Grab The Promo
Grab The Promo

Perbezaan Kadar Insurans Bjak.my dan Etiqa Takaful

Artikel ini ditulis untuk rujukan Cik iena dalam urusan memperharui insurans kereta . Sebelum ini ramai mencadangkan membuat pembaharuan di Bjak.my kerana ianya lebih murah . 

Setelah penelitian Cik iena Harga Insurans yang biasa Cik iena ambil di Bjak.my sangat berbeza dengan portal rasmi syarikat insurans . Jadi untuk Cik iena yang kurang gemar bertukar tukar Insurans. Cik iena memilih untuk memperbaharui insurans di laman sesawang Etiqa Takaful sendiri.

Walaubagaimanapun untuk anda yang mencari kadar insurans terendah boleh menggunakan Bjak.my untuk membandingkan harga.Sekiranya harga insurans terendah yang anda peroleh mempunyai laman sesawang untuk memperbaharui secara dalam talian, adalah lebih baik anda survey terlebih dahulu harganya.

Tapi jika anda tiada masa untuk buat survey anda boleh terus memperbaharui nya di Bjak.my . Macam Cik iena memang jenis suka buat perbandingan harga. Cik iena akan bandingkan harga, Cik iena ambil jumlah coverage yang sama, add on yang sama dan Cik iena bezakan jumlah harga. 

Hasil dari perbandingan tu Cik iena akan ambil yang lebih murah pada coverage yang sama . Jadi dapat disimpulak disini Pembaharuan insurans Etiqa Takaful di Bjak lebih mahal berbanding di laman sesawang Etiqa Takaful sendiri.

Maka dengan itu Cik iena masih meneruskan memperharui insurans di https://www.motortakaful.com/motorcar/en/takaful/getquote1 Dan seterusnya Cik iena renew roadtax di https://app5.myeg.com.my/MYROADTAX/

 

Perbezaan Bjak.my dan Etiqa Takaful
Perbezaan Bjak.my dan Etiqa Takaful - RM497.15 adalah harga tanda windscreen di Bjak.my

 

 

Perbezaan Bjak.my dan Etiqa Takaful
Perbezaan Bjak.my dan Etiqa Takaful- RM624.95 adalahHarga dengan Wind screen di Bjak.my
 
 Untuk Bjak kadar minimum windscreen Etiqa Takaful coverage adalah RM500 manakala di laman sesawang Etiqa Takaful RM400 minimum . Perbezaan insurans pada jumlah SUM yang sama dengan windscreen coverage adalah Bjak Etiqa Taqaful RM624.95 manakala Etiqa takaful RM438.67
Berbeza RM186.28 , Pada Cik iena beza itu agak besar. Maka dengan itu Cik iena buat keputusan untuk renew di laman sesawang Etiqa Takaful sendiri dan add on perlindungan lain yang Cik iena perlukan.
 


Perbezaan Bjak.my dan Etiqa Takaful
Perbezaan Bjak.my dan Etiqa Takaful. Lebih Jimat di lama seawang Etiqa Takaful , dengan perlindungan yang sama.
 
 
Di Bjak sekiranya Cik iena ambil perlindungan bencana alam menjadikan total RM 735.50 Manakala di Etiqa Takaful cuma RM483.75 menjadikan ianya berbeza sebanyak RM251.75



Perbezaan Bjak.my dan Etiqa Takaful
Perbezaan Bjak.my dan Etiqa Takaful 
   
  
      

Perbezaan Bjak.my dan Etiqa Takaful
Perbezaan Bjak.my dan Etiqa Takaful


Memandangkan perbezaan sangat besar iaitu RM251.75 maka dengan itu Cik iena masih meneruskan memperbaharui Insurans kereta di laman sesawang rasmi Etiqa Takaful untuk tahun 2023 ini. Tahun hadapan Insya Allah Cik iena akan buat survey juga sebelum memperbaharui insurans.

 


Perbezaan Bjak.my dan Etiqa Takaful






 

Selesai renew insurans baru lah boleh untuk kita renew road tax di https://app5.myeg.com.my/MYROADTAX/


 
 
Untuk cek delivery status  roadtax : https://www.myeg.com.my/check-delivery-status
 
 
 
Sekian perkongsian Untuk rujukan Cik iena terutamanya . Untuk info Cik iena hanya buat perbandingan dengan insurans kereta yang Cik iena ambil . Ada banyak lagi Syarikat insurans yang tersenarai dalam aplikasi bjak dan ada yang jauh lebih murah. Tapi Cik iena masih mengekalkan untuk mengambil di syarikat Insurans yang sama.




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve