Sempena musim perayaan Hari Natal atau Krismas ini, Coolblog telah melancarkan siri Red Velvet Cheese yang menampilkan dua perisa terbaharu iaitu Red Velvet Cheese dan Red Velvet Choco Cheese.
Istimewa buat penggemar red velvet kini anda boleh nikmati keenakan kek kegemaran anda dalam bentuk smoothie di cawangan Coolblog di seluruh negara mulai 25 November.
RED VELVET CHEESE SERIES DARI COOLBLOG |
Seperti yang anda sedia maklum, Coolblog merupakan jenama dan perintis bagi perniagaan pencuci mulut dan minuman Halal berasaskan kios di Malaysia. Coolblog percaya bahawa kenikmatan pasti dapat diperolehi daripada pilihan minuman mereka yang terbaik dari segi rasa, kepelbagaian, dan nilai.
RED VELVET CHEESE SERIES DARI COOLBLOG |
Bagi meraikan musim cuti penghujung tahun 2022, Coolblog menawarkan siri Red Velvet Cheese yang diilhamkan oleh perayaan Krismas untuk menceriakan lagi suasana hujung tahun yang sangat dinanti-nantikan.
Kek red velvet sememangnya mempunyai ramai peminat yang tersendiri, Warna merah yang juga dikenali sebagai ‘warna kegembiraan’ mencantikkan dan menaikkan lagi lagi seri dan penampilan kek ini seterusnya ianya mencerminkan keceriaan musim perayaan.
RED VELVET CHEESE SERIES DARI COOLBLOG |
Keenakan kek red velvet pasti membuatkan anda teruja. Oleh itu, Coolblog menginspirasikan kek red velvet ini untuk menghasilkan keenakannya dalam bentuk smoothie dengan pelancaran siri Red Velvet Cheese .
Untuk menyerlahkan lagi kelazatan siri terbaharu Coolblog ini, minuman berperisa kek red velvet ini dilengkapi bersama cheese mousse yang turut disertakan dengan taburan serbuk biskut red velvet.
Red Velvet Cheese
Red Velvet Cheese |
Red Velvet Cheese |
Bagi anda yang menggemari perisa asli kek red velvet anda boleh cuba Red Velvet Cheese . Ia merupakan pilihan sesuai keranasmoothie ini mempunyai keseimbangan perisa kek dan cheese mousse yang menggamit selera.
Red Velvet Choco Cheese
Red Velvet Choco Cheese |
Red Velvet Choco Cheese |
Bagi pengemar coklat pula, Red Velvet Choco Cheese adalah pilihan terbaik untuk anda kerana smoothie ini adalah gabungan antara perisa red velvet dan coklat Coolblog yang istimewa .Adunan perisa yang pasti menambat rasa penggemar coklat.
Penutup Mudah Dibuka
Dengan adanya penutup khas yang senang dibuka, para pelanggan juga dapat menikmati keenakan taburan biskut red velvet yang melengkapi siri smoothie ini dengan lebih mudah. Minuman ini juga dilengkapi dengan stopper berbentuk hati dimana ianya
juga sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah yang sempurna untuk orang
tersayang.
Harga Red Velvet Cheese Series
Setiap minuman Red Velvet Series berharga RM11.90.
Gingerbread
Gingerbread |
Bukan sekadar Red Velvet Cheese Series , peminat boleh menambah biskut gingerbread boy atau girl yang berharga RM5.50 sekeping untuk dinikmati bersama Red Velvet Cheese Series Smoothie.
Untuk pengetahuan, biskut gingerbread boleh didapati di cawangan Coolblog terpilih sepanjang kempen Red Velvet Cheese dan dapat dijadikan sebagai pelengkap siri minuman ini.
RED VELVET CHEESE SERIES DARI COOLBLOG |
Untuk maklumat lanjut tentang Coolblog sila layari:
Laman Web: https://www.coolblog.com.my/
Facebook: Coolblog.my
Instagram: CoolblogMalaysia
TikTok: coolblogmalaysia
Twitter: CoolblogMY
Nampak sedapnyer
ReplyDeleteSedap.. Boleh la cuba nanti :)
Deletesedapnya nampak...kita suka red velvet. dah lama tak minum coolblog ni
ReplyDeletehehe sedap red velvet series ni. Nanti try lah :)
DeleteSedapnyaaaaaaaa
ReplyDeleteNyummyy sedap :)
Deletered velvet memang fav kita... nanti boleh la try air cool blog yang terbaru ni :-)
ReplyDeletesedapnyaaaa. dah la bae peminat red velvet. nanti nak try la terliur tengok gambar eina
ReplyDeletenampak sedap red velvet choco cheese tue.. AM nak cuba jugala..
ReplyDeleteJust right on time la! Nell dah la favorite sungguh dengan Red Velvet ni.. boleh la order to give it a try...
ReplyDeletemenariknyaa red velvet tu.Nak tru red velvet choco la. Lama tak minum coolblog ni..hheee
ReplyDeleteKenapa nampak sedap sangat ni. Meleleh air liur tengok. Boleh try beli lepas ni. Lama dah tak minum coolblog.hehehe
ReplyDeleteOhh yes I've tried & love it the most for the red velvet chocolate cheese, yum max. I'm craving again. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteLamanya tak order coolblog ni hehehe sedapnya nampak meleleh nak order lah esok juga huhuhu...
ReplyDeletethe flavour and the colour of this latest drink by cool blog looks amazing! i cannot wait to try it soon :)
ReplyDeleteOmg.. this drinks macam best i memang suka red velvet, nanti nak beli
ReplyDelete