Kampar terletak dalam lingkungan Lembah Kinta, kedudukannya seperti dalam kawah di penghujung barat kaki Gunung Bujang Melaka yang disaliri oleh Sungai Keranji dan Sungai Kampar yang terdiri dari tanah lanar yang kaya dengan logam-logam timah.
Sungai-sungai tersebut memendapkan tanah-tanah dan batu-batu kecil kelikir yang mengandungi logam-logam timah di tebing dan dasarnya, proses ini telah berlaku berjuta-juta tahun dahulu, menjadikan kawasan tersebut kaya dengan longgokan bijih timah.
Kampar telah membangun sebagai pusat pentadbiran Daerah Kecil Gopeng dan Kampar telah menjadi pusat perniagaan dan kewangan yang menjadi tumpuan penduduk sekitarnya. Berbagai-bagai kemudahan dan infrastruktur telah disalurkan oleh pihak kerajaan untuk penduduk Kampar seperti Hospital, sekolah, bekalan air, elektrik dan sebagainya.
Baru-baru ini Cik iena berkesempatan ke Kampar bersama rakan rakan selama 4 Hari 3 Malam. Percutian bersama rakan kali ini memberikan memori yang cukup indah dan teramat sukar untuk dilupakan. Memandangkan terlalu banyak memori yang indah dan banyak gambar serta video sepanjang berada di Kampar. jadi Cik iena tulis Artikel dan juga vlog di youtube untuk kenang kenangan dan juga untuk rujukan pembaca jika ingin ke Kampar.
Berikut Cik iena kongsikan 13 tempat menarik yang cik iena lawati semasa bercuti di Kampar Perak baru baru ini.
13 Tempat Menarik di Kampar Perak
- Gua Tempurung
- Water Rafting di Jeram Sungai Kampar (Riverbug)
- HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
- Muzium Gopeng
- Paip Besar Gopeng
- Iqa Corner Restaurant Nasi Wanggey Malim Nawar
- Gua Kandu
- Muzium Perlombong Bijih Timah Kinta
- Menara Jam Kampar
- Arca Mendulang Kampar
- Disney Avenue Agacia Land Kampar
- West Lake of Kampar
- Ilham Seni@Kampar
Gua Tempurung
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung |
Gua Tempurung merupakan sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak, Malaysia. Nama gua ini diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Ia merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian gua 578 meter dan berusia lebih 400 juta tahun serta panjang nya juga mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung |
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung |
Gua Tempurung terdiri daripada 5 kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit & stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung |
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung |
Khazanah alam ini menawarkan pelbagai aktiviti seperti meredah sungai dalam gua, tapak perkhemahan & lain-lain. Untuk pengetahuan Gua Tempurung juga telah tersenarai dalam salah satu Geotapak Geopark Lembah Kinta.
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung |
Ini merupakan pengalaman pertama Cik iena memasuki Gua Tempurung. Sememangnya ia merupakan pengalaman yang sangat Istimewa dan sukar untuk di lupakan. Perjalanan selama 4 jam meneroka Gua Tempurung memang seronok.
Untuk pengetahuan Cik iena dan rakan rakan masuk gua tempurung stage ke 4 yang mengambil masa lebih kurang 4 jam.Memandangkan kami ada aktiviti tengah hari jadi kami perlu skip sedikit beberapa tempat.
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung |
Untuk info terdapat 4 pakej iaitu 2 kering atau dry dan 2 lagi laluan wet atau basah. Jadi, anda akan berjalan, mendaki dan menurun tangga dalam gua, Ada laluan yang memerlukan anda untuk merangkak, mengengsot, mengecilkan badan supaya muat untuk melalui celahan batu dan ada juga kawasan yang anda perlu slide atau menggelungsur. Nanti Cik iena akan kongsikan pengalaman penuh Cik iena menerokai Gua tempurung dalam artikel lain.
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung |
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung |
Tapi Cik iena juga dah upload vlog, boleh tonton di bawah
GUA TEMPURUNG RIVER ADVENTURE VLOG
Alamat: Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak
Beli Pakej Online di : https://bit.ly/gua-tempurung
Water Rafting di Jeram Sungai Kampar
Tempat Menarik di Kampar Perak - Water Rafting Di Jeram Sungai Kampar |
White water rafting merupakan antara aktiviti wajib anda cuba jika anda menjejakkan kaki di Kampar t Pada asalnya cik iena juga takut takut untuk cuba . Ini merupakan pengalaman pertama Cik iena menyertai aktiviti white water rafting ini.
Tempat Menarik di Kampar Perak - Water Rafting Di Jeram Sungai Kampar |
Walaupun anda tidak pandai berenang seperti Cik iena. Anda boleh sertai aktiviti ini kerana mereka menyediakan khidmat Guider yang berpengalaman.
Untuk aktiviti ini kami memilih Riverbug . Utk pengetahuan Riverbug berpengalan lebih 10 tahun dalam mengendalikan aktiviti sukan air. Servis yang mereka tawarkan memang terbaik. Dengan jujurnya iena maklumkan pada Guider kami iaitu En. Razi bahawa Cik iena memang tak pandai berenang dan perlukan orang guide takot terlupa apa yang disampaikan semasa briefing.Sebelum memulakan aktiviti ini, akan ada sesi penerangan terlebih dahulu mengenai command command yang akan digunakan.
Tempat Menarik di Kampar Perak - Water Rafting Di Jeram Sungai Kampar |
Tempat Menarik di Kampar Perak - Water Rafting Di Jeram Sungai Kampar |
Utk pengetahuan jeram kampar adalah salah satu kawasan geografi yang menakjubkan dan terkenal di lawasan Geopark Lembah Kinta. Di sepanjang 5 km jeram ni terdapat 14 buah jeram yg dilabelkan dgn tahap 1 hingga 3. Selain daripada kita melalui laluan mencabar ini kita juga akan dapat nikmati keindahan hutan yang subur dan tenang. Sekiranya bertuah anda akan dapat melihat rama-rama rajah brooke yang hinggap di celahan batu.
Tempat Menarik di Kampar Perak - Water Rafting Di Jeram Sungai Kampar |
Tempat Menarik di Kampar Perak - Water Rafting Di Jeram Sungai Kampar |
Untuk pengalaman penuh Cik iena disini Cik iena akan ceritakan dalam artikel berlainan . Cik iena teruskan untuk lokasi menarik seterusnya di Kampar, Perak.
VLOG WHITE WATER RAFTING
Address: Riverbug Road, 31600 Gopeng, Perak
Phone: 012-313 1006
Beli Pakej Online di https://bit.ly/white-water-rafting-riverbug
HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng |
HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng terletak 3KM dari Pekan Gopeng. Mula beroperasi pada tahun 2010, ladang dengan keluasan 300 ekar ini ditanam dengan lebih 200,000 pohon pokok Gaharu jenis hibrid.
Dikacukkan dengan 12 jenis spesies Gaharu yang dikenali sebagai HOGA (Holistic Gaharu) dan ianya telah diiktiraf oleh MyIPO dengan Idikasi Geografi Gaharu Gopeng.
Ice cream gaharu di Hoga Cafe |
Kemasukan ke HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng adalah percuma .Menariknya disini anda boleh menaiki Van yang disediakan untuk melawat tempat-tempat menarik dengan hanya bayaran RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak.
. Stesen pertama dimulakan dengan Menara HOGA di mana anda akan dapat menikmati pemandangan keseluruhan ladang yang sangat menakjubkan dan pasti membuatkan anda tertaut hati akan keindahan pemandangan disini.
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng |
Stesen seterusnya adalah Hugging Park. Di sini anda berpeluang untuk mendekati dan memeluk pokok Gaharu.
"Orang Cina percaya dengan memeluk pokok gaharu, ia akan membawa tuah kepada si pemeluk.
Mereka percaya bahawa bau wangi pokok gaharu adalah bau dari syurga dan akan membawa mereka lebih dekat kepada tuhan.
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng |
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng |
Stesen yang terakhir adalah Lover’s Park. Mengapa dinamakan Lover’s Park kerana disini terdapat dua pokok besar yang melekat antara satu sama lain seakan sepasang kekasih sedang berpelukan.
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng |
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng |
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng |
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng |
Selain itu HOGA outlet juga menawarkan pelbagai produk-produk inovatif berasaskan Gaharu merangkumi siri penjagaan kesihatan, makanan, minumam, kayu Gaharu, kosmetik dan sebagainya
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng |
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng |
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng |
VLOG HOGA GAHARU TEA VALLEY
HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
Address: Jalan Sungai Itek, 31600 Gopeng, Perak
Waktu Operasi : Isnin - Ahad : 9am - 6pm
Tutup : Selasa (Kecuali Public Holiday)
website: www.hoga.my
Gaharu Tea Valley admission is 🌟FREE🌟
🌟OPTIONAL Van Ride Tour🌟 is available
Adult: RM10/pax
Children (5-12 years old): RM5/pax
Hotline:6053511999
Whatsapp:60175964999
WeChat:60125886186
Muzium Gopeng
Muzium Gopeng secara rasminya dibuka pada 2009 . Ianya menjadi lokasi wajib berkunjung jika ke Gopeng, Perak. Muzium ini diusahakan oleh keluarga yang berasal dari Gopeng. Ianya berada di deretan kedai kayu lama . Jika sekali lalu pasti anda tidak akan perasan akan kewujudan Muzium ini.
Tempat Menarik di Kampar Perak - muzium gopeng |
Untuk pengetahuan, sebelum ini Muzium ini adalah sebuah kandang kuda pada zaman penjajah dahulu.
Muzium ini merupakan sebuah muzium kecil tetapi kaya dengan sejarah masa silam Gopeng dan kebanyakan barangan didalam muzium ini ada kaitannya dengan aktiviti perlombongan bijih timah.
Tiada bayaran masuk dikenakan di sini oleh itu Cik iena amat syorkan kepada anda semua yang ke Gopeng untuk singgah ke Muzium ini bersama bersama generasi sekarang bagi mengingatkan mereka tentang sejarah di Gopeng.
Untuk pengetahuan, pameran di sini kebanyakkan adalah barangan antik berusia 100 tahun lalu yang dipamerkan secara terbuka tanpa gelas kaca.
Barangan antik disini didapati daripada masyarakat setempat yang menyimpannya.
Selain daripada barangan antik yang memenuhi Muzium Gopeng ini, ada juga kenyataan sejarah yang dipamerkan di muzium ini. Anda boleh nampak melalui susunan gambar sejarah perubahan dari tahun ke tahun pekan Gopeng.
Antara barangan yang terdapat disini adalah perabot, perhiasan dan seramik Cina, radio lama, jam, lampu dan banyak lagi barangan antik. Di sini terdapat pelbagai koleksi barangan antik yang pernah digunakan oleh generasi terdahulu di Pekan Gopeng terutama peralatan yang digunakan bagi memproses biji timah & getah
Menurut Mr Phang See Kong atau lebih mesra sengan panggilan Cikgu Phang, salah seorang founder Muzium Gopeng, suatu ketika dahulu orang lama panggil Gopeng sebagai Mopeng iaitu nama sepena dengan seorang pengusaha biji timah yang membuka pekan ini. Kemudian kerajaan negeri menukarkannya dengan nama Gopeng bagi mengkomersial kan tempat ini.
VLOG MUZIUM GOPENG PERAK
Muzium Gopeng
Alamat : 47-49, Jln Eu Kong, Pekan Gopeng, 31600 Gopeng, Perak
Waktu Operasi : Sabtu- Ahad 10am - 4 pm
* Notes: Bagi pelawat dari sekolah dan kumpulan kebudayaan, sila buat temujanji dengan menghubungi talian 016-5421287 (Mr Phang See Kong)
Paip Besar Gopeng
Tempat Menarik di Kampar Perak - PAIP BESAR GOPENG |
Paip Besar Gopeng merupakan lokasi bersejarah yang perlu anda kunjungi. Kewujudan Paip Besar Gopeng ini adalah berkaitan dengan sejarah perlombongan biji timah .
Sekiranya anda melalui jalan utama Ipoh ke Kampar, anda akan nampak satu paip besar ditepi jalan.
Itu adalah hanya sebahagian paip yang digunakan untuk menyambung saluran air dari Ulu Geruntum dan Ulu Gerah ke kawasan perlombongan biji timah di Gopeng.
Paip ini dipasang pada tahun 1908 dan mengalami penambahan dari satu paip kepada dua paip kerana permintaan perusahaan biji timah yang meningkat sejak tahun 1919.
Panjang kesuluruhan paip ini suatu ketika dahulu adalah lebih kurang 15km dan berdiameter 30inchi.
Pada tahun 2010 batang paip dan penyokongnya telah dirobohkan kerana struktur asal sudah tidak kukuh dan membahayakan pengguna jalan raya di situ.
Maka kini ianya tinggal sejarah separuh sahaja paip itu yang dikekalkan bagi mengingati tentang sejarah besar di Gopeng dalam perusahaan biji timah.
VLOG PAIP BESAR GOPENG
Alamat : Taman Gopeng Baru, 31600 Gopeng, Perak
Iqa Corner Restaurant Nasi Wanggey Malim Nawar
Tempat Menarik di Kampar Perak - PAIP BESAR GOPENGIqa Corner Restaurant Nasi Wanggey Malim Nawar |
.
Untuk pengetahuan, di Gopeng popular dengan Nasi Wanggey atau Nasi Kandar. Kedai ini sememangnya mempunyai pelanggan tetap yang ramai. Boleh dikatakan Iqa Corner Restaurant Nasi Wanggey Malim Nawar merupakan kedai makan yang viral di Kampar, Perak.
Semasa kehadiran Cik iena pun kelihatan sangat ramai pelanggan yang beratur untuk membeli makanan
Tempat Menarik di Kampar Perak - PAIP BESAR GOPENGIqa Corner Restaurant Nasi Wanggey Malim Nawar |
Iqa Corner Restaurant Nasi Wanggey Malim Nawar popular dengan Nasi Wanggey yang kuahnya memang pekat. likat serta berasa dan pelbagai pilihan dengan lauk pauk lain yang sedap. Kalau makan pakai tangan tu memang padu melekat bau kari dia tau.Untuk Nasi Wanggey ni cik iena tersangat suka sotong berempah dia memang meletup padu rasa dia. Walaupun alergik cik iena makan jugak sebab sedap sangat dan tak pernah rasa sesedap ini dekat KL. Rasa rempah dia memang padu melekat dekat sotong tu. Ayam goreng berempah memang sedap juicy terasa perapan ayam. Selain Nasi Wanggey, Kari Kepala Ikan juga menjadi pilihan pelanggan pelanggan disini.
Menurut Kak Ge iaitu pemilik restoran ini mereka memang dapatkan bekalan kepala ikan setiap hari untuk mengekalkan kesegaran dan memastikan rasanya kekal enak. Selain daripada itu, menu-menu lain di sini yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan adalah Mee Kari, Laksa, Mee Rebus,Nasi Briyani, Nasi minyak dan macam-macam lagi.
Cik iena juga sempat cuba Mee Kari, Laksa, Mee Rebus memang sedap tapi semuanya pedas okay . Pedas pedas sedap orang cakap.Kuah Laksa dia sangat pekat dan pedas berdesup.
Nasi Minyak Ayam Malbari jugak sangat sedap untuk anda cuba, walaubagaimanapun menu ini hanya ada pada hari jumaat dan ahad sahaja. Terharu sangat Kak Ge sanggup sediakan menu istimewa ini untuk kami walaupun kami datang pada hari sabtu.
Kalau nak cuba Nasi Beriyani pula adalah pada hari Khamis.
Iqa Corner Restaurant Nasi Wanggey Malim Nawar
Waktu Operasi : 8.30 pagi hingga 6.30 petang dan tutup pada hari Sabtu
Alamat : LC 299, Pekan Baru, 31700 Malim Nawar, Perak
Gua Kandu
Gua Kandu merupakan sebuah gua batu kapur yang popular untuk diterokai yang terletak di Gopeng, Lembah Kinta, Perak. Berusia lebih dari 400 juta tahun lamaya. Ianya dikatakan gua dimana pernah menjadi tempat Komunis Malaya berkumpul dan merancang strategi mereka pada suatu masa dahulu.
Sekiranya anda berkesempatan meneroka GUA KANDU ini, anda pasti berpeluang untuk melihat kesan-kesan peninggalan komunis dalam bentuk penulisan dan lambang bintang di dinding-dinding gua.
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Kandu |
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Kandu |
Tapi Cik iena sekadar datang depan Gua kandu sahaja kerana jadual kami terlalu padat pada hari tersebut.
Alamat : Jln Dato' Marzuki, Kampung Gunung Panjang, 31600 Gopeng, Perak
Muzium Perlombong Bijih Timah Kinta (Kinta Tin Mining)
Muzium Perlombong Bijih Timah Kinta merupakan muzium terbesar di Malaysia yang bertemakan perlombongan bijih timah. Ianya dibuka oleh Tan Sri Hew See Tong yang juga merupakan bekas tauke lombong bijih timah. Ianya merupakan Lokasi bersejarah yang anda patut kunjungi bersama keluarga mahupun teman.
Tempat Menarik di Kampar Perak - Muzium Perlombong Bijih Timah Kinta (Kinta Tin Mining) |
Muzium ini mempamerkan replika aktiviti melombong , 4 Model perlombongan dengan pelbagai era yang dibina oleh pakar Lombong. Selain itu disini juga dipamerkan ratusan gambar lama perlombongan , replika palong, koleksi miniral dan bijih, koleksi dokumen, statistik dan atlag geologi.
Musem ini nampak sangat menarik dan terperinci sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalamnya. Dibahagian luar ada diletakkan Papan tanda Kongsi, yang menunjukkan seolah - olah ini ialah rumah kongsi yang mana menempatkan pekerja - pekerja pelombong bijih dan ada ditunjukkan replika palong dan cara perlombongan cara lama.
Menariknya lagi muzium ini menggunakan patung yang menunjukkan cara melombong bijih pada zaman dahulu.Disini ditunjukkan pelbagai informasi tentang perlombongan bijih timah secara menyeluruh dari zaman kedatangan pekerja yang diambil dari Cina dengan menggunakan cara lama untuk melombong hinggalah ke zaman terakhir yang menggunakan kapal korek.
Di Muzium ini memang terlalu banyak sejarah, info dan juga penemuan yang akan dapat anda terokai. Percaya atau tidak, asalnya seekor gajah yang menemukan bijih timah di Perak, namanya Larut. Dari situlah bermulanya segalanya..
Harga Tiket :
Alamat : Lot 126026, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak
Waktu Operasi : Isnin- Ahad 9am–5pm
Phone : 012-288 8530
Menara Jam Kampar
Antara Lokasi bersejarah lain yang anda harus kunjungi adalah Menara jam Kampar yang terletak di persimpangan jalan gopeng dan jalan stesen (sebelum masuk ke pusat bandar Kampar) berhampiran ibu pejabat polis Kampar. Menara ini mempunyai reka bentuk segitiga dan mempunyai jam disetiap permukaannya.
Tempat Menarik di Kampar Perak - Menara Jam Kampar |
Pada tahun 1960 Jawatankuasa Kampar Merdeka dan disokong oleh jawatankuasa Semua Komuniti Kampar telah mencadangkan untuk mendirikan Menara Kemerdekaan di Pekan Kampar.
Pembinaan menara jam tersebut telah siap dalam tempoh 2 bulan pada tahun 1961.
Walaubagaimanapun , jam dipasang pada tahun 1962 dan menara jam tersebut telah dirasmi pada 10 Jun 1962 oleh Tuan Chee Heong Chee @ Chee Ng JP, Presiden MCA Kampar.
Alamat : persimpangan jalan gopeng dan jalan stesen
Arca Mendulang Kampar
Arca mendulang Kampar merupakan lokasi bersejarah di Kampar. Ianya sebagai memperingati kegiatan industri perlombongan yang menyumbang & meningkatkan ekonomi di negeri Perak.
Bandar Kampar adalah lokasi yang dipilih untuk didirikan sebuah arca sebagai lakaran sejarah bertemakan MENDULANG.
Tempat Bersejarah di Kampar Perak - Arca Mendulang Kampar |
Tempat Bersejarah di Kampar Perak - Arca Mendulang Kampar |
Walaubagaimanapun agak sukar untuk anda bergambar disini pastinya kerana ianya terletak di tengah tengah bulatan Muhibbah . Lokasi Arca mendulang berdekatan menara jam kampar jadi jika anda ke Menara Jam kampar anda boleh singgah disini .
Alamat : Bulatan Muhibbah ( Hadapan Ibu Pejabat Polis Kampar)
Disney Avenue Agacia Land Kampar
Disney Avenue Agacia Land Kampar atau Bandar Agacia merupakan kawasan bandar baru di Kampar yang semuanya diinspirasikan dari gaya Amerika. Berkonsepkan Disney dengan kombinasi pelbagai warna pastel.
Tempat Menarik di Kampar Perak - Disney Avenue Agacia Land Kampar |
Tempat Menarik di Kampar Perak - Disney Avenue Agacia Land Kampar |
Dibangungkan dengan unit unit kedai 3 tingkat, yang terdiri daripada 3 deretan banggunan yang masing masing mempunyai perincian yang berbeza dengan tema Inggeris seolah olah berada di Bandar Eropah.
Tarikan utama disini adalah menjadi tempat untuk bergambar kerana banggunannya yang cantik dan unik sangat sesuai untuk bergambar. Pada setiap hari sabtu jam 6 petang disini erdapat aktiviti pasar malam di sepanjang jalan di Bandar Agacia
Alamat : 50, Castle Avenue, 31900 Kampar, Perak
West Lake of Kampar
Merupakan kawasan riadah yang dilengkapi dengan komposisi landskap dan rekreasi . Mempunyai tarikan seperti jambatan kayu dan waterfront bagi aktiviti memancing .
Kawasan ini juga sentiasa menjadi tarikan untuk jurugambar jurugambar tidak kira amatur atau profesional untuk bergambar berlatarbelakangkan tasik dan pergunungan yang menghijau.
Sejujurnya Cik iena sangat suka bersiar siar disini menghirup udara segar . Melihat permandangan indah tasik dan juga kawasan bukit bukau , gunung. Memang menenagkan minda jika bersiar siar di tasik ini ditambah dengan jambatan kayu yang cantik.
Alamat : Taman Bandar Barat Kampar
Ilham Seni@Kampar
Ilham Seni@Kampar merupakan projek Mural yang telah digerakkan sejak tahun lalu. Ianya merupakan kesinambungan daripada program Jom Warnakan Bandar@Kampar pada tahun 2018.
Mural yang menghiasi dinding bangunan lama di Jalan Gopeng-Kampar ini merupakan satu lagi tarikan terbaharu buat pengunjung di Kampar.
Ianya Bukan sahaja tertumpu kepada keunikan mural, malah setiap karya di situ turut dilengkapi dengan imbasan kod quick response (QR), yang menceritakan makna di sebalik hasil seni itu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, mural itu bertujuan untuk menceriakan semula lorong-lorong belakang yang seakan terbiar sebelum ini.
Selain itu katanya, kehadiran lukisan dan warna terang di lorong tersebut diharap mampu melestari dan menghidupkan kawasan pekan lama.
Idea Ilham Seni@Kampar ini tercetus susulan daripada kesinambungan program Jom Warnakan Bandar@Kampar 2.0 oleh Majlis Daerah Kampar sejak tahun 2018.
Untuk pengetahuan mural berkenaan bermotifkan tradisi, budaya, sejarah dan alam semula jadi disini disiapkan sepenuhnya oleh pelukis tempatan melalui kerjasama Persatuan Pelukis Perak.
Sekiranya anda ke Kampar, ini merupakan lokasi wajib anda kunjungi sekiranya anda seorang yang suka bergambar seperti Cik iena khususnya.
Antara Mural yang dapat anda lihat disini adalah
BLOK A
1. Heritage House Gopeng
2. Lompat Getah
3. Tarikh Upeh
4. Durian
5. Itik
6. Kampar (Tulisan)
7. Kelamai
8. Disney Avenue Agacia Land
BLOK B
1. Air Terjun Batu Berangkai
2. Berakit di Jeram Sungai Kampar
3. Ladang Teh Gaharu
4. Kapal Korek
5. Kampar (Love)
BLOK C
1. Sungai Salu
2. Peta Kampar
3. Gua Tempurung
4. Rafflesia
5. Burung Heron
6. Ikan Raja
BLOK D
1. Bunga Cassia Biflora
2. Mendulang
3. Waterfall Abseiling
4. Paip Besar Gopeng
Alamat ; 1, Bahagian Belakang, Jln Gopeng, Kampung Batu Berangkai, 31900 Kampar, Perak
Menarik bukan tempat-tempat yang Cik iena kunjungi semasa berada di Kampar, Perak. Sekiranya anda dan juga rakan mahupun keluarga berkunjung ke Kampar jangan lupa untuk singgah lokasi lokasi menarik dan bersejarah diatas.
Untuk lihat update Cik iena mengenai percutian di Kampar Perak di Instagram boleh lihat di tanda pagar #ienaelienaxbeyoutifulkampar/
Manakala youtube vlog boleh lihat di Playlist beYoutifulKampar