Tahukah anda bahawa Hari Ibu Bapa telah ditubuhkan hampir 30 tahun yang lalu. Walaupun ianya mungkin hari yang kurang dikenali namun ia mempunyai kepentingan yang besar bagi kita.
Tahun ini, Dorsett Grand Subang bersungguh-sungguh untuk menjadikan sambutan Hari Ibu Bapa ini lebih meriah dan ianya akan menjadi majlis yang tidak dapat dilupakan. Majlis sambutan ini bukan sahaja dipenuhi dengan makanan yang enak, tetapi banyak aktiviti bersama keluarga yang akan meningkatkan lagi kemesraan dan sillaturrahim bersama keluarga.
PARENTS’ DAY CELEBRATION @ PIANO LOUNGE, DORSETT GRAND SUBANG
23rd July 2023, 1.00 pm to 3.30 pm
Dorsett Grand Subang bekerjasama dengan Restoran Limapulo Baba Can Cook yang telah Terpilih sebagai 2023 Michelin buat kali pertama. Sambutan Hari Ibu Bapa di Piano Lounge @Dorsett Grand Subang ini menawarkan pengalaman istimewa buat ibu bapa dan anak-anak untuk menikmati keenakan masakan asli Nyonya yang disajikan oleh kepakaran asli Nyonya, semuanya disajikan oleh Master kulinari dari Limapulo.
Restoran Limapulo Baba Can Cook |
Cik iena sendiri telah cuba keenakan masakan asli nyonya dari Restoran Limapulo Baba Can Cook. Keenakan menu yang tersendiri. Rasa unik memikat hati pasti akan buat anda puas hati.
Menu Sambutan Parent's Day di Piano Lounge Dorsett Grand Subang dari Restoran Limapulo Baba Can Cook |
Antara Menu dalam set yang ditawaarkan adalah
Untuk appetizer, sebagai pembuka selera yang akan membuatkan anda suka akan masakan asli nyonya.
- Pai Tee
- Sate
Hidangan Utama pula didatangkan dengan
- Nyonya Laksa
- Roti Jala Dengan Kari Ayam
Manakala sebagai pemanis mulut anda akan dhidangkan dengan
- Cendol Gula Melaka
- Onde-onde
Pada sambutan hari perayaan istimewa ini, Penyanyi tempatan Liza yang tidak asing lagi dalam dunia seni persembahan akan naik ke pentas dengan beberapa genre oldies untuk memeriahkan majlis. Makan malam juga akan dihiburkan dengan penceritaan sejarah kisah Peranakan tidak lain daripada Baba Ken yang merupakan keturunan kedua-dua warisan Peranakan Pulau Pinang dan Melaka.
Acara akan dimeriahkan lagi dengan aktiviti istimewa yang akan mengeratkan lagi sillaturrahim, dua orang kanak-kanak dari setiap meja akan dijemput untuk sertai Chef Selebriti Tetamu Florence Tan dalam membuat onde-onde mereka sendiri untuk dihidangkan kepada ibu bapa mereka.
Terdapat juga demonstrasi Mengikat Sarung oleh Baba Ken dan kanak-kanak (12 tahun ke atas
umur)
akan dijemput ke aktiviti ikat sarung untuk ibu bapa mereka dan
berpeluang memenangi percutian 3D/2M termasuk sarapan pagi untuk 2 orang
ibu bapa mereka sama ada di Dorsett Kuala Lumpur, Dorsett Grand
Subang,Dorsett Putrajaya dan Dorsett Hartamas Kuala Lumpur.
Restoran Limapulo Baba Can Cook
Restoran Limapulo Baba Can Cook |
Untuk pengetahuan Restoran Limapulo Baba Can Cook dimiliki oleh seorang model dan pelakon yang telah menjadi usahawan iaitu Alan Yun yang juga akan hadir untuk bertemu semua pengunjung pada Hari Ibu Bapa. Selain Limapulo, Alan juga memiliki Woo Pin 45 Kamunting, yang terkenaluntuk mee kepala ikan.
Restoran Limapulo Baba Can Cook |
Restoran ini dibuka kira-kira tujuh tahun lalu di 50 Jalan Doraisamy di Kuala Lumpur. Restoran ini mempunyai kelebihan tersendiri, dan kedai yang mempunai deko unik seperti di desa dengan perabot gaya vintaj, kerusi logam berkarat, mesin taip lama, alat peraga lama yang menawan dan banyak lagi yang membangkitkan gelombang nostalgia.
Bergambar bersama Alan Yun, Pemilik Restoran Limapulo Baba Can Cook |
Untuk Info Alan Yun selaku pemilik restoran ini pernah membintangi Filem melayu Sepet(2004) dan Filem Gubra(2006) . Filem terbaru adalah tahun 2019 iaitu Kill Fist (Boleh ditonton di Netflix). Kini beliau giat menjalankan perusahaan restoran restoran yang dimiliki.
Review Masakan Asli Nyonya Restoran Limapulo Baba Can Cook
Menu Sambutan Parent's Day di Piano Lounge Dorsett Grand Subang dari Restoran Limapulo Baba Can Cook |
Untuk pengetahuan Cik iena sendiri telah cuba ke enam-enam menu yang bakal disajikan pada majlis sambutan Hari Bapa di Dorsett Grand Subang . Kesemua menu sememangnya mempunyai rasa yang enak yang pasti membuatkan anda akan ke Limapulo sekali lagi untuk menikmati menu asli nyonya yang lain.
Pai Tee
PAi Tee - Restoran Limapulo Baba Can Cook |
Pai Tee buatan sendiri enak rangup, isi didalamnya adalah sengkuang dan ada udang segar yang melengkapkan rasa. Ditambah dengan kuah cili yang istimewa membangkitkan kenunikan rasa pai tee ini. PAi Tee yang Cik iena cuba ni memang lain dari yang lain. Filling sengkuang tu sedap sangat memang perfect match dengan udang dan kuah cili
Signature Satay
Satay - Restoran Limapulo Baba Can Cook |
Satay yang didatangkan dengan kuah kacang istimewa resepi asli nyonya. Kuah iistimewa yang menggunakan jus belimbing dan nanas sebagai bahan tambahan yang sememangnya sangat enak dan unik rasanya. Sekali rasa memang nak makan lagi sebab rasa kuah dia lain dari yang lain. Sate ayam pula juicy tekstur ayam berasa rempah perapan.
Nyonya Laksa
Nyonya Laksa - Restoran Limapulo Baba Can Cook |
Nyonya Laksa yang sangat terkenal . Antara menu kegemaran pelanggan
Limapulo . Rasa laksa yang enak ini pasti membuat anda rasa senang hati
dan terasa ingin mencuba masakan nyonya asli yang lain.Sekali cuba mesti nak datang lagi tau. Cik iena sendiri suka rasa Nyonya laksa di sini. Portion pun banyak memang kenyang makan satu mangkuk.
Roti Jala Dengan Kari Ayam
Roti Jala Dengan Kari Ayam - Restoran Limapulo Baba Can Cook |
Roti jala yang lembut lemak dipadankan dengan kuah kari ayam resepi
asli nyonya sememangnya padanan sangat padu. Ditambah dengan sayuran
ulaman yang melengkapkan lagi hidangan Roti jala ini.
Cendol Dengan Gula Melaka
Cendol dengan Gula Melaka - Restoran Limapulo Baba Can Cook |
Cendol Dengan Gula Melaka dan aiskrim yang sangat sesuai untuk musim panas .Cendol dia memang sedap sangat. Kuah dia perfect lengkap rasa lemak manis. Rasa gula melaka berlemak yang sedap sampaikan Cik iena tanya gula melaka jenama apa yang digunakan sebab Cik iena pernah buat cendol guna gula melaka tetapi cendol ini lagi sedap.
PARENTS’ DAY CELEBRATION @ PIANO LOUNGE, DORSETT GRAND SUBANG |
Harga
RM148 nett (Dewasa)
RM78 nett (Kanak-kanak 9 to 12 tahun)
Untuk pengetahuan anda tempat adalah terhad untuk acara istimewa ini. Untuk menempah tempat , sila layari https://bit.ly/dgsparents
Untuk Maklumat Lanjut
Website : www.dorsetthotels.com/malaysia/subang
Instagram : https://www.instagram.com/dorsettgrandsubang/
Facebook : https://www.facebook.com/DorsettGrandSubang
#HappyParentsDay #Celebration #CelebrateWithDorsett #EatWithDorsett
#DorsettGrandSubang #DorsettHospitality #DorsettHotels #SubangJaya #Selangor
#Malaysia
Astaga. Dalam banyak2 tu, terpikat dan terliur tengok cendol plak. Nampak gaya kena gi cari nie. Ehh. Happy Father's Day to all fathers!
ReplyDeletecendol dia sedap gile :)
Deleteaduhh terus rasa nak pi hahaha. pai tee tu kemain mewah siap letak udang sekor. boleh bawak mak ke sini nanti
ReplyDeletehehe sedap pai tee tu
DeleteMenu2 kat dorset ni semua nampak sedap.. Lagi2 nyonya laksa tu... Teringin nk merasa...
ReplyDeletehehe laksa tu mmg sedap :)
DeleteOkay, terliur betul tengok menu-menu yang tersedia! Memang menarik dan menyelerakan. Btw, first time saya tahu ada Parent Day hehe :)
ReplyDeleteah ade parent's day tp org jarang sambut, biasa mothers day n fathers day je kn:)
DeleteThe pai tee is so unique and look delicious, great place to celebrate special occasion
ReplyDeletehehe pai tee tu mmg sedap :D
DeleteTheir food memang bagus i like the signature nyonya laksa, so good.
ReplyDeleteya signature nyonya laksa tu mmg sedap :D
DeleteWah!! Masakan baba dan Nyonya. AM suka. Nyonya kari laksa dan Roti Jala sentiasa jadi pilihan untuk AM cuba kalau datang ke restoran yang berkonsepkan masakan baba dan Nyonya
ReplyDeleteWow.... nice foods to enjoy with our beloved parents kan. My mama loves nyonya dishes, gonna bring her along. Cheers SiennyLovesDrawing
ReplyDeleteAaaa sedapnya semua menu Iena makan tu. Masakan Baba Nyonya selalunya Ruby ke Melaka tau. Kali ni boleh la pergi ke Dorsett Subang. Dekat je. Nyumssss.
ReplyDeletemasakan baba dan nyonya mmg best. suka dengan rasa dan persembahannya mmg sgt menarik
ReplyDelete