Grab The Promo
Grab The Promo

Shanghai Dim Sum Dan Big Bowl Noodles di Dorsett Grand Subang

Aidilfitri telah pun melabuhkan tirai. Buat penggemar makanan yang ingin menikmati hidangan makanan  selain dari masakan raya. Kini anda sudah boleh beralih selera dengan mencuba Shanghai Dim Sum dan Big Bowl Noodles di The Emperor, Dorsett Grand Subang.

Shanghai Dim Sum Dan Big Bowl Noodles di Dorsett Grand Subang
Shanghai Dim Sum Dan Big Bowl Noodles di Dorsett Grand Subang

 



Shanghai Dim Sum


Shanghai Dim Sum


Shanghai Dim Sum
Shanghai Dim Sum


Walaupun dim sum Kantonis popular, Dim Sum Shanghai juga mempunyai keistimewaan tersendiri dan mendapat tempat dengan beberapa variasi yang benar-benar mengagumkan juga. Dapatkan Hidangan Shanghai Dim Sum Dari 15 Mei hingga 31 Ogos di The Emperor Chinese Restaurant yang merupakan sebuah restoran terkenal dengan dim sum buatan tangan mesra Muslim . The Emperor akan melancarkan pilihan dim sum Shanghai yang menarik untuk anda nikmati.


The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel
The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel

 

The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel
The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel

 

Five Flavours Shanghai Dumpling

Five Flavours Shanghai Dumpling
Five Flavours Shanghai Dumpling

Dumpling istimewa Shanghai asli mengandungi isi daging dan sup di dalamnya. Dumpling ini menjadi lebih enak dengan hidangan sampingan kicap, cuka dan halia yang dicincang. Istimewanya dumpling ini terdapat dalam 5 inti daging berbeza dan balutan kulit diperbuat daripada ekstrak organik beras merah, lobak merah dan bayam tanpa pewarna atau pengawet tambahan. Setiap bahagian hidangan 5 keping berharga RM25 bersih.

Shanghai Traditional Glutinous Rice With Chicken Meat

Shanghai Traditional Glutinous Rice With Chicken Meat
Shanghai Traditional Glutinous Rice With Chicken Meat



Tidak ketinggalan juga Pulut Tradisional Shanghai dan Bebola Daging Ayam yang menurut Dim Sum Chef Chan ianya  merupakan makanan istimewa yang popular sekitar 20-30 tahun dahulu. Hidangan 3 keping ini berharga RM15 bersih.

Homemade Scallion Pancake

Homemade Scallion Pancake
Homemade Scallion Pancake

Dim sum Shanghai lain yang sama lazat termasuk Pancake Daun Bawang Buatan Sendiri pada harga RM13 bersih setiap hidangan. Cik iena suka sangat Homemade Scallion Pancake. Rasa seakan cekodok bawang namun ianya lebih garing dengan rasa bawang goreng yang menyengat.

Rice Roll with Yam Bean and Dried Shrimp

Rice Roll with Yam Bean and Dried Shrimp
Rice Roll with Yam Bean and Dried Shrimp



Antara kegemaran Cik iena juga adalah  Rice Roll with Yam Bean and Dried Shrimp pada harga RM13 bersih setiap pinggan. Ini adalah satu hidangan yang membuatkan anda mengidam lebih banyak lagi dan sangat sesuai dengan selera rakyat Malaysia tempatan. 


Panfried Shanghainese Chicken Bun & hanghainese lotus bun with egg yolk and plum flower 

Panfried Shanghainese Chicken Bun & hanghainese lotus bun with egg yolk and plum flower
Panfried Shanghainese Chicken Bun & hanghainese lotus bun with egg yolk and plum flower 

 

Panfried Shanghainese Chicken Bun pada harga RM16 bersih setiap hidangan 3 keping.

Bagi mereka yang suka variasi manis, cubalah roti teratai Shanghai dengan kuning telur dan bunga plum pada harga RM15 bersih untuk 3 keping.

Prawn Dumpling in Chili Oil

Prawn Dumpling in Chili Oil
Prawn Dumpling in Chili Oil

Untuk sedikit kepedasan, terdapat dumpling Udang dengan Minyak Cili pada harga RM18 bersih. Prawn Dumpling in Chili Oil  ini memang antara dumpling yang Cik iena suka. Memang tak cukup 3 sebab sedap sangat.


Panfried Shanghainese Dumpling

Panfried Shanghainese Dumpling
Panfried Shanghainese Dumpling

Panfried Shanghainese Dumpling pula anda boleh dapatkan pada harga RM16 bersih untuk 3 keping. 


Untuk info Dim Sum Shanghai tersedia untuk makan tengah hari setiap hari dari 12 tengah hari hingga 2.30 petang kecuali pada hari Isnin dan Ahad.

 

Big Bowl Noodles

Big Bowl Noodles
Big Bowl Noodles 

Istimewa buat Penggemar Mi , jangan lepaskan peluang untuk menikmati The Big Bowl Noodles. Ianya tersedia setiap hari untuk makan tengah hari dan makan malam dari 15 Mei hingga 31 Ogos 2024. Pengunjung boleh memilih daripada tiga tawaran berbeza iaitu:

  • Slipper Lobster And Seaweed With Shanghai Noodles in Superior Soup
  • Deep-Fried Giant Grouper With Special Vercimilli in Salted Vegetable Soup
  • Flying Noodles With Deep-Fried Water Prawns And Crab Meat in Egg White Sauce

Slipper Lobster And Seaweed With Shanghai Noodles in Superior Soup

Slipper Lobster And Seaweed With Shanghai Noodles in Superior Soup
Slipper Lobster And Seaweed With Shanghai Noodles in Superior Soup

 

Slipper Lobster  dan rumpai laut di padankakn dengan Mi Shanghai dalam sup unggul yang disajikan dengan sayur Hong Kong nai pak yang banyak, dihiris lobak merah, cendawan jerami, halia yang dihiris dan wolfberries. Harga RM148 bersih setiap tempahan.

Deep-Fried Giant Grouper With Special Vercimilli in Salted Vegetable Soup

Deep-Fried Giant Grouper With Special Vercimilli in Salted Vegetable Soup
Deep-Fried Giant Grouper With Special Vercimilli in Salted Vegetable Soup



Pada harga RM128 bersih setiap pesanan, ikan kerapu gergasi Deepfried dengan bihun istimewa dalam sup sayur masin adalah satu kemestian yang pasti. Mi ini didatangkan dengan kailan Hong Kong yang manis dan rangup, lobak merah yang dihiris, cendawan shimeji, halia yang dihiris, tomato dan kacang merah; dengan sup memberikan nuansa yang tepat rasa manis masam yang merangsang selera makan. Mi ini lebih pedas berbanding dua Mi yang lain. Pasti ianya akan menepati citarasa rakyat malaysia yang suka akan masakan pedas.

Flying Noodles With Deep-Fried Water Prawns And Crab Meat in Egg White Sauce

Flying Noodles With Deep-Fried Water Prawns And Crab Meat in Egg White Sauce
Flying Noodles With Deep-Fried Water Prawns And Crab Meat in Egg White Sauce



Akhir sekali, yang paling popular ialah mi Flying dengan udang air goreng dan daging ketam dalam sos putih telur. Dengan harga RM188 bersih setiap pesanan, mi didatangkan dengan daging ketam, kailan, lobak merah dan halia yang dihiris dan cendawan enoki dengan mi yang digoreng dengan sempurna dan dipegang dengan sepasang penyepit, dan seterusnya dipanggil mee terbang.


Shanghai Dim Sum Dan Big Bowl Noodles di Dorsett Grand Subang
The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel



Diantara ketigaptiga jenis Mi ini kesemunya mempunyai rasa yang berbeza dan mempunyi keunikan hidangan yang tersendiri. Cik iena lebih gemar Slipper Lobster And Seaweed With Shanghai Noodles in Superior Soup dan juga Flying Noodles With Deep-Fried Water Prawns And Crab Meat in Egg White Sauce.|


Shanghai Dim Sum Dan Big Bowl Noodles di Dorsett Grand Subang
The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel

Untuk info Semua hidangan sesuai untuk 2-3 orang, bergantung pada seberapa besar selera makan anda.

Slipper Lobster And Seaweed With Shanghai Noodles in Superior Soup menjadi kegemaran kerana kombinasi Seaweed yang sedap. Cik iena sememangnya penggemar Seaweed. Kesemua Mi yang dugunakan adalah berbeza . Cik iena lebih gemar Mi Shanghai yang digunakan untuk Slipper Lobster And Seaweed With Shanghai Noodles in Superior Soup.

Flying Noodles With Deep-Fried Water Prawns And Crab Meat in Egg White Sauce juga anda patut cuba. Rasa seakan Mi Kungfu di Malaysia tetapi lebih enak berasa. Kuahnya agak pekat dan ianya sangat mengenyangkan.

 

The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel
The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel

 

The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel
The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel

The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel

Jadi, bersedialah untuk menikmati masa yang baik di The Emperor dengan  Shanghai Noodles Dan The Big Bowl Noodles.

Untuk tempahan, hubungi +60 3 5031 6060 samb 1912 atau e-mel: bookfnb.subang@dorsetthotels.com



Gambar di Dorsett Grand Subang


The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel
The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel



The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel

Dorsett Grand Subang Hotel
Dorsett Grand Subang Hotel

Dorsett Grand Subang Hotel
Dorsett Grand Subang Hotel

Dorsett Grand Subang Hotel
Dorsett Grand Subang Hotel

Dorsett Grand Subang Hotel
Dorsett Grand Subang Hotel

Dorsett Grand Subang Hotel
Dorsett Grand Subang Hotel


Dorsett Grand Subang Hotel
Dorsett Grand Subang Hotel






0138002039 Scammer Maybank - Panggilan Palsu

Zaman sekarang memang macam macam cara orang nak menipu kan. Tiba tiba CIk iena dapat phone call yang mengatakan panggilan dibuat dari Maybank berkenaan kad Cik iena telah  di charge RM3998

0138002039 Scammer Maybank - Panggilan Palsu

 

Yang bercakap tu suara rakaman. Dia suruh tekan butang sekian sekian sekian untuk bercakap dengan operator. Huhu minta maaf lah awak tak berjaya scamm saya. Saya memang ada kad kredit tapi bukan Maybank. Lemah betul tak kaji data orang yang nak ditipu. Penipu yang takbertauliah lah kiranya.

Kepada anda diluar sana yang tiba tiba dapat panggilan talifon mengatakan kad anda di charge sekian sekian. Pertama sekali pastikan nombor tu nombor handphone ke nombor panggilan tetap atau hotline.

Kalau nombor handphone confirm confirm tipu . Mereka akan tipu minta pengesahan , nanti mereka minta no kad, nama dan maklumat tentang kad. Senang senang je boleh guna kad kredit korang nanti.

Tapi sekarang ada juga penggilan palsu yang menggunakan talian tetap. Pendek kata kene berhati hati sekarang ni.

Kalau boleh bila dapat panggilan macam ni terus matikan talian jangan di layan. Okay sekian perkongsian Cik iena.



Lumira di Eka Heights menawarkan kehidupan bergaya dengan sentuhan moden

Memiliki sebuah rumah adalah impian setiap individu terutamanya buat mereka yang telah berkeluarga. Selain daripada faktor rekabentuk rumah serta saiz mahupun harga, faktor kemudahan dipersekitaran juga amat dititikberatkan dalam pemilihan sebuah rumah.

Terdapat banyak projek perumahan yang berkembang pesat di ibu negara khususnya termasuk di pinggir-pinggir bandar. Namun perumahan-perumahan yang lokasinya jauh dari kesibukan kota lebih mendapat perhatian buat golongan yang mengimpikan rumah idaman yang selesa untuk mereka bersara kelak.

 

Lumira di Eka Heights
Lumira di Eka Heights
Pintu Masuk Lumira di Eka Heights

Lumira di Eka Heights menawarkan kehidupan bergaya dengan sentuhan moden



Lumira di Eka Heights



Eka Heights ialah pembangunan baharu yang meningkatkan pengalaman hidup moden.


Lumira di Eka Heights terletak di sebelah barat Seremban, Eka Heights mendapat manfaat daripada sambungan yang hebat melalui laluan utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan Hubungan KLIA. Ianya terletak di lokasi yang sangat strategik di dalam Lembah Wawasan Malaysia (MVV). Sebuah kawasan yang sedang pesat berkembang luas dari Greater Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan.

Eka Heights ini merupakan perbandaran yang terdiri dari 10 presint rumah 1 & 2-Tingkat, berjumlah 3,620 unit.


Lumira di Eka Heights

Kemudahan Hab Komersil


Mempunyai Hab komersil yang dipanggil Eka Biz, sebuah kedai pejabat dalam pembangunan Eka Heights yang bersedia untuk muncul sebagai hab komersil eksklusif yang direka untuk keperluan penduduk di Eka Heights. Ianya bakal menjanjikan kemudahan yang tiada tandingan seperti restoran, kafe, klinik, kedai makanan haiwan, farmasi, dan pelbagai lagi perniagaan yang dapat dijalankan untuk keperluan penduduk di Eka Heights.

Bukan itu sahaja, penduduk juga dapat memilih atau ke hab komersial berdekatan, termasuk Sendayan MetroPark, Tiara Biz, dan Sendayan Merchant Square. Ini bagi memastikan pilihan yang luas untuk memenuhi keperluan membeli-belah penduduk.



Alami gaya hidup yang diperkaya dengan alam semula jadi di dalam Taman Mageka seluas 15.5 ekar


Lumira di Eka Heights
Suasana di Lumira dilengkapi dengan tasik


Taman Mageka
seluas 15.5 ekar yang berlandskap rapi.  Taman ini menawarkan keindahan tasik yang tenang dan pelbagai kemudahan bagi memastikan gaya hidup yang lengkap untuk penduduk.

Lumira di Eka Heights
Pelbagai aktiviti disediakan



Antara aktiviti sukan dan rekreasi ialah gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton, buaian gergasi, arca menawan, laluan refleksologi, plaza jam matahari, dan ciri-ciri tambahan. Selain itu, kawasan taman permainan menyediakan ruang yang menarik dan selamat untuk kanak-kanak dan kanak-kanak untuk menikmatinya. Ini pasti membuatkan penduduk berasa sangat selesa disini.

Kemudahan gaya hidup yang komprehensif

Eka Heights juga tidak jauh dari mercu tanda dan kemudahan gaya hidup. Untuk bersantai, terdapat d’Tempat Country Club & X-Park Sendayan yang merupakan salah satu tempat hiburan terbesar di Negeri Sembilan dengan keluasan 34 ekar dengan pelbagai tarikan yang menarik & kemudahan sukan lasak yang terletak hanya 10km jauhnya.

Lumira di Eka Heights
Hammock Swing

Lumira di Eka Heights
Sunken Seating


Selain daripada itu, hab Pendidikan seperti SK Sendayan, SMK Bandar Sri Sendayan dan SMK (Felda) Seri Sendayan hanya berjarak kurang daripada 10KM daripada Eka Heights . Hab komersil seperti Tiara Biz, Sendayan Metropark dan Suriaman Biz juga terletak kurang daripada 10km jauhnya.

 

 Sementara itu, Masjid Sri Sendayan yang mana merupakan sebuah mercu tanda baharu yang menjadi ikon di Bandar Seri Sendayan, juga terletak kurang daripada 10km pemanduan dari Eka Heights. Kemudahan dan tarikan ini pasti membuat penduduk merasakan kepelbagaian kemudahan dan perkhidmatan yang berada di persekitaran memudahkan dan melengkapkan lagi aktiviti kehidupan seharian.


Maklumat Projek


Lumira di Eka Heights



1.Pelancaran Akan Datang
•Lumira - Rumah Teres 2 Tingkat
•20’ x 70’
•1,607 kaki persegi
•4 Bilik Tidur & 3 Bilik Air
•Harga dari RM 405,000
•193 Unit
•Taman rekreasi dengan tema muzik, di mana dek gitar telah direka dengan seni untuk menyediakan pemandangan yang indah untuk bersiar-siar. Penduduk boleh menikmati pelbagai kemudahan termasuk kawasan permainan kanak-kanak, buaian buaian, ruang tempat duduk, gelanggang bola keranjang, stesen gim dan banyak lagi.


Lumira di Eka Heights
Lake Guitar Deck

 

Kepada anda yang berminat boleh Daftar sekarang https://www.ekaheights.com atau hubungi 1800 88 2688 untuk mengetahui lebih lanjut! 

 

#Eka8A #EkaHeights #Lumira #FlexiLivingHomes #HomesofyourDream #EscapetoNature #MagekaPark #MatrixConcepts



Top Instagram Influencers in Malaysia in 2024

Hari ni Cik iena ada google someting tiba tiba terjumpa artikel Top Instagram Influencers and Instagram Users in Malaysia in 2024  dan akaun instagram Cik iena ada dalam tu.


Top Instagram Influencers and Instagram Users in Malaysia in 2024


Terkejut juga sebab ramai je follower beratus ratus K, berjuta pun ada tapi yang 50K ni pun tersenarai nombor 39.  Okay la tu boleh berbangga juga . Walaupun nombor 39.


Top Instagram Influencers in Malaysia in 2024


Sejujurnya bukan mudah nak kekal dalam industri ni, kita kene keep buat content yang bermanfaat. Jangan sesekali buat content yang mencetuskan kontroversi yang boleh menjatuhkan diri sendiri dan orang lain.

Walaupun sekarang lebih ramai client memanggil tiktokers untuk buat review tetapi masih relevant untuk panggil blogger buat review di blog mahupun insta atau facebook kerana ketiga-tiga platform ini setakat ini tidak menyekat mana-mana trafik keluar. 

Jika di tiktok , tiktok akan menyekat trafik keluar. Terlalu banyak DO & DONTS . Kita tak boleh letak caption atau words dalam video untuk mengarahkan orang pergi website, pergi whatsapp . Apatah lagi mengarahkan pergi ke platform pesaing seperti Shopee, Lazada, Instagram.

Setakat ini instagram, facebook dan blog masih boleh memautkan pautan lain untuk kita buat promosi.


Okay kalau anda pemilik perniagaan nak cari instagram influencer ke boleh refer Top Instagram Influencers in Malaysia in 2024

Top Instagram Influencers in Malaysia in 2024



atau nak contact cik iena pun boleh. Cik iena boleh suggest PR company yang bagus untuk korang berkerjasama.

Ini contoh data cik iena dekat starngage 


Top Instagram Influencers in Malaysia in 2024







STANDARD CHARTERED STUPID CUSTOMER SERVICE

STANDARD CHARTERED STUPID ONLINE BANKING SYSTEM AND CUSTOMER SERVICE



Sistem Online banking Standard Chartered Sangat menyusahkan Bila tukar handphone.

Baru-baru ni Dapat Email dari standard chartered yang mengatakan untuk guna mobila apps handphone perlu update OS / iOS berkuatkuassa 3 mei 2024

So iena nak tukar login ke handphone iena lagi satu sebab handphone sebelum ni android lama dah. So nak login ke iPhone. Bila login dia memang auto disable mobile login dekat phone asal.

Okay lah dia suruh contact SC untuk mintak Mobile key temporary pin. Bila call tu dua kali kene call sebab talian sibuk. Cik iena pasti tengah ramai orang call. Berkuatkuasa 3 mei lagi bakal ramai yang call.

Cik iena jawab semua soalan untuk verify ownership account. Cuma satu je tak boleh jawab sebab lupa berapa amount last cik iena bayar untuk credit card. Memang tak ingat lah sebulan sekali bayar dan setiap kali bayar amoun berbeza. Memang jujur iena jawab tak ingat berapa sebab dah sebulan bayar.

Ni bukak online banking sebab nak bayar kad kredit. Lepastu dia jawab verification failed sebab jawab salah. Dia minta pergi bank untuk buat manual verification. Memang menyusahkan orang sangat. Dah nak kene ambil cuti pulak kene pergi bank. Kad kredit tak boleh lambat bayar. Kau sendiri menyusahkan tanya soalan berapa amaun last bayar kad kredit bukan semua orang boleh ingat. Kau tanya amount loan kereta loan rumah confirm betul lah jawapan orang ingat sebab fix.

Sumpah menyusahkan orang. Memang customer servis confirm bertalu talu orang call dan Bank confirm ramai orang datang sebab masalah ni. Tanya soalan untuk verify tak salah. tapi tanya yang masuk akal lah sikit bingai. 


JIKA SELALU TUKAR HANDPHONE AKAN KERAP HADAPI MASALAH NI

JIka korang salah satu orang yang selalu tukar handphone baru mungkin akan hadapi masalah ni bila nak  access online banking. Cik iena memang ada dua handphone. Selalu login guna handphone android yang lama. Tak pernah tukar login ke handphone baru walau dah ade yang baru . Masih simpan handphone lama ni atas faktor ini jugalah standard chartered susah bila tuka login mobile.

Nak tak nak sekarang kene hadap sebab SC dah forced untuk update os, phone iena yang android phone lama. Jadi iena plan tukar login ke iPhone. Dan seperti yang dijangka masalah yang akan dihadapi bila tukar login mobile.

MAcam mana lah orang yang selalu tukar iPhone tu kan nak update mobile banking apps ni.



NEW UPDATE AFTER ONE DAY :

Awas artikel diatas ditulis selepas Customer service reject ownership verification account melalui phone. Mana tak dapat jawab nya tanya soalan berapa jumlah last amount bayar kad kredit. Memang tak ingatlah berubah rubah setiap bulan bergantung pada penggunaan.

Cik iena call sekali lagi customer service tapi kali ni Cik iena dah prepare siap siap log pembayaran. Segala info mengenai standard chartered bank. Bila call takde pula tanya berapa amount pembayaran kad kredit paling lattest. Geram pulak bila kita dah godek godek semua dokumen untuk jawab berapa bayar itu berapa bayar ini. Dia tak tanya pula.

Selepas selesai jawab soalan dia bagi temporary pin untuk kita login apps untuk daftar phone yang baru. Selepas login temporary pin tu kita create pin kita then dia auto logout. Selepas 12 jam baru boleh login balik. Dalam tempoh 12 jam tu jangan berani berani cuba login dekat handphone lama ya. Kene ulang step lagi sekali.


Sebenarnya bagus lah security dia ni cuma bila ianya urgent buat kita dan CS tanya soalan yang mana mungkin kita ingat. Jumlah yang tak tetap tiap bulan memang buat orang marah lah. Lepas tu dia failed kan verification dan suruh datang bank. Confirm orang marah.

Jadi kepada CS mana-mana online banking jangan lah tanya soalan bodoh . Amount pembayaran kad kredit bertukar  setiap bulan bergantung pada penggunaan .Tnyalah amount loan rumah ke loan kereta ke. haha






Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve