Grab The Promo
Grab The Promo

0138002039 Scammer Maybank - Panggilan Palsu

Zaman sekarang memang macam macam cara orang nak menipu kan. Tiba tiba CIk iena dapat phone call yang mengatakan panggilan dibuat dari Maybank berkenaan kad Cik iena telah  di charge RM3998

0138002039 Scammer Maybank - Panggilan Palsu

 

Yang bercakap tu suara rakaman. Dia suruh tekan butang sekian sekian sekian untuk bercakap dengan operator. Huhu minta maaf lah awak tak berjaya scamm saya. Saya memang ada kad kredit tapi bukan Maybank. Lemah betul tak kaji data orang yang nak ditipu. Penipu yang takbertauliah lah kiranya.

Kepada anda diluar sana yang tiba tiba dapat panggilan talifon mengatakan kad anda di charge sekian sekian. Pertama sekali pastikan nombor tu nombor handphone ke nombor panggilan tetap atau hotline.

Kalau nombor handphone confirm confirm tipu . Mereka akan tipu minta pengesahan , nanti mereka minta no kad, nama dan maklumat tentang kad. Senang senang je boleh guna kad kredit korang nanti.

Tapi sekarang ada juga penggilan palsu yang menggunakan talian tetap. Pendek kata kene berhati hati sekarang ni.

Kalau boleh bila dapat panggilan macam ni terus matikan talian jangan di layan. Okay sekian perkongsian Cik iena.



0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve