HYdeout dikenali sebagai lokasi makan bertema yang mesra keluarga dan menawarkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan buat anak-anak yang pertama di Grand Hyatt Kuala Lumpur.
Sejak penampilan sulungnya yang berjaya pada Disember 2020. Berikutan panggilan tirai tema semasa HYdeout, 'Dinotopia', Grand Hyatt Kuala Lumpur berbesar hati untuk memperkenalkan semua tema eksklusif. Terbaharu bermula 09 April 2022, HYdeout menampilkan siri animasi pemenang anugerah yang paling digemari di Malaysia iaitu Upin & Ipin.
HYdeout semakin dikenali dan telah berkembang pesat sejak ia menampilkan tema klasik dengan baik buat golongan muda seperti 'Spookyville' dan 'Dinotopia'. Hasil kerja terbaik mereka adalah bersama rakan kongsi imaginatifnya iaitu La Memoria. La Memoria merupakan syarikat pengurusan acara yang disegani di sebalik idea hiasan bertema fenomenal HYdeout.
Menurut Olivier Lenoir, Pengurus Besar Grand Hyatt Kuala Lumpur, Mereka akan terus mengawal momentum, idea-idea menarik akan menjadi keperluan untuk menegakkan objektif HYdeout yang mementingkan keseronokan keluarga. Mereka juga menganggap bahawa kepentingan tema 'Kampung In The City' akan memberi kesan yang baik kepada tetamu tempatan mahupun antarabangsa. Mereka amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Les' Copaque Production, syarikat penerbitan animasi perintis Malaysia, juga pencipta Upin & Ipin,
Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur Photo : Mohd Zarin |
Kejayaan luar biasa watak-watak eponim dalam mempamerkan pengembaraan bersiri yang sangat dikenali ramai oleh kebanyakan rakyat Malaysia adalah bukti kepada kejayaan yang boleh dibanggakan oleh sebuah nama tempatan.
Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur |
Menurut Pengasas, Pengarah Urusan dan Penerbit Les' Copaque Production, Haji Burhanuddin Md Radzi
“Adalah kebanggaan dan keistimewaan kami untuk bekerjasama dengan Grand Hyatt Kuala Lumpur untuk tema baharu HYdeout kerana kami mampu membawa elemen Upin & Ipin hidup di luar skrin. Kami berhasrat untuk orang lain memupuk budaya rumah tangga dan hiburan tradisional kami, yang dipentaskan daripada pengembaraan Upin & Ipin, sebagai cara untuk kami menghargai akar umbi kami dan menghidupkan semula nostalgia zaman kanak-kanak di tengah-tengah zaman moden ini. Terima kasih kepada HYdeout, kami berharap pengalaman uniknya akan memupuk rasa akrab yang sama dalam kalangan peminat Upin & Ipin, malah memupuk peminat baharu.”
Tema 'Kampung In The City' yang serba baharu di HYdeout meraikan intipati Upin & Ipin melalui semua yang ditawarkan oleh tempat perlindungan bertema itu daripada bufet makan kepada hiburan yang seperti permainan, permainan tradisional , lukisan 'wau', sudut bacaan, gerai karnival, dinding 3D, tayangan filem dan banyak lagi. Anak-anak mungkin terkejut dengan penampilan istimewa dari Upin & Ipin sendiri! Untuk pengetahuan bufet ramadan di Upin & Ipin Kampung In The City ini juga menawarkan aneka pilihan makanan terutamanya makanan-makanan kegemaran Upin & Ipin.
Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur |
Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur |
Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur |
Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur |
Pengalaman di Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur
Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur Photo : Mohd Zarin |
Ini merupakan pengalaman pertama kali Cik iena ke Hydeout, Grand Hyatt Kuala Lumpur sebelum ini Cik iena cuma pernah makan buffet ramadhan di JP teres, Grand Hyatt Kuala Lumpur.Pastinya ia merupakan dua pengalaman yang jelas berbeza.
Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur |
HYdeout menawarkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan buat anak-anak sambil menikmati aneka hidangan yang juga turut ada kaitan dengan kartun animasi Upin & Ipin. Bila Cik iena berada disana terasa seperti berada didalam animasi Upin & Ipin. Dekorasi dalaman yang cantik seperti seolah olah kita berada di perkampungan Upin & Ipin.
Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur |
Masa kecil kecil Cik iena tak merasa macam ni. Untung anak-anak sekarang dapat rasa pengalaman yang sangat menyeronokkan seperti ini.
Disini sambil ibu bapa makan, anak-anak bebas bermain dengan pengawasan teliti daripada staff mereka. Jadi kita tak perlu bimbang akan keselamatan anak-anak. Selain daripada itu kemunculan maskot Upin & Ipin juga pasti akan mebuatkan anak anak anda teruja.
Selain daripada itu kemudahan surau juga disediakan khas buat tetamu di Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout. Lokasi surau yang berdekatan juga amat memudahkan jadi anda tidak perlu risau untuk meninggalkan anak anak anda untuk terus bermain disini. Walaubagaimanapun kelengkapan solat seperti Telekung dan Sejadah tidak disediakan jadi anda perlu membawanya sendiri :)
Jom tonton Vlog Cik iena di Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur
Boleh juga tengok Highlight ig stories iena di https://www.instagram.com/stories/highlights/17883852326593801/
Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur
Kepada anda diluar sana yang mempunyai anak kecil terutama buat anak anak yang sangat menggemari Upin & Ipin anda boleh datang membawa anak kesayangan anda untuk merasakan pengalaman hebat lagi menarik di Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur. Ianya pasti akan menjadi kenangan yang sukar dilupakan buat anda dan anak.
Bulan Ramadhan
· Tarikh : 9 – 30 April 2022
· Sesi : 06.30 PM – 10.00 PM setiap hari
· Harga : MYR 248 untuk dewasa | MYR 168 untuk kanak-kanak
Waktu Biasa
· Tarikh : 6 Mei 2022 dan seterusnya
· Sesi :11:00 AM – 02:00 PM | Sabtu & Ahad , manakala 07:00 PM – 10:00 PM | Sabtu sahaja
· Harga: MYR 248 untuk dewasa | MYR 168 untuk kanak-kanak
Untuk pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi +60 3 2182 1234 / hydeout.kuagh@hyatt.com