Grab The Promo
Grab The Promo

STANDARD CHARTERED STUPID CUSTOMER SERVICE

STANDARD CHARTERED STUPID ONLINE BANKING SYSTEM AND CUSTOMER SERVICE



Sistem Online banking Standard Chartered Sangat menyusahkan Bila tukar handphone.

Baru-baru ni Dapat Email dari standard chartered yang mengatakan untuk guna mobila apps handphone perlu update OS / iOS berkuatkuassa 3 mei 2024

So iena nak tukar login ke handphone iena lagi satu sebab handphone sebelum ni android lama dah. So nak login ke iPhone. Bila login dia memang auto disable mobile login dekat phone asal.

Okay lah dia suruh contact SC untuk mintak Mobile key temporary pin. Bila call tu dua kali kene call sebab talian sibuk. Cik iena pasti tengah ramai orang call. Berkuatkuasa 3 mei lagi bakal ramai yang call.

Cik iena jawab semua soalan untuk verify ownership account. Cuma satu je tak boleh jawab sebab lupa berapa amount last cik iena bayar untuk credit card. Memang tak ingat lah sebulan sekali bayar dan setiap kali bayar amoun berbeza. Memang jujur iena jawab tak ingat berapa sebab dah sebulan bayar.

Ni bukak online banking sebab nak bayar kad kredit. Lepastu dia jawab verification failed sebab jawab salah. Dia minta pergi bank untuk buat manual verification. Memang menyusahkan orang sangat. Dah nak kene ambil cuti pulak kene pergi bank. Kad kredit tak boleh lambat bayar. Kau sendiri menyusahkan tanya soalan berapa amaun last bayar kad kredit bukan semua orang boleh ingat. Kau tanya amount loan kereta loan rumah confirm betul lah jawapan orang ingat sebab fix.

Sumpah menyusahkan orang. Memang customer servis confirm bertalu talu orang call dan Bank confirm ramai orang datang sebab masalah ni. Tanya soalan untuk verify tak salah. tapi tanya yang masuk akal lah sikit bingai. 


JIKA SELALU TUKAR HANDPHONE AKAN KERAP HADAPI MASALAH NI

JIka korang salah satu orang yang selalu tukar handphone baru mungkin akan hadapi masalah ni bila nak  access online banking. Cik iena memang ada dua handphone. Selalu login guna handphone android yang lama. Tak pernah tukar login ke handphone baru walau dah ade yang baru . Masih simpan handphone lama ni atas faktor ini jugalah standard chartered susah bila tuka login mobile.

Nak tak nak sekarang kene hadap sebab SC dah forced untuk update os, phone iena yang android phone lama. Jadi iena plan tukar login ke iPhone. Dan seperti yang dijangka masalah yang akan dihadapi bila tukar login mobile.

MAcam mana lah orang yang selalu tukar iPhone tu kan nak update mobile banking apps ni.



NEW UPDATE AFTER ONE DAY :

Awas artikel diatas ditulis selepas Customer service reject ownership verification account melalui phone. Mana tak dapat jawab nya tanya soalan berapa jumlah last amount bayar kad kredit. Memang tak ingatlah berubah rubah setiap bulan bergantung pada penggunaan.

Cik iena call sekali lagi customer service tapi kali ni Cik iena dah prepare siap siap log pembayaran. Segala info mengenai standard chartered bank. Bila call takde pula tanya berapa amount pembayaran kad kredit paling lattest. Geram pulak bila kita dah godek godek semua dokumen untuk jawab berapa bayar itu berapa bayar ini. Dia tak tanya pula.

Selepas selesai jawab soalan dia bagi temporary pin untuk kita login apps untuk daftar phone yang baru. Selepas login temporary pin tu kita create pin kita then dia auto logout. Selepas 12 jam baru boleh login balik. Dalam tempoh 12 jam tu jangan berani berani cuba login dekat handphone lama ya. Kene ulang step lagi sekali.


Sebenarnya bagus lah security dia ni cuma bila ianya urgent buat kita dan CS tanya soalan yang mana mungkin kita ingat. Jumlah yang tak tetap tiap bulan memang buat orang marah lah. Lepas tu dia failed kan verification dan suruh datang bank. Confirm orang marah.

Jadi kepada CS mana-mana online banking jangan lah tanya soalan bodoh . Amount pembayaran kad kredit bertukar  setiap bulan bergantung pada penggunaan .Tnyalah amount loan rumah ke loan kereta ke. haha






0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve