Grab The Promo
Grab The Promo

HIMALAYA CYSTONE RAWAT BATU KARANG KENCING KOTOR URIC ACID

Menikmati hidangan makanan yang enak sudah sebati dalam budaya masyarakat kita. Adakalanya apabila menikmati hidangan lazat membuatkan kita terlupa untuk mengamalkan gaya pemakanan sihat untuk kesihatan kita.


Budaya ini menyebabkan ramai dalam kalangan kita sakit, bukan disebabkan tidak cukup makan sebaliknya adalah kerana terlebih makan. Tahap kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat masih kurang terutama dalam kalangan golongan muda yang lebih mengutamakan kepuasan diri semata-mata.


HIMALAYA CYSTONE RAWAT BATU KARANG KENCING KOTOR URIC ACID



Walau ada kesedaran sekalipun, kadang kala ia diketepikan demi memenuhi tuntutan nafsu makan yang membuak buak walaupun hakikatnya kiya tahu makanan berkenaan boleh memudaratkan badan apabila semakin meningkat usia.

Antara penyakit yang mudah kita dapati dan adakalanya kita tidak perasan yang kita menghidapi penyakit ini adalah Uric Acid tinggi, Kencing kotor dan batu karang.

 

Uric Acid

Uric Acid merupakan sejenis sebatian kitar hetero yang merangkumi komponen karbon, nitrogen, oksigen, dan hidrogen dengan formula kimia C₅H₄N₄O₃. Asid Urik dicipta apabila badan mensintesiskan nuklotida purin.

Buah pinggang pula adalah organ untuk menapis Urik Asid. Urik Asid biasanya dikeluarkan dari badan melalui air kencing, dan dalam kes yang jarang berlaku dikeluarkan melalui najis. Tahap asid urik dalam darah meningkat apabila buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan normal atau terlalu banyak Urik Asid dihasilkan. 

Sekiranya seseorang mempunyai terlalu banyak Urik asid di dalam badan, mereka lebih cenderung me ngalami pembentukan pepejal kristal pada sendi. Keadaan yang menyakitkan ini seringkali digelar gout. Sekiranya gout dibiarkan tanpa rawatan, kristal asid urik boleh membina pada sendi dan tisu berdekatan, membentuk mendapan (deposit) yang keras dan berketul-ketul dipanggil tophi. Tahap Urik asid yang tinggi juga boleh menyebabkan batu karang atau kegagalan buah pinggang.

 

kencing kotor

Batu Karang

Untuk pengetahuan,  batu karang merupakan batu yang terbentuk di dalam saluran kencing, iaitu dari buah pinggang hingga ke pundi kencing.Dari segi perubatan, terdapat pelbagai jenis batu karang dimana setiap satunya berbeza mengikut simptom dan bahagian tubuh badan yang mengalami kesakitan. 

Jenis Jenis Batu Karang

  1. Jika batu karang tersebut berada di dalam buah pinggang, ia dikenali “nephrolithiasis” 
  2. Jika batu karang tersebut berada di dalam ureter iaitu saluran yang menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing, ia dikenali sebagai “ureterolithiasis”.
  3. Namun secara umum batu karang dikenali sebagai “urolithiasis”, iaitu batu di dalam saluran kencing.

Selain mengakibatkan rasa sakit yang melampau, batu karang juga boleh menyebabkan kerosakan atau kegagalan buah pinggang.Lebih teruk lagi, batu karang boleh menyebabkan jangkitan kuman yang membawa kepada berlakunya nanah di dalam buah pinggang. 

Ini akan mengakibatkan pembentukan bisul di dalam organ berkenaan. Akibatnya, jika kuman ini  merebak ke seluruh sistem tubuh badan tanpa sempat dirawat, ia boleh menyebabkan kematian.

Kebiasaanya masalah batu karang lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita kerana beberapa faktor, terutamanya gaya hidup tidak sihat yang menyumbang kepada masalah ini.

 

kencing kotor

 

Kencing Kotor

Kencing kotor merupakan jangkitan kuman pada saluran kencing (Urinary Tract Infection). Masalah kencing kotor ini kerap berlaku dalam kalangan kaum wanita berbanding lelaki. Keadaan ini disebabkan oleh anatomi ataupun struktur saluran kencing pada wanita adalah lebih pendek sehingga memudahkan penularan jangkitan kuman dari luar. 

Antara gejala kencing kotor adalah seperti kepedihan ketika membuang air kecil, kekerapan kencing serta air kencing yang berbau busuk.


HIMALAYA CYSTONE RAWAT BATU KARANG KENCING KOTOR URIC ACID

Kali ini cik iena ingin berkongsi mengenai satu produk yang dikatakan mampu merawat masalah penyakit ini iaitu Himalaya Cystone.

Himalaya Cystone merupakan ubat herba untuk rawatan sokongan urolithiasis (batu buah pinggang) dan jangkitan saluran kencing yang berulang. Ubat ini mengandungi ekstrak tumbuhan pasanabheda (Saxifraga ligulata), shilapushpa (Didymocarpus pedicellata), dan bahan semulajadi yang lain.

HIMALAYA CYSTONE RAWAT BATU KARANG KENCING KOTOR URIC ACID

 

Cystone dari Himalaya ini mempunyai fungsi anti-lithiatic (mencegah pembentukan batu karang) dan lithotriptic (larut batu karang) hartanah. Cystone berupaya untuk menghalang pengumpulan, pemendapan dan penepuan lampau bahan kimia calculogenic seperti asid oksalik dan hydroxyproline kalsium dalam air kencing yang mana membantu menghalang pembentukan batu karang.

Di antara khasiat lain Cystone adalah seperti berikut :
 

  • Cystone berfungsi menormalkan pH kencing dan mengurangkan rasa sakit semasa membuang air kecil. Antimikro akan melawan patogen kencing biasa yg mengurangkan rasa sakit dan anti-radang.
     
  • Cystone membantu mengurangkan keradangan atau bengkak uretra dan sakit semasa kencing atau kencing berdarah dan kena hyperuricemia (gout)
     
  • Cystone juga berfunsi untuk mengurai keluar batu-batu kecil dari buah pinggang dan Menghalang jangkitan pada saluran kencing serta menormalkan pH air kencing (ph7.5)
     
  • Menghalang pembentukan batu karang dalam saluran kencing.
     
  • Memudahkan pembuangan kencing dan mengelakkan jangkitan saluran kencing.

Kandungan Himalaya Cystone

Didymocarpus pedicellata 65 mg, Saxifraga ligulata 49 mg, Rubia cordifolia 16 mg, Cyperus scariosus 16 mg, Achyranthes aspera 16 mg, Onosma bracteatum 16 mg, Vernonia cinerea 16 mg, Hajrul yahood bhasma bubuk 16 mg, shilajeet, Ocimum sanctum, Tribulus terrestris, Mimosa pudica, Dolichos biflorus, Pavonia odorata, Equisetum arvense, Tectona grandis.


HIMALAYA CYSTONE RAWAT BATU KARANG KENCING KOTOR URIC ACID

Cara Pengambilan Cystone yang di syorkan


Bagi pesakit kencing manis

  • 3 biji setiap hari selepas makan sehingga batu karang keluar


Sebagai pencegahan terbentuknya batu karang

  • 1 biji setiap hari sekurang-kurangya 6 bulan


Untuk Mereka Yang Menghadapi Masalah Kencing Kotor dan Asid Urik Tinggi

  • 2-3 biji setiap hari sehingga tanda-tanda kembali normal



Sekiranya kesakitan yang anda alami berterusan, sila berjumpa dengan Doktor untuk mendapatkan rawatan.


Untuk Maklumat lanjut



 



2 comments:

  1. saya dulu pernah kena batu karang.. mmg sakit betol.. uric acid tinggi masa tu

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve