Soft box ini akan lebih dari RM100 berbeza di buymall.com.my harga Photography Light Soft box ini cuma RM52.80. Walaubagaimanapun harganya sudah pasti tidak termasuk kos penghantaran.
Sebelum Cik iena kongsikan pengalaman membeli Photography Light Soft box di buymall.com.my , Cik iena terangkan terlebih dahulu tentang buymall.
Apa itu Buymall Malaysia?
Buymall Malaysia merupakan platform e-dagang yang merentasi sempadan (cross-border e-commerce) dan kumpulan logistik (logistik team) beroperasi di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2014 dengan memfokuskan untuk menyokong bisnes online yang semakin meningkat di pasaran global.
Untuk pengetahuan buymall Merupakan sebuah syarikat tempatan yang menyediakan perkhidmatan Buy-For-Me dan Ship-For-Me untuk membantu rakyat Malaysia untukmenyelesaikan masalah membeli-belah di China.
Buymall merupakan Malaysia No. 1 Trusted Taobao Expert with high speed air & sea freight yang merupakan anak syarikat kepada Revenue Group Berhad (0200) di mana menyediakan perkhidmatan :
• Perolehan barang pengguna dari luar negara • Logistik merentasi sempadan • Last mile delivery ke dalam pasaran Malaysia
Apakah Perkhidmatan Buy-For-Me?
Apakah Perkhidmatan Ship-For-Me?
Kenapa Memborong Barangan Dari Luar Negara melalui Buymall Malaysia?
Jika sebelum ini memborong barangan dari Cina dilakukan oleh peniaga. Kini di Buymall anda juga boleh membeli secara borong barangan dari China atau Taiwan. Anda boleh membeli barangan terus dari China atau Taiwan tanpa perlu pergi ke negara tersebut. Pembelian borong secara online ini boleh dibuat di kedai online yang terkenal di China dan Taiwan iaitu Taobao.
Buymall Malaysia dapat membantu untuk memastikan barang yang dibeli, sampai dengan selamat kepada anda.Buymall Malaysia merupakan platform e-commerce yang terus berhubung dengan kedai online Taobao.Mereka akan memastikan barangan anda selamat sampai ke gudang dan memastikan barangan anda dihantar mengikut method penghantaran yang anda pilih.
Dari pemahaman iena buymall ni sebenarnya adalah orang tengah yang membantu kita dalam urusan pembelian barangan dari Taobao, Tmall, 1688. Ianya boleh dikatakan sebagai Agent Tabao.
Untuk pengetahuan Taobao, Tmall dan 1688 merupakan laman web pusat membeli-belah terbesar di China, semuanya dimiliki oleh kumpulan Alibaba. Dengan menggunakan buymall anda hanya memerlukan satu akaun Taobao dimana anda boleh melayari di 3 laman web dengan satu account.
Taobao Agent | Buy-For-Me
Taobao Agent di dalam buymall adalah perkhidmatan pembelian Buy-For-Me untuk membantu anda melakukan proses pembelian dengan penjual Taobao, dan perkhidmatan penghantaran Ship- For-Me mempunyai sebuah gudang di China dan Malaysia yang menerima parcel dari penjual di China dan menghantar parcel di Malaysia.
Kelebihan membeli melalui Buy-For-Me di Buymall Malaysia
• Barang yang dibeli selamat sampai di rumah. • Boleh pilih dan beli apa sahaja barang dari China tanpa sekatan secara atas talian. • Anda akan terima barang yang dibeli dalam masa tak lebih dari 7 hari. • Boleh menikmati pulangan dan sistem perlindungan yang lengkap. • Dapat professional service daripada Buymall customer service team.
Perkhidmatan penghantaran | Ship-For-Me
Perkhidmatan Ship-For-Me akan membantu anda untuk menjimatkan lebih banyak kos daripada penghantaran antarabangsa.Buymall Ship-For-Me bergabung dengan syarikat high speed sea freight untuk menghantar barang dengan selamat dan cepat.
Kelebihan menggunakan servis Ship-For-Me
• Pickup servis • Hour+ • High Speed Sea Freight • Safe
Shipping Method & Fee
Buymall bukan sahaja menyediakan perkhidmatan pengangkutan udara dan laut ke rumah, tetapi juga menyediakan perkhidmatan pickup yang boleh anda pergi ke tempat kumpul terdekat atau gudang Buymall Klang untuk mengumpul barang anda semasa masa lapang anda.
Anggaran Kos Penghantaran
Contoh parcel adalah 5 kg normal produk dan dimensi adalah 40x30x50cm.
Untuk perkhidmatan pickup pengangkutan udara ialah RM105, pintu ke pintu ke Malaysia Barat adalah RM128. Untuk perkhidmatan pickup pengangkutan laut adalah RM28, pintu ke pintu ke Malaysia Barat adalah RM55
Tempoh Masa
Kargo udara lebih mahal daripada angkutan laut tetapi penghantaran kapal udara lebih cepat dari angkutan laut, angkutan udara akan mengambil 4-7 hari kerja, angkutan laut akan mengambil 15-22 hari kerja. Jika item anda adalah item yang sensitif, ia perlu membayar kos penghantaran dan bayaran sensitif.
Pengalaman Membeli di Buymall Malaysia
Buymall buy for me process
Cik iena kongsikan pengalaman Cik iena membeli Photography Light Soft box di buymall. Mula-mula Cik buka laman sesawang buymall.com.my dan kemudian cik iena cari barangan yang cik iena ingin beli dan Cik iena add to cart seperti gambar dibawah.
Pilih barangan yang hendak di beli dan klik go to cart sekiranya anda selesai memilih barang dan ingin membayar
Selepas pilih go to cart, anda pelu tandakan produk yang ingin di beli kemudian klik Choose Delivery
Pilih VIP Sea Freight
Air Freight adalah shipment melalui Kapal Terbang. Shipping feenya tinggi, tapi anda boleh dapat parcel dalam 1 minggu.
Sea Freight adalah shipment melalui Kapal laut. Shipping feenya rendah, tapi anda hanya boleh dapat parcel dalam 1 bulan. Tapi barangan Cik iena beli dapat hampir dua bulan , mungkin disebabkan kes covid. Jadi perlu lebih bersabar kalau nak kos shiping yang murah ya.
Sahkan pembayaran. Jika anda tidak mempunyai wang dalam buymall e-wallet anda perlu topup terlebih dahulu.
Selepas klik confirm, anda berjaya bayar- Cik iena ada duit dalam buymall e-wallet jadi terus success bayar
Selepas membuat pembayaran pihak penjual akan menghantar barangan kita ke Gudang buymall. Proses ini memakan masa sehari menurut apa yang cik iena baca
Cik iena selesai membuat pembayaran pada 10 July 2020 jam 7:44PM
Selesai bayar pihak penjual akan mengantar barang anda ke Gudang Buymall dalam masa sehari. Email akan dihantar selepas barang di terima di Gudang Buymall.
Cik iena received email pada Mon, Jul 13, 2:14 PM Tapi Cik iena sibuk sikit jadi Cik iena buat pembayaran pada 15/7/2020. Cik iena kongsikan proses pembayarannya seperti dibawah.
Set Taobao Penghantaran Maklumat
Selesai bayar anda perlu membuat akaun taobao pada yang masih belum mempunyai akaun.
Klik gambar profile, kemudian pilih dashboard dan pilih forwarding address
Panduan cipta akaun Taobao
Selepas anda mendaftarkan akaun Taobao, kini anda perlu menyiapkan alamat gudang penyertaan dalam akaun anda. Untuk menetapkan alamat perkapalan bagi iena adalah sangat rumit jika anda tidak memahaminya, anda perlu log masuk ke akaun Buymall anda untuk mendapatkan alamat gudang penghantaran.
Login akaun Taobao anda pergi ke pengurusan akaun untuk set alamat penghantaran. Jangan isikan nama sebenar dan nombor telefon anda, kerana gudang hanya menerima petak oleh ID Penerima yang diberikan oleh Buymall sistem.
Klik Chine sea fright
Video Set Taobao Penghantaran Maklumat
Street
menurut Video pilih jalan rahsia, iena cari tak jumpa jadi iena
terpaksa translate ke china balik dan find street yang kita highlight
dari buymall, boleh rujuk video untuk ambil yang mana. Selepas di
translate semulake English Jalan rahsia tu adalah Hailong Jiedao
Seterusnya Cik iena akan update proses seterusnya selepas menerima email ya.
Cik iena pun masih belajar, just nak kongsi cara beli dengan anda semua memandangkan ramai yang cakap agak sukar membeli di buymall. Cik iena akui memang sukar, Jadi Cik iena kongsikan untuk panduan bagi yang ingin membeli di buymall.
Sambungan..
Cik iena received email pada Jul 18, 2020, 8:07 PM. Memandangkan sangat sibuk pada hari tersebut jadi Cik iena baru sempat membuat pembayaran untuk shipment ke Malaysia pada 20 July 2020.
Berikut Cik iena kongsikan lagi screenshoot proses pembayaran tersebut untuk rujukan pada yang ingin membeli tetapi mengalami kesukaran untuk membeli. Cik iena sangat akui prosesnya sangat rumit namun ianya sesuai untuk anda yang ingin membuat pembelian secara pukal kerana harga secara pukal akan lebih murah.
Tapi Cik iena tunjuk ni contoh beli satu barang sahaja la ya. NAk beli pukal Cik iena bukan berniaga pun .
setelah dapat email, perlu bayar kos shipment ke Malaysia. Just klik pautan shipping centre pada email
Tandakan barangan yang ingin di hantar ke Malaysia dan klik NEXT
Kemudian klik confirm untuk meneruskan pembayaran
klik ok untuk teruskan
Klik next
klik confirm untuk teruskan pembayaran
Selepas selesai membayar kos penghantaran ke Malaysia. Anda cuma perlu tunggu barang ada sampai. Untuk pengetahuan jika ingin jimat anda boleh pilih untuk pickup barangan di buymall warehouse di Malaysia. Cik iena lebih prefer memilih mereka terus hantar pada Cik iena.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kos kos penghantaran anda boleh terus chat di ruangan chat buymall, mereka akan jawab dengan pantas dan akan membantu anda. Cik iena cuma kongsikan pengalaman Cik iena sahaja.
Untuk lihat status barang boleh pergi ke bahagian my parcel
Untuk pengetahuan Cik iena dapat barang hampir dua bulan dari tarikh Cik iena add to cart dan bayar harga barang. 27 Ogos 2020.Cik iena iena memilih penghantaran seafright kerana nak jimat. Lagipun Cik iena tak rushing nak barang ni jadi bagi Cik iena takde masalah untuk tunggu lama.
Cuma nasihat Cik iena jika anda tidak boleh bersabar mohon jangan membeli disini kerana sesungguhnya anda memerlukan kesabaran dalam segala urusan termasuk menunggu barang sampai. Sekiranya barang yang anda beli anda perlu dalam kadar segera amatlah tidak dinasihatkan untuk membeli disini.
Anda digalakkan membeli di buymall jika anda ingin membeli secara pukal iaitu dalam kuantiti yang banyak. bermaksud secara borong. Sekiranya secara borong kos penghantaran adalah lebih murah berbanding platform lain. Sekiranya beli 1 item seperti Cik iena anda akan rasa kos penghantaran mahal namun selepas di tambah kos penghantaran dan harga barang yang cik iena beli ianya tatap murah berbanding di tempat lain. Sebab itu Cik iena beli Photography light soft box di buymall.
Video review buymall dan unboxing produk buymall
Baiklah Cik iena kongsikan video review tentang buymall dan unboxing produk yang cik iena beli dari buymall. Gambar produk Cik iena lupa ambil so tonton video je dulu ye. Nanti Cik iena beli mentol baru ambil gambar produk yang da siap pasang.
Fashion, Beauty, Lifestyle, Food and Travel Blogger.
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com
Pernah dengar taobao tapi buymall ni baru tahu :)
ReplyDeletemenarikkkk nk try jg laa bli kt sini
ReplyDeleteTerima kasih. Sangat sangat membantu. Semoga dipermudahkan segala urusan Cik Eina. Amin
ReplyDelete