Dalam musim pandemik ni para ibu bapa mesti ada rasa kerisauan anak anak bosan terkurung dirumah. Pasti banyak aktiviti yang ibu bapa aturkan untuk anak anak. Selain dari aktiviti bersama keluarga lain yand dilakukan sekarang. Anda juga boleh cipta kenangan terindah bersama anak anak anda dalam membuat kek batik dan dalam masa yang sama anda boleh sertai pertandingan Video pendek ceria bersama chef taha yang sedang berlansung.
JOM SERTAI PERTANDINGAN VIDEO PENDEK CERIA BERSAMA CHEF TAHA ANJURAN TABUNG HAJI DAN F&N
Pertandingan ini cukup mudah. Anda cuma perlu rakam video kreatif berdurasi 1 minit proses membuat Kek Batik bersama anak anda. Amat digalakkan untuk anda turut berada didalam video bersama anak anda. Jadi disini anda dapat cipta kenangan indah bersama si cilik.
Untuk menyertai pertandingan ini antara bahan utama anda perlu gunakan dan perlu ada didalam video anda adalah Susu pekat Manis F&N. Pertandingan ini bertemakan Kek Batik Negaraku Malaysia bersempena Hari kebangsaan malaysia.
Jadi mungkin anda boleh masukkan elemen kemerdekaan sepert menggunakan dekorasi bendera malaysia didalam video MEngggayakan pakaian kebangsaan semasa membuat kek batik atau lebih menarik deko kek batik anda berunsurkan kemerdekaan.
Apa apa yang paling penting adalah moment indah ceria anda bersama si cilik dan susu F&N.
Jom Sertai Pertandingan VIdeo Pendek Ceria Bersama Chef Taha Anjuran Tabung Haji Dan F&NPosted by ienaeliena.com on Friday, September 3, 2021
Istimewa buat ibu bapa diluar sana yang mempunyai anak berusia 7-12 tahun.
- Terbuka kepada semua ahli TaHa Cilik yang berumur 7 hingga 12 tahun sahaja.
- Terhad kepada satu penyertaan sahaja bagi setiap ahli TaHa Cilik.
- Hasilkan kek batik dan muatnaik video pendek berdurasi tidak lebih seminit secara kreatif di Facebook bertemakan “Kek Batik Negaraku Malaysia”.
SYARAT PERTANDINGAN CERIA BERSAMA CHEF TAHA
Bagaimana daftar Ahli Taha Cilik?
Untuk pengetahuan sekiranya anak anda telah mempunyai akaun tabung haji maka secara automatiknya anak anda adalah ahli taha cilik. Jadi anak anda layak untuk sertai pertandingan ini sekiranya anak anda berusia diantara 7 Hingga 12 tahun.
Sekiranya masih belum pernah mendaftar akaun di tabung haji. Anda perlu daftarkan akaun tabung haji untuk anda terlebih dahulu untuk menyertai pertandingan ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran akaun tabung haji sila rujuk https://www.tabunghaji.gov.my/.../makluma.../pembukaan-akaun
Hadiah PErtandingan Video Pendek Ceria Bersama Chef Taha
Tempat Pertama :
Wang Tunai RM350 + E-Baucer F&N RM250 + Cenderahati Tabung Wang dan Buku Nota
Tempat Kedua :
Wang Tunai RM200 + E-Baucer F&N RM150 + Cenderahati Tabung Wang dan Buku Nota
Tempat Ketiga :
Wang Tunai RM100 + E-Baucer F&N RM50 + Cenderahati Tabung Wang dan Buku Nota
7 X Saguhati:
Wang Tunai RM50 + E-Baucer F&N RM25 + Cenderahati Tabung Wang dan Buku Nota
Tempoh pertandingan bermula 31 Ogos 2021 sehingga 30 September 2021
Untuk terma dan syarat layari Terma Dan Syarat
Untuk info terkini Official : Lembaga Tabung Haji
Resepi Kek Batik Mudah
Bahan Bahan
- Biskut Marie 1 Paket (270gm)
- Butter Cup 200gm
- Susu Pekat manis F&N 1 Cawan
- Milo 2 Cawan
Bahan Chocolate Topping
- Susu Cair 100ml
- Dark chocolate Berly 200gm (coin)
- Buttercup 1 sudu
Cara cara Membuat KeK Batik
- Pecahkan biskut marie kepada 4 bahagian
- Panaskan kuali
- Cairkan buttercup
- Selepas buttercup cair, masukkan susu pekat manis F&N
- Selepas keduaa dua buttercup dan susu sebati , masukkan milo dan kacau sebati
- Selepas adunan sebati, tutup api dan masukkan biskut marie yang telah dihancurkan dan gaul rata
- Kemudian masukkan adunan dalam bekas dan mampatkan.
- Kemudian untuk topping tak perlu pun takpa.
- Cara buat topping, panaskan kuali,
- Masukkan susu cair dan Dark chocolate Berly, kemudian bila dah sebati masukkan buttercup
- Gaul sebati dan curahkan diatas kek batik yang telah dimasukkan dalam bekas.
- Kemudian masuk dalam peti ais 2 ke 4 jam
Tips Untuk Kek batik
- Kalau taknak kek batik keras bila di potong. Jangan terlalu mampatkan. Masa letak dalam bekas cukup sekadar tekat sedikit bagi masuk dalam bekas. tak perlu mampatkan macam buat nasi himpit.. Kemudian Selepas keluar dari peti ais. Biarkan sekejap jangan terus potong. Biarkan dalam setengah jam bru potong.
- Kalau taknak milo berketul pula pastikan adunan susu dan butter sebati sebelum masukkan milo.
#ienaeliena #blogger #malaysianblogger #bloggermalaysia
#kekbatik
Resipi kek batik yang diberi ok la sebab senang. Alaa anak sis dah terlebih umur nak masuk pun. Sesiapa yg layak tu harus masuk. Dapat bonding time dengan anak.
ReplyDeleteThose who love to cook can join this contest and who knows you might 1 of the lucky winners right? Still, it will be a priceless experience regardless of the resutls.
ReplyDeletewah menarik la..bagus ni untuk anak-anak ada pengalaman buat macam rancangan memasak sendiri.hehehe..nice sharing
ReplyDeleteNi anak saya kalau tahu mesti dia nak join. Dia suka bab2 buat video masakan. Banyak masa lagi. Boleh lah join nanti.
ReplyDeleteAda sorang kawan Rawlins memang minat gila buat kek batik. Ok. Nak suruh dia cuba nasib la.
ReplyDeleteWow........this is a good contest to participate. It's also good to practice your creativity. Thank you for sharing this information.
ReplyDeleteLumayan kan hadiah dia. Akak pun terfikir nak join. Resepi apa nak buat. Dalam kepala kalau melibatkan produk F&N mesti kek batik, ABC, kek dan manisan lain. Hehe.
ReplyDeleteMenarik lah hadiah dia. Nanti cuba tanya anak kot dia nak join. Join je la kan. Menang tu lagi best
ReplyDeleteAlooo comelnya sore Iena hehehe.. Guna susu aje ke? Mudah juga tuu.. buat kek batik je laa kann hahaha betul juga.. hadiah pun lumayann, buat cheesekut pun ookay ek.. eh jom join laa hahaha
ReplyDeleteWahh, menarik pertandingan ni untuk si kecil. Dulu masa saya kecil tak ada pun macam ni hahah.
ReplyDeleteMacam nak suruh Zahra join nanti, leh dia belajar jadi confident sket. Resipi pon makanan fav semua, seronok la buat
ReplyDeletemenarik ni.. boleh suruh amani join.. hehe.. bgs bila ada aktiviti dengan tawaran ganjaran spt ini
ReplyDeleteOh best! Its a great way for the kids to start shooting and share their baking talent.
ReplyDeletealaa takde anak lagi hahaha boleh tengok je la. macam khai memang suka masak tapi malas nak kemas balik or edit video hahahaaha
ReplyDeleteRecently my friend punya anak pun selalu bake kat rumah, boleh suggest mereka join contest ni juga la...
ReplyDeleteMenariknya hadiah dia Iena... I loikeeee... bolehlah war-warkan lagipun nak masuk pun mudah juga kan, just ada keahlian Kelab Taha dah boleh join dah... wah, siap ada resipi kek batik lak tu... nanti nak cubalah...
ReplyDeletehehe boleh la join nty :)
Delete