Grab The Promo
Grab The Promo

Reel Main Kahwin Kahwin di Rumah Hutan Terapi Alam

 

CIk iena kongsikan dulu Reel Main Kahwin Kahwin di Rumah Hutan Terapi Alam. Masih tak sempat nak edit vlog ataupun update blog. 




Reel Main Kahwin Kahwin di Rumah Hutan Terapi Alam




Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's

Menikmati sajian"Artisan" atau buatan sendiri sememangnya menjadi pilihan lagi lagi makanan untuk dinikmati dirumah bersama keluarga. Disini Cik iena ingin berkongsi dengan anda tentang mentega kacang Artisan atau buatan sendiri atau homemade yang boleh anda cuba iaitu mentega kacang dari Carver's.


Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's


Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's

Carver's Homemade Nut Spread

Carver's Homemade Nut Spread  merupakan Mentega kacang 100 % semulajadi, tanpa lemak trans, kolestrol, bahan pengawet,pewarna tambahan, bahan tambahan atau gula.


Di keluarkan oleh Syarikat Carvers Nut Butters yang merupakan sebuah syarikat Yang menawarkan produk mentega kacang artisan dengan tumpuan utama kepada barangan semula jadi dan organik.


Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's



Ianya merupakan produk yang mendapat sijil HALAL daripada JAKIM. Selain itu ianya juga adalah Vegan friendly. Sangat sesuai untuk anda yang Vegan . Memandangkan ianya sugar free jadi ianya sangat sesuai untuk anda yang mempunyai penyakit diabetic .

Istimewanya Carver's Homemade Nut Spread  ini lagi ianya bukan sekadar untuk dijadikan sapuan pada roti atau biskut sahaja. Ianya juga boleh digunakan untuk membuat aneka hidangan masakan mahupun minuman.


Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's



Untuk pengetahuan terdapat 6 Jenis Carver's Homemade Nut Spread  iaitu

  1. Mentega Badam
  2. Mentega Kacang Kasar
  3. Mentega Badam dan Chia Seeds Organik
  4. Mentega Kacang halus
  5. Mentega Gajus
  6. Mentega Badam kasar

 



Carver's Mentega Badam
Carver's Mentega Badam, HArga RM25


 

Carver's Mentega Kacang Kasar
Carver's Mentega Kacang Kasar, Harga RM18

 



Carver's Mentega Badam dan Chia Seeds Organik
Carver's Mentega Badam dan Chia Seeds Organik, Harga RM28


 

Carver's Mentega Kacang halus
Carver's Mentega Kacang halus, Harga RM18
  

 


Carver's Mentega Gajus
Carver's Mentega Gajus, Harga RM25

 


Carver's Mentega Badam kasar
Carver's Mentega Badam kasar, Harga RM25

 

Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's 

Seperti yang dimaklumkan Carver's  nuts butter ini kesemuanya tidak mengandungi gula tambahan. jadi ianya sangat bagus untuk kita . Kepada yang gemarkan rasa manis anda boleh tambahkan susu pekat manis, coklat ataupun madu di sapuan roti anda.


Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's

 

Bagi Cik iena yang gemar rasa sedikit manis, jika Cik iena makan dengan roti cik iena akan tambah coklat , susu pekat manis atau pun madu. Sebenarnya ini terpulang pada citarasa anda. Ada yang gemarkan rasa tanpa gula.

Berikut Cik iena kongsikan hidangan Carver's Nut Butters yang cik iena makan selain dari sapu pada roti.


Hidangan Pencuci Mulut Lebih Sedap Dengan Carver’s Nut Butters range


Untuk wanita bekerjaya yang sering kesuntukan masa ni. Adakalanya teringin makan dessert ala-ala di Restoran tapi tak sempat nak buat kan. Jadi Bila ada Carver’s Nut Butters range ianya memberi inspirasi juga untuk Cik iena buat dessert simple dan sedap.


Hidangan Pencuci Mulut Lebih Sedap Dengan Carver’s Nut Butters range


Gambar diatas adalah antara hidangan pencuci mulut yang Cik iena buat gunakan Carver's Nut Butter. 

  • Donut  strawberry dengan Mentega Badam Dan Chia Seed Organik
  • Waffle dengan Mentega kacang kasar  dan Avocado Strawberry
  • Avocado Smoothie dengan Mentega Kacang Halus



Hidangan Pencuci Mulut Lebih Sedap Dengan Carver’s Nut Butters range

Memang mudah sangat nak sediakan menu Cik iena ni. Waffle, Donut  buah iena beli dekat Village Grocer. Orang kata campak campak jadi dengan adanya Carver's Nuts Butter ni nak buat apa-apa dessert mudah. 

Insya Allah lepas ni iena buat menu lain iena kongsikan juga ya. Ada je nak buat yang rumit rumit sikit tapi iena sibuk sikit nak membaking . Jadi Ni cara anak dara ekspress buat dessert hehe.

 

Review  Craver's Homemade Nut Butters

Review  Carver's Homemade Nut Butters

Secara keseluruhannya iena suka Carver's Homemade Nut Butters ni sebab rasa nuts dia memang terasa sedap, lemak cuma dia tak manis sebab tiada kandungan gula tambahan. Carver's Homemade Nut Butters ni sangat sesuai untuk hidangan seisi keluarga.

Selain boleh dibuat sapuan roti untuk sarapan pagi. Boleh juga buat pelbagai menu pastry lain. Boleh makan dengan biskut. Boleh buat air juga. Ini merupakan kali pertama Cik iena buat air guna peanut butter tau.Avocado Smoothie dengan Mentega Kacang Halus memang sedap. Penggemar avocado macam cik iena mesti suka. 

Buat masa ini Cik iena dah cuba makan  Mentega Badam Dan Chia Seed Organik, Mentega kacang kasar  dan Mentega Kacang Halus . Mentega Kacang Halus dan kasar rasa lebih kurang cuma yang besa adalah tekstur sapuannya. Kedua duanya terasa lemak dan kacangnya berasa. Manakala Mentega Badam Dan Chia Seed Organik rasanya lebih unik dan sedap. Makan macam tu pun Cik iena rasa macam makan cookies.


 

Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's

 

Rasa rasa lemak avocado tambah dengan rasa peanut butter tu rasa pekat menusuk tekak. susah nak bayangkan. Anda perlu cuba.  Disebabkan ini pertama kali Cik iena na cuba. Jadi sukatan dia mungkin tak menepati citarasa pembaca.Mungkin boleh ubah ikut citarasa masing-masing.


Resepi Avocado Smoothie dengan Mentega Kacang Halus


Resepi Avocado Smoothie dengan Mentega Kacang Halus

  • 1 Biji avocado
  • 3 sudu besar plain yogurt
  • 2 sudu besar Madu Kurma (Beli dekat MBG) 
  • 1 cawan full cream milk
  • 1 sudu Mentega Kacang Halus


Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's

 

Cara Buat Avocado Smoothie dengan Mentega Kacang Halus

Biasanya iena buat Avocado smoothie, susu memang akan letak dalam fridge . Semua bahan sejuk dalam fridge. Kalau suka letak ais batu pun boleh tapi iena tak letak sebab jarang minum ais dekat rumah. 


Avocado Smoothie dengan Mentega Kacang Halus

 

Cara buat, 1 biji avocado yang dah masak di blender bersama 3 sudu besar plain yogurt, 2 sudu besar madu kurma dan 1 cawan full cream milk. Kemudian Mentega Kacang Halus tu iena letakkan sebagai topping. Boleh diminum semasa Mentega Kacang Halus dibahagiana atas atau kacau dengan avocado smoothie tu.

 

Peanut strawberry cinamon roll

 

Peanut strawberry cinamon roll





Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's


Baiklah kepada anda diluar sana yang ingin mencuba rangkaian Carver’s Nut Butters ini boleh dapatkan di laman web yang Cik iena lampirkan dibawah. Anda juga boleh ikuti laman sosial mereka untuk mengetahui promosi terkini.

 

 Untuk Maklumat Lanjut





Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve