Grab The Promo
Grab The Promo

Pesan Barang Di Econsave Melalui Whatsapp

Dalam musim pandemik ni memang ramai orang yang berasa risau berada diluar. Dalam pada itu Econsave menawarkan servis untuk membeli barang melalui pesanan di whatsapp. Kita hanya perlu bayar online dan ambil barang di Econsave atau datang bayar di kaunter yang telah di maklumkan dan bawa pulang barang.


Pesan Barang Di Econsave Melalui Whatsapp

 

Inisiatif ini sedikit sebanyak sangat membantu terutamanya untuk yang sedang mengalami tempoh kuarantin disebabkan Covid-19. TIdak terlepas juga keluarga Cik iena. Baru baru ini Puan Ibunda telah disahkan Positif Covid-19  dan perlu jalankan kuarantin kendiri di rumah. Jadi ahli keluarga lain juga turut di pakaikan gelang dan perlu kuarantin dirumah.

Sebelum ni kami minta tolong sepupu belikan barang dan hantar kerumah. Iena rasa kesian pula dekat mereka. Jadi Cik iena google apa yang patut dan jumpa maklumat yang Econsave menawarkan perkhidmatan ini. Jadi Cik iena cuma perlu minta tolong sepupu ambilkan barang di Econsave dan hantar ke rumah iena. Takde la penat mereka nak cari barang.

Tambah lagi list ayah iena hantar kemain banyak. Risau sepupu ada kerja lain. Nanti terganggu kerja. Jadi untuk anda diluar sana yang taknak keluar boleh guna servis ini dari econsave. Untuk info mereka tidak mengenakan charge tambahan. Kita cuma perlu bayar harga barang sahaja.

Kalau kita sibuk tak cukup masa boleh juga order di whatsapp kemudia datang kaunter bayar dan balik. Jimat masa kita kan. Cuma harap harap pekerja yang ambil barang tu pilih sayur  n lauk yang segar lah.

Kepada Yang nak cuba servis ni berikut Cik Iena kongsikan caranya dan juga pengalaman Cik iena.

 

Pesan Barang Di Econsave Melalui Whatsapp

Cara Pesan Barang Di Econsave Melalui Whatsapp

  1. Senaraikan pesanan anda mengikut jenama produk dan kuantiti atau berat.Hantar ke No Whatsapp outlet terdekat
  2. Tunggu Panggilan atau Whatsapp
  3. Bayar Dekat Kaunter Servis atau Bayar Online
  4. Ambil Barang


Contoh Pesanan Ck iena seperti dibawah. Untuk info lebih bagus jika anda nyatakan jenama barang. Contoh sos kimball.

  1. Ikan pelaling 2kg
  2. Ikan tongkol / cencaru 2kg
  3. Ayam 2 ekor
  4. Tahu 5 biji
  5. Tahu telor 5 bungkus
  6. Cili api 1/2 kg 
  7. Telor sepapan
  8. Cili merah besar 300gram 
  9. Rempah tomyam 3 bungkus kecil 
  10. Limau oren 6.biji
  11. Carot 3 biji
  12. Cili sos kimball 1bungkus
  13. Kobis sebiji
  14. Terung biru 1kg
  15. Ikan masin kembong 
  16. Ikan masin sepat
  17. Kentang 1kg
  18. Gula 2kg
  19. Tomato 6 biji
  20. Santan kelapa 3 kotak
  21. Sos tiram 1botol
  22. Teh uncang 1 bungkus
  23. Tepong gandum 2 bungkus
  24. Sabun Glo 1 botol

Kemudian whatsapp pesanan ke nombor talifon econsave berdekatan anda.

 

Nombor Whatsapp Econsave

Econsave Batang kali  +60 19-338 9539
Selanjutnya Boleh rujuk di https://econsave.com.my/whatsapp-order/#dearflip-df_2720/3/

Maaf nak tulis satu satu banyak sangat


Syarat Pesan Barang Di Econsave Melalui Whatsapp

  1.  Pesanan hendaklah melebihi RM80
  2. Hanya terdapat di cawangan terpilih
  3. Tarikh pesanan sepanjang MCO sahaja
  4. masa Pesanan 9Am hingga 5pm

 

Review Servis Pesan Barang Di Econsave Melalui Whatsapp

Secara keseluruhannya pekerja yang reply whatsapp sangat membantu. Jika ada barang takde dia akan maklumkan dan cadang barang lain yang sama. Terpulang pada kita nak atau tidak. Kalau pesan melalui whatsapp dan bayar di kaunter mungkin tak sampai 1 jam. 

Macam kes iena bayar secara online jadi perlu pengesahan HQ. Staff perlu keluarkan quotation terlebih dahulu. Cik iena bayar. Bagi resit dan kemudian staff akan call HQ untuk semak samda bayaran sudah diterima atau belum.

Setelah disahkan oleh HQ baru kita boleh ambil barang. Disini jutaan terima kasih Cik iena ucapkan pada makcik iena dan suami sepupu sebab tolong cik iena. Terimakasih Cikros dan Alip, suami kepada bella sepupu iena. 

Risau juga bila mak kene covid-19. Mujurlah mak duduk di Kampung keluarga Abah. Memang ramai saudara disana. Jadi boleh minta bantuan mereka untuk tolong beli barang.

Okay Cik iena konsikan sedikit lepas hantar list mereka cari dan bagi tau apa yang takde. Dan kemudian akan update list dengan harga untuk yang bayar online.

Ikan pelaling 2kg❎
Ikan tongkol / cencaru 2kgm=RM32.51
Ayam 2 ekor=RM30.93
Tahu 5 biji=RM1.95
Tahu telor 5 bungkus=RM3.60
Cili api 1/2 kg =RM14.00
Telor sepapan=RM11.90
Cili merah besar 300gram =RM3.28
Rempah tomyam 3 bungkus kecil =RM8.85
Limau oren 6.biji=RMRM8.34
Carot 3 biji=RM1.61
Cili sos kimball 1bungkus❎
Kobis sebiji=RM5.40
Terung biru 1kg=RM8.83
Ikan masin kembong =RM2.51
Ikan masin sepat=RM9.63
Kentang 1kg=RM2.04
Gula 2kg=RM5.70
Tomato 6 biji=RM4.67
Santan kelapa 3 kotak=RM6.90
Sos tiram 1botol=Rm3.90
Teh uncang 1 bungkus=RM4.9.
Tepong gandum 2 bungkus=RM4.50
Sabun Glo 1 botol=RM4.75

Total : RM 180.70


Pesan Barang Di Econsave Melalui Whatsapp

 

Selepas dapat List ni perlu tunggu untuk mereka keluarkan quotation dan kita perlu bayar terlebih dahulu. Lepas bayar, screenshoot resit dan mereka akan hubungi HQ untuk semak pembayaran diterima atau belum. Kemudian selepas sahkan bayaran diterima .Dah boleh ambil

 

 

Pesan Barang Di Econsave Melalui Whatsapp
Thanks Alip

Terima Kasih Alip tolong ambilkan barang dan hantar kerumah paklang. Bawahni pula ayah iena ambil gambar barang dah dapat. Lepas abah cek semua barang nanti iena akan update barang yang staff econsave pilih segar ke tidak


Pesan Barang Di Econsave Melalui Whatsapp


Jadi kepada anda diluar sana jika ada dikalangan family member yang terkena wabak covid tak perlu risau untuk beli barang dapur. Boleh order melalui whatsapp dan boleh minta tolong saudara atau kawan atau jiran untuk ambilkan barang. 

 

Sekian perkongsian Cik iena. Semoga Puan Ibunda segera sembuh dari Wabak Covid-19 ni. 


Nota : Cik iena stay di Kuala Lumpur. Mak , Abah dan familly di Batang Kali . So Cik iena bukan closed contact ya .

 

Terima Kasih Econsave Batang Kali atas perkhidmatan anda. Nanti boleh shopping lagi.







14 comments:

  1. Wahhh Econsave dah maju setapak boleh order online. Pernah dengar Tesco la kalau hantar barang2 ni. Kalau Econsave dah buat juga senang la. Kita pun banyak pilihan kan?.

    ReplyDelete
  2. Thank for sharing! This will help a lot of people! And convenient too! At least they agak agak know how much is it, easy to plan.

    ReplyDelete
  3. Senang sangat kalau boleh shopping online via WA je, kalau teringin boleh terus hubungi mereka. Lebih selamat dari bertemu ramai orang kala pandemik ni

    ReplyDelete
  4. Thanks so much Iena for this information. InsyaAllah ramai yang akan mendapat manfaat dari perkongsian ini, terutama yang quarantine at home kan

    ReplyDelete
  5. senangnya boleh order online camni kan, sejak pkp dah terbiasa beli online, tapi takdak econsave plak dekat2 sini

    ReplyDelete
  6. Senangnya just whatsapp je kan. Lagi senang berurusan macam ni sebab kalau order online kadang-kadang makan masa 3hari juga tunggu queue.

    ReplyDelete
  7. senangnya nak order barang keperluan. terbaiklah econsave. saya selalu jugak shopping dkt sini sbb brg²nya murah

    ReplyDelete
  8. senangkan bila boleh order dari whatsapps .. jadi x perlu selalu kerap keluar...selamat sikit... brg econsave byk juga yg murah..akk mmg suka

    ReplyDelete
  9. Senangnya dah boleh tempahan melalui WhatsApp...kalaulah Econsave berdekatan dengan rumah saya hahah....

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah bagus Iena ambil berat tentang keperluan dapur family. Akak sejak kita tak boleh merentas dan bertemu keluarga dari tahun lepas. Akak mencari servis pasaraya berhampiran yang buat pesanan dan penghantaran. Rumah parent akak kat Damansara ada AEON dan HERO market, kemudian rumah atok di Perak ada Econsave. So order aje online. Bayar. Senang. Ada juga buat utk delivery. Tapi mak nak keluar juga kekadang. Jadi collect kat pickup area aje. AEON paling selesa sebab kawasan dia luas utk pickup. Berbanding hero dan Econsave di kawasan perumahan. Staff amat membantu tu yang akak salute. Yelah parent kita dah berusia. Kadang panik mereka nak buat urusan norma baharu kan. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kita. Syukur sangattttttt. Iena jaga diri ok. Stay safe!

    ReplyDelete
  11. Senangnya ada feature macam ni sekarang.. order melalui Whatsapp... tak pernah try lagi bah..good initiative juga kan, jimat masa and at the same time, reduce risk of exposure kat outlet... hopefully more will offers perkhidmatan macam ni...

    ReplyDelete
  12. harga barang2 kt econsave mmg lebih murah. happy sgt dpt tau yg diorang dh sediakan online shopping. thanks for sharing this good news with us. x sabar nk buat pesanan pertama petang nnt! :)

    ReplyDelete
  13. Bagus inisiatif Econsave buat begini. Rumah mak akak dekat dengan Econsave so kalau nanti dia balik sana harap Econsave dekata sana ada sediakan perkhidmatan macam ni juga sebab kat kawasan tu banyak orang2 tua yang tinggal. Ada macam ni anak2 nak urusakan bekalan makanan mak ayah pun senang.

    ReplyDelete
  14. Keren Econsave berinisiatif buat belanja online by WA begini. and i did it since a year ago, belanja kebutuhan dapur sampai skin care by WA. diantar sama kurir ke depan rumah, semprot2 disinfektan, baru bawa masuk ke rumah. Musim pandemi kan? segala sesuatu harus higienis masuk rumah.

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve