Berbuka puasa bersama keluarga menikmati hidangan masakan kampung
sememangnya amat menyelerakan. Kini buat anda yang merindui masakan
kampung yang segar anda boleh menikmati
hidangan masakan yang persis masakan bonda anda di Bufet Ramadan
Dorsett Kuala Lumpur.
|
Bufet Ramadan 2023 Dorsett Kuala Lumpur |
|
Bufet Ramadan 2023 Dorsett Kuala Lumpur |
|
Bufet Ramadan 2023 Dorsett Kuala Lumpur |
Bertemakan Ramadan Seantero Dunia, Dorsett Kuala Lumpur menawarkan aneka masakan seantero dunia.Kembara melalui citarasa anda di bulan ramadan dan alami kepelbagaian masakan global dalam setiap suapan.
|
Bufet Ramadan 2023 Dorsett Kuala Lumpur |
|
Bufet Ramadan 2023 Dorsett Kuala Lumpur |
|
Lebanese Lentil Soup- Masakan Lebanon
|
Anda boleh cuba hidangan istimewa seperti kambing shakshouka dari Morocco, Ayam Bukhari Uzbekistan dari Mesir. Selain itu terdapat bamia (daging, akra dan rebusan tomato) dan juga
ikan bakar mashuai dari Oman dan banyak lagi
Tidak terlepas juga aneka masakan melayu yang sentiasa segar sepanjang zaman seperti Sotong tumis daun selasih, Sayur campur tumis belacan, Daging deng deng, Udang dan daun ubi masak tempoyak, Telur itik kacang dall, Kailan ikan masin, Siput sedut masak lemak batang keladiIkan bakar dan banyak lagi.
|
Daging Deng Deng - Masakan Malaysia
|
|
Rendang paru Parit Jawa- -Masakan Indonesia
|
|
Ayam goreng lengkuas- masakan Malaysia
|
|
Kari kepala ikan berbendi- masakan Malaysia
|
|
Sayur campur tumis belacan - masakan Malaysia
|
|
Kailan ikan masin - masakan Malaysia
|
|
Telur itik kacang dall - masakan Malaysia
|
|
Aneka Ikan Bakar - masakan Malaysia
|
Selain hidangan utama diatas terdapat juga hidangan sampingan lain
seperti satay, kebab, aneka jenis dessert , aneka jenis kerabu, aneka
jenis sambal, pelbagai kuih muih traditional termasuk lemang dan ketupat palas Cik iena sendiri suka akan masakan di
sini.
|
Bufet Ramadan 2023 Dorsett Kuala Lumpur |
|
Bufet Ramadan 2023 Dorsett Kuala Lumpur |
Dorset Kuala Lumpur merupakan antara lokasi bufet ramadan yang
termasuk dalam senarai buffet kegemaran Cik iena kerana rasa masakan
yang sangan enak. Masakan disini sememangya persis masakan ibunda kerana
resepi asal yang dikekalkan. Terasa seperti makan bersama keluarga di
kampung.
Untuk pengetahuan anda Dorsett KL merupakan Hotel yang menawarkan Bufet ramadan yang termurah di Bukit Bintang. Cik iena juga agak terkejut dingan harga Bufet Ramadan Dorset KL. Murah sangat berbanding Hotel lain di Bukit Bintang.
|
Bufet Ramadan 2023 Dorsett Kuala Lumpur |
|
nyonya Curry Laksa- masakan Malaysia
|
|
Bufet Ramadan 2023 Dorsett Kuala Lumpur |
|
Bufet Ramadan 2023 Dorsett Kuala Lumpur |
Review Bufet Ramadan 2023 Dorsett Kuala Lumpur
|
Bufet Ramadan 2023 Dorsett Kuala Lumpur |
Secara keseluruhannya masakan yang Cik iena cuba menepati Cita rasa Cik iena. Antara yang menjadi kegemaran Cik iena adalah Sotong tumis daun selasih, sotong tumis ini agak pedas namun sangat enak untuk dinikmati. Rasa daun selasih yang sebati dengan sotong membuatkan rasa sotong tumis ini sukar dilupakan.
|
Sotong tumis daun selasih - masakan Thailand
|
Udang dan daun ubi masak tempoyak juga merupakan antara masakan pilihan Cik iena sepanjang berbuka puasa di DOrsett KL. Boleh dikatakan setiap tahun akan ada menu ini. Menu istimewa ini membuatkan Cik iena rindu kampung halaman. Rasa Udang dan daun ubi masak tempoyak di sini memang sangat sedap pekat likat pedas menusuk kalbu namun tetap enak untuk dinikmati.
|
Udang dan daun ubi masak tempoyak - masakan Malaysia
|
Siput sedut masak lemak batang keladi juga antara menu kegemaran Cik iena di Dorset Kuala Lumpur, antara menu wajib sentiasa ada semasa bufet ramadan Dorset KL. Rasa uah masak lemak yang pekat penas meruntun jiwa gitu. MEmang sedap sangat Siput sedut masak lemak batang keladi di Dorset KL.
|
Siput sedut masak lemak batang keladi - Masakan Malaysia
|
Sayur ulam, aneka sambal dan aneka kerabu juga sentiasa menjadi pilihan Cik iena memandangkan Cik iena penggemar sayur. Kesemua jenis sambal memang sedap terutama sambal tompoyak, budu dan cincalok.
|
Bufet Ramadan 2023 Dorsett Kuala Lumpur |
Satay juga tidak kurang hebat rasanya dengan padanan kuah kacang yang pekat pedas enak. Cucur udang juga pasti buat anda teringat saat minum petang bersama keluarga. Sedap sangat. Pendek kata semua masakan di Dorsett KL Cik iena suka.
|
Satay - Masakan Malaysia
|
|
Bufet Ramadan 2023 Dorsett Kuala Lumpur |
Harga Bufet Ramadan2023 Dorsett Kuala Lumpur
|
Bufet Ramadan 2023 Dorsett Kuala Lumpur |
Dewasa : RM138
Kanak2(4-11 tahun) : RM118
Tarikh : 27 March 2023 hingga 20 April 2023 (6.30 Petang hingga 10.00 Malam @ Checkers Cafe)
Untuk pertanyaan dan tempahan.
call or whatsapp : 012-674 3509 / 012-628 0551
Sekiranya anda ingin membuat tempahan online :
https://dorsettbooking.com/malaysia/dorsett-kuala-lumpur/fnb/
VLog Bufet Ramadan 2023 Dorsett Kuala Lumpur
Meriahnya juadah sesedap
ReplyDeleteWahh semua menu sedap lah Iena. Akak paling suka siput sedut tu. Nyummss.
ReplyDeleteOhh wow....so many tasty foods served at this buffet. Sure can happy buka puasa feast here la. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeletemenu nampak sedap di buffet ramadhan dorset KL ni, gambar pun best, memang sangat terbaik
ReplyDeleteTak perlu pergi jauh nak makan makanan antarabangsa. Masakan melayu pun ada. Berbaloi2 berbuka dekat sini ni.
ReplyDelete