Grab The Promo
Grab The Promo

Top Instagram Influencers in Malaysia in 2024

Hari ni Cik iena ada google someting tiba tiba terjumpa artikel Top Instagram Influencers and Instagram Users in Malaysia in 2024  dan akaun instagram Cik iena ada dalam tu.


Top Instagram Influencers and Instagram Users in Malaysia in 2024


Terkejut juga sebab ramai je follower beratus ratus K, berjuta pun ada tapi yang 50K ni pun tersenarai nombor 39.  Okay la tu boleh berbangga juga . Walaupun nombor 39.


Top Instagram Influencers in Malaysia in 2024


Sejujurnya bukan mudah nak kekal dalam industri ni, kita kene keep buat content yang bermanfaat. Jangan sesekali buat content yang mencetuskan kontroversi yang boleh menjatuhkan diri sendiri dan orang lain.

Walaupun sekarang lebih ramai client memanggil tiktokers untuk buat review tetapi masih relevant untuk panggil blogger buat review di blog mahupun insta atau facebook kerana ketiga-tiga platform ini setakat ini tidak menyekat mana-mana trafik keluar. 

Jika di tiktok , tiktok akan menyekat trafik keluar. Terlalu banyak DO & DONTS . Kita tak boleh letak caption atau words dalam video untuk mengarahkan orang pergi website, pergi whatsapp . Apatah lagi mengarahkan pergi ke platform pesaing seperti Shopee, Lazada, Instagram.

Setakat ini instagram, facebook dan blog masih boleh memautkan pautan lain untuk kita buat promosi.


Okay kalau anda pemilik perniagaan nak cari instagram influencer ke boleh refer Top Instagram Influencers in Malaysia in 2024

Top Instagram Influencers in Malaysia in 2024



atau nak contact cik iena pun boleh. Cik iena boleh suggest PR company yang bagus untuk korang berkerjasama.

Ini contoh data cik iena dekat starngage 


Top Instagram Influencers in Malaysia in 2024







2 comments:

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve